Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Showing posts with label Makan-makan. Show all posts
Showing posts with label Makan-makan. Show all posts

Sunday, September 28, 2014

Sarapan mudah dan ringkas

Assalamualaikum.

Bila dah mula blogging ni timbul lah satu masalah besar.... iaitu.... TIADA IDEA MENULIS. Satu-satunya sebab yang membuatkan saya sering kecundang. Itu yang sekejap ada lama menghilang.

TIPS FACEBOOK
 
Rasanya kat sini ramai yang ada FB kan? Perasan tak kalau ada post yang menarik kita akan 'Like', kadang2 kita 'Share'. Kalau yang kita 'Like' tu, lepas suatu waktu dah tak boleh nak cari balik dah... hu hu hu... tapi kalau kita 'SHARE', post tu akan melekat kat wall kita.

Hahahah... apa nak kecoh kan, ramai dah tahu hal ni kan? Apa salah nya saya 'Share' lagi sekali di sini, tak rugi kan kan kan....

Tetapi kan, bila kita 'Share' kat wall kita pun, lepas suatu masa, jenuh jugak nak scroll down nak cari balik post tu.... sakit jiwaaaa.... dah berbulan-bulan punya post cari tapi x jumpa jugak...so, basically, 'share' dekat wall di FB pun tak berapa efektif.

Yang efektif apa?
Tentulah share dekat blog... Yay! 1 point for blog!

Ok, meh share sikit gambar yang saya dapat dari FB, ada yang tahu dan ada yang tak tahu siapa writer asal. Mohon share ya tuan gambar!!!

SIMPLE BREAKFAST RECIPES
*apahal bahasa omputih lak


Ni untuk anak2 kecik mesti suka kan... Potong sausage seperti dalam gambar kiri atas dan pin dengan lidi kecik, lepas tu masukkan telor mentah dan goreng. 

Roti telor ber-cheese

Roti telor gulung ber-cheese

Kek Nuttela


Selamat Mencuba Ya Bloggers
Bukan resepi saya tapi dari internet jua.....
Semoga Bermanfaat

(^_^)V Terima kasih

Monday, March 31, 2014

Saya sudah kembali

Assalamualaikum.

Lamanya saya tak update blog. Terima kasih kepada rakan blogger yang masih sudi menjengok ke sini walaupun saya tak update. Terutamanya kepada LYAfrina yang tak jemu-jemu bertanya khabar saya di blog ini, sedangkan saya langsung tidak menjengok beliau. Hari ini barulah saya tahun, LYAfrina tidak sihat sekarang ini. Saya doakan semoga dia cepat sembuh. Semoga dia tabah menghadapi ujian Allah SWT.

Sempena comeback saya ni, saya nak tunjuk kan gambar2 makanan yang menarik ini. Ini adalah juadah dari sebuah restoran menjual makanan wastern di Seksyen 7, Shah Alam. Walau bagaimanapun, review saya dan keluarga, hanya lah sekitar 2-3/5 bintang. Tidak semestinya nampak menyelerakan, rasanya pun akan jadi sedap. Memang kena 'pangkah' dah restoran ni dari senarai kami... jangan marah ye...




(^_^)V Terima kasih

Saturday, January 18, 2014

Makan-makan lagi di Restoran Haji Sharin Low

Assalamualaikum.

Awal-awal tahun azam nak aktif berblog dah tersasar. Bila dah sibuk tak sempat nak tengok laptop pun. Arghh.... alasan demi alasan... kalau ingin berjaya tak beri alasan! hu hu hu....

Entry kali ini saya nak kongsi cerita makan-makan lagi. Kali ini di Restoran Haji Sharin Low di Seksyen 7, Shah Alam. 




Ini adalah kangkung goreng belacan RM6
Portion just nice untuk kami 4 beranak makan.




Ini butter prawn. RM25. Boleh tahan rasanya. 
Portion ni agak byk utk kami. Lg pun ada yang tak minat udang.




Ikan kerapu goreng nyonya RM50.
Yang ini memang marvellous sangat. Kuah nya memang best. 
Selalu kita makan kat restoran seafood, kita akan order ikan masak 3 rasa tapi goreng nyonya ni memang sedap. Saya tak pasti kalau siakap goreng nyonya lebih sedap dari kerapu goreng nyonya tapi kami suka kuah goreng nyonya. Superb! Must try!



Yang ini pun memang terbaik. Sedap sangat. Cepat jer habis.
Sotong goreng telur masin. RM 18.
Kami order menu ini selepas dicadangkan oleh waiter. 
Memang berbaloi. Superb! Must Try!


Untuk 4 orang makan, kami order 4 nasi putih dan satu teko teh cina, termasuk menu-menu di atas, semuanya RM109.20. Sesuai untuk datang makan di restoran ni time dapat gaji.... kalau datang hari-hari memang bankrupt... hu hu hu... Restoran Haji Sharin Low ada lagi beberapa cawangan, ada di Putrajaya, Ampang dan Bangi... boleh google sahaja ok.

Komen keseluruhan memang sangat memuaskan hati kami sekeluarga. Service pun ok. Masa menunggu tidak begitu lama. Kalau nak pergi ramai-ramai eloklah buat tempahan dulu kerana seating agak terhad, pengunjung sentiasa ramai. Ho chiak!

Restoran Haji Sharin Low
Alamat: No. 7, Jalan Plumbum Q7/Q, Seksyen 7, Shah Alam. 
Tel: 017 285 1993 


Lagi review Restoran Haji Sharin Low di sini oleh blogger Leeza Dayasari.


Yummy!!!
( ˘▽˘)っ♨


Thursday, January 2, 2014

Jalan-jalan cuti sekolah; Makan Nasi Kandar di Pulau Pinang


Nasi Kandar originated from Tamil Muslim hawking home-cooked curry dishes
and rice from containers slung from both ends of a kandar (a wooden stick)


Orang kata kalau pergi ke Pulau Pinang tidak sah jika tidak makan nasi kandar. Siapa yang nak declare sebagai tidak sah pun tak tahu ler.... heheheh....

Walau apa pun kami tetap masukkan juga agenda makan nasi kandar ke dalam jadual kami selama 2 hari di Pulau Pinang. Saya bukan peminat nasi kandar, jadi sebenarnya saya tidak lah kisah sangat tapi ada seseorang yang memang berhajat nak makan nasi kandar kan, layan jer kan.... 

Gerai yang mula2 kami pergi untuk dinner nasi kandar ialah Nasi Kandar Line Clear yang terletak di 177 Jalan Penang, Georgetown. Mula2 kami gunakan perisian mobile Waze untuk pergi ke sana tetapi terlalu mudah untuk 'miss' gerai ini, sebabnya gerai ini terletak di lorong di antara bangunan kedai di Jalan Penang. Yang lagi best, gerai ini terletak bersebelahan dengan sebuah restoran nasi kandar. Hati-hati, jangan tersilap masuk ya. Gambar di bawah ini saya dapat dari website http://www.visitpenang.gov.my/portal3/where-to-eat/food-blogger-ck-lam/nasi-lemak-line-clear.html sebab kami pergi di waktu malam, jadi tak dapat lah nak ambil gambar sebegini kan.... 

Lokasi di lorong antara bangunan kedai.

Setelah gagal mengesan gerai melalui Waze, kami pun mula check di internet mengenai lokasi sebenar gerai ini. Tengah dok meronda-ronda mencari tempat, kami pun ternampak papan tanda tempat parkir Nasi Kandar Line Clear, terus kami masuk ke tempat parkir tersebut. Kami menyangka telah tiba di gerai makan tetapi rupa-rupanya terpaksa melalui satu lorong yang di belakang kedai pulak, macam creepy pun ado... hu hu hu... dan fakta paling menarik ialah tempat parkir tersebut tiada kena mengena dengan gerai Nasi Kandar Line Clear pun, gimik perniagaan lah kata kan... ok, sapa2 boleh sahkan fakta ini? Sila komen.

Pilihan saya, nasi putih kuah campur, lauk ayam goreng dan kari sotong.
Saya minta sayur juga tp mungkin pakcik mamak tak dengar.
Jadi sy order sayur di dlm mangkuk berasingan.

Pilihan sarah, nasi putih bersama kuah campur, sayur dan kari ikan.

Sebenarnya niat asal kami nak dinner di Nasi Kandar Kampung Melayu tetapi disebabkan kami gagal mencari dengan tepat lokasi restoran dan ditambah pula dah malam, kami beralih kepada nasi kandar line clear. Jadi, keesokan hari nya, lagi sekali kami mencari restoran Nasi Kandar Kampung Melayu. Restoran ini highly recommended oleh kawan suami saya, itu sebab lah bersungguh-sungguh kami mencarinya. Perisian Waze membawa kami hampir kepada lokasi restoran tp kurang tepat. Lagi sekali saya terpaksa merujuk kepada internet, terima kasih kepada food blogger VKeong.com, maklumat dari website beliau telah menemukan kami dengan restoran tersebut.


Kedudukan sebenar restoran ini ialah dibawah rumah pangsa. Untuk sampai ke restoran ini, kita perlu mencari Rumah Pangsa Kos Rendah Kampung Melayu, Air Itam, Pulau Pinang. Perlu masuk ke kawasan rumah pangsa, masuk terus ke blkg blok B, melalui pasar basah dan barulah dpt jumpa blok A (dari main entrance jumpa blok B terlebih dahulu). Restoran ini hanya dibuka sebelah pagi hingga tengahari sahaja, patut lah semalam kami susah nak jumpa.... hahahah... dan memang terbaek lah dengan izin Allah SWT kami jumpa restoran ini ketika kami hendak makan tengahari (dan bukan masa nak dinner). Sesungguhnya ada hikmah nya bila kita tidak menjumpai sesuatu kerana Allah SWT telah merancang supaya kita menjumpainya di waktu yang terbaik untuk kita, syukur Alhamdulillah.

Pilihan saya, nasi putih bersama kuah campur
dan ikan goreng.

Pun begitu kami tiba hampir 12.30 tghari, lauk masih ada, ayam goreng pun re-stocked selepas kami dah pilih menu kami. Sayur mmg dah habis. Saya snap gambar menu saya saja, orang lain punya tak sempat, tu pun dah makan beberapa suap.... hua hua hua.... yang menariknya di restoran ini, kebanyakkan pengunjung adalah orang tempatan, sekaligus membuktikan kesedapan nya. Suami saya cakap, ada satu restoran nasi kandar tu, dia x nak pegi sbb yang dtg tu semuanya pelancong, local tak pergi pun sbb rasanya so so jer.... 

Makan nasi kandar di pulau pinang memang puas hati sangat lah. Lepas makan nasi tu jangan lupa layan teh tarik mabeles sedap penang mari.... ha.... 


Sekian ceritera makan nasi kandar saya.
Diari 23 & 24 Disember 2013.

( ˘▽˘)っ♨



Saturday, December 21, 2013

Makan-makan

Kek bahulu buah tangan kenduri kawin.




Strawberry cicah garam belacan, menu baru.... (^_-)
disclaimer: bukan tangan saya




Nasi goreng cili padi, gerai no 1 di sebelah kiri,
Medan Selera Tanjung Malim. Sedap.




Buffet breakfast di Impiana Hotel.
Menu orang malaysia - semua jenis makanan campur jer dlm pinggan.






♪(v^_^)v
awwwww yeah!

Wednesday, December 18, 2013

Makan Kenduri Sakan

Cerita 14/12/13 & 15/12/13.

Memang betul kami makan kenduri sakan sebab pengantin perempuan ialah anak kepada my ex-office mate, iaitu Kak Zah yang telah bersara pada awal tahun 2012 yang lalu. Pengantin lelaki pula anak kepada Kak Yati, yang sama juga tempat kerja dengan saya tetapi di jabatan yang berlainan.

Majlis akad nikah dijalankan di Dewan Nikah Restoran Zam Zam di Seksyen 9, Shah Alam. Ohhh... baru ku tahu di situ ada dewan nikah dan ada dewan makan yang besar. Kalau baca kat intenet, dia org tak tulis dewan makan tapi grand ball room.

ini dambar cilok dari google

Makanan memang best, sudah semestinya menu nasi arab mandy untuk hidangan kenduri ini. Majlis akad nikah berakhir lebih kurang jam 9.30 mlm. Hidangan secara buffet, so kena beratur beb.... Sementara menunggu queue buffet, makan apam dgn marshmallow celup coklat dulu ya...


Gambar nasi arab takde lah pulak. dah beratur panjang-panjang, lauk pun tinggal ayam jer kan... malas nak snap gambar sebab mcm x lengkap jer set nasi arab tu, tapi nasi saja pun sodap....

Esok nya pula giliran kenduri di sebelah pengantin lelaki yang diadakan di Galeri Shah Alam, Laman Budaya Shah Alam. Kalau sebelah pengantin perempuan makan dinner nasi arab, sebelah pengantin lelaki pula makan lunch nasi minyak.



Me and mak pengantin, di sebelah kanan Kak Zah, my officemate for 11 years and di sebelah kiri Kak Yati, mak pengantin lelaki. Kebetulan pulak baju ai sama tema... heheheh.....




Selesai bersantap di Galeri Shah Alam, saya pergi ke dewan makan di tempat kerja saya pula. Ada lagi satu wedding di sana. Saya pegi saing dengan bos. Makan pun buat syarat sahaja sebab kita kan nak meraikan pasangan yang baru mendirikan masjid. Lagi sekali gambar makanan x de ye... (ala standard jer lar korang pun, nasi minyak, ayam masak merah, daging masak apa ye namanya... heheheh dan jelatah + papadom).


Dalam gambar ni ai pendek lah u..... suka sangat dengan buah tangan yang diberikan, ada Al Mathurat yg cantik, kulit tebal dan kertas jenis licin, ada juga kek dan keropok (dan pamphlet double stem cell). Kepada pasangan pengantin semua, semoga perkahwinan kalian bahagia, murah rezeki, baik dari rezeki anak, rezeki kerjaya dan rezeki sihat. 

Saya pula rasa bersyukur sangat, Syukur Alhamdulillah dijemput ke majlis kawin ni semua. 


Thursday, October 3, 2013

Food marvellous foods!

Sesiapa yang pernah tengok movie The Avengers?
Selepas pertarungan dengan aliens (Chitari), Iron Man ada sebut nak pergi makan shawarma.
Mungkin kah inilah shawarma yang dimaksudkan?


Ini adalah chicken shawarma atau chicken sandwich ala D'Arab Cafe.
Harga RM8.50
Rasa memang sedap!
Saya mmg tak pandai nak review atau explain food,
tp saya cuba ok. Shawarma ni kulitnya mcm popea.
Isi di dalam mcm isi kebab ayam. Sedap.

Alamat resto: Lot 3, Kompleks Anjung 7,
Jalan Zikron B 7/B,
Seksyen 7, Shah Alam.
Betul2 sebelah unisel. 




Claypot Loh See Fun dari Restoran Jom Cari Makan.
Sedaplicious! Teringat-ingat!
Loh see fun ni adalah mee beras mcm laksa tp pendek2.
Dimasak di dlm claypot.
 Bhn yg tidak serupa dgn bhn2 biasa utk masak claypot,
ada ayam dan mcm2 sayuran dipotong kecil.

Alamat resto: 31-1, Jalan PJU 5/12,
Dataran Sunway
(dekat dengan Encorp Strand)






(^_^)V Terima kasih sudi menjengok blog saya

Wednesday, October 24, 2012

Jualan Gudang Barang Sukan dan Makan Seafood



Sabtu lepas kami sekeluarga nak pergi shopping barang sukan di jualan gudang di Harbour Place,  Klang. Tapi rupa2 nya dah tersalah tengok tarikh, sales hanya bermula pada 25hb. Oktober... cheh... Alang2 dah sampai kami pun masuk lah ke dalam shopping complex tu. Masuk jer terus nampak Daiso. Apa lagi, mesti lah nak masuk tengok macam mana rupa kedai Daiso ni… Ni first time lah aku masuk Daiso (status=jakun). Best tau masuk kedai ni, macam-macam ada. Mostly cute-mute punya barang (dah tau dah barang jepun mesti cute –mute kan? Macam org nyer jugak). Semua benda dalam kedai Daiso ni berharga RM5. So, saya pun dah menyambar 5 barang yang cute-mute dari kedai ini. Gambar? Oh sorry lah, tak yah lah letak gambar… hmm… bukan special pun barang yang dibeli, cuma kebetulan dah jumpa kat sini, terus jer beli… heheheh… 

Dari kedai Daiso, kami pergi pulak ke satu tempat makan ikan bakar yang femes di area port klang ni…. Hmm… tapi malas nak sebut nama kedai tu di sini sebab bila baca review pasal tempat tu, semua nya mesti bagi fabulous, fantastic dan bombastic nyer review pasal makanan kat situ. Sebenarnya saya rasa terkilan sebab ikan dan sotong yang kami order memang sedap sebab fresh, tapi tu kalau rasa seafood tu lah. Masalahnya kuah atau masakan seafood tu yang tak berapa menjadi. Ikan masak tiga rasa tu cuma ada satu rasa jer, nasib baik lah ikan tu manis dan segar, so boleh lah makan. Sotong goreng tepung pulak jadi macam sotong cucur tepung yang cucur nya tanggal. Sotong yang segar dan manis tu mungkin digoreng terlebih masa, dah jadi liat. Kami suka sotong goreng tepung, so kami amik sotong tu banyak-banyak. Memang stress nak habis kan sedulang sotong goreng tepung liat! Sambal air asam dan sambal cili yang datang dengan lauk2 tu tak sedap pun… hmm… ke aku sorang jer yang kata tak sedap… adoi… moral of the story? kalau sedap di tekak orang belum tentu sedap di tekak kita... ho ho ho....

eh eh eh... hari ni patut wordless wednesday kan... gambar makan kat seafood pun takde, so layan gambar lain boleh kot...



  Ni semua hasil kerja tangan my son, Hariz





boat and seashore








Tuesday, October 16, 2012

Cuti = jalan-jalan, tunggu-tunggu, makan-makan (Bahagian Ke-2)





.............sambungan dari post Cuti = jalan-jalan, tunggu-tunggu, makan-makan (Bhg. 1)

Selesai mengisi perut di Coffee Planet, saya dan Sarah pun pergi berurusan di bank yang terletak di deret bangunan yang sama. Tujuan berurusan ialah untuk menutup akaun di situ. Tentu lah saya nak tutup akaun Hariz dan Sarah dari bank tu sebab lebih kurang dalam rm40++ jugak dah duit dia org kena potong sebab 'inactive'. Sebenarnya saya buka akaun kat situ sebab nak masukkan duit raya anak2. Duit raya pun dapat setahun sekali, so setahun sekali lah saya masuk kan duit. Everytime nak masuk kan duit mesti status akaun dah jadi 'inactive'. Lepas tu kena charged sebab ke-tidak-aktifan akaun tu. Kesian budak berdua tu, duit raya orang dah bagi, kena potong pulak dengan bank. Kalau dah macam tu, baik tutup jer akaun tu dan semua duit raya masuk dalam akaun tabung haji. Dolu2 kena pergi kaunter tabung haji baru boleh masuk duit raya, tu pasal saya buka akaun 'duit raya' kat tempat lain, supaya boleh bank-in dengan deposit machine tapi sebab asyik inactive aje kan, every time pun kena pergi jugak kaunter, tak berbaloi pulak rasanya.

Lepas ni, duit simpanan dan duit raya duduk dalam satu akaun. Tabung haji pun takkan sewenang-wenang nak charged (potong) duit dari akaun kita. Sekarang ni pun dah tak susah nak bank-in duit ke dalam akaun tabung haji sebab boleh buat melalui maybank2u. Duit simpanan memang tak payah pergi bank sebab buat potongan gaji.

Settle dah tutup akaun, kami berdua pergi celcom pulak (pun di deret bangunan yang sama dengan coffee planet dan bank itu), mula2 rasa seronok sebab orang tak ramai, rupa2 nya sebab system down.... apa ni? pagi tadi pergi bank yang lagi satu tu (dah cerita dalam post sebelum ini) pun system down... adakah hari ini hari system down sedunia? hmm.... Dalam tempat celcom ni atau lebih dikenali sebagai blue cube, rupanya tak macam celcom yang dulu2 sy pernah pergi, kat sini rupanya macam kedai handphone!



Sambil menunggu system up (entah berapa lama kena tunggu ni),
kami cuba semua gadgets yang ada kat sini....




Ada dua display tables dalam tempat ni. 
Lengang jer tak de customer.




Tunggu punya tunggu.... last2 saya dan sarah give-up. Kebetulan di luar langit dah mendung sangat, so better balik lar, nanti tersangkut dalam hujan pun susah jugak kan... on the way nak balik tu, tiba2 teringat nak beli red velvet cake untuk hariz pulak. So saya pun singgah lah ke tempat ni:


Anis Food
No. 8, Jalan Renang 13/26,
Tadisma Business Centre Seksyen 13,
40100 Shah Alam

(website ni tak update kot sebab senarai produk cuma kueh tat nenas dan kek coklat, padahal kalau kat kedai, bermacam-macam biskut dan kek ada)


Gambar-gambar di bawah ini ialah bahagian dalam kedai 'Anis Food'.
Ni kaunter bayaran. 
Geram kan tengok gambar choc moist cake kat belakang tu kan...




Ni antara gambar biskut2 yang dijual di sini.
Best sellers rasanya kueh tat nenas.




Ni pulak chocolate moist cake yang dijual dalam bekas bentuk hati.




Ni lah red velvet cake yang saya beli. 
Harga kek untuk bekas sebesar ini ialah RM12.




Saiz kecik pun ada, RM5. Sesuailah untuk sorang makan.
Kalau anak ramai, boleh belikan seorang sebekas, senang, tak berebut....
Ni bekas kecik, rasanya berat kek 200 gm kot.



Banyak lagi kek yang dijual di sini dan bukan setakat harga yang murah, sedap pulak tu!!! Bekas kecil pun baru RM5, boleh lah beli pelbagai kek untuk cuba rasa dahulu. Kek lain yang ada (sorry tak de gambar, saya malu pulak nak snap banyak2 sebab ada pekerja kedai tu asyik lah tengok saya, pelik agaknya nape saya asyik snap sana snap sini) - kek rainbow, blueberry, tiramisu dan truffle. 








Okaylah. Sekian cerita saya cuti sehari ni.
Jalan-jalan cari makan bersama Sarah.
Poyo sangat kan? 
Cuti 1 hari pun boleh buat sampai 2 posts..... hua hua hua....



Friday, October 12, 2012

Cuti = jalan-jalan, tunggu-tunggu, makan-makan (Bahagian 1)



Semalam, pagi2 bila my hubby called, Sarah yang jawab. Dia tanya sarah kenapa tak pergi sekolah, sarah jawab "saja", my hubby pun macam "Ha?!"

Lepas tu my hubby cakap dgn sy pulak. Dia tanya "tak keje ke? nape?", saya jawab "saja", my hubby pun "Ha?!!!"

Sarah nak monteng hari ni sbb kat sekolah tak de aktiviti, dah lepas upsr kan... selalu nya sy mmg tak bagi dia ponteng tapi sebab hari ni saya pun dah apply cuti, atas sebab-sebab 'saja', maka saya terfikir yg dia boleh lah jadi peneman saya hari ini. Sarah dah dapat green light untuk monteng tu sangat lah happy sebab ingat dia boleh layan cerita korea, rupa2 nya kena ikut mak dia ke sana ke mari... LOL....

Ok, itu part jalan-jalan.

So, antara aktiviti di hari cuti yang 'saja' ini ialah pergi nom nom nom... apa lagi makan lah!

Sebelum kami pergi makan, kami dah pergi dua bank. Bank yang mula2 tu system down, so saya fikir nak try tak bank kat cawangan lain... hmmm... bila tanya pada pak guard, dia kata cawangan lain pun sama gak... lepas tu dia bagi pulak personal card dia, sambil suggest saya deal dgn company dia sendiri... ha? seriously? tak pe lah, terima kasih.

Syukur alhamdulillah, urusan di bank cawangan yang lagi satu berjalan lancar, cuma yang tak best nyer bila sign dokumen, tangan macam menggigil sikit... saya lapar! Selesai sahaja urusan 'tunggu-tunggu' di bank ni, kami pun bergegas nak cari tempat makan. Saya nak cari tempat makan yang dekat dengan satu bank lagi yang saya nak pergi dan dekat dengan celcom, so kami pun menghala ke seksyen 13 shah alam. On the way nak ke sana, kami nampak satu billboard restoran ni. Lepas dapat parking (selepas pusing 2-3 round, sampai kaki sakit tekan gear clutch) kami terus masuk restoran tu... hahahah....




Alamat: 116, Blok 3, Laman Seri Business Park,
Seksyen 13, Shah Alam



Our brunch!!!




Close-up sikit.... my mocha




My egg mayo sandwich.
Kenyang giler, ni patut boleh mkn utk 2 org




Sarah's spaghetti meat ball




Red velvet cake!
Sorry, pavlova tak de stok, kalau tidak mesti kami dah order




Sarah's hot chocolate
Dia kata "sayang nak minum"
Jangan kau sayang2 ler, ibu dah bayar pun




Tunggu dulu! Ibu nak ambik gambar.....
Sarah dah tak sabar kot nak ngap, muka pun syahdu jer...




Walau pun saya order makanan lain,
tapi dalam hati saya teringin nak makan yang lain.....
Meh kita layan apa lagi menu yang ada di sini.







Restaurant ni cozy jugak. Masa ni orang tak ramai, office hours lah...





So, itu lah part 'makan-makan' kami. 
Ada lagi story jalan-jalan dan tunggu-tunggu, next entry ok!










Dah cerita pasal makan2, mestilah kena bgtau sedap ke tidak ye.....
Both of us love the drinks!!! Superb!!!
Food? Boleh lah. Since saya dah lapar sangat, ngap jer sampai abis....