Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Showing posts with label icc. Show all posts
Showing posts with label icc. Show all posts

Thursday, March 5, 2009

Taklimat ICC - panduan kepada kumpulan baru

Alhamdulillah taklimat pagi ini berjalan dengan lancar.

Presentation material yang aku sediakan tu sebenarnya kurang sesuai untuk participants pagi tadi. Namun, ianya bukan masalah besar memandangkan dalam thumb drive saya ada banyak lagi presentation material lain. Jadi saya tunjukkan yang mana yang bersesuaian.

Most of the participants were new to ICC. Some without knowledge on ICC at all. Honestly, I think it was easier this way. I focused more on sharing my experiences with them, rather than on the ICC aspects itself. At this stage, the most important thing is for them to make the very first step. For 2 hours briefing, certainly not suitable for me to explain in details about the analysis to be done or on what kind of tools to be used.

I highlighted on the important of having the first meeting. Why? Because many of my friends told me that they don't have any project for ICC. So I asked them, "Have you arrange for meeting?" Most of the time, the answer was "no, we are too busy"

Believe me, no meeting, no project.
Just as simple as that.

...to be continue.

Friday, February 27, 2009

Pemilihan Tajuk ICC / KIK

Seringkali, kumpulan ICC akan mengadu yang mereka tidak dapat mencari tajuk yang sesuai untuk projek ICC mereka. Sekaligus menjadikan alasan kenapa tiada projek ICC untuk jabatan mereka.

Apa yang boleh mereka buat adalah mengumpulkan perkara/maklumat berikut:

  1. Polisi kualiti syarikat (kalau syarikat yang ada ISO9001 mesti ada)
  2. Piagam pelanggan
  3. Aduan/maklumbalas pelanggan
  4. Pelan Perniagaan Jabatan
  5. dan lain-lain maklumat yang berkaitan dgn no. 1-4 di atas

Berdasarkan maklumat ini, bandingkan pula dengan prestasi jabatan/syarikat.

Kalau ada yang tidak capai target atau prestasi yang menurun, maka di situlah yang patut ahli kumpulan boleh fokus semasa ingin membuat pemilihan tajuk projek ICC.

Aduan/maklumbalas merupakan maklumat yang paling berguna untuk projek ICC. Sememangnya aduan/maklumbalas dari pelanggan adalah satu input yang berguna kepada syarikat dalam membuat penambahbaikan (improvement) di dalam proses kerja mereka.

Sekiranya tiada aduan atau maklumbalas direkodkan oleh pihak jabatan atau syarikat, kumpulan boleh mengambil inisiatif sendiri dengan mengedarkan borang kajiselidik. Cubalah edarkan borang tersebut kepada pelanggan dalaman dan juga pelanggan luar. Kemudian kajilah keputusan yang diperolehi. Dengan mudah sahaja kumpulan boleh mendapat ilham untuk projek ICC.

Wednesday, December 3, 2008

Keputusan nyer...

Tahun lepas aku dah cerita kat sini.

Since this is a yearly event, tahun ni pun ada jugak lah, dan hari ini konvensyen tu dah berlangsung. Samada korang percaya ataupun tidak, the only 2 kumpulan (from my side) yang telah menyertai konvensyen tu, macam last year jugak, dari keseluruhan 7 kumpulan yang participated in that convention, satu kumpulan dapat jadi juara dan satu lagi dapat no. 3. Yg no. 3 ni kumpulan yang sama dapat no. 3 last year... consistently in the 3rd place huh?

Syukur Alhamdulillah.

Sebenarnya untuk aku, pressure semakin terasa setiap tahun. Kalau this year result macam ni, what would people expect for next year? Mesti menang lagi kan? Fuh... big challenge...

Yg buat aku happy sangat2 sbb dah menang internal convention, boleh lah proceed dengan external convention pulak... jumpa korang tahun depan ya (ni untuk yang aktif ICC je lar) di konvensyen MPC pulak...

Thursday, December 6, 2007

Keputusan

From previous entry:

Konvensyen kali ni di peringkat HQ. Kami dari anak syarikat ada hantar 3 kumpulan. Minggu lepas, elok aje lepas meeting besar pada hari selasa, aku dah kena booked dengan dia orang. Hari rabu aku sehari suntuk aku dok bantu kumpulan ni, hari khamis sebelah petang nya pulak aku tolong kumpulan lagi satu. Hari jumaat pagi pulak aku telepon kumpulan yang lagi satu (kump ketiga) dan tanya status dia orang.


Hari rabu aku sehari suntuk aku dok bantu kumpulan ni: Kumpulan 1 >>>Johan

Hari khamis sebelah petang nya pulak aku tolong kumpulan lagi satu: Kumpulan 2 >>>Tempat ke-3

Hari jumaat pagi pulak aku telepon kumpulan yang lagi satu (kump ketiga): Kumpulan 3>>>Saguhati
Alhamdullillah.

Tuesday, December 4, 2007

Meeting & Convention

Tiap-tiap kali tengok Hell's Kitchen (yang jarang sekali aku tengok sebenarnya sebab tak ingat rancangan tu ditayang hari apa), terutamanya kalau kebetulan masa tu tengah pasang internet, mesti rasa nak blog pasal rancangan tu.

Malam ni, tinggal 3 orang pelatih sahaja. Next week akan tinggal 2 orang dan minggu lepas tu finale lah. Tapi dah tahu keputusannya sebab yang tunjuk kat ntv7 tu baru season 2. Kat us nun, season 3 pun dah habih. Dah nak start season 4 pun.

Bila tengok show ni kan.... mmm... macam mana nak cakap ek... rasa pening kepala sebab kat dapur tu, memang nampak macam pressure/under stress sangat-sangat. Rasa macam lagi teruk dari duduk dalam emergency room (macam dalam cerita ER)....

Tak sanggup aku.....


Ingat tak last week aku cerita pasal aku bz tahap gaban tu? Ingat kan lepas meeting besar (the first meeting of this kind for me (itupun sebab nak cover/tolong boss baru), sebelum ni meeting besar aku ialah meeting keselamatan) boleh la aku menarik nafas lega, rupa-rupanya tidak.

Meeting tu banyak kekurangan dan sebab kami nak kena audit minggu ni, kami kenalah sempurnakan jugak meeting tu dengan cara 'menyempurnakan' minit mesyuarat (maksudnya dalam minit semua perkara ada, sedangkan masa meeting report tu tak ada dan chairman kata "please prepare the report"). Ada lagi 2-3 report yang perlu kami sediakan untuk support dan attached pada minit mesyuarat. Kalau minit tu tak sempurna, tiap2 kali kena audit lepas ni mesti kena NCR aje dengan auditor....

Silap kami jugak sebab minggu ni kena audit, minggu lepas baru nak buat meeting besar tu. Sebenarnya audit dah mula hari ni. Pagi tadi ada opening meeting. Aku dengan boss cuma attend opening meeting aje, lepas tu balik ke office untuk sambung kerja. Hari ni orang lain yang kena audit dulu. Kami akan kena audit esok petang dan lusa petang.

Meeting besar minggu lepas tu baru untuk satu department. Minggu depan ada lagi meeting besar untuk department lain pulak. Audit untuk department lagi satu tu bulan depan. Ok la kan, tak lah rasa semput sangat nak sediakan minit mesyuarat dengan report segala...

Selain dari meeting besar tu, esok ada konvensyen ICC (kalau kat gomen dipanggil KMK). Ini lagi satu sebab aku bz mengalahkan artis. Member opis aku cakap aku ni popular dekat2 dengan konvensyen ni... Apa tak popular nya, masing2 nak mintak tolong aku tengok kan project paper/slides masing2...

Konvensyen kali ni di peringkat HQ. Kami dari anak syarikat ada hantar 3 kumpulan. Minggu lepas, elok aje lepas meeting besar pada hari selasa, aku dah kena booked dengan dia orang. hari rabu aku sehari suntuk aku dok bantu kumpulan ni, hari khamis sebelah petang nya pulak aku tolong kumpulan lagi satu. Hari jumaat pagi pulak aku telepon kumpulan yang lagi satu (kump ketiga) dan tanya status dia orang. Hairan jugak aku pasal dia orang tak minta tolong aku pun (dah terror sangat kot). Last minute depa panggil jugak aku. Tak lama la aku tolong, dalam 2 jam je, itupun sebab project paper dia orang dah siap print dan bind. Kalau aku komen atau suruh tukar apa-apa pun bukannya dia orang boleh buat pembetulan dah. Tapi aku minta jugak dia orang tambah/tukar 2-3 slides sebab memang sahih pareto diagram yang depa lukis tu salah. Lepas tu criteria 6 (yang markahnya 100 dari 1000 markah keseluruhan) langsung tak ada.

Hari ni aku tengok kumpulan 1 & 2 rehearsal. Kumpulan yang lagi satu tu tak sempat tengok.... harap2 ok lah.

Esok hari berlangsungnya konvensyen tu. Nanti aku update lagi ya pasal kumpulan2 ni. Harap2 ada yang 'berhasil' (harap2 semuanya menang!).

Saturday, August 18, 2007

Konvensyen ICC Kebangsaan

Telah menghadiri konvensyen ini (sebagai penyelaras kumpulan) pada 14-16 Ogos 2007.
Ada satu kumpulan dari tempat kerja yang masuk bertanding.



Dari HQ pun ada satu kumpulan. Tak sangka pulak kumpulan tu dapat no. 2.
So, aku menumpang sekaki bergambar dengan menteri.



Semasa di johor, kami menginap di Mutiara Johor Bahru yang terletak bersebelahan Holiday Plaza. Ni gambar bilik yang KakNi duduk. Memang luas dan selesa sangat lah dan harga pun berpatutan sebab corporate rate.