Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Showing posts with label Jalan2. Show all posts
Showing posts with label Jalan2. Show all posts

Monday, April 7, 2014

Jalan-jalan Kerja: Le Grandeur Palm Resort Johor

Assalamualaikum.

Semangat nak menulis blog masih ada tapi asyik terlupa saja yang saya ni ada blog yang perlu diupdate selalu. Cerita kali ini cerita lama sebenarnya. Dah lama terpendam. InsyaAllah pelan-pelan saya akan ceritakan.

Cerita ni pasal bulan lepas, saya telah diarahkan untuk memberi taklimat kepada pejabat cawangan di Johor. Sepatutnya saya naik flight ke sana tapi disebabkan saya ni memang agak penakut naik flight, maka saya pun pergi ke johor dengan kereta... bukan saya yang memandu pulak tu.... siapa lagi kalau bukan suami tersayang.... Ya, kawan2 blogger sekalian. Jangan terkejut kerana zaman ini masih ada lagi spesis takut naik flight macam saya ni. Kalau boleh pegi dengan kereta, saya akan usahakan. Kalau dah tak ada pilihan sangat,  maka terpaksalah juga saya 'terbang'. Kali terakhir saya naik flight pada 1/7/2013. Masa tu urusan kerja juga ke pejabat cawangan Pulau Pinang. Terpaksa naik flight sebab hubby ada urusan. Masa tu tak keseorangan sebab ada lagi 2 orang rakan sekerja perempuan yang bersama, jadi legalah sikit hati saya ni.  **Eh melalut pulak cerita pasal naik flight**

Perjalanan ke johor lancar sahaja. Kamu bertolak awal dari Shah Alam memandangkan program bermula jam 9 pg. Bila smpai ke Le Grandeur Palm Resort yg terletak hanya beberapa km drpd airport Senai, perkara pertama yg aku terfikir ialah..... cantiknya tempat ni sbb mula2 ingatkan tmpt ni kat ulu mana entah... ops... I'm sorry **gaya Amir RL**

Perkara ke-2 yg aku terfikir/ternmpk adalah padang golf yg kekuningan (bkn kehijauan) iaitu Palm Resort Golf & Country Club. Ya lah kan, dah musim kering melanda semenanjung m'sia, rumput pun dah layu walaupun disiram. **melencong jap ~ bulan feb hari tu pegi ke sebuah loji rawatan air di N9. Lalu dekat dgn sebtg sungai yg merupakan sumber air ke-2 utk loji rawatan air tersebut, sekali pandang ingatkan air sungai keruh (warna kekuningan), dua kali pandang rupa2 nya air sungai kering, yg warna kekuningan tu dasar sungai yg berpasir.... hu hu hu.... teruknya musim kemarau kan**

Sambung blk cerita pasal Le Grandeur Palm Resort ni, interior nya mmg cantik. Tandas pun cantik dan bersih **fakta ini sgt2 penting ok** Ada kolang renang. Ada air pancut di sana sini. Harus diingat, kedatangan ku ini atas urusan kerja, so tak dptlah nak menikmati sgt keindahan tempat ni melainkan fokus kepada program taklimat yg hendak diberikan.


Bawak jugak my daughter ikut sekali. Ponteng lah sekolah pulak. Ingatkan nak bawak abang dia sekali, alang2 bercuti terus ke JB. Sayang nya abang dia masuk pertandingan syarahan di sekolah.  Ok takpa, hal sekolah mesti diberi keutamaan. **Terima kasih kpd my hubby dan Sarah yg sabar melepak dan menunggu seharian**  Tak sempat nak ambil gambar banyak2 sebab masa yang suntuk. Yang sempat ambil ni pun bila program dah habis dan on the way nak ke parking kereta dari convention center.



Program habis jam 5 petang. Itu pun kalau boleh rasa macam nak sambung lagi tapi..... kena fikirkan jugak kawan2 yang dah penat dengar kita bercakap dari pagi. Takut cikgunya semangat nak mengajar tapi anak murid dah semangat nak balik jer.... hahahah.... Cerita di Johor ni belum habis lagi tau. InsyaAllah akan bersambung di lain siaran. Sudi-sudikan lah menjengok lagi di sini ya. Wassalam.



(^_^)V Terima kasih



Thursday, January 2, 2014

Jalan-jalan cuti sekolah; Makan Nasi Kandar di Pulau Pinang


Nasi Kandar originated from Tamil Muslim hawking home-cooked curry dishes
and rice from containers slung from both ends of a kandar (a wooden stick)


Orang kata kalau pergi ke Pulau Pinang tidak sah jika tidak makan nasi kandar. Siapa yang nak declare sebagai tidak sah pun tak tahu ler.... heheheh....

Walau apa pun kami tetap masukkan juga agenda makan nasi kandar ke dalam jadual kami selama 2 hari di Pulau Pinang. Saya bukan peminat nasi kandar, jadi sebenarnya saya tidak lah kisah sangat tapi ada seseorang yang memang berhajat nak makan nasi kandar kan, layan jer kan.... 

Gerai yang mula2 kami pergi untuk dinner nasi kandar ialah Nasi Kandar Line Clear yang terletak di 177 Jalan Penang, Georgetown. Mula2 kami gunakan perisian mobile Waze untuk pergi ke sana tetapi terlalu mudah untuk 'miss' gerai ini, sebabnya gerai ini terletak di lorong di antara bangunan kedai di Jalan Penang. Yang lagi best, gerai ini terletak bersebelahan dengan sebuah restoran nasi kandar. Hati-hati, jangan tersilap masuk ya. Gambar di bawah ini saya dapat dari website http://www.visitpenang.gov.my/portal3/where-to-eat/food-blogger-ck-lam/nasi-lemak-line-clear.html sebab kami pergi di waktu malam, jadi tak dapat lah nak ambil gambar sebegini kan.... 

Lokasi di lorong antara bangunan kedai.

Setelah gagal mengesan gerai melalui Waze, kami pun mula check di internet mengenai lokasi sebenar gerai ini. Tengah dok meronda-ronda mencari tempat, kami pun ternampak papan tanda tempat parkir Nasi Kandar Line Clear, terus kami masuk ke tempat parkir tersebut. Kami menyangka telah tiba di gerai makan tetapi rupa-rupanya terpaksa melalui satu lorong yang di belakang kedai pulak, macam creepy pun ado... hu hu hu... dan fakta paling menarik ialah tempat parkir tersebut tiada kena mengena dengan gerai Nasi Kandar Line Clear pun, gimik perniagaan lah kata kan... ok, sapa2 boleh sahkan fakta ini? Sila komen.

Pilihan saya, nasi putih kuah campur, lauk ayam goreng dan kari sotong.
Saya minta sayur juga tp mungkin pakcik mamak tak dengar.
Jadi sy order sayur di dlm mangkuk berasingan.

Pilihan sarah, nasi putih bersama kuah campur, sayur dan kari ikan.

Sebenarnya niat asal kami nak dinner di Nasi Kandar Kampung Melayu tetapi disebabkan kami gagal mencari dengan tepat lokasi restoran dan ditambah pula dah malam, kami beralih kepada nasi kandar line clear. Jadi, keesokan hari nya, lagi sekali kami mencari restoran Nasi Kandar Kampung Melayu. Restoran ini highly recommended oleh kawan suami saya, itu sebab lah bersungguh-sungguh kami mencarinya. Perisian Waze membawa kami hampir kepada lokasi restoran tp kurang tepat. Lagi sekali saya terpaksa merujuk kepada internet, terima kasih kepada food blogger VKeong.com, maklumat dari website beliau telah menemukan kami dengan restoran tersebut.


Kedudukan sebenar restoran ini ialah dibawah rumah pangsa. Untuk sampai ke restoran ini, kita perlu mencari Rumah Pangsa Kos Rendah Kampung Melayu, Air Itam, Pulau Pinang. Perlu masuk ke kawasan rumah pangsa, masuk terus ke blkg blok B, melalui pasar basah dan barulah dpt jumpa blok A (dari main entrance jumpa blok B terlebih dahulu). Restoran ini hanya dibuka sebelah pagi hingga tengahari sahaja, patut lah semalam kami susah nak jumpa.... hahahah... dan memang terbaek lah dengan izin Allah SWT kami jumpa restoran ini ketika kami hendak makan tengahari (dan bukan masa nak dinner). Sesungguhnya ada hikmah nya bila kita tidak menjumpai sesuatu kerana Allah SWT telah merancang supaya kita menjumpainya di waktu yang terbaik untuk kita, syukur Alhamdulillah.

Pilihan saya, nasi putih bersama kuah campur
dan ikan goreng.

Pun begitu kami tiba hampir 12.30 tghari, lauk masih ada, ayam goreng pun re-stocked selepas kami dah pilih menu kami. Sayur mmg dah habis. Saya snap gambar menu saya saja, orang lain punya tak sempat, tu pun dah makan beberapa suap.... hua hua hua.... yang menariknya di restoran ini, kebanyakkan pengunjung adalah orang tempatan, sekaligus membuktikan kesedapan nya. Suami saya cakap, ada satu restoran nasi kandar tu, dia x nak pegi sbb yang dtg tu semuanya pelancong, local tak pergi pun sbb rasanya so so jer.... 

Makan nasi kandar di pulau pinang memang puas hati sangat lah. Lepas makan nasi tu jangan lupa layan teh tarik mabeles sedap penang mari.... ha.... 


Sekian ceritera makan nasi kandar saya.
Diari 23 & 24 Disember 2013.

( ˘▽˘)っ♨



Tuesday, December 31, 2013

Jalan-jalan cuti sekolah; Menaiki feri ke Pulau Pinang


Menaiki Feri Pulau Pinang Tersebut lah kisah suatu masa dulu, ada seorang pemuda yang ingin ke Pulau Pinang dengan menaiki feri. Beliau menunggu dan menunggu begitu lama di Terminal Feri Butterworth tetapi feri yang ditunggu-tunggu tidak kunjung tiba. Akhirnya beliau pun bertanya kepada seseorang; "Abang, mana feri nak ke Pulau Pinang. Dah lama saya tunggu tapi feri yang datang Pulau Angsa lah, Pulau Payar lah, mana feri Pulau Pinang?"

Feri pulau pinang. Gambar dari portal http://www.visitpenang.gov.my.

Ya kawan-kawan, sebenarnya semua feri-feri tu memang menuju ke Pulau Pinang. Namanya sungguh menarik, diambil bersempena dengan nama-nama pulau di Malaysia antaranya ialah Pulau Angsa, Pulau Payar, Pulau Talang-Talang, Pulau Kapas dan Pulau Rawa.

Kami sekeluarga memang rasa teruja untuk naik feri dan mengambil kesempatan jalan-jalan cuti sekolah kali ini untuk menaiki feri. Lama juga kami menunggu giliran untuk menaiki feri. Lebih kurang 1 jam. Dalam tempoh tu, dua trip feri dah sampai di terminal dan kami hanya dapat naik feri yang ke-3. Tambang feri untuk kereta adalah RM7.70. Perjalanan untuk ke Terminal Feri Sultan Abdul Halim, Butterworth tidak lah susah kerana dari kedua-dua hala PLUS highway, samada menuju ke utara atau ke selatan memang ada signboard. Kami menggunakan perisian mobile Waze, lagi lah mudah. Kepada mereka yang tak pernah naik feri ni, jangan risau ok. Just ikut signboard dan follow the flow of traffic.... Selepas melalui pondok membayar tambang, ada petugas-petugas yang akan memandu arah. Perjalanan adalah mudah.

Jenuh beratur untuk menaiki feri. 
Bumbung hijau tempat membayar tambang.


Feri ada 2 tingkat dan kereta kami dapat tempat di tingkat bawah. Bila dah park kereta dalam feri, pakat-pakat pun turun untuk menikmati pemandangan laut. Yang dok sibuk snap gambar sana-sini tu pastilah pelancong (jakun)... heheheh.... org tempatan nampaknya tido jer dalam kereta... daa....

Keadaan dalam feri.. Kereta dipakir dalam 3 barisan. Ini di tingkat bawah.

Pemandangan dari feri. Bot2 nelayan tersusun di tepi laut.

Bukti kami memang naik feri, tudung beralun ditiup angin laut.... 

Seronok anak2 dgn pengalaman menaiki feri. 
Dia org dah pernah naik tp masa kecik2 dulu....

Perjalanan menaiki feri tidak lama, lebih kurang dalam 20 minit sahaja feri sudah tiba di Terminal Feri Raja Tun Uda di Pengkalan Weld. Perjalanan terasa seronok, lebih-lebih lagi bila bersama orang tersayang, memang berbaloi menunggu selama 1 jam.... 



Sekian kisah saya menaiki feri.
Diari perjalanan 23/12/2013.
*(^o^)*

Sunday, December 15, 2013

Jalan jalan kerja (Day 2: Manjung, Ayer Tawar, Bandar Seri Iskandar, Batu Gajah)

Jalan-jalan Kerja Catatan  perjalanan pada hari Khamis 12/12/13.

Hari ini kami bangun dengan segar selepas dapat merehatkan diri semalam. Memang tido lena sebab dah kepenatan. Selepas check-out, kami singgah di gerai tepi jalan untuk sarapan. Kedai yang kami singgah ni memang best, sebab pukul 9 lebih pun lauk-pauk nya dah penuh, dah boleh nak lunch pun. Harga memang murah dan rasanya memang memuaskan.





Selepas bersarapan, kami pergi ke sebuah kedai menjual barangan laut yang terletak berhadapan dgn hotel blue bay. Nama kedai ialah Perniagaan Borong dan Runcit Hasil Laut Tarmizi dan Zalina. Kedudukan kedai ini dekat sahaja dengan pekan Lumut, nak parking pun mudah sebab tempat parking banyak. Layanan pun mesra. Barang2 adalah yang baru, bukan barang yang dah nak expired tau. Lebih molek shopping di sini berbanding dengan kedai2 di pekan kerana di pekan susah nak parking dan barang pun so so aje. Mungkin boleh google untuk dapatkan alamat tempat, saya lupalah alamatnya.




Selepas sarapan dan shopping kami meneruskan perjalanan ke pekan Manjung, Ayer Tawar, Bandar Seri Iskandar dan Batu Gajah. Tugas membeli-belah hari ini menjadi lebih mencabar sebab saya sakit kepala yang amat sangat. Dah telan 2 biji actifast pun macam tak berkesan juga.

Kami singgah untuk makan tengahari di gerai makan Batu Gajah. Makanan so so je tapi no complaint lah sebab ni pun gerai so so. Gambar dah tak teringat nak snap pdhal semalam dah berazam nak ambil gambar byk2 hari ni. Bila kepala sakit, dah tak berapa nak boleh focus dah buat keje apa pun…. sabar sabar…..

Cepat-cepat saya habiskan tugasan dan kami sampai di ipoh lebih kurang jam 3 petang.  Terus mencari hotel, cari punya cari, pusing punya pusing, akhirnya dapat check-in di Hotel Impiana. Kalau semalam kami terpaksa tidur di budget hotel, malam ini Syukur Alhamdulillah kami dapat tidur di hotel 4 bintang. Di ipoh tiada masalah nak cari hotel berbanding di Lumut kerana hotel banyak, asalkan harga bilik tidak melebihi kelayakan yang saya dapat, tiada masalah hotel berapa bintang pun nak duduk. Lagi satu kan, lebih murah kalau book hotel di talian, contohnya melalui agoda. Kalau impiana ni kan, book online dpt rm180 tapi kalau walk-in dpt rm245, beza kan? Hotel ni ada swimming pool tapi tak sempat pun nak berendam dalam air. Free wifi jugak tapi signal agak lemah, mungkin sebab kami duduk di tingkat 8 kot. Hotel nya cantik. Staff peramah. Bilik besar dan selesa. Pada hari jumaat, staff lelaki tidak mengira bangsa dan agama memakai baju melayu hitam, bersongket emas. Sayangnya staff wanita tidak pula berbaju kurung atau kebaya.




Selepas check-in kami berehat-rehat di bilik sahaja sehinggalah selepas maghrib. Sakit kepala pun dah hilang. Selepas maghrib kami pergi ke rumah kawan suami di Ulu Kinta. Seronoknya dapat makan masakan rumah, memang terasa sedap sangat. Selama 2 hari perjalanan kami ni, inilah makanan yang paling sedap. Syukur Alhamdulillah. Even, buffet breakfast di hotel keesokkan hari nya x dpt nak lawan kesedapan makan di rumah kawan kami ni. Menu biasa tapi taste superb! 



Lepas makan, kami bersembang sehinggalah jam 11 malam. Kami sepakat nak balik rehat di hotel jer, x jadi lah nak ke mana-mana lagi. Petang tadi memang teringin nak ronda2 kat ipoh, tapi takpelah, mungkin lain kali jer lah… Esok nak sambung lagi ke 3 destinasi; Kampar, Tapah dan Tanjung Malim. 





Terima kasih
*(^o^)*



Gambar di dalam entry ini menggunakan aplikasi PhotoGrid.

Wednesday, December 11, 2013

Jalan jalan kerja (Day 1: Kuala Selangor, Sg. Besar, Sabak Bernam, Teluk Intan)

Jalan-jalan Kerja Assalamualaikum.

Di hari yang indah ini, 11/12/13,di kala rakyat Selangor menyambut Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor, maka bermula lah jalan-jalan kerja saya. Rancangan asal ialah ke Terengganu dan Pahang tetapi disebabkan banjir, maka ditukarkan kepada Selangor dan Perak.

Perjalanan kami bermula agak lewat. Jam 11 lebih barulah bertolak dari rumah (sepatutnya jam 9 pg). Destinasi pertama kami ialah pekan Kuala Selangor. Perut berkeroncong sebab tak sempat breakfast pun. Cuma sempat minum secawan kopi gano. Setibanya di sekinchan, betul2 di traffic light berhadapan dengan balai polis, kenderaan dari arah kami langsung tidak bergerak. Rupa2 nya ada kemalangan maut yang melibatkan sebuah 4WD dan sebuah motosikal. Yang mautnya tu tidak lain tidak bukan adalah penunggang motosikal. Naghuzubillah semoga kita dijauhkan Allah dari kemalangan sebegini dan apa jua kemalangan.

Di kuala Selangor, kami singgah di sebuah restoran nasi ayam. Nama kedai Nasi Ayam G-e-m-a-s. Selain dari nasi ayam, western food pun ada, sizzling pun ada, pelbagai nasi goreng pun ada. Saya dan Hariz order nasi ayam. Saya dapat  nasi ayam dengan semangkuk sup, sos cili bwg putih, ayam dan 2 potong timun. Tak ada daun salad dan tak ada tomato. Ayam pun hangit tapi lapar punya pasal habis jugak semuanya.  Suami saya dan sarah pula order sizzling mee. So so jer lah mee tu. Dah lapar sangat, habis semua!


Ayam hangit pun siapa peduli, perut laparrrr!!!


Selesai makan, terus mulakan tugas. Sebenarnya tugas saya ni lebih kurang macam pembeli misteri yang selalu dibuat oleh restoran makanan segera. Tak tahu? Macam ni, HQ restoran makanan segera contohnya seperti K-F-C akan menghantar seorang pembeli misteri untuk membeli makanan di restoran mereka sendiri. Pembeli misteri itu akan membuat penilaian ke atas service yang diberikan oleh restoran tersebut dari segi masa yang diambil untuk dilayan, suhu, tekstur dan rasa ayam goreng yang dibelinya, dan macam-macam lagi kriteria yang dinilai. Biasanya staff dekat restoran tu memang tak tahu siapa pembeli misteri dan bila dia akan datang.

Macam saya ni pulak, saya telah ditugaskan untuk membeli beberapa barang di pekan2 yang saya pergi ni. Tak kisah lah saya nak beli kat pasaraya ke, hardware ke atau kat mana2 kedai sekali pun, yang penting, jenis dan jenama barang yang perlu saya beli dengan peruntukan yang telah diberikan. Tahun ni saya hanya perlu keluar 1 trip saja, itupun sekadar untuk membantu rakan sepejabat saya yang lain. Mereka keluar hampir 2 kali dalam sebulan untuk ‘membeli-belah’. Ni dah hujung tahun, nak kena capai target membeli, saya pun kena lah membantu. Semua barang yang kami beli akan disemak dari segi teknikal samada ianya mematuhi undang2 atau pun tidak.

Selepas kuala Selangor, kami singgah ke sg. Besar, sabak bernam dan teluk intan. Penat juga membeli belah ni tau… heheheh…  Di sg besar, kami sempat singgah untuk membeli kerepek. Macam-macam kerepek ada dijual di tepi jalan di sg besar ni. Yang saya beli ni 4 pek RM10. Pek besar pun ada tapi saya beli yang kecil sebab lebih senang nak habiskan. Sekali makan habis 1 pek. Tak payah nak susah hati kerepek tu nanti masuk angin.




Nak masuk ke teluk intan, kami sangkut dalam jem hampir 1 jam di jalan dato maharajalela. Rupa2 nya ada kerja-kerja membaiki jalan. Teluk intan ialah destinasi membeli belah yang terakhir untuk hari ini. Kami akan bermalam di lumut. Sepatutnya nak pegi ke lumut kena lalu jalan yang sama. Alamak, stressnya nak lalu jem tu sekali lagi. Badan pun dah penat sangat ni. Akhirnya kami pegi ke lumut ikut kpg gajah dan highway express ipoh-lumut. Laluan ni lebih jauh dari jalan dato maharajalela tapi lebih mudah kerana tiada jem. Perjalanan ke lumut terasa seperti tak sampai sampai. Rasa pening, nak termuntah semuanya ada. 

Akhirnya bila dah sampai di lumut, kami terus mencari restoran dan singgah di D-W-a-r-i-s-a-n. Menu standard kami sekeluarga ialah ikan siakap sweet sour, tomyam capur, sayur kalian ikan masin dan sotong goreng tepung. Makanan di sini so so sajer lah. Memang rezeki kami hari ni dapat kedai makan yang so so. Sayur kalian nya sikit sahaja, yang banyak ialah ikan masin dan bawang besar dan ini pertama kali saya jumpa ayam dalam lauk sayur kalian ikan masin! Kami semua lapar, semua lauk habis! Harga untuk 4 orang makan ialah RM60.

Selesai makan, kami walk-in ke sebuah hotel shop lot beberapa minit dari restoran tu. Ada 7-E yang di bawah hotel ni. Kami tidur bilik twin king pada harga RM128. Ha…. Murah sahaja, tak perlu gi hotel mahal. Hotel boutique ke hotel budget tak tahu. Hotel ada wifi okay. Bilik nya pun besar. TV pun flat screen. Cari-cari channel yang tunjuk majlis berinai Rozita Che Wan tak jumpa pun.....Saya ingat nak rehat jer ni… Nama hotel ni Valley View Hotel yang beralamat di No. 17 (Tkt Atas), 18 & 19, Jalan Batik Puteri 1, Taman Batik Puteri, Lumut, Perak. Terdapat lagi cawangan hotel yang sama di Lumut, yang mana lokasinya lebih dekat ke arah jeti Lumut iaitu di 35 & 36, Persiaran Pantai Impian, Pantai Impian, Lumut.

Hotel Valley View.
Unit kedai di bawah hotel adalah 7-eleven. 




(-_-)zzz

Entry yg kurang gmbr mmg x menarik kan.....
Ingat tulis novel ke? :-p

Monday, November 18, 2013

Diari Cuti Sekolah 2005-2012

Diari cuti sekolah. Jalan-jalan cuti sekolah di Malaysia Cuti sekolah datang lagi.... ibu bapa pun pening kepala nak bawa anak pergi bercuti ke mana.... adoi... kenapalah hujung tahun dan masa cuti sekolah ni pulak ada yang sibuk kat office.... aku lah tu! KPI tahun ni byk yg belum capai dan ada masa berapa hari lagi nak selesaikan.... stresssss

Bagi ibu bapa yang masih dok tercari-cari nak melancong ke mana, mungkin boleh dapat ilham dari trip jalan-jalan cari makan kami ini:

1. Perlis. Cerita penuh Trip konvoi kelab peugeot 2005 di sini.
2. Air Terjun Chamang, Pahang. Cerita penuh konvoi kelab peugeot di sini.
3. Cameron Highland. Cerita penuh konvoi kelab peugeot di sini.
4. Lumut, Perak. Cerita penuh konvoi kelab peugeot di sini.
5. Pahang & Terengganu (Kuantan - Kemaman - Kijal). Cerita jalan-jalan cuti sekolah di sini dan sini.
6. Putrajaya. Cerita penuh Jalan-jalan Putrajaya di sini.
7. Lumut & Pangkor. Jalan-jalan cuti sekolah boleh baca di sini.
8. Pulau Langkawi. Cerita penuh di sini, sini dan sini. *banyak kali pergi langkawi nih*
9. Melaka. Klik sini untuk cerita penuh.
10. Taiping, Perak. Cerita di sini.
11. Lanjut Beach & Golf Resort, Johor. Cerita di sini.


Jom layan gambar kenangan mengusik jiwa
•*¨*•.¸¸♥¸¸.•*¨*¸.•*¨’*♥











Pulau Pangkor. 



Cantiknya pantai menghadap ke Laut Andaman.



Bermain di tepi pantai sementara menunggu makan malam siap di gerai makan Pantai Teluk Nipah.



Langkawi 2009, 2011 & 2012





Melawat ikan dan penguin dan lain-lain binatang yang sewaktu dengan nya di underwater world.


























Perak (Taiping & Kuala Kangsar) 2008






Harap2 cerita jalan-jalan kami ini dapat memberi idea kepada rakan blogger sekalian untuk melancong ya!






(^_^)V Terima kasih sudi menjengok blog saya

Tuesday, July 24, 2012

Diari Cuti Sekolah 2012: Jalan-jalan Langkawi

Diari cuti sekolah. Jalan-jalan cuti sekolah di Pulau Langkawi
Assalamualaikum. Ini adalah siaran tertunda tau.

Seingat-ingat saya lah, kita orang cuma sekali sahaja travel atas perancangan sendiri. Masa tu pergi jalan-jalan di sebelah pantai timur (link utk jln2: kuantan, terengganu dan tg. lumpur). Lain-lain trip tu kalau bukan sebab family day tempat kerja saya atau tempat kerja hubby, mesti sebab convoy kelab kereta. Sekarang ni my hubby dah tak aktif lagi kelab kereta, so all our recent trips ada lah GOLF TRIP! Oh tidak, KakNi tak main golf ok, yg main golf tu my hubby. Kita org ni menumpang jer jalan-jalan golf, tak kisah lah kan, janji dpt jalan-jalan, yay!!!

Golf trip kami yang terbaru masa cuti sekolah pertengahan tahun baru2 ni. Kami pergi langkawi (lagi). Jgn tak tahu, golf trip pun ada convoy jugak tau. Kami bertolak pada mlm 31/5, semua sekali 4 biji kereta (=4 family). Kami bertolak selepas isyak, so kami sampai di Perlis subuh2 sapii lah kiranya. Lepas sarapan di rumah mak kepada salah seorang geng golf tu (yang kebetulan di Kuala Perlis), kami pun naik feri ke Langkawi. Disebabkan ramai sangat manusia dan kami pun kelam kabut dengan beg2 segala, tak dapat nak snap barang sekeping pun gambar... hampeh tul....

Di Langkawi, kami stay di Landcon Hotel yang terletak di Jalan Pantai Cenang. Ini kali kedua kami stay sini, first time masa trip golf tahun lepas.


Gambar Landcon Hotel *dicilok dari website hotel


Memang strategik sangat kedudukan hotel ni sebab ianya terletak di tengah2 jalan pantai cenang. Betul2 di depan hotel ni tempat shopping bebas cukai, The Zon, yang bersebelahan pula dengan Cocoa Valley (sila ambil perhatian; rupa2 nya cekelat yang ada di langkawi ni, kebanyakkan nya di-import oleh kedai ni, kalau tak percaya cuba tengok label) dan sebelah nyer lagi, Langkawi Under Water World. Tak payah nak sibuk2 sewa kereta kalau setakat nak shopping kat area ni. Sepanjang jalan pantai cenang, segala macam jenis kedai ada. Jom jalan kaki jer shopping kat sini. Kedai makan pun banyak, so tak payah nak susah hati takut kebulur, ok.


Inilah cerita bergambar kami....

Disclaimer: Gambar2 ni semua extra large supaya korang jeles tahap gaban.



Jom jalan-jalan habiskan duit beli barang yang tak perlu.....




Dah penat shopping (sebenarnya penat berjalan), kita berehat pulak melihat keindahan alam.
Di sinilah Pantai Cenang, sekadar bergambar je. Tak boleh mandi sebab ombak besar.




Nak pergi ke pantai ni, kita kena jalan di lorong bersebelahan Langkawi Under Water World.
Lepas tu nampak tulisan yang besar gedabak tu mak jah woi, Langkawi Pertama Permata Kedah.




Dah puas melepak dan menghirup udara tepi pantai, kami masuk ke Langkawi Under Water World pulak. Kali terakhir kami masuk sini masa Sarah masih di Tahun 1, sekarang dia dah Tahun 6. Banyak perubahan berbanding 5 tahun yang lalu, so memang berbaloi lah kami masuk sekali lagi walau pun tiket untuk saya RM28 dan tiket untuk Sarah pulak RM18. 
Kami memang enjoyyyy!!! 

BTW, kami tiga beranak jer masuk, my hubby pergi main golf. 




Ni pulak batu bersurat nak masuk dalam tu... konon nyer lah pun....




Ok, ni gambar penguin kat dalam tu. Jangan terbeliak biji mata, hokeh...
Penguin ni memang berbulu mata lebat. Handsome macam hero hindustan.... 
Siapa pernah tonton movie Surf-Up? Ni lah para pelakon nya.

Takkan korang tak tahu kot cerita Surf-Up, aku suka bangat cerita ni. 
Tak sangka pulak penguin berbulu mata panjang ni betul2 wujud. 
Subhanallah!





Seronok sangat tengok burung2 kat dlm ni. Semua nya lepas bebas.
Tido sebelah kaki aje, kau ado?







Burung kakak tua, tinggal atas kayu......
Bila nampak orang tersengguk-sengguk, macam dok menari lah pulok....




Posing, posing lah jugak tapi sebenarnya dalam hati seram sejuk sebab dekat sebelah tu ada orang dok tengah bergambar bersama ular sawa yang besar... Sekali bergambar (dgn ular sawa tu lah) kena charged RM20.




Ni pulak akuarium yang dibina sekeliling kita.
Boleh tengok belah atas, kiri dan kanan. Bawah je tak boleh.
  

Sarah kata dua ekor ikan pari besar belakang dia tu (atas pasir) sedap kalau buat asam pedas!



Ada kerusi untuk berehat-rehat sambil study ikan2 kat dalam akuarium tu.
Gambar bawah ni, belakang Sarah ada giant eel, nampak tak? 
Mestilah tak nampak kan... 
Cuba tengok betul2, dekat batu warna hijau dan oren tu.





Sekian. Jalan-jalan cuti sekolah di Langkawi 2012. Rindu sangat nak datang lagi.


Cerita Langkawi yang lain: