Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Showing posts with label Blog. Show all posts
Showing posts with label Blog. Show all posts

Thursday, September 25, 2014

Assalamualaikum... Life hacks, terbaek!

Hello bloggers!!!

Miss me? Arghhh.... perasan lah sangat ada orang yang rindu kat kita...

Well, I'm back now and thank you very much for all your supports. Syukur Alhamdullillah masih ada trafik ke blog ini, walau pun tak banyak. Terima kasih kepada post Makan2 di Restoran Haji Sharin Low yang tidak ku sangka merupakan post dengan traffic paling tinggi. Semoga Allah memberikan saya lebih banyak ilham untuk menulis. Rasanya otak ni agak kering... x cukup kreatif dan x cukup rajin... ahaks...

Sebagai hadiah welcome back saya, berikut adalah life hack yang sangat berguna untuk kita semua..... enjoy....












Great for iphone cables 
(never have problems with my samsung or sony cables...daa....)







(^_^)V Terima kasih



Monday, March 31, 2014

Saya sudah kembali

Assalamualaikum.

Lamanya saya tak update blog. Terima kasih kepada rakan blogger yang masih sudi menjengok ke sini walaupun saya tak update. Terutamanya kepada LYAfrina yang tak jemu-jemu bertanya khabar saya di blog ini, sedangkan saya langsung tidak menjengok beliau. Hari ini barulah saya tahun, LYAfrina tidak sihat sekarang ini. Saya doakan semoga dia cepat sembuh. Semoga dia tabah menghadapi ujian Allah SWT.

Sempena comeback saya ni, saya nak tunjuk kan gambar2 makanan yang menarik ini. Ini adalah juadah dari sebuah restoran menjual makanan wastern di Seksyen 7, Shah Alam. Walau bagaimanapun, review saya dan keluarga, hanya lah sekitar 2-3/5 bintang. Tidak semestinya nampak menyelerakan, rasanya pun akan jadi sedap. Memang kena 'pangkah' dah restoran ni dari senarai kami... jangan marah ye...




(^_^)V Terima kasih

Monday, September 30, 2013

My earnings via nuffnang


Saya tak tahu macam mana nak guna benda ni....
(u_u)

Tuesday, August 27, 2013

Riang ria raya

Assalamualaikum.

Sudah semestinya cerita berhari raya.

17 Syawal 1434

Sekolah anak buat jamuan raya. Untuk Hariz, dia minta saya masak macaroni cabonara alfredo. heheheh.... ni resepi suka hati saya, mula2 tumis daging cincang dengan butter bersama bawang besar dan bawang putih yang dirincik, lepas tu campurkan sos alfredo dengan cabonara sekaligus... campur lagi dengan peperoni dan akhir sekali baru masukkan macaroni.Sepatutnya langkah terakhir kena bakar (masuk oven) tapi oven pun x de kat rumah, so mkn mcm tu jer lah.

Untuk Sarah pula saya sediakan puding buah-buahan.

Sebelah petang saya beraya di rumah blogger Azian Elias (http://yan-yanjournal.blogspot.com/). Sedap nyer weh makanan yang dihidangkan... yammeh... rumah dia pun cantik bangat... hu hu hu.... berjumpa pula dengan blogger Kakcik (http://kakciknurseroja.blogspot.com), Ida (http://nyanyisunyi.blogspot.com) dan Acu (http://sephiasayang.blogspot.com/). First time saya jumpa bloggers ni. Mula2 tu tengok macam familiar sangat muka dia orang ni, mesti saya nampak kat blog seseorang. Lepas tu bila dengar nama 'Kakcik' disebut... maka sah lah ni mesti Kakcik Nur Seroja dan gambar2 yang lain pun mesti saya nampak di blog Kakcik.


Terima kasih Kak Yan!!!
Lupa pulak nak bergambar dengan ChefCiJu dan ChefKoya.



Salam perkenalan ya blogger Ida & Acu.



Pada masa yang sama ada lagi 2 orang blogger yang saya tak berapa kenal. Hmm... tunggu Kak Yan update blog dia lah, mesti dia mentioned siapa mike mike tu. Kakcik dah blog di sini. Acu pun dah blog di sini.


Gambar ini saya cilok dari blog Kakcik.
Sarah, my hubby and myself dan makanan yang heaven ♥♥♥






(^_^)V Terima kasih sudi menjengok blog saya

Tukar lagi

Assalamualaikum.

Kalau dah malas nak update blog tu macam-macam alasan pulak nak bagi... oh tidak... saya tidak malas update blog tetapi saya terpaksa menjadi... *ada ka macam tu*

Sebenarnya kalau ada gadget yang lembab tahap sloth memang menyekat perasaan berkobar-kobar untuk update blog. Kalau nak on kan laptop pun kena tunggu almost one hour baru boleh nak menaip bagai... itu belum ambil kira nak bloghop, lagi lah menyebabkan amarah dan tahap kesabaran yang tiada bandingan.

Ok, cukup lah merapu tu. Tajuk blog ni akan bertukar lagi. Setiap saya aktif semula selepas 'berehat' dari blogging, biasanya saya akan tukar layout, nickname dan juga tajuk blog. Tak tahu lah kenapa. Mungkin juga wajah baru, nama dan tajuk baru memberikan saya semangat baru untuk menulis blog.

Sempena dengan kesedaran saya bahawasanya menulis blog itu sangat penting untuk mengabadikan kenangan, pengalaman dan peristiwa penting di dalam hidup saya, maka 'Di Sini Ku Menulis' menjadi pilihan saya kali ini.

Blog 'Sejenak Di Hari Ini' telah lama ditulis, iaitu sejak 2005 lagi, sampai sekarang ni dah Versi 2... ho ho ho... kalau tajuk tu sejenak di hari ini, maknanya kena tulis hari-hari kan? tak sesuai kan untuk blog yang update sekali-sekala bulan mengambang.

oklah, cukup kali ini merepek tak sudah. InsyaAllah esok akan update riang ria raya 2013...yay!

Monday, August 19, 2013

Tak Rugi Menulis Blog

Assalamualaikum.

Memang betul tak rugi menulis blog... dah ramai bloggers yang kongsi rahsia (bukan rahsia lagi kalau dah kongsi di blog... hu hu hu) mengenai kejayaan meraih pendapatan melalui blog. Walau bagai mana pun... saya bukan nak cerita pasal pendapatan melalui blog tetapi faedah menulis untuk diri saya sendiri.... iaitu, mengabadikan kenangan dalam bentuk tulisan dan yang paling penting dalam bentuk gambar foto!!!

Betul ni... dah beberapa kali gambar2 yang kini dirakam secara digital hilang dari simpanan, ada yang hilang  sebab kena virus (corrupted), ada yang hilang sebab terdelete dan ada jugak yang hilang sebab pen-drive hilang! Syukur Alhamdulillah, dengan ada nya sekeping dua gambar yang diabadikan di blog ini, maka boleh juga saya ambil semula.

Lagi satu kan, disebabkan keghairahan nak menulis blog, secara spontan kita akan jadi suka mengambil gambar. Buat apa pun nak ambil gambar. Sikit-sikit ambil gambar, sekejap-kejap nak posing.... walau pun tak semuanya akan kita blog kan, sekurang-kurangnya ada lah gambar sebagai kenangan.

Bila dah jadi blogger tidor (tak aktif menulis) makanya perangai suka mengambil gambar pun dah tak ada. Kadang2 bila terserempak dengan kawan lama atau pun sedara mara yang dah lama tak jumpa, langsung tak teringat nak ambil gambar... sayang sekali.... masa balik berhari raya baru2 ini, saya terserempak dengan beberapa kenalan semasa pegi shopping raya, masa pegi beraya dan masa lepas balik dari raya... sayang seribu sayang... bila dah bersurai baru terfikir untuk mengambil gambar dengan dia orang... apa nak buat, dah terlepas sudah.... entah bila lagi nak dapat bersua muka tu....

DAN, kalau terlupa bila kita buat apa, jumpa siapa atau pergi ke mana, blog jugaklah yang boleh dirujuk. Memang dah jadi diari  maya. Kalau dah tak dibuat catatan tu semua, lama kelamaan kita pun akan lupa. Kalau tulis dalam diari pun, nanti buku diari tu hilang lesap entah ke mana....

Dengan sebab itu, saya pun bersemangat lah nak menulis blog semula. Harap masih ada yang sudi menjengok di sini ya....


Bergambar kenangan di 1 Syawal 1434



***kalau dah malas nak update blog, tak payah bagi pelbagai alasan konon2 nak aktif blogging balik... hu hu hu...

Saturday, July 21, 2012

Salam Ramadhan dan Tips Blogging

Assalamualaikum. Pertama sekali saya nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan, Selamat Berpuasa, Selamat Berterawih dan Selamat Bersahur kepada semua pengunjung blog KakNi. Semoga ibadah dan apa jua perbuatan kita di bulan yang mulia ini diredhai dan diberkati Allah. 

~ ~ ~ Salam Ramadhan ~ ~ ~

Saya juga nak ucapkan terima kasih kerana masih sudi melawat blog Sejenak Di Hari Ini yang tak seberapa ini..... Macam gempak jer kan tajuk 'tips blogging'. Chewah... kemain lagi, macam lah saya ni pakar sangat lah dalam menulis blog ni... Hahahah... 

Sebenarnya begini.... dalam post saya yang sebelum ini, saya dah cerita pasal saya ada banyak blog. Sekarang ni saya dah selesai 'memindahkan' posts saya dari blog2 ini masuk ke dalam satu blog sahaja iaitu blog Sejenak Di Hari Ini (Versi 2),  yang anda semua tengah baca ni lah. Saya pun dah cerita yang saya perasan kebanyakkan post saya tu serba kekurangan, tak de link, tak de tulis nama tempat yang saya pergi, bila tarikh nyer saya pergi dan ada jugak post yang cuma bercerita sahaja pergi ke sana sini tapi tak de langsung gambar. Satu perkara lagi yang rugi bila pindahkan post ni ialah..... jeng jeng jeng..... hilang lah segala komen-ngomen dari kawan2 blog yang dolu2 tu, sy sgt menghargai komen2 mu itewww...... *next entry nak tulis pasal blog comment, check it out ya


Ni snapshot blog family, hubby yg soh saya buat dan jaga.
Post dlm blog ni pun telah sy pindahkan ke sini.


Lagi satu yang saya perasan dari post2 lama ni ialah cara atau gaya penulisan saya. Menulis blog ni kan umpama seperti kita bercerita kepada orang, jadi, saya ni seolah-olah bercerita sambil berlari atau bercerita seolah-olah saya hanya ada masa 10 saat jer untuk nak habiskan cerita saya tu... ha... bila baca cerita2 tu saya terasa macam termengah-mengah... alahai... kenapa lah saya macam tu...

Jadi, itu lah tip yang saya maksudkan. Sejak akhir-akhir ni, saya pun selalu menjengok blog2 yang femes-femes untuk cuba nak belajar cara2 nak menulis blog dengan lebih baik. Memang saya perasan gaya tulisan dia orang tu santai, mudah dan seronok dibaca. Huruf2 pun biarlah saiz dan font yang sedap mata memandang. Ditambah pula dengan gambar2 yang cantik, memang macam tambah ajinomoto dalam masakan ler...

Ok, dah 2 tips lah kiranya pasal blogging nih. Satu, perlu ada maklumat dan keterangan yang berpatutan seperti bila, di mana dan rumusan seperti tempat tu kita rekomen orang pergi ke atau jangan pergi. Lagi contohnya, kalau cerita pasal makanan, ceritalah sedap ke tak sedap ke, service bagus ke atau tak bagus.... Yang kedua pulak, gaya penulisan kena lah tenang dan menarik... jangan kelam-kabut macam saya ni tau... Sama-samalah kita berkongsi ilmu yang baik..... Ok, cukuplah tips berkarat dari saya nih, kalau nak tips dari mereka yang pro, cuba check website ini: ProBlogger. Dalam website tu ada banyak ilmu yang dikongsikan, antaranya; Tips for Writing Content for Blogs, Blog Design Tips dan Tips on Making Money from Blogs.

Yang akhir sekali, saya nak share satu gambar yang saya dapat dari email... ha... ada tak korang terpikir nak buat macam ni? Bagus ni re-cycle bekas pringles, jimat duit tak yah beli tapewer mahal2 ek... ho ho ho.....




Monday, July 16, 2012

Blog dan Kereta

Assalamualaikum.

Minggu lepas projek KakNi ialah pindah posts dari blog KakNi yang lain masuk dalam blog ni.

Entah nape, dulu2 suka sangat bukak blog baru dan tinggal kan blog yang lama.

Blog pertama - 2006 cikni.blogspot.com
Blog kedua - 2007-2008 goncar.blogspot.com
Blog family yang pertama (hubby yang suruh buat tapi lepas tu dah tak maintain pun) 2006-2009 hajizi-sally.blogspot.com

So sekarang ni cuma tinggal satu blog ni ajer lah.... Bila dok baca balik posts lama tu kan, rasa kelakar pun ada, rasa buduh pun ada sebab banyak entry yang merepek-repek. Bila blog pasal travel, tak cerita pulak pergi ke mana, bila tarikh nyer. Untung juga di gambar tu ada tarikh, so KakNi re-words balik beberapa posts dan letak tarikh, nama tempat dan link. Takpe, kita belajar dari kesilapan. Yang paling tak seronok tu sebab banyak gambar yang kecik (dan tak boleh re-size dah) dan ada gambar yang aku letak 'topeng' kat muka. Memang sayang sekali sebab semua tu kenangan, tak kan lah nak kenang gambar kita yang tak nampak muka tu.

Oh ya, baru2 ni baca post Kkida pasal blogging (sila klik di sini), memang mencelikkan mata KakNi. TQ Kkida.

Kawan2 semua, sudi-sudikan lah membaca post KakNi dulu2. Kalau nak tengok gambar kita org gi jln2, klik saja label Travel kat sebelah kanan blog ni ha. Kalau post travel byk gambar. Post Birthday dengan Kids pun banyak gambar gak. Selamat membaca!

Sabtu lepas dekat area rumah KakNi ni kemain lagi riuh rendah, berdentum dentam, bila KakNi jengok kat luar rupa2 nya di tapak pasar malam Seksyen 17 (betul2 depa umah KakNi) ada event. Patutlah ada pasang khemah dari 2-3 hari yang lepas tapi tak diletakkan banner atau post.

Tak tahu apa nama event ni tapi memang gempak lah bunyik nyer kat sini.





Tuesday, June 26, 2012

Blogging dan tempahan kek birthday


Assalamualaikum.

Hai, apa entah tajuk english, blog dalam bahasa melayu.

Sejak 2 menjak 3 menjak ni, CikNi rajin melayan blog pulak, terutamanya blog makanan, blog masak-masak, blog resepi dan yang sewaktu dengan nyer. Terasa rindu pulak nak update blog sendiri tapi nak update pasal makanan atau resepi memang susah sikit lah... al-maklum CikNi masak pun tak tahu berapa lama sekali. Masak air je yang hari-hari… muahahah…

BLOG MASAKAN

Dalam banyak2 blog yang CikNi jumpa tu, so far yang paling memuaskan hati ialah http://www.koleksi1001resepi.com/.  Gambar cantik, penerangan pun jelas dan mudah difahami. Masakan nyer pun simple, tak lah susah bebeno nak buat, baru lah orang macam CikNi teringin mencoba. So, yang ini CikNi bagi 5 bintang… chewah, siapalah CikNi nak bagi bintang-bintang kat website orang nih? Sesetengah blog tu gambar nyer asyik berulang-ulang. Gambar masakan yang dah siap pulak tu. Bukan nyer nak tunjuk step by step tapi ada lah resepi yang ditulis dengan lengkap di bawah gambar-gambar. Oh ya, kalau http://www.koleksi1001resepi.com/ tadi tu, resepi lengkap tak de tapi bahan dan sukatan diberikan sekali dengan step-by-step penyediaan masakan tu. Tak kisah lah kan, janji CikNi paham….

Selain dari blog masakan, CikNi pun rajin menjengah blog jalan-jalan melancong sana- sini… amboi jeles nyer tengok gambo orang gi holiday nih… CikNi hanya mampu berjalan di alam maya ni ha.. ko ada?

Hari Ahad 24/6/2012, genaplah my daughter umor 12 tahun dan untuk pertama kalinya CikNi buat sambutan hari jadi untuk dia.... hah… jangan tak tahu… Tahun2 sebelum ni CikNi belikan kek aje. Kalau ada fulus lebih, CikNi belikan jajan untuk dia bawak gi sekolah bagi classmate. Jemputan pun tak ramai, seperti biasa, yang wajib dijemput babysitter and family. Adik2 CikNi pun ada, yang dari Jln Kebun, dari PD dan dari Perlis pun ada, kebetulan dia memang melepak kat umah CikNi dari minggu lepas. Kawan2 my daughter adalah dalam 10 orang yang dijemput.

TEMPAHAN KEK HARIJADI

CikNi nak share sikit pasal tempahan kek. Kalau nak tempah kek yang ada decoration, mestilah 5 hari sebelum hari yang kita nak collect kek tu, ini terpakai untuk kek secret recipe dan jugak bakers cottage. Kalau tak cukup 5 hari, untuk kek secret recipe, kita boleh bagi gambar yang letak atas kek dan kilang secret recipe akan scan gambar tu dan buat edible pic letak atas kek tapi mestilah order dlm masa 3 hari. Caj tambahan RM25. CikNi dan anak tak suka gambar yang macam tu, so kita order dengan bakers cottage sebab gambar nyer dibuat dengan jelly. Kalau nak kek 2 kilo atau gambar lebih dari satu character, kena order 5 hari tapi kalau lambat order dapatlah buat kek 1 kilo je dengan satu gambar sahaja. Caj tambahan RM10.


CikNi pilih kek Warmest Chocolate, harga RM68 sebelum tambah dengan gambar kartun rilakkuma tu. Kartun tu dibuat dengan jeli, memang sedap dimakan. Versi asal kek warmest choc tu warnanya chocolate macam gambar kat bawah ni.







Birthday girl tengah serve kek kepada kawan2.



Menu nasi ayam, spaghetti bolognaise, pisang, nugget ikan, tapai, kek batik, cupcake, puding, jeli cocon dan birthday cake.


Sempat gantung 6 biji belon jer sebab tukang tiup belon datang lambat.
Janji nyer nak datang awal menolong, huh hampeh...



(^_^)V Terima kasih

Friday, July 22, 2011

Kembali berkarya

Setelah sekian lama menyepikan diri, kini, ingin berkarya semula.

Hmmm.... bukan lah karya agung, sekadar coretan......

Monday, March 1, 2010

my blog

Aku mmg x update blog ni, so x yah lah dtg visit... huh!

Thursday, August 6, 2009

This blog is....... now


Monday, March 2, 2009

Rajin hapdet!

Dahsyat pulak aku ni update blog 4 hari berturut-turut! Selalunya 4 hari sekali... hua hua hua...
Tapi hari ni aku tak nak cerita panjang, supaya u all boleh baca cerita2 aku masa weekend yg lps (sila scroll ke bwh).. Cuma, hari ni aku paksa rela nak promote blog seseorang, sudi-sudilah membaca ek... blog Yang Empunya Cerita... siapalah yang punya tu ya, adakah Man Belon yg punya? Heheheh...

Friday, February 27, 2009

Blogging For Business

*Sorry to all. Cerita ni may be dah basi, but I need to put it here. Nanti dlm NSTP website they will remove it after sometime. Harap2 ianya bukan setakat memberi inspirasi kepada saya, malah kpd sesiapa sahaja yang membaca nya*


Blogging For Business

A community of business-savvy bloggers is emerging. And they are here to stay.
insidepix1


Ellie Darus
Ellie Darus

Fawiza Abdul Wahid
Fawiza Abdul Wahid

insidepix4


insidepix5

U blog, U sell
Syameen Md Khalili and Rozana Sani

A bunch of enterprising Malaysians have found a more effective way to sell. They blog their business. Siti Syameen Md Khalili and Rozana Sani write.

• Cupcakes, anyone?

Ellie Darus used Blogger.com to launch her part-time career as a custom-order cupcake baker. The 32-year-old IT professional first started using Fotopages in 2006 to share photos of her home-made cupcakes with friends, but when orders started to come in, she signed up with Blogger.com in the following year.

The mother-of-one frequently updates her blog (http://kekcawan.blogspot.com) with menus, pictures, pricing and promotional information.

To build her brand of cupcakes called de’ Heart, she also relies on other online platforms ranging from social networking sites such as Facebook and Friendster to online forums and e-groups.

The good part about being able to use online technologies to make money is the small overhead

and wide reach, Ellie points out.

“I don’t have to rent a premise. I make new friends, including customers and bakers. This means more contacts and links to extend my business. My customers are from all over Malaysia and overseas.”

Having tried many platforms to build her online business, Ellie says blogging is the most effective.

“Around 80 per cent of my customers found my blog through Google Search, links from other blogs and Web sites, and Yahoo! Groups,” she adds.

In the near future, she plans to include an online ordering form in her blog. She also plans to organise online and offline contests such as cupcake decorating contests.

• Personal shopper service

United States-based online entrepreneur Haniza Zainal Abidin blogs at http://blog.whoosh2.com. This is also a platform for her online business, Whoosh2, which is a personal

shopper service based in California.

Haniza says customers can order materials featured on the Whoosh2 Web site or blog or even request for items only available in the US such as Gap jeans or Coach bags and have Whoosh2 ship them to their address.

“I bought a domain name, rented hosting space and used a Mac application called iWeb to create and design my Web site at www.whoosh2.com. Then I used a couple of social media

sites to help bring traffic into the site.

“I found out that having a blog is one of the best ways to do so as Google picks it up whenever it’s updated.

So, I use Blogger and Facebook to disseminate news to the public.”

Although there are challenges that come with doing an online business, Haniza prefers to look on

the positive side.

“The best benefits are that the tools are free or

available at a low cost and that I can sell the items to anyone or anywhere without being stuck in a brick-and-mortar environment.

“The online payment system is also secure and reliable,” she explains.

Going forward, Haniza plans to set up a real online store.

• Custom ribbon embroidery

Kerteh, Terengganu-based electrical engineer Halina Abdul Hadi first started her blog (jahitanmaklang.blogspot.com) in mid-2006 to show friends her ribbon embroidery projects. Positive response and sales demand generated from it then prompted the 44-year-old to make the blog a focal point of her post-retirement plans.

Today, Halina does ribbon embroidery on a part-time basis. Jahitan Maklang showcases her products while another blog, Ribbon Chanteq (ribbonchanteq.blogspot.com), which she shares with her partner, Kak Ina, contains an ordering form. “But normally people will send an e-mail or call us to specify their requirements,” she says.

Halina’s spare time is spent mostly on sewing, so she keeps her blog postings short and sweet.

“The income from this venture has been satisfactory, given that it is just for fun. If I manage to complete a lot, then more money will be in the bank. But at normal pace, I can only complete two to three bags a month. This also depends on how many orders I get,” she points out.

Halina plans to improve the layout of her blog and create interesting products to woo more buyers.

• More cakes

Fawiza Abdul Wahid is the owner of online bakery Wizcakes (wizzcakes.blogspot.com), which is a registered home-based family cake baking business.

“I operate full-time from my home located in Bandar Sungai Long in Kajang. Running this company requires me to get e-mails answered, bake cakes and get them delivered, clean the utensils, and ensure that the working area gets scoured at the end of the day,” she says.

Wizcakes is the primary medium Fawiza uses to market her wares to the public. She actually has two blogs.

“Wizcakes is basically a presentation of some of my work enclosed with details such as price and description, testimonials from customers and an e-mail address for people to place their orders. The other (inawhiz.blogspot.com) is more of my cake journal – the stories behind the finished product,” she says.

Through her postings and word of mouth, Wizcakes has recorded a significant increase in sales by five-fold since it started.

“The challenge is probably the limitation of the features offered in this free service. The other challenge is my lack of computer know-how,” she says.

Fawiza plans to continue writing and sharing her thoughts, cakes and stories through the blogs.

• Sarawak craft and food

What began as an experiment for 26-year-old Mohammad Firdaus Othman turned out to be quite a success. His venture in selling craft from Sarawak online, as featured in his blog Puakumbu-shop (puakumbu-shop.blogspot.com), in May last year is drawing encouraging sales.

“I first started the blog to gauge the Internet market in Malaysia and apply what I have learnt in the university. Initially, I planned to just sell puakumbu, the hand-woven warp ikat textile of the Iban, but there was increased interest in other Sarawak craft and food. From there, I added more products to the catalogue,” he says.

Mohammad Firdaus is certainly happy with the way things turned out.

“The blog is my key business channel. I also use applications such as Friendster, Facebook and Alibaba,” he says.

With more traffic, he plans to have a Web site with his domain name and improve on the current selling and buying techniques being practised on the blog.

“I’ll be putting more focus on expanding my market reach to include buyers from abroad. Part of my expansion plan is to get listed on eBay,” he says, adding that his current buyers are from Malaysia, Singapore and Brunei.

• Online boutique

Dazzling Daffodils (dazzlingdaffodils.blogspot.com) sells clothes online. If everything goes according to plan, the online boutique could soon have a physical presence in one of the shopping malls in Kuala Lumpur.

“The (online) boutique has been around for only three to four months and the response has been quite good. I am quite optimistic about this business and hope it will grow further,” says proprietor and blog owner Joanne Looi.

Ipoh-born Looi, 25, is currently pursuing a Master’s degree at a local university. She handles the online boutique business with some help from her brother after starting the business with a couple of girlfriends as a form of side-income generator. As the store is virtual, she is doing so with ease.

“Blogging has definitely made an impact on this business as Malaysian are starting to have the confidence in purchasing goods online. As the boutique has only started operations not too long ago, the business revenue ranges from a few hundred ringgit to maybe a thousand ringgit. I hope that the growth projection this year will be better,” she says, adding that shopping online saves time and can be done in the comfort of the home.

“Currently, the gallery comprises pictures of the apparels worn by models. But I plan to have some of my girlfriends to model the apparels for a more realistic feel. There are also plans to have a wider range of choice in products.”

Dazzling Daffodils also have a presence in Facebook and Friendster. “I make use of these online community to gain popularity. The boutique is also listed in some of the online boutiques directory and the bloggers central listing.”

• More apparel

Cats Whiskers Malaysia (catswhiskersmalaysia.blogspot.com) is a boutique with physical presence in five locations around the Klang Valley. Headquartered in Petaling Jaya, the business is run by three women who are all in their 30s.

The blog plays a supplementary role in the business.

“It basically features weekly newsletter which we e-mail to our customers. It shows our products and pricing, and customers can opt to order online if they are unable to visit our stores,” says partner Lim Siew Peng.

Through the blog, Cats Whiskers aims to target customers outside of Klang Valley as they offer delivery at a minimal cost.

The most challenging thing about running a business blog, Lim says, is it requires the partners to be innovative, creative, flexible and intuitive to find out what works and what brings in the sales.

“The other challenge is finding ways to engage customers on a routine basis and providing interesting content that will make them want to come back and tell others about it. If they are a bloggers themselves, we hope that they will link it to their blog,” Lim adds.

Cats Whiskers hopes to expand the online sales and maybe offer payment facilities (such as credit card, paypall, tie-up with local banks).



Trend fast catching on
Rozana Sani

BUSINESS blogging is catching on in Malaysia, as observed by online fashion e-zine Emmagem.com.

And the opportunities are endless, says the e-zine founder and editor Tan Yet Mee. This is because Malaysians, especially Gen Yers (the Net generation), are now used to purchasing online.

“I think a blog to help a business is very important these days. Blogging allows for direct and current information about the products, plus consumers can communicate directly with comments and get an immediate reply.

“The setback is that a blog needs constant updating to be successful and responsive, or it will share the same fate as helplines, which do not give adequate information. And the backlash can be immense if a mistake is made,” she explains.

The other premise of a business blog, Tan says, is that it is a platform for the sharing of personal opinions and experience.

“It is an excellent communication and public relations tool, especially for small business owners. The younger, tech-savvy consumers like to relate with those like themselves, who are on the Internet a lot. I mean, how often does one get to speak to the owners or company representatives themselves and get their assurance?”

The blog system, Tan points out, is more systematic. And when optimised on search engines, it allows information on the products to be more easily accessible online.

A blog is also easy to set up, use and has a much lower maintenance cost compared to a regular Web site. Plus, blogs do not need much advertising.

“Treated correctly, a business blog with useful and credible information will have a strong following similar to recommendations through word of mouth or viral marketing,” Tan says.

Her words are backed by evidence found on Emmagem.com’s Malaysia Online Fashion Shopping Directory (MOFSD) and Classifieds page.

Emmagem.com’s assistant editor-cum-writer Karen Marie Christie says MOFSD has about 1,100 online shops listed to date. Most of them are individual independent entrepreneurs who set up shop on blog platforms such as Blogspot and Wordpress to sell their items.

“They get their clothing or accessories from suppliers and post them up on the blogs for all to see. Potential buyers who browse their shop can e-mail them to purchase the items. Once both parties have agreed on the price and shipping cost, the buyer will deposit money into the bank account by e-banking or by visiting the bank. And once the seller has checked that the cash is in, he will ship the items,” she explains.

As compared to an e-commerce-based shop, a blogshop involves more steps between the buyer and the seller, but it has a more personal touch, she adds.

Meanwhile, Tan says since MOFSD started in 2007, Emmagem.com has witnessed a significant growth in fashion blogshops.

“We get daily e-mails from newbies who want to start a business and ask to be

listed. A lot of conventional-selling e-commerce platform online shops get themselves listed on MOFSD to promote their sites, too,” she says. – By Rozana Sani


Dos and don’ts
Dos:
- Be honest in the item description. This is, after all, an online business. People can’t see the items in real life.
- Take good photos of the items and probably in every angle.
- Communicate well. Always make sure that there is a written e-mail agreement on the transaction to prevent any miscommunication.
- State shop policies on the site for people to see as well as contact e-mail or telephone number.
- Ship on time. People want their
items promptly.
- Attend to complaints immediately.
- Market yourselves well. Introduce your shops to online magazines or fashion-related blogs.
- Get a feedback page (for example,
http://emmagem.com/feedback/) to monitor customer feedback on your customer service.
- Always take a feedback and improve
on it.
- Think long term for the business and make appropriate decisions.
- Advertise.

Don’ts:
- Sell items that are torn or spoilt (and can’t be seen through photo).
- Keep customers waiting. Always reply their e-mails as soon as possible.
- Trick customers with misleading information.
- Shirk when there is a complaint;
handle it.


source: Tech & U NSTP Monday 23/2/2009

Thursday, August 21, 2008

More blog url... and Yay!!!

Ok. Ok. Just to add in my list of friend yang dah lama tak update tp dah ber-updated + rajin pulak tu muah hah hah...

Atiza

Hari jumaat biasanya tak ramai orang masuk blog, kalau weekend lagi kurang... malas lah pulak rasa nak update...

Nanti ya... cari ilham dulu...


~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LATEST UPDATE!

Kumpulan ICC yang aku co-ordinate masuk ke Konvensyen ICC tu dapat 3 Bintang Emas!
Alhamdulillah.
Bukan yang tercorot.
Tak panas lagi lah bont** aku.
Pagi tadi masa aku jumpa MD pun dia dah dapat teka;
"Why? U takut dia org dpt 2 stars ke?"
Of course I can't tell.
"At least dia org dpt masuk national level"
Ya, right.

Malam ni tido lena, InsyaAllah.
Esok, kena prepare surat kat Finance.
Minta dia org issue cheque RM1000 utk kumpulan tu.
Dia org je dpt.
Aku tak dpt.
Aku dpt markah bagus je untuk performance hujung tahun nanti :-)








LAGI LATEST UPDATE... (10.27pm)

Kumpulan tu dapat TOP 10!!!




Kena semak file lah pagi esok, bukan RM1000 punya cheque nak kena bagi... may be RM2500 kot....

Wednesday, August 20, 2008

Terima saja keputusan nya...

Beberapa blog kengkawan yang dah lama mendiamkan diri nih dah ber-update, so korang jom lah ramai2 singgah ke sana ek...

Budak Kampung

IsQim



Semalam aku rasa down.
Down sangat lah.

Aku frust dengan prestasi kumpulan ICC semalam.
Yang aku bawa pegi konvensyen tu la.

Ingat nak report kat MD.
Nanti dia attend presentation ceremony,
takde lah dia terkejut tengok result yg tak seberapa tuh.
Tapi MD cuti.
Esok lah kot aku inform dia.
Malam esok (21hb) baru announce result.
Tempat yang sama - oneworld hotel, bandar utama.

Kumpulan yang result nya ok (3 bintang emas),
mesti bersorak riang.
Kalau dapat top 10,
lagi kuat dia orang bersorak.
Kalau dapat top 3,
lagilah meriah, mau gamat satu dewan.
Kalau juara lagi lah,
jangan runtuh stage tu sudah lah.
Dapat la bergambar dengan menteri.
RM pun ribu riban masuk.

Tapi,
kalau dapat 2 bintang emas,
sekadar seronok dapat masuk level kebangsaan je lah.
At least terpilih lah jugak kan...
Macam kat tempat kerja aku ni,
2 kumpulan masuk regional level,
tapi cuma satu kumpulan je layak pergi national level.
Dah cukup bagus lah tu..
Cuma aku rasa dia orang tu tak bagi 100%.
Bukannya senang nak pergi national level.
Entahlah...
over confident kot...

Takpelah, dah lepas pun.
Cuma....
Kalau kumpulan dapat good result,
orang pun pujilah dia org.
Tapi,
kalau result tak cantik,
orang akan carilah co-ordinator (department aku la),
"Tak buat keje ke?"
Silap2 hari bulan prestasi aku pulak yg terjejas.
Langsung dituduh tidak membantu kumpulan.
Padahal kita ni dah bantu apa yg sepatutnya.
Selebihnya tu ahli kumpulan sendiri yang kena usahakan.

Macam juara lagu tu la...
Lagu dah bagus, lirik pun cemerlang,
tapi,
penyanyi tak cukup rehearsal,
suaranya sumbang....
Takkanlah nak salahkan composer dan penulis lirik pulak...

Biasalah tu, adat dunia.


p/s Untuk national level, paling bawah sekali dapat 2 bintang emas, pastu up ke 3 bintang emas, pastu up lagi kepada top 10, then top 3 dan akhir sekali juara keseluruhan.

Monday, August 11, 2008

...belum kempunan lagi...

Aku ni kan bila pergi ke pasar malam ke, shopping complex ke, jalan2 ke...
kalau aku nampak je budak2 mesti aku tenung...
kalau ikutkan hati aku,
mau je aku bawak lari budak2 ni...

Aku geram la...
buat masa ni geram kat anak orang je la...
baby sendiri belum kesampaian... *sob*sob*

Kalau pergi rumah kengkawan ke...
rumah sapa2 jua lah...
kalau dapat baby, memang aku bawak lari dari mak dia,
pastu tayang kat roomate...
Mesti roomate geleng-geleng kepala...
tersipu-sipu dia sebab bini dia buat 'kelaku' (buat perangai)...
apa nak buat...
orang kempunan baby nih...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Semalam adik aku call.
Dia nak mintak aku tolong buatkan blog dalam website dia,
supaya menarik sikit web tu.
Setakat ni web dia macam projek gajah putih je...
kalau tak ada web langsung,
nanti orang kata 'koman' (lekeh)...
So, kakak dia ni pun buat la yg paling simple punya layout,
sebab ilmu kakak dia setakat tu je.
At least, jimat le sikit wang ringgit...
al maklum syarikat baru nak hidup,
nanti kalau dah sukses,
elok la panggil web developer yang pro punyer...
baru ada 'class'...

Fening punya fening dok menggodek web tu,
dengan bantuan dari rakan blogger Shafarina - yg asyik masyuk buat scrapbook tu...
akhirnya dapatlah aku link kan blogspot ke web dia.
Sebenarnya sebelum ni aku dah bukakan akaun blogspot untuk dia,
tapi susah sikit sebab ada org gomen yg tak bole access...
Memandangkan client dia memang dari gomen,
terpaksalah kami usahakan sesuatu...
maka, terbelilah domain perwiraglobal.com.my

InsyaAllah, nanti adik saya akan update blog tu.
Katanya setiap kali lepas kursus,
dia akan buat blog.
So, peserta-peserta kursus boleh lah bagi feedback...
dan terus berhubungan melalui blog tersebut...

Check it out - www.perwiraglobal.com.my

Tuesday, July 15, 2008

Zaman IT, macam-macam ada...


Tambahan cerita pasal kasut buaya.

May be u all tengok kasut buaya yang aku baru beli tu simple aje kan, probably u all tak beli pun kan... kasut sarung pulak tu... hahahah... tu la orang kalau dah keje bahagian safety ni, kalau ikutkan elok la pakai safety shoes aje.... oh a big no-no lah coz tak kena pulak dengan baju kurung. Elok jugak kalau pakai kasut flat je... macam jururawat tu, ramai yang pakai kasut tumit rendah atau kasut flat sebab dia orang byk berjalan ke sana-sini dan kena berdiri lama-lama... tapi aku rasa tak sesuailah jugak kalau aku nak pakai kasut flat tu, nampak tak bergaya sangat, dah le aku ni gumuk... jururawat tu dia org pakai uniform, kasut yg dia org pakai pun padanlah dgn uniform dia org... ni aku keje kat opis, kenalah ada gaya sikit sebab nak kena jugak jaga imej syarikat, nanti client jumpa tengok 'aduhai, selekeh nya akak ni... keje kat *****, world class konon'... tak nak la jadik camtu...

Sebenarnya sebelum ni aku pakai kasut sarung, lebih kurang macam kasut buaya ni jugak lah, warnanya hitam tapi tumit nya tinggi lagi dari kasut buaya ni... bila ada kejadian kebakaran last 2 weeks, aku kena pergi investigate, dah kena jalan sana sini, pastu berdiri pun lama... memang sakit betul kaki aku masa tu... kadang-kadang kalau kena audit atau pergi meng-audit, pun banyak kena jalan-jalan sana-sini, memang serik betul lah rasanya... korang pun semua ada pengalaman kena audit kan tapi aku ni bukan audit ISO9000 macam korang tu, yang itu banyak office audit, tengok dokumen dan rekod, meronda pun ada lah sikit-sikit, pusing plant tapi aku ni kena audit safety lah, kena masuk workshop, kena pergi makmal lah, tengok sana, tengok sini... penat wo... sapa-sapa yang involved dengan OSHA tu tahulah, kan dah tertulis dalam akta kena buat 'workplace inspection'... mandatory beb... letih! Tu yang aku nekad beli kasut 'myanmar'... walaupun kasut tu macam kelakar sikit la aku pakai (macam budak sekolah) tapi selesa... tapi kasut 'myanmar' tu bakal jadi sejarah, walaupun baru beli 1 minggu... ingat nanti nak donate dekat akak/bibik cleaner kat office tu lah...

OK, tamat cerita kasut.

Cerita pasal peredaran zaman ni kan.... gini lah senang cerita. Sebenarnya aku tak larat la nak ikut sangat peredaran zaman. Bila org introduced kat aku blogspot ni, aku suka dan layan je. Bila member invite masuk macam-macam, contoh nya myspace atau facebook... aku pun accept je la... tapi larat ke aku nak layan semua tu? Tu ha, web scrapbook aku tu dah bersawang dah... lama betul tak buat scrapbook... kalau busy buat scrapbook, mesti tak dapat update blog... Macam mana nak maintain facebook pulak nanti? Tapi sebab kawan dah invite, aku pun register je lah... memang ramai la dapat jumpa kengkawan lama, cuma aku tak rajin nak make-up 'muka buku' tu aje... korang camne ek? Selain dari blogging, kat mana lagi korang selalu lepak?

Thursday, July 10, 2008

Welcome Back from Hibernation

Saya ingin 'welcome back' kepada kawan blogger saya yang telah lama 'menyepi' - 'Budak Kampung - Just a thought'. Jarang menulis tetapi tulisan nya bernas dan informative.