Saya sedang bersiap dari segi mental untuk trip kerja ke pahang dan terengganu minggu depan. Sambil kerja sambil bagi peluang untuk anak2 holiday. Perancangan asal dari shah alam terus ke kijal, terengganu. Bermlm di kijal 1 mlm. Selesai kerja di sana, pergi ke kuantan pula 1 hari 1 mlm. Hari ketiga boleh teruskan kerja di gambang dan temerloh sebelum balik ke shah alam.
Petang ini tiba2 dapat berita pahang banjir. Berita terbaru di Utusan Malaysia Online mengatakan beberapa jalan telah ditutup di kuantan. Antara jalan terlibat ialah Kilometer 28 Jalan Sungai Lembing, Batu 3 Jalan Kuantan-Gambang dan persimpangan hadapan Wisma Belia dibawah jejambat Pintasan Kuantan. Selain itu, laluan di Jalan Bukit Ubi hadapan Balai Bomba Kuantan, Jalan Tok Sira hadapan bangunan Jabatan Kimia dan Pintasan Bukit Setongkol menghala ke pasar raya Giant turut ditenggelami air. (Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131202/dn_28/Beberapa-jalan-di-Kuantan-ditutup-akibat-banjir#ixzz2mKCMOm7e © Utusan Melayu (M) Bhd)

Photo by Zulkepli Osman from NST.
Tiba2 rasa punah harapan untuk ke pahang dan terengganu tahun ini. Kemungkinan besar trip ke sana akan di re-route ke perak pula. Kita tunggu dan lihat perkembangan seterusnya, ok.
Yang ini pulak kenyataan dari Jab. Meteorologi Malaysia:
Amaran Hujan Lebat
(Peringkat Jingga)
Dikeluarkan pada: 08:40pm pada 02 Disember 2013
SEKSYEN A: AMARAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT JINGGA)
Dikemaskini pada : 03:13 pm pada 2 Disember 2013Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana yang berlaku di negeri Pahang (Daerah Kuantan, Pekan, Rompin dan Bera) dan Johor (Daerah Kluang, Mersing, Segamat dan Batu Pahat) dijangka berterusan sehingga Selasa, 3 Disember 2013.
Keadaan ini akan menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah.
SEKSYEN B: NASIHAT HUJAN LEBAT (PERINGKAT KUNING)Dikemaskini pada : 03:13 pm pada 2 Disember 2013Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana yang berlaku di negeri Terengganu (Daerah Dungun dan Kemaman) dan Johor (Daerah Ledang, Kota Tinggi dan Muar) dijangka berterusan sehingga Selasa, 3 Disember 2013.
Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah.
SEKSYEN C : AMARAN RIBUT PETIR DAN HUJAN LEBATDikemaskini pada : 08:40 pm pada 2 Disember 2013Ribut petir dan hujan lebat di negeri N. Sembilan, Melaka, Pahang (Daerah Bentong, Temerloh dan Maran) dan Sarawak : Bahagian Limbang (Daerah Limbang), Miri, Bintulu (Daerah Tatau) dan Mukah dijangka berterusan sehingga awal pagi, Selasa 3 Disember 2013.Keadaan ini berkemungkinan menyebabkan angin kencang dan banjir kilat.
Flash flood along Jalan Tun Ismail 1 in Kuantan
as the view taken in front of the New Straits Times Press Bhd's office.
NSTP/Mustaffa Kamal
Kawan-kawan, sama-samalah kita mendoakan semoga cuaca di pahang, terengganu dan johor semakin baik dan banjir semakin surut.
(^_^)V Terima kasih


.png)

.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)







saya yg paling terkena bila minyak naik ni....ini disebabkan saya berulang alik dari cyberjaya ke melaka. Skrang ni pun belanja minyak + tol saya pi keje rm 1000 sebulan....itu minyak harga rm1.92 je....aku rasa klu dengan rate skrang ni rm 2.70 mau kat rm 1500 untuk minyak kereta je!!!! kerajaan bg subsidi rm625 setahun tu cuma belanja minyak saya setengah bulan.
isteri saya pun x sanggup tgk saya sakit poket ujung bulan, malam tadi beliau buat keputusan untuk berenti belajar. dan kami akan pindah balik ke Seri Kembangan ujung bulan ni. Satu keputusan yg amat menyedihkan, tapi kami terpaksa menerimanya. Nak duduk asrama, anak saya nak letak mana pula...tak terjaga. Satu keluarga menangis mlm tadi. isteri nangis sebab dia kena berenti belajar, saya nangis sebab terharu dengan keputusan isteri, anak aku nangis sebab tgk mak ayah dia nangis...terima kasih kerajaan malaysia....
Untuk keluarga yg One Man income mcm saya ni, sure banyak effek...
Tariff elekrik pun akan naik tidak lama lagi, berikutan diesel naik rm 1.....ahhh...malas nak pk apa lagi yg akan naik....