Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Showing posts with label Friends. Show all posts
Showing posts with label Friends. Show all posts

Monday, October 28, 2013

Akak Vogue ex-SMD Get Together

Usai solat zohor, kami pun bergegas bersiap. 
Hampir jam 2 ptg, kawan Sarah pun smpai.
Saya terus memandu ke Stesen Komuter Shah Alam. 
Harga tiket KTM Komuter dari Shah Alam ke KL Sentral hanya RM2.50 seorang, 
sungguh menjimatkan bukan?



Menunggu di platform berhampiran coach wanita. 
Sambil gediks berposing.




Perjalanan lancar. Penumpang pun tak ramai.
Posing lagi yek.
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit.




Tujuan saya ke KL Sentral adalah untuk bertemu Akak Vogue.
Yes, akak-akak ni memang vogue dik non.
Lebih dari 25 tahun tidak pernah berjumpa, 
kami adalah bekas pelajar Sekolah Menengah Derma, Kangar, Perlis.
Kami mula berkenalan di Tingkatan 1 pada tahun 1984.




Yang berempat ini adalah pelakon tambahan untuk drama hari ini,
kanak-kanak riang anak2 akak vogue.




Haneza yang kini menetap di Kuching dan Siti Haida di Bukit Antarabangsa




Me dari Shah Alam dan Wan Tam dari UK Perdana




Akak Vogue:
Haneza, Me, Hasniza, Shamsinar, Siti Haida & Wan Tam

Seronoknya dapat jumpa akak-akak vogue semua. 
Dalam masa yang singkat ini ukhuwah terjalin.
Walau pun tak dapat berjumpa lama, InsyaAllah kami akan berjumpa lagi.




Sarah dan kawan, Syarmilia. 
Seronok tak bertamu di KL Sentral?






(^_^)V Terima kasih sudi menjengok blog saya

Thursday, September 5, 2013

Menghadiri Summit

Summit tu apa ek?

Kalau ikutkan terjemahan dari wikepedia, summit tu puncak gunung.

Masa bila lah pulak saya pegi puncak gunung ni kan.... Kalau ikut wiktionary, summit ni bermaksud puncak gunung ataupun perhimpunan / perjumpaan ketua-ketua.

Amboi, saya bukan ketua pun... exec jer....

Menghadiri summit atau perhimpunan ketua-ketua selama 2 hari memang menjahanamkan diet saya... arghh... tapi mmg sungguh lah sedap betul makanan di Sime Darby Convention Center. Saya ni sampai personally pegi mengucapkan terima kasih kepada chef-chef yang memang best ni. Gambar makanan? Ya ampun, lupa nak snap you... lagipun malu lah, tak pro nanti orang tengok... kat kedai mamak ok lah snap snap gambar....


Bergambar dengan peserta.
Gambar blur...  



Gambar panel penceramah di sesi petang hari pertama summit.



National Quality Summit 2013 adalah anjuran SIRIM Berhad. Temanya adalah Quality for Global Consumer. Secara amnya dalam summit ni para penceramah akan berkongsi pengalaman mereka tentang bagaimana melaksanakan sistem pengurusan kualiti boleh membantu syarikat mengembangkan sayap sehingga ke peringkat antarabangsa. Cerita lanjut boleh baca di sini.

Selain dari makanan yang sedap sangat kat sana tu, saya juga telah terjerembab (translate= terjumpa) dengan rakan sekelas semasa di utm skudai dulu. Dah 19 tahun tak jumpa tau!!! Memang tak sangka betul.


Sempat bergambar dengan kawan..... 
tapi gambar yang sangat blur ini memang betul2 mengecewakan! 

arghhhhh!!!

(>_<)









(^_^)V Terima kasih sudi menjengok blog saya


Friday, June 19, 2009

News update - berita harian online

Polis disaman berhubung penahanan salah dalam pembunuhan Nurin


KUALA LUMPUR: Seorang peniaga dan adik iparnya yang ditahan dua tahun lalu berhubung pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin memfailkan saman di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini terhadap polis yang didakwa menangkap dan menahan mereka secara salah.

Mohamad Zamri Ibrahim, 35, seorang pemilik kedai pakaian, dan bekas jurutera Mohd Suhaimi Yusoff, 30, masing-masing memfailkan writ saman berasingan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Sesyen Sivil melalui firma guaman Tetuan Lainah Yaacob & Zulkepli.

Mereka menamakan Asisten Komisioner Loh Pei Pei, Ketua Polis Negara dan kerajaan sebagai defendan.



Mereka menuntut ganti rugi am, ganti rugi khas, ganti rugi teladan, ganti rugi hukuman, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah. Jumlah ganti rugi tidak dinyatakan dalam pernyataan tuntutan mereka.

Pada 20 Ogos 2007, Nurin, pelajar tahun dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak, dilaporkan hilang selepas keluar bersendirian ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1 Wangsa Maju.

Mayatnya ditemui pada 17 September tahun yang sama, iaitu 27 hari kemudian, dalam sebuah beg yang diletakkan di hadapan premis perniagaan di Petaling Jaya.

Bedah siasat mendapati Nurin mati akibat didera secara seksual.

Mengikut pernyataan tuntutan Mohamad Zamri dan Mohd Suhaimi, mereka mendakwa mereka dipukul, dipijak dan ditendang dan dihentak oleh polis.

Mereka berkata, mereka kemudiannya disoal siasat dan ditahan reman sebelum dibebaskan.

Mohamad Zambri dan Mohd Suhaimi mendakwa anggota polis kemudiannya bertanyakan bertalu-talu dengan nada keras dan kasar di mana Nurin dikurung serta di mana VCD lucah diletakkan tetapi kedua-dua mereka itu memaklumkan kepada polis bahawa mereka tidak tahu menahu berkenaan dengan perkara itu.

Kedua-dua mereka berkata, akibat daripada tindakan polis, mereka mengalami kecederaan, tekanan, kehinaan dan rasa malu yang amat sangat.

Mohamad Zambri mendakwa dia sedang memandu kereta bersama isterinya, dan tiba-tiba dihalang tiga kereta dan beberapa lelaki berpakaian biasa di mana seorang mengacu pistol ke arahnya sebelum dia ditarik keluar dan digari sebelum dimasukkan ke dalam sebuah kereta manakala isterinya dimasukkan ke dalam kereta berlainan.

Mohd Suhaimi, dalam pernyataan tuntutannya, berkata dia ditangkap polis ketika beliau berada dalam kedai milik Mohamad Zambri.

Mohamad Zambri yang hadir di Kompleks Mahkamah di Jalan Duta hari ini bersama-sama isterinya Norhanizah Yusof, 35, memberitahu pemberita bahawa mereka mahu membersihkan nama mereka dan meminta supaya maruah mereka dikembalikan kepada mereka.

Mohd Suhaimi bagaimanapun tidak hadir. - Bernama

News update- star onlie

Published: Friday June 19, 2009 MYT 10:25:00 AM
Updated: Friday June 19, 2009 MYT 10:43:55 AM

Suspects in Nurin Jazlin's murder sue govt, police
By M. MAGESWARI



KUALA LUMPUR: Textile shop owner Mohd Zamri Ibrahim, 35, and his brother-in-law Mohd Suhaimi Yusoff, 30, who were suspects in the 2007 murder of Nurin Jazlin Jazimin, are suing the government and police for wrongful arrest and trespass.

Their lawyer Azmer Md Saad filed the suit on their behalf at the Sessions Court civil registry Friday.

Zamri said he was seeking to clear his tarnished name.

The father of three said his family suffered humiliation over his arrest and detention.

More to come

Friday, July 4, 2008

Suka bangat...

Aku nak tambah sikit la kisah akak se-opis aku tu... Memandangkan hubby akak tu tabligh, akak tu pun mmg al-maklum paham la pasal isu poligami nih tp yg dia terkilan sgt tu sbb hubby dia tu menipu (tp tabligh - org yg mendalami agama patut tahu yg menipu tu berdosa). Salah satu sms yg dia org jumpe dlm hp dia tu - lebih kurang gini la "Abg mintak maaf sbb lama tak call Siti bukan nama sebenar sbb abg bz settlekan hal eksiden keta".... wah... akak ni ckp hubby dia TAK PERNAH sms kat dia sbb hubby dia 'TAK RETI NAK SMS'... Hubby akak ni selalu outstation tp x pernah nak call back akak or anak2 tanya khabar ke apa ke... tiap2 kali outstation pun akak ni yg dok call dia.... tamat ek kisah akak ni..

Kisah aku pulak - minggu ni memang aku busy sikit. Last week kan aku dah busy dok jaga hubby yg x sihat... minggu ni dia dah balik ke senawang tp belum sihat betul lg la... pg tadi dia gi jumpa doktor, dpt MC lg hari ni... sian pulak, lepas ni nak kena jumpa pakar la pulak... entah apa sakitnya...

Meh cerita kenapa aku bz minggu ni... dah seminggu aku dok buat minit mesyuarat! Teruk betul kan, mcm tak logik je seminggu baru siap satu minit mesyuarat. Secara tepatnya 4 hari bekerja aje sbb aku dah siapkan minit tu semalam. Ye lah selain dari buat minit tu ada jugak le keja lain, walaupun aku cuba nak tumpu kan seluruh perhatian aku nak siap kan minit tu tp ada byk 'gangguan' keje lain...

Minit ni kena buat betul2 sebab dlm tahun 2008 ni, kalau ada org dtg buat odit kat tempat keje aku, itu lah minit yg nak kena tunjuk kat dia org (salah satu dokumen yg akan diaudit). Kalau korang nak tau aku cuma cover boss masuk meeting tp disebabkan boss aku tu secretary meeting tu, maka aku pun jadiklah secretary bidan terjun... haa... Tahun lepas bos aku buat minit tu tak lengkap, dpt le kami 2-3 NCR, boring betul... tiap2 kali org dtg audit, dah agak dah mesti masalah yg sama dia org dok bangkitkan... So, minit yg aku buat ni kenalah buat betul2! Tak mo la kena NCR lg kan... company korang pun ada ISO, tahu le korang NCR tu apa kan.... kalau keje gomen, NCR tu 'ketidakakuran'.... pernah dengar tak? ....lantak korang lah...

Lepas tu sebelah malam pulak aku sibuk dok download video klip awek bermasalah ni ha... aku skrg dah pandai donlod u-tiub korang tau tak.... so, tengah kemaruk la men-donlod... kalau raja lawak tu kan - yg nabil punyer - dari minggu 1 sampai final aku dah donlod. Yg awek bermasalah ni pun dah 4 buah lagu aku donlod, aku bukan le minat sgt org bermasalah macam dia tu tp lagu2 dia memang classss sekali.... aku suka bangat! Kalau korang klik kat link yang aku letak kat nama awek bermasalah ni, korang boleh baca sendiri yg dia ni mmg talented tp 'almost' wasted sbb terlibat dgn masalah (dadah + rokok) - aku tulis situ 'almost' sbb kalu lps ni dia dah 'pulih' ke dia 'padam' terus ke... tak tau lah kan...

Wednesday, July 2, 2008

Suami oh suami.... hampeh...

Entah tak tahu kat mana silapnya blog aku dah kehambaran dan aku ingin mengucapkan TERIMA KASIH KEPADA BLOGGERS YANG MASIH SUDI MENGUNJUNGI BLOG INI!

Semalam dan kelmarin ingat nak update tapi rasa macam tak de mood sebab dok ingat takde org dtg sini... takpe... teruskan je lah cite aku ni ek...

Hari ni kat opis, akak yg duduk sebelah aku tu dok buat muka pening-pening... aku pun heran.. dia cakap x leh nak keje, x leh nak pikir... lps tu dah start meleleh lak air mata dia... aiks, apehal lak akak ni kan...

Rupa-rupanyer hubby akak ni dah buat hal - imagine lah in their early 50s, suddenly benda macam ni berlaku. Akak ni somehow terperasan bil hp hubby dia agak tinggi, so dia & daughters checked la the numbers - ada satu number ni byk kali muncul - pastu lama-lama pulak masa call dia... mana tak suspen kan...

Pastu akak ni pun call la number tu... pompuan yg jwb... dia ckp dia kwn je ngan hubby akak ni... Kalau korang la kan, kawan apa yang selang 2-3 hari call, pastu call lama-lama lak... pelik gak kan... hubby akak ni orang t@bligh, anak akak ni 6 org... so akak tu mmg tension giler (siapa yg x tension)... Alhamdulillah, daughters dia kebetulan ada kat rumah kan... dah 20an pun.. so bole la cool kan akak ni... pastu one of the daughter pun call pompuan tu lagi sekali, tanya ar mcm2 soklan...

Yg hubby akak ni pulak tinggalkan hp kat dlm keta.... anak dia buat2 le bw keta tu gi kedai... pastu check la sms... mmg ada la sms yg mencurigakan... lg pun, hubby akak ni x pernah sms pun akak ni, katanya x reti la nak sms... hampeh tul.. la orang lelaki ni kan... mmg geram ar...

Aku pun mmg rasa simpati betul la kat akak ni... walaupun kita org x rapat, kebetulan kan dia dok sebelah aku, masa dia betul2 tgh 'low' tu, dia sudi mencurahkan perasaan dia pd aku..... dpt lah aku membantu dia sikit sebyk kan...

Org lelaki ni kan memang susah lah.... malas ar nak cakap... lu pikir lah sendiri...

Tuesday, October 2, 2007

Identify Theft

Terima kasih di atas sokongan moral anda semua di dalam ruangan komen entry sebelum ini.

Alhamdulillah.

Suami kawan aku, adik dia dan 2 orang kawan adik dia telah pun dibebaskan tanpa syarat padi hari Isnin yang lalu. Hari ni kawan akupun dah masuk kerja. Kami ni sebagai kawan bukan main sedih lagi bila nak berjumpa dia tapi dia bukan main lagi selamba dok bercerita itu dan ini. Memang kawan aku ni sangat tabah orangnya dan ketabahannya itu pula ditambah dengan keyakinan kerana memang tidak bersalah.

Memang confirm kes ini kes naya. Dah tahu dah siapa yang buat laporan palsu tu. Ini kali kedua adik kawan aku tu diniaya. Pertama kali kes tuduhan merogol kat johor dulu lah. Akhirnya orang yang 'dirogol' tampil memaklumkan bahawa dia tidak dirogol. Nampaknya kali ini 'orang jahat' tu lebih advance, buat set-up supaya maklumat yang diberikan kepada polis lebih meyakinkan. Polis bukan tak siasat, sebab dah siasat lah mereka pergi buat penahanan. Apa tidaknya 'orang jahat' tu dah register satu sim kad bawah nama adik kawan aku, lengkap dengan alamatnya sekali. Lepas tu buat beberapa panggilan pasal kes nurin.

Nampaknya identity theft ini memang bermotif nak menayakan dia orang satu family tapi banyak lagi identity theft lain yang bertujuan untuk menipu dan sebagainya. Maknanya hidup kita bukan sekadar tak selamat kerana ada ramai paedophilia kat luar sana tu, malah kerana nombor mykad kita boleh digunakan oleh sesiapa saja untuk register prepaid dan register macam2 lagi. Lepas tu gunakan pulak benda2 tu untuk kegiatan yang salah atau jenayah dan seterusnya dengan tidak semena-mena kita pulak jadi target dalam siasatan polis.

Sunday, September 30, 2007

Kenapa Aku Tak Update Blog

Bukanlah aku tak update langsung tapi aku cuma post Bonus Ramadhan saja.

Sebenarnya aku terlalu sedih bila mengenangkan Adik Nurin kita yang pergi dalam keadaan menyayat hati. Bila bukak news aku menangis. Bila baca blog orang lain aku menangis. Bila teringat aje aku nangis lagi. Sedih sangat rasanya. Kalau aku yang tak ada kena-mengena dengan family Adik Nurin tu dok nangis almost every other day, macam manalah agaknya family dia.

Semalam keadaan dah berubah.

Aku dah hampir terlupa pasal Adik Nurin kerana ada lagi berita yang mengejutkan.

Rupa-rupanya wanita mengandung yang ditahan reman dan kemudiannya dilepaskan oleh polis pada khamis & jumaat lalu adalah kawan aku!

Suami dia dan adik dia pulak ditahan reman lagi seminggu untuk membantu siasatan.

Terlalu terkejut dengan berita ini dan aku tak percaya sama sekali mereka suami isteri ada kaitan dengan kes ini (adik lelaki kawan aku tu aku tak tau la sebab aku tak kenal).

Buat masa ini kawan aku tu menumpang di rumah pekerja dia (yang jadi pembantu kedai dia). Kesian dia, tengah sarat mengandung pulak tu. Nak kontekpun tak boleh kerana handphone pun ditahan oleh polis.

Aku doakan semoga mereka berdua diselamatkan oleh Allah dari sebarang penganiyaan.