Nasi Kandar originated from Tamil Muslim hawking home-cooked curry dishes
and rice from containers slung from both ends of a kandar (a wooden stick)
Orang kata kalau pergi ke Pulau Pinang tidak sah jika tidak makan nasi kandar. Siapa yang nak declare sebagai tidak sah pun tak tahu ler.... heheheh....
Walau apa pun kami tetap masukkan juga agenda makan nasi kandar ke dalam jadual kami selama 2 hari di Pulau Pinang. Saya bukan peminat nasi kandar, jadi sebenarnya saya tidak lah kisah sangat tapi ada seseorang yang memang berhajat nak makan nasi kandar kan, layan jer kan....
Gerai yang mula2 kami pergi untuk dinner nasi kandar ialah Nasi Kandar Line Clear yang terletak di 177 Jalan Penang, Georgetown. Mula2 kami gunakan perisian mobile Waze untuk pergi ke sana tetapi terlalu mudah untuk 'miss' gerai ini, sebabnya gerai ini terletak di lorong di antara bangunan kedai di Jalan Penang. Yang lagi best, gerai ini terletak bersebelahan dengan sebuah restoran nasi kandar. Hati-hati, jangan tersilap masuk ya. Gambar di bawah ini saya dapat dari website http://www.visitpenang.gov.my/portal3/where-to-eat/food-blogger-ck-lam/nasi-lemak-line-clear.html sebab kami pergi di waktu malam, jadi tak dapat lah nak ambil gambar sebegini kan....
| Lokasi di lorong antara bangunan kedai. |
Setelah gagal mengesan gerai melalui Waze, kami pun mula check di internet mengenai lokasi sebenar gerai ini. Tengah dok meronda-ronda mencari tempat, kami pun ternampak papan tanda tempat parkir Nasi Kandar Line Clear, terus kami masuk ke tempat parkir tersebut. Kami menyangka telah tiba di gerai makan tetapi rupa-rupanya terpaksa melalui satu lorong yang di belakang kedai pulak, macam creepy pun ado... hu hu hu... dan fakta paling menarik ialah tempat parkir tersebut tiada kena mengena dengan gerai Nasi Kandar Line Clear pun, gimik perniagaan lah kata kan... ok, sapa2 boleh sahkan fakta ini? Sila komen.
![]() |
| Pilihan saya, nasi putih kuah campur, lauk ayam goreng dan kari sotong. Saya minta sayur juga tp mungkin pakcik mamak tak dengar. Jadi sy order sayur di dlm mangkuk berasingan. |
![]() |
| Pilihan sarah, nasi putih bersama kuah campur, sayur dan kari ikan. |
Sebenarnya niat asal kami nak dinner di Nasi Kandar Kampung Melayu tetapi disebabkan kami gagal mencari dengan tepat lokasi restoran dan ditambah pula dah malam, kami beralih kepada nasi kandar line clear. Jadi, keesokan hari nya, lagi sekali kami mencari restoran Nasi Kandar Kampung Melayu. Restoran ini highly recommended oleh kawan suami saya, itu sebab lah bersungguh-sungguh kami mencarinya. Perisian Waze membawa kami hampir kepada lokasi restoran tp kurang tepat. Lagi sekali saya terpaksa merujuk kepada internet, terima kasih kepada food blogger VKeong.com, maklumat dari website beliau telah menemukan kami dengan restoran tersebut.
Kedudukan sebenar restoran ini ialah dibawah rumah pangsa. Untuk sampai ke restoran ini, kita perlu mencari Rumah Pangsa Kos Rendah Kampung Melayu, Air Itam, Pulau Pinang. Perlu masuk ke kawasan rumah pangsa, masuk terus ke blkg blok B, melalui pasar basah dan barulah dpt jumpa blok A (dari main entrance jumpa blok B terlebih dahulu). Restoran ini hanya dibuka sebelah pagi hingga tengahari sahaja, patut lah semalam kami susah nak jumpa.... hahahah... dan memang terbaek lah dengan izin Allah SWT kami jumpa restoran ini ketika kami hendak makan tengahari (dan bukan masa nak dinner). Sesungguhnya ada hikmah nya bila kita tidak menjumpai sesuatu kerana Allah SWT telah merancang supaya kita menjumpainya di waktu yang terbaik untuk kita, syukur Alhamdulillah.
![]() |
| Pilihan saya, nasi putih bersama kuah campur dan ikan goreng. |
Pun begitu kami tiba hampir 12.30 tghari, lauk masih ada, ayam goreng pun re-stocked selepas kami dah pilih menu kami. Sayur mmg dah habis. Saya snap gambar menu saya saja, orang lain punya tak sempat, tu pun dah makan beberapa suap.... hua hua hua.... yang menariknya di restoran ini, kebanyakkan pengunjung adalah orang tempatan, sekaligus membuktikan kesedapan nya. Suami saya cakap, ada satu restoran nasi kandar tu, dia x nak pegi sbb yang dtg tu semuanya pelancong, local tak pergi pun sbb rasanya so so jer....
Makan nasi kandar di pulau pinang memang puas hati sangat lah. Lepas makan nasi tu jangan lupa layan teh tarik mabeles sedap penang mari.... ha....
Sekian ceritera makan nasi kandar saya.
Diari 23 & 24 Disember 2013.
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)

.png)
.png)
.png)
.png)
.png)





































