Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Friday, August 17, 2012

PANIC SANGAT!

Ok, dalam panic mode ni pun, saya nak bagi diri saya masa untuk bertenet sampai kul 8.30. Lepas tu, apa yang sempat saya buat, saya akan buat. Kalau dah tak larat, kena rehat + tido. Tak kira lah macam mana pun mesti settle everything sebelum sabtu pagi. Kalau perlu, mungkin tak yah tido malam ni.

Padan muka saya.


Biasanya setiap tahun saya akan ambil cuti sehari sebelum raya untuk mengemas rumah dan packing + apa2 persediaan untuk balik kpg. Tahun ni saya cuti awal 3 hari sebab ingat banyak sangat benda yang nak disettlekan (lagipun cuti banyak lagi). Ada yang dah settle ada yang belum. YANG PALING TAK SETTLE ADALAH.... tudung raya belum potong dan belum jahit... manik tok sah cakap, tutup kes. Kain tudung tu saya beli kat gulatis. Ada tudung siap dengan corak dan warna yang sama di gulatis, apa kata singgah je sana beli, ok tak? TAK OK! Sebab nyer tudung siap tu pendek, elok2 je tutup my upper chest, tak sesuai u.... Mesti korang tak perasan kan, gambar tudung dalam entry sebelum ni sama dengan tudung dalam brochures raya gulatis yang dia org sumbat masuk dalam peti surat rumah kita tu....

Ni antara perkara yang saya nak buat hari ni, ada yang WAJIB - mesti buat, ada yang SUNAT - kalau sempat, buat, kalau tak sempat, buat lepas raya. Saya nak buat puding buah (wajib), nak pergi kedai dobi collect toto (dah berapa hari pergi asyik timing tak betul, kedai tu pun kata jam sekian2 bukak tapi bila saya pergi ikut time tu, tutup pulak, hampeh - yg ni WAJIB sebab nak bwk toto blk kpg), nak basuh baju, sidai baju, angkat baju, lipat baju, packing (wajib), nak jahit tudung raya (sunat - giler kalau boh status wajib, ni bukan 15 minit boleh siap, mau 3-4 jam), nak gi collect contact lense kat kedai spek (wajib), nak hantar kucing ke tempat boarding (wajib), nak bersedia utk iftar (wajib), nak bersedia utk sahur esok (wajib), apa lagi apa lagi apa lagi...

Tahun ni baju raya tak sedondon sebab dah banyak hari ronda shah alam cari baju yang sesuai dengan warna baju anak tapi yang ada saiz tak berkenan, yang tak de saiz ada a few yang berkenan. Fenat!

Orang lain dah la la la dam dam dum dok ingat raya, aku ni jer dok panic mode tak habih habih...



Korang, pergi umah mak angkat (pet boarding) nanti jangan buat hal ok. 
Seminggu korang kena tinggal, padan muka ......


Friday, August 10, 2012

Majlis Berbuka Puasa 2012

7hb yang lepas, kami tiga beranak telah menghadiri majlis berbuka puasa di tempat kerja saya. Hampir setiap tahun saya mesti datang kalau ada majlis berbuka puasa. Cuma masa baru-baru kerja dulu  saya tak datang sebab anak-anak masih kecik. Lagi pun rasa macam makan kat rumah lagi best. Tapi bila difikir-fikirkan balik, kalau orang dah bagi makan free, kenapa tak nak datang pulak. Rumah saya pun bukan nya jauh beno dari tempat kerja ni. Lebih kurang 10-15 minit je pun. Tak luak pun petrol dalam tangki keta kancil tu kalau setakat nak datang untuk berbuka puasa di sini. Sejak dari itu, memang saya tak pernah miss majlis berbuka puasa, rasa-rasanya dah 5 atau 6 kali dah. 





Takut depan rumah jem punya pasal, awal-awal lagi saya dah datang.
Masa ni tak ramai lagi orang yang sampai. Malu lah pulak datang awal.



Komen saya pasal majlis berbuka puasa ni?

Syukur Alhamdulillah di atas rezeki berbuka puasa ni. Dapat jugak saya tapau kuah masak lemak tu sikit untuk buat kuah masa bersahur.

Alahai... saban tahun mesti berubah konsep, menu dan caterer, tempat pun berubah. Cuma yang saya nak puji, majlis berbuka puasa pada tahun 2010 adalah yang terbaik sebab ianya diadakan di dewan yang terletak di Wisma PKPS. Caterer nyer pulak bukan calang2 caterer, nama nyer tu Kuzie Catering, tokeh nyer lebih dikenali sebagai Pak Engku. Ni caterer and wedding planner untuk artis tau, Dato' Siti Nurhaliza pun panggil caterer ni. Memang kelas lah berbuka puasa tahun tu, maklum lah dapat makanan catering bertaraf bintang. Namun, zaman itu telah berlalu ye dek non, sekarang ni company terpaksa budget. Dah nak bagi bonus pun tak mampu, boleh buat majlis berbuka ni pun dah cukup bagus dah. Redho jer lah.

Tahun ni majlis berbuka puasa paling budget!!! 

Nah amik kau, ni lah komen ikhlas saya.




*Update: hari ni (jumaat) anak saya berbuka puasa di masjid, dia kata lagi sedap dari berbuka di tempat kerja mak... adoi...

Monday, August 6, 2012

Alamak! Cerita pasar ramadhan lagi!

Salam Nuzul Quran


Korang keje ke cuti?
Myself cuti tapi my hubby kena kerja


Alamak! Nak cerita pasar ramadhan lagi ke....? Yelah kan, saya ni jarang masak, kalau tak membeli di pasar ramadhan, kat mana lagi lah nak dapat lauk-pauk untuk berbuka dan bersahur.

Hari khamis yang lepas, saya beli mihun goreng. Sayang nya, mihun goreng tu dah tak berapa 'wangi' masa berbuka tu. Saya pun bagitau anak2 saya, lain kali kena beli yang baru goreng tu, InsyaAllah tak cepat basi. Yang baru goreng tu, maksud nyer gerai yang ada kuali leper yang besar-besar tu...  kat mana2 psr mlm mesti ada. Dulu masa student, selalu jugak saya beli hasil gorengan kuali leper ni tapi bila dah berkeluarga ni, rasa tak teringin pulak sebab biasanya gorengan tu macam tak cukup bahan; yang meriah nyer cuma sayur, ayam dan daging entah ada entah tidak.



Lokasi: Psr Ramadhan Seksyen 17 Shah Alam



Apa yang special nyer di gerai 'Family Food' nih? Sebenarnya gerai ni biasa2 ajer. Saya perasan gerai ni selalu lambat buka. Kdg2, bila saya sampai dalam pukul 5 ptg tu, adik2 ni baru nak letak kuali leper tu. Agak nyer dia org ni bekerja kot. Balik dari kerja, baru lah nak buka gerai. Tu yang jadi lambat *elok ler kita bersangka baik kan. Muda belia jer kan adik2 nih. Bagus lah, muda2 dah minat meniaga. 


Hari jumaat lepas saya ke psr ramadhan agak lewat, lebih kurang jam 5.30 ptg. Bila saya sampai kat gerai ni, saya tengok ada 4 kuali leper. Kuali yg pertama, mihun goreng. Kuali yg ke-2, adik tu baru nak menumis utk mee goreng. Kuali yg ke-3 dah tinggal saki-baki! Kuali yg ke-4 pulak, masih penuh, menu nyer sama dgn kuali yg ke-3. Wah!!! Menu apa yang best sgt tu, sampai kan dah tinggal saki-baki. Padahal gerai baru buka, masih ada pun kuali yang baru tengah menumis. Menunya adalah...




Jeng jeng jeng






Megi goreng!!!



Rupa-rupa nyer bulan puasa ni ramai yang kempunan megi goreng ye. Adik yang tukang bungkus tu, satu demi satu dia membungkus megi goreng. Jangan tak percaya, at any time, mesti ada 3 orang yang beratur nak beli megi goreng. Saya pun kena beratur jugak tau! Sarah, my daughter mmg tergedik-gedik nak beli megi goreng tu.

Komen selepas iftar: saya rasa biasa jer megi goreng tu, cuma bila makan, rasa macam bibir pedih sebab cili nyer tu terasa di bibir. TAPI ANAK2 SAYA KATA MEGI GORENG NI SEDAP!!!



patut lah sampai orang beratur ye
rasa nyer mmg sesuai dgn tekak budak2
mak budak tak minat dah

Thursday, August 2, 2012

Polis, Pasar Ramadhan dan Sotong

Assalamualaikum.


Masih lagi cerita pasal pasar ramadhan..........


Nampak tak?




Nampak tak?!





Mestilah tak nampak kan.... 


Kalau nak jadi photographer, tak boleh takut-takut.
Sebetulnya, ini lah yang saya nak tunjukkan.





Gambar ni pun diambil di hadapan pagar rumah saya. 
Masa tu duduk atas motor, konon2 nak sms tapi sebenarnya nak amik gambar polis... hahahah...

Di pasar ramadhan seksyen 17, shah alam, setiap petang ada polis yang bertugas. Kadang-kadang saya nampak 5-6 orang. Masa saya snap gambar ni, yang lagi 2-3 orang tu pegi meronda (beli kueh-mueh dan lauk-pauk) di pasar ramadhan. Meja polis ni bertukar stesen setiap hari. Satu hari di sini, esok nya pulak duduk depan Dewan MBSA (the other side of pasar ramadhan). Lusa pulak akan duduk balik dekat pencawang TNB ni. 

Saya pun tak tahu apa tugas sebenar dia orang di pasar ramadhan ni tapi nak dijadikan cerita, hari sabtu lepas, masa saya berjalan dekat2 dengan area tapak pasar ramadhan (masa tu tengahari, belum ada gerai lagi), actually tempat tu opposite kedudukan polis ni lah (dan of course, masa tu polis belum datang lagi, dia orang datang pukul 5 ptg). Di situlah saya terjumpa satu dompet warna kuning. Bila saya bukak dompet tu tak de duitpun. Yang ada mykad, lesen  (ke road tax motor? dah lupa ar. dah tuo makcik ni) dan kunci motor + pelbagai kunci lain. Ini mesti dompet yang dah kena ragut nih. Duit dah dirembat, so dompet ni dicampak jer lah tepi jalan tu. Kesian. Nama di mykad tu Suriana Abdullah, alamat terengganu. Nombor handphone ke, nombor apa pun tak de dalam tu. Jadi, bila dah petang, bila meja polis dah dibuka, saya pun pergi lah melaporkan kes dan serahkan dompet tu sekali. Lepas tu siap bagi bubur lambuk yang anak ambik kat surau bagi kat polis tu... hahahah.... 


Ok, ni ada lagi satu cerita pasal ramadhan jugak.

Di depan stesen bas mini shah alam, di seksyen 17 ni lah (bersebelahan dengan tapak pasar mlm/ramadhan), ada banyak gerai makanan. Ada yang beroperasi di sebelah pagi dan ada yang beroperasi di sebelah petang. Ada satu gerai jual goreng pisang dan air, dikendalikan oleh orang kelate, Awe. Masa hari biasa Awe and the gang jual goreng pisang, keropok lekor, kueh-mueh dan jugak pelbagai jenis air manis termasuk air tebu. Bulan puasa pulak, Awe jual sup tulang, pelbagai jenis ayam dan ikan percik (yang warna putih dan warna merah), kueh akok, laksa dan 2-3 jenis kueh kelate yang saya tak tahu nama nyer. Tahun lepas Awe ada jual sotong sumbat tapi tahun ni tak de pulak. Setiap petang bila lalu depan gerai Awe, mesti saya tanya "sotong sumbat ade?" Tiap2 kali juga Awe mesti jawab "tak dok, sotong tak elok, kak". Satu hari tu saya berbual dengan wife Awe, yang juga membantu Awe meniaga setiap hari. Wife Awe kecek anok2 dia pun dok suruh buat sotong sumbat, nantilah dia buat. 

Semalam, macam biasa, saya lalu lagi depan gerai Awe dengan dialog tak boleh belah saya; sotong sumbat ada? Tiba2 Awe dan wife dia cakap;  esok ada kak, sotong dah beli dah hari ni tapi santan pulak tak cukup. Yabedabedu!!! Okay lah esok saya datang lagi tau...

Petang tadi bila saya pegi ke gerai Awe, saya agak kecewa sebab saya tak nampak kelibat sotong pun tapi saya tetap keluar jugak dialog tak boleh belah saya "sotong sumbat ada?" 



Ada kak, kami buat special untuk akak ni.  


Tu dia, amik kau, malu pun ada, gembira pun ada, terharu pun ada. Memang betul wife Awe dah masak sotong sumbat tapi dia bawak satu bekas ni jer untuk saya, 10 ekor sotong untuk RM10. SYUKUR ALHAMDULILLAH. Rezeki kami hari ini. Kawan saya cakap dekat tempat dia, seekor sotong sumbat RM10!!!



Inilah sotong sumbat special dari Awe and the gang....





Awe and family, semoga murah rezeki demo sekeluarga.
Semoga bisnes demo laku dan untung pun besar.
Semoga mendapat keberkatan dari Allah SWT. 
Terima kasih. Syukur Alhamdulillah.


Monday, July 30, 2012

Pasar Ramadhan

Assalamualaikum.



Bulan ramadhan ni ramai blogger yang menulis hal2 yang berkaitan dengan puasa. Ada yang cerita menu berbuka dan bersahur setiap hari. Ada yang ceritakan karenah anak2 yang baru nak belajar berpuasa. Ada yang tulis fadhilat ramadhan. Ada yang dah cerita pasal baju raya pun! Ni giliran saya pulak *bila masa pulak amik giliran nih? untuk cerita pasal PASAR RAMADHAN.


Gambar di bawah ni ialah gambar pasar ramadhan seksyen 17 shah alam. Gambar ni diambil pada hari jumaat yang lepas. Mungkin ramai yang balik berbuka puasa kat kampong sebab kereta / motor / orang tak banyak. Biasanya penuh ni.






Gambar ini diambil di depan pagar rumah saya. Kuang kuang kuang… sebenarnya rumah saya ni betul2 depan tapak psr mlm / psr tani / psr ramadhan. Korang jangan jeles tau... hahahah…. Tak de faedah nyer adoi kalau korang jeles pun. Sebab nyer....... kalau ada psr mlm / psr ramadhan, kami yang rumah di baris hadapan ni, nak masuk rumah sendiri pun payah!!! Sebab nyer ramai lah rakyat Malaysia ni yang kurang bertimbang rasa, nak parking ikut suka hati dia jer! Selalu lah sangat saya ni tak dapat nak masuk rumah sendiri sebab ada orang parking depan pagar rumah saya. Terpaksalah saya balik awal bila kena pada hari yang ada psr mlm @ psr ramadhan. Target saya, sebelum orang lain sampai, biar saya sampai dulu!!! Bila dah dapat masuk rumah tu, lega rasanya…… Nasib baik lah rumah ni rumah sewa jer. Kalau rumah saya sendiri, adoi, sanggupkah saya begini selamanya...?! Jiran sebelah rumah saya, setakat ni dah bertukar 3 kali dalam masa 3 tahun tau. Saya jer yang masih bertahan kat sini. Takpe, sabar tu tak rugi. Kami sedang bersabar sungguh2 nih! 


Ada lagi masalah2 lain tapi tu hal kecik2 jer, boleh diabaikan. Yang paling kritikal tu hal parking jer pun. Nasib baik lah saya ada motor. Bila kereta dah masuk dlm kawasan rumah, lepas tu nak keluar pegi amik anak ke, beli brg ke, semuanya naik motor jer.


Tahun ni pasar ramadhan di sini tak berapa menarik sebab banyak gerai jual makanan yang sama, paling banyak gerai nasi ambeng. Makanan yang special pulak tak de langsung. Kalau tahun lepas tu ada lah jugak gerai jual laksa johor, special kebab/skew, western food (chicken chop, fish n chips, fries). Tahun ni tak nampak bayang pun. Gerai kueh mueh dan gerai nasi campur pun sikit jer. So, saya beli jer lah setakat mana yang ada. Kalau saya pegi beli lauk di psr ramadhan, saya suka bawak taperwer. Lauk-pauk ke kueh-mueh ke yang dibeli di psr ramadhan, tak payah masuk plastik tapi masuk dlm taperwer yg saya bwk dr rumah. Jimat le plastik kome peniaga2. Balik umah terus je transfer masuk mangkuk, senang kan? Tak payah nak buka plastik ke, getah ke, nak potong tali ke, tumpah ke, senang ai…. semua nak bungkus elok cam gambar kat bawah ni...




Saturday, July 21, 2012

Salam Ramadhan dan Tips Blogging

Assalamualaikum. Pertama sekali saya nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan, Selamat Berpuasa, Selamat Berterawih dan Selamat Bersahur kepada semua pengunjung blog KakNi. Semoga ibadah dan apa jua perbuatan kita di bulan yang mulia ini diredhai dan diberkati Allah. 

~ ~ ~ Salam Ramadhan ~ ~ ~

Saya juga nak ucapkan terima kasih kerana masih sudi melawat blog Sejenak Di Hari Ini yang tak seberapa ini..... Macam gempak jer kan tajuk 'tips blogging'. Chewah... kemain lagi, macam lah saya ni pakar sangat lah dalam menulis blog ni... Hahahah... 

Sebenarnya begini.... dalam post saya yang sebelum ini, saya dah cerita pasal saya ada banyak blog. Sekarang ni saya dah selesai 'memindahkan' posts saya dari blog2 ini masuk ke dalam satu blog sahaja iaitu blog Sejenak Di Hari Ini (Versi 2),  yang anda semua tengah baca ni lah. Saya pun dah cerita yang saya perasan kebanyakkan post saya tu serba kekurangan, tak de link, tak de tulis nama tempat yang saya pergi, bila tarikh nyer saya pergi dan ada jugak post yang cuma bercerita sahaja pergi ke sana sini tapi tak de langsung gambar. Satu perkara lagi yang rugi bila pindahkan post ni ialah..... jeng jeng jeng..... hilang lah segala komen-ngomen dari kawan2 blog yang dolu2 tu, sy sgt menghargai komen2 mu itewww...... *next entry nak tulis pasal blog comment, check it out ya


Ni snapshot blog family, hubby yg soh saya buat dan jaga.
Post dlm blog ni pun telah sy pindahkan ke sini.


Lagi satu yang saya perasan dari post2 lama ni ialah cara atau gaya penulisan saya. Menulis blog ni kan umpama seperti kita bercerita kepada orang, jadi, saya ni seolah-olah bercerita sambil berlari atau bercerita seolah-olah saya hanya ada masa 10 saat jer untuk nak habiskan cerita saya tu... ha... bila baca cerita2 tu saya terasa macam termengah-mengah... alahai... kenapa lah saya macam tu...

Jadi, itu lah tip yang saya maksudkan. Sejak akhir-akhir ni, saya pun selalu menjengok blog2 yang femes-femes untuk cuba nak belajar cara2 nak menulis blog dengan lebih baik. Memang saya perasan gaya tulisan dia orang tu santai, mudah dan seronok dibaca. Huruf2 pun biarlah saiz dan font yang sedap mata memandang. Ditambah pula dengan gambar2 yang cantik, memang macam tambah ajinomoto dalam masakan ler...

Ok, dah 2 tips lah kiranya pasal blogging nih. Satu, perlu ada maklumat dan keterangan yang berpatutan seperti bila, di mana dan rumusan seperti tempat tu kita rekomen orang pergi ke atau jangan pergi. Lagi contohnya, kalau cerita pasal makanan, ceritalah sedap ke tak sedap ke, service bagus ke atau tak bagus.... Yang kedua pulak, gaya penulisan kena lah tenang dan menarik... jangan kelam-kabut macam saya ni tau... Sama-samalah kita berkongsi ilmu yang baik..... Ok, cukuplah tips berkarat dari saya nih, kalau nak tips dari mereka yang pro, cuba check website ini: ProBlogger. Dalam website tu ada banyak ilmu yang dikongsikan, antaranya; Tips for Writing Content for Blogs, Blog Design Tips dan Tips on Making Money from Blogs.

Yang akhir sekali, saya nak share satu gambar yang saya dapat dari email... ha... ada tak korang terpikir nak buat macam ni? Bagus ni re-cycle bekas pringles, jimat duit tak yah beli tapewer mahal2 ek... ho ho ho.....




Thursday, September 25, 2008

Ramadhan akan pergi, Syawal menjelma

Jalan raya semakin sunyi.
Shopping complex semakin penuh.

Itu tandanya sudah dekat hari raya.

Ni copy-paste dari entry raya tahun lepas:


Ramadan semakin berlalu pergi.



Tidak lama lagi Syawal akan menjelma.



Adakah Ramadhan kali ini telah merubah kita?
Adakah kita menghampiri syurga?
Adakah kita menghampiri neraka?

Monday, September 22, 2008

Belum buat apa-apa lagi...

Eh? Tak de gambar makanan berbuka?

Last sekali gambar pada puasa hari ke-18, lepas tu dah pencen... hi hi hi...
Saya dah pencen dah ambik gambar makanan berbuka.
Nanti letak gambar makanan raya pulak lah ye... boleh tak?

~~~~~~~~~~~~

Bila dok baca blog kengkawan, semua nyer cerita pasal persiapan raya.
Saya belum buat apa-apa persiapan lagi... :-((

Cuti hujung minggu pun sibuk mengemas rumah - ni persiapan untuk pindah selepas raya...
So, weekend langsung tak keluar dari blok apartment ni.
Asyik mengemas, mengemas dan tidur... dah penat mengemas, kita tidur lah :-D

Baju raya anak2 belum beli lagi...
Kasut raya pun belum...
Nasib baik kuih raya dah...

Cerita pasal kuih raya ni kan... tak tahu lah korang perasan ke tidak...,
aku ni kan mesti nak beli barang pada harga yang lebih murah.
Salah satu cara nak beli kuih raya murah ialah dengan.... jeng jeng jeng...
Jual kuih raya!
Kalau menjual, boleh la kita beli kuih tu dengan harga dealer... yay!

Itu pun aku meniaga ni secara tidak sengaja...
Asalnya tu roomate yang hantar email tanya nak ke kuih raya.
Aku tanya balik kat roomate,
"Nak beli ke nak jual? Kalau nak beli tak de budget. Kalau nak jual - BOLEH!"
Memandangkan aku pun jual dah pertengahan bulan puasa, dan memang kat tempat kerja aku ni ramai betul penjual kuih raya... so, jualan aku sikit jer lah.
Tapi, tak kisah lah... walaupun tak dapat cover kuih raya yg aku beli... at least aku kena bayar sikit je... yay!

Ada 4 jenis kuih yang aku jual/beli. Cashew nut cookies, almond london, strawberry oat cookies dan biscoti (biskut kuaci).

Thursday, September 18, 2008

Rangkuman 3 hari - Ramadhan 15, 16 & 17

Terima kasih di atas semua komen-komen untuk kelahiran anak saudara saya yang baru, iaitu anak adik (Angah) yang tinggal di Miri.

Baby girl. Berat 3.6kg. Nama: Firzanah.

Gambar dia tu yang berbibir merah tu adalah di dalam bilik bersalin tu, diambil dgn handphone oleh Babah dia.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Gambar makanan berbuka lagi:

Ramadhan 15
Kecuali kuih (RM2) yang aku beli dekat pasar ramadhan, lauk-pauk semua nyer beli kat stesen bas seksyen 17, harga RM5.80 (murah kan?)



Ramadhan 16
Sama jugak lar, kuih-muih (RM3) beli kat pasar ramadhan dan lauk-pauk beli kat stesen bas seksyen 17, harga RM10 (masih murah considering aku beli tu banyak jenis lauk).



Ramadhan 17 - Nuzul Quran

Kuih-muih tu adik no. 3 (Alang) yang beli.
Semalam dia berbuka dengan kami.



Memandangkan hari cuti, kebetulan bahan2 nyer pun ada, aku masak ler untuk berbuka semalam. Aku buat sup ayam, ayam masak merah (resepi ambik dari Kak Luna, toche toche, hau chiek *ho chiak kata org hokkien*).



Ada begedil daging dan goreng pekasam ikan loma dan ikan lampam.



p/s Kak Luna, kalau nak 'berkuah' sikit macam mana ek?

Sunday, September 14, 2008

Ramadhan 13-14

Hari Sabtu kita orang berbuka puasa kat Shakey's Pizza.
Sajer jer nak celebrate birthday seseorang (no 10 dlm previous entry).

Lepas makan terus je balik rumah, nak ngejor solat maghrib la pulak.

Tu yg malas nak berbuka kat luar tu.

Kalau nak jugak berbuka kat restoran, kena cari yang dekat-dekat dgn rumah,
supaya dapat balik cepat...

Hari ni (ahad) berbuka kat rumah lah pulak.

Lauk berbuka biasa-biasa aje.
Hari ni aku masak sup tulang dan goreng ayam.

Tak jemu-jemu lah dia orang ni makan sup tulang.

Aku pun tak kisah sebenarnya (read = sbb senang nak masak)....

Kuih popia, karipap dan masak lemak jantung pisang tu roomate beli kat psr ramadhan, tak tau le berapa ringgit. RM5 kot.

~~~~~~~~~~~~

Adik aku yang no-2, yang duduk di miri tu sdg menunggu masa je nak bersalin.
Kesian dia sebab dah 4 kali false alarm.

Doktor kata if by today tak bersalin juga,
esok dia nak kena induce...

Dah berapa hari aku doakan dia dpt bersalin normal,
tapi smpai setakat ni masih belum bersalin lg.

Nmpknya mmg mcm nak kena induce tu...

Ada masa lagi kan... mana lah tahu tgh mlm ni dia bersalin...

Ada beberapa jam lagi sebelum hari esok...

Semoga Allah permudahkan dia bersalin.

Semoga sihat dan selamat adik aku dan baby dia.

Semoga Allah makbulkan doa kami.

Amin.

Saturday, September 13, 2008

Ramadhan 10-12

Macam tak percaya aje last aku 'on' kan laptop ni hari selasa yang lepas, tu 4 hari yang lalu... selalunya satu hari tak online pun dah gelisah... ni pulak dah 3 hari tak online... dahsyat tu... kih kih kih...

Sebenarnya aku tengah menyampah ni...
Nengok cerita hantu...
Cerita yang lepas eksiden muka dia jadi hodoh tu ler..
Lepas tu nak putuskan tunang sebab muka dah jadi hodoh...

Korang tak boleh teka ke cerita apa?
Cerita 'mirror' tu lar... (tp dlm bahasa melayu tau)

Geram nyer aku tengok cerita tu...
*Nyampah!*
Takkanlah dlm kampung dressing pakai baju tali halus tu?
Ke aku yg kolot...
Kat kpg pun dah mcm tu ke skrg?

Eee... benci lar aku.

Apa-apa hal pun aku nak tanya korang,
tahu tak tiap2 pagi dalam pukul 5.15 pagi ada cerita hantu?
Tahu ke tak ni?!
Ha, kalau tak tahu, ni saya nak beritahu lah...
Channel 122.

Kalau hari keje susah lah sikit nak tengok sebab byk benda nak kena buat,
tapi kalau hari sabtu & ahad bolehlah tengok...


Ok, ni makanan berbuka hari rabu (10 Ramadhan).
Bubur lambuk (RM2) tu sedap . Kuih RM2.
Bihun goreng RM? (tak ingat pulak RM1 atau RM2).
Bihun tu kosong je, tak de pape pun.
Ayam masak kicap RM2.50. Ayam masak kurma RM2.50.
Ayam masak kicap tu ok lah tp yg kurma tu mmg hampeh sama-sekali.
Entah apa rasanya... terus je buang lepas berbuka.

Harga makanan RM10-11.


Makanan berbuka 11 Ramadhan tak sempat nak ambik.
Kita orang berbuka kat opis aku.. :-)
Majlis berbuka puasa kompeni aku buat.
Malas nak cerita sebab terlalu mengecewakan.

Kat bawah ni gambar makanan semalam.
Semuanya ok kecuali kuih tu aje yg tak ok.
Harga= RM14


Hari ni korang berbuka kat mana?



Bulan September ni special.
Boleh baca kat sini dan sini.

Antara birthday boy/girl adalah:
1) My x-boss
2) Along anakanda AuntyN
3) Abang Akmal anakanda Ordinary Superhero
4) Lollies
5) Helmi, Anakanda Atiza
6) Cyberdad
7) Shafarina
8) Adik bongsu Akuni
9) Bapa Akuni
10) Akuni
11) Martina Hingis
12) Gloria Estefan
13) Salma Hayek
14) Stephen King
15) Julio Iglesias
16) Bruce Springsteen
17) Will Smith
18) Catherine Zeta-Jones
19) Serena Williams
20) Gwyneth Paltrow

Hmm... ada lagi kan... tapi tak leh recall dah sape....

Tuesday, September 9, 2008

Ramadhan - day 9

Lauk berbuka hari ni ialah nasi tomato + ayam percik RM4x2, gulai daging RM3 dan sate RM6. Jumlah=RM17.

Mmmm... sikit je beli tapi kenapa mahal jugak ek...

Nasi tomato + ayam percik dan sate dibeli di kedai yang sama. BIG MISTAKE! Nasi x sedap, ayam percik keras, sate pun liat... padan muka aku...

Hari ni rasa tak berapa cergas sikit... ye lah, tahu lah... baru 9 hari posa dah cakap tak larat... tapi, seriously, hari ni rasa lain macam sikit... bukan apa seharian dok settle-kan hal pc yang baru sampai... Entahlah, semuanya kena buat sendiri... transfer fail dari pc lama ke pc baru, setting-kan email account etc.

Orang lain punyer pc (ada lg 4 bijik) belum buat apa-apa lagi... deme nak tunggu orang IT datang buatkan... aku malas nak tunggu... dah settle pun... tapi badan rasa stress sikit lar...

Monday, September 8, 2008

Ramadhan Day 7 & 8

Kalau update hari-hari pun susah gak,
kadang-kadang orang sampai tak perasan (read=no komen)... heh heh heh...

Bulan puasa ni biasa lah kan, tak ramai yang dapat online...
kalau online pun maybe sebab tak pergi terawih...
x pergi terawih sebab dah raya kot...
eh ye ke dah raya... baru 8 hari puasa...

Meh kita tengok gambar.


Ni makanan berbuka puasa hari semalam (ahad).
Barulah dapat peluang masak sikit. Itupun bukan semua.



Yang aku masak cuma begedil dan ayam goreng.
Aku tak tahu nama resepi ayam goreng tu.
Aku perap ayam tu dgn sos tiram, madu, gula, lada hitam, halia dan bawang putih.


Yang kat bawah ni pulak begedil yang hodoh tapi sedappp...
Propotion daging to ubi adalah 2:1.
Tu sebab sodap, daging banyak, macam makan burger lah pulak...



Cuba teka apa nama makanan yang macam alien ni?


Namanya ialah....
Cendawan goreng tepung.

Eh, ke goreng tempura... tak kisah lah kan...
Rupanya tersangatlah hodohnya...
bila makan sedaplah pulak, manisss....

Yang tak bestnya, agak berminyak makanan semalam,
begedil dan cendawan goreng..

Yang kat bawah ni pulak makanan berbuka hari ni...


Tergezut nyer aku sebab gulai ikan masin dengan sotong sambal satu ekor tu,
harganya RM7 !!!?


Belanja hari ini:

Roti john ayam (Adik kata 'asyik-asyik daging', so beli ayam lah pulak ek)=RM3
Gulai ikan masin + sotong sambal= RM7 (unbelievable)
Air anggur (x de dlm gmbr)= RM2
Ikan kembung percik= RM3

Jumlah= RM15

Sunday, September 7, 2008

Ramadhan - day 6

Ni lauk yang kami makan untuk berbuka semalam.

Ni version bila roomate ada kat umah. Satu jenis lauk aje tapi harganya macam 5 jenis lauk... heheheh...

Semalam kami pergi membeli makanan ni kat pasar ramadhan dekat parking stadium shah alam nun kat seksyen 13 sana.

Nasi lemak 2 bungkus tu anak2 yang nak. Dah byk hari tak makan nasi lemak, teringin la tu...

Macam biasa kuih-muih (karipap tu almost everyday ada... hu hu hu...).
Ada kari kepala ikan. Ada roti john daging,
Jenis ni yang ada daging, macam inti kebab tu...
Last but not least ada sayur la...
Macam wajib je makan sayur setiap hari...

Kos makanan hari ni:
Nasi lemak RM1.50x2=RM3
kuih-muih RM2
kari kepala ikan RM20
roti john RM3
sayur RM2
Jumlah=RM30.

Dekat pasar ramadhan stadium ni kan, orang nyer ramai bebeno...
Bila berjalan tu nampak orang je,
bukan nya nampak lauk-pauk atau kuih-muih yang dijual...
kena intai-intai pulak...
heheheh...

Gerai ikan bakar, ayar bakar, sate, ayam percik dan lauk-pauk yang sewaktunya (perlu api panggang) disusun di lorong yang sama...
Ye lah aktiviti memanggang ni kan ke berasap-asap...
So, dikumpulkan gerai yang berasap di baris yang hujung...

Tahun ni nampaknya tak banyak sangat gerai berbanding tahun yang lepas2...
Kalau dulu sampai lenguh kaki berjalan tapi belum habis ronda lagi...
Kali ni jalan sikit je, tengok2 dah habis dah... huh!

Saturday, September 6, 2008

Ramadhan - day 5

Salam semua.

Ini adalah makanan yang kami beli semalam.

Ada air soya rm2, masak lemak siput retak seribu rm3, gulai daging kawah rm5 (mahal kan?), paru goreng cili rm2, sayur rm2, bubur kacang hijau rm1.50 (basi!) dan kuih-muih 5 biji rm2. Semua sekali RM17.50.

May be ada orang kata mahal. Memang mahal la, tapi makanan ni semua bawa ke sahur. Maknanya tiap2 hari, lauk berbuka akan disimpan sikit untuk sahur. Selalunya yang disimpan tu lauk yang jenis berkuah dan tahan (tak mudah basi), contohnya gulai daging kawah tu le.

May be ada yang kata aku beli banyak. Sebab yang sama la, at least ada satu lauk tu untuk sahur. Kdg2 lauk untuk sahur tu terus masuk peti ais selepas dibeli.

Pada perkiraan aku belum tahap membazir lagi la sebab kalau hari2 biasa (bukan bulan posa) pun lebih kurang macam tu, malah lebih lagi ada la kot.

Hari ni dah 6hb kan?
Pejam celik pejam celik dah masuk 6 hari kita berpuasa.
Tak lama lagi dah nak raya pulak.

Kita orang ni baju raya anak2 belum beli lagi. Biasa la, kami akan beli bila dah masuk bulan puasa. Supaya ada 'feel' sikit nak membeli belah untuk raya.

Baju raya aku pulak... sebenarnya kain tu aku dah beli awal tahun dan nak buat baju gi office.
Simpan dulu, belum hantar tempah sebab fulus kureng (beli kain tu pun bayar ansur 3x).
Last2 sekali, aku hantar kain tu je lah buat baju raya... tak payah nak beli kain lain lagi...
Kalau tak, kira tak de langsung le baju raya aku... hu hu hu...

Tahun ni budget tersgt kurang.
Kuih raya tu setakat ni order 2 jenis je.
Itupun sbb mmg tiap2 tahun beli kuih yg sama, sebab suka sangat.
Aku beli semperit dan jem tat nenas.
Memang kemestian beli 2 jenis kuih ni setiap kali raya.
Kuih2 yg lain tu kena tengok budget la....
Budget besar, byk le... macam tahun ni budget untuk kuih dah habis dah....

Jualan tudung, kain ela dan telekung tahun ni kurang sikit...
Bukan org tak nak beli tapi aku yg malas nak bawa gi jual...
Bukan apa, org byr ansur 2 @ 3 kali, aku pulak kena byr cash kat supplier (member aku tu la, pernah cerita kat sini).
Kdg2 org lmbt byr kat aku, short jugaklah rm aku...
Last year masa roomate masih keje kat kl, dia tolong bw brg2 gi jual kat opis dia.
Sekali keluar modal dlm rm1k macam tu... short jugak la aku kalau camtu kan... tu la, org kata nak meniaga kena ada modal, bukan nya ambik modal dari gaji bulanan.
Sebab bila dah ambik gaji buat modal, short la pulak nak bayar duit umah, keta etc... meniaga macam aku ni, bukannya lg senang, lg pening dibuatnya... (tapi dpt beli brg dgn harga dealer tu yg best tuh)

Gomen dah dpt bonus, bila la pulak kami ni nak dpt?....

Thursday, September 4, 2008

Ramadhan - day 4

Salam.

Hari ni dah hari ke-4 kita berpuasa kan?

Alhamdulillah, anak2 masih berpuasa sehingga ke hari ni.

Ni lauk berbuka kami hari ni. Dah 3 hari makan nasi putih, hari ni aku belikan dia orang nasi tomato + ayam percik pulak.

Bulan puasa ni tak banyak kesempatan nak bloghop. Dapat update blog pun kira dah cukup bagus.

Ok, dah dekat nak berbuka ni. Ada kesempatan aku sambung lagi ya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nampaknya semalam memang tak sempat nak sambung. Dah tertido depan laptop pun.

Aku terkenangkan satu perkara. Pasal orang2 yang sabar dan menahan marah.
Betapa besarnya pahala orang2 yang sabar dan menahan marah ni.
Namun, itulah masalah aku sejak azali lagi. Di kesempatan bulan puasa ni pun, aku ingat nak lah mencuba untuk menjadi se-sabar yang mungkin tapi sayangnya lagi menjadi-jadi pulak nafsu amarah aku tu...

Sekarang ni kena tekun berdoa kepada Allah agar aku dapat menjadi orang yang sabar dan menahan marah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ok, memandangkan Shafarina dah tanya, meh saya kira kos lauk-pauk di atas:

Nasi tomato + ayam percik= rm4.50x2= rm9
Sayur= rm2
Sup tulang= rm6
Begedil= rm2
Cempedak goreng= rm4

Total= RM23

Banyak jugak kan... tapi ini sbb sy beli set nasi tomato dan jugak sup tulang tu... kalau beli lauk shj kurang sikit...

Wednesday, September 3, 2008

Ramadhan - day 3

Sumber: PERKIS


Salam semua. Hari ni dah hari ketiga kita berpuasa.

So, macam mana puasa korang?

Dapat 100% ke?

Dah 2 hari ni kami sekeluarga dapat rezeki extra.
Tak tahu lah samada dia orang ni peniaga baru ke apa...
tapi, memang terkezut lah both me and roomate.

Hari pertama tu kita orang 'shopping' kat pasar ramadan seksyen 17.
Roomate beli sayur RM2, tapi dapat sayur nya tu macam RM5 je...
Penuh 1 mangkuk besar!

Alhamdulillah, rezeki.

Semalam pulak aku beli lauk kat pasar ramadan seksyen 16.
Nak beli udang masak lemak + peria.
Aku mintak RM3 je, tapi dapat lauk penuh satu mangkuk!
Dalam perkiraan aku la, kalau kat restoran biasa,
mesti kena RM10 punya lah....

Alhamdulillah, rezeki.

Puas le makan udang semalam. Kebetulan kami 3 beranak je.
Roomate kat senawang ler.
Lepas ni naik lagi bisul 2-3 biji kat bo**ot...

Thursday, October 4, 2007

Renungan 4


Thursday, September 27, 2007

Renungan III

Wednesday, September 26, 2007

Renungan 2 (Hari ke-14)





Ya Allah, sucikanlah diriku dari kekotoran dan kejelekan. Berilah kesabaran padaku untuk menerima segala ketentuan. Dan berilah kemampuan kepadaku untuk bertaqwa, dan bergaul dengan orang-orang yang baik dengan bantuanMu, Wahai dambaan orang-orang miskin. (Sumber: Celcom)