Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Showing posts with label Macam-macam. Show all posts
Showing posts with label Macam-macam. Show all posts

Tuesday, April 1, 2014

Alasan apa pun x kisah

Baru pagi semlm sy update blog tp menjelang tghari sy dah lupa yg sy ada blog. Ada yg tertanya tanya kenapa sy lama x update blog tp sebenar benarnya sy tiada apa2 alasan munasabah melainkan sy rasa sy tiada apa utk diceritakan.....

Kehidupan sy biasa-biasa saja, pegi keja balik keja. Sy jrg travel. Sy pun jrg mkn di tmpt2 yg best. Tmpt yg x best pun jrg. Tmpt sy shopping pun aeonbig dan psr mlm jer setiap minggu.

Sy pun tak de baby yg nak story psl perkembangan dia setiap hari. Nak cerita psl anak yg form 5 dan form 2 pun, entah apa yg nak diceritakan. Dia org pun pegi sklh, blk sklh itu jer keje nyer. Hari minggu main game. Cuti sklh seminggu x pegi mana2 pun.

Tiba2 rasa nak kongsi gmbr si comel yg ada kat rumah sy ni....



Wednesday, November 20, 2013

Jamu oh jamu

Gambar dari Google

Ada pelbagai jenis jamu di pasaran sekarang ini. Ibu-ibu sekalian tak perlu lagi bersusah payah minum air akar kayu dari periuk tanah liat tu. Pergi jer ke toko jamu dan pilih lah yang mana satu pilihan hati. Jamu pulak ada pelbagai jenis. Gambar jamu yang saya tunjuk kat atas ni adalah jamu khusus untuk wanita, lebih spesifik untuk kaum ibu memulihkan kembali tubuh badan dan khususnya peranakan (rahim) selepas bersalin.

Buat masa sekarang ini saya tidak mengamalkan sebarang jamu untuk wanita. Yang saya amalkan ialah susu colostrum alpha lipid (sebelum sarapan) dan jus Qaseh Gold Adinda (sebelum tidur). Sekali sekala saya akan ambil jamu herba tuju angin HPA bila rasa badan lenguh2 akibat minum air ais atau makan yang sejuk2. Kopi pun tak pernah ketinggalan setiap hari, berselang seli kopi gano excel dan kopi cordycep.

Dulu2 saya memang pernah amalkan jamu wanita. Mula2 tu keluaran indonesia. Lepas tu tukar kepada satu brand MLM. Bagus jamu tu tapi susah nak cari orang yang menjualnya. Stokis shah alam tutup. Stokis kat tempat lain pun leceh nak kena beli online, tambah kos pos lagi. Lepas tu cuba beli jenama yang boleh beli di kedai biasa, bagus dan berkesan jugak jamu yang ini tetapi bila saya makan, PMS agak teruk, seminggu sebelum period mesti sakit badan sana sini. Akhirnya apa jamu pun tak makan. Okay ke kalau tak makan jamu langsung? Apa pendapat rakan blogger sekalian? Meh, kita kongsi pendapat di ruangan komen.




(^_^)V Terima kasih sudi menjengok blog saya

Friday, October 25, 2013

Kek Secret Recipe

kek secret recipe



Apakah motif saya menunjukkan gambar 2 biji kek ini?

Satu kek dibeli di Jusco Ulu Kinta dan lagi satu kek di beli di Shah Alam.

Nampak tak bezanya dekorasi antara dua cawangan Secret Recipe ni?

Good job Secret Recipe Jusco Ulu Kinta!!!

(^_^)b


Inilah yang dikatakan VALUE ADDED SERVICE.










(^_^)V Terima kasih sudi menjengok blog saya

Sunday, September 15, 2013

Fakta tak penting: Taylor Swift sangat tinggi

Credit to:



Saja suka-suka kan...
Untuk peminat Taylor Swift, korang tahu tak berapa tinggi dia?


Dia lebih tinggi dari PSY.



Dia lebih tinggi Josh Hutcherson.



Dia lebih tinggi dari Justin Bieber dan Selena Gomex (of course lah!)



Dia lebih tinggi dari Pharrell (siapa tu?)



Dia lebih tinggi dari Kanye West laki Kim Kardashian.



Dia lebih tinggi dari Zac Efron pelakon high school musical.



Dia lagi tinggi dari Austin Mahone (siapa ni?).



Dia lagi tinggi dari Ed Shiran (pun saya tak kenal).




Dan,
dia sangat tinggi dari Bruno Mars.







(^_^)V Terima kasih sudi membaca tulisan merepek saya di hari ahad ini.
Selamat berhari minggu.

Sunday, October 28, 2012

Iron Man 3 akan datang 2013

Kalau anda peminat filem-filem yang diterbitkan berdasar dari komik MARVEL pasti kalian rasa teruja yang amat sangat kerana filem terbaru IRONMAN3 akan ditayangkan tahun hadapan!!! Saya  memang sangat excited. Tak sabar rasanya.


Berita mengenai filem ini telah disiarkan di sini. Kalau nak baca lagi pasal filem ni, boleh baca di sini.

Snapshot penggambaran IronMan3


Sumber: sini


Dikhabarkan ironman atau tony stark (lakonan Robert Dawney Jr.) akan berhadapan musuh yang menggunakan nanoteknologi. Salah seorang saintis dalam kerja-kerja nanotek tersebut adalah kawan lama tony stark yang telah membocorkan rahsia mengenai penyalahgunaan nanotek. Demi untuk melawan musuh2 yang sangat kuat dengan kuasa nanotek, tony stark telah meminta agar diri beliau sendiri juga diberikan suntikan nanotek itu. Lebih kurang macam spiderman3 jugak, dalam ironman3 ni tony stark akan menunjukkan 'belang' sebenar beliau. Ha... lebih kurang begitu lah plot cerita, entah betul entah tidak saya tulis kat sini.


Iron Man dikhabarkan ada baju baru yang patriotik lah sangat....


Sumber: sini

Ada juga sumber yang mengkhabarkan kemungkinan besar tony stark akan mati dalam movie ini. Girlfriend tony stark, ms pepper pott (lakonan Gwyneth Paltrow) juga akan berhadapan dengan ancaman dari musuh-musuh ironman. Kalau dalam cerita superman, wartawan dan girlfriend superman, Lois Lane yang sering jadi sasaran musuh superman, dalam movie ni, ms pott lah yang akan jadi target musuh ironman. Mungkin tony akan sanggup berkorban nyawa untuk ms pott? Sama-samalah kita tunggu tayangan filem iranman3 ini di pawagam yang dijangkakan pada tahun hadapan, kalau di US, tayangan nya adalah dalam bulan mei 2013. Kalau kat malaysia tak tahu lah...

Saya juga tak sabar nak tengok filem2 lain yang berkaitan dengan team AVENGERS. Tak jemu betul tengok movie ni, boleh tengok dan tengok lagi.....





Bila lagi nak keluar movie pasal Black Widow atau Natasha Romanoff yang seksi sangat, lawa dan sangat pandai giler berlawan tu? Bila nak keluar movie pasal Hawk Eye yang kalau memanah tak pernah tersasar tu? Saya nak tengok saya nak tengok saya nak tengokkk.....

Thursday, July 12, 2012

Drama Bersiri

Assalamualaikum.

Sudah menjadi kebiasaan di pejabat kawan-kawan asyik bercerita pasal drama bersiri di tv. Ada yang cerita pasal telenovela, ada yang cerita pasal sinetron dan yang paling banyak 'diskusi' pasal drama melayu lah. KakNi selalu buat tak dengar jer sebab KakNi memang tak follow. kadang2 tu tercebik-cebik jugak lah mulut KakNi ni sebab rasa tak berapa seronok bila kawan2 tu ter-over excited nak bercerita pasal konflik terbaru dlm drama tu. Konon2 nyer KakNi memang anti habis lah dengandrama bersiri.

Tapi sebenarnya KakNi ni memang lah hipokrit sangat, ngata orang jer pandai tapi diri sendiri pun sama jugak. Ha, kalau nak tahu KakNi pun follow drama bersiri ni... syhhh... jgn cite kat org ek..... cuma KakNi tak follow yang filipin ke, korea ke, melayu ke, indonesia ke, yang KakNi follow drama org putih jer. Uwek... nyampah tak korang dgn KakNi.

Yang pernah KakNi follow ialah supernatural, tapi sampai season 3 ke 4 je, lepas tu lost, sampai 3-4 jugak, House, CSI, NCIS, Leverage- ni cerita ni ikut pun tak pe, tak ikut pun x pe sebab kalau miss 1-2 episodes tak jadi apa2 pun sebab setiap kali ceritanya berbeza. Yang paling baru ni cerita 'Once Upon A Time'. Memang frust betul bila dapat tahu pengarah @ penerbit (sorry x ingat) adalah orang yang sama dengan drama bersiri Lost. Kalau macam tu kemungkinan besar lah cerita once upon a time ni akan jadi bersiri-siri jugak... adoi hampeh.. tapi cerita tu memang best sangat lah. Sesuai lah dengan aku yang suka merepek-repek ni.

Nak tahu cerita nyer pasal apa? Ha... sila lah google sendiri ye.. heheheh... tapi cerita ni kiranya kesinambungan dari cerita snow white. Kalau cerita dulu2 kan stop smpai kat snow white kawin dengan price charming ajer kan, lepas tu tak 'live happily ever after' rupa-rupanya... byk lagi dugaan nya pun. Ok, hangpa tengok sendiri lah ek.


Nak tahu cerita nyer boleh click link ini: Once Upon A Time

Yang paling aku suka dan masih aku follow sampai dah masuk season 5 ni ialah TRUE BLOOD. Ada tak sapa2 yang minat? Korang BERANI ke nak tengok cite ni? Cuba cuba...





Monday, January 19, 2009

AJL 23

TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH!


Kepada Juara AJL 23 - LAGU UNTUK MU - MEET UNCLE HUSSEIN

Memang aku minat bangat. Dulu pernah aku letak lirik & video clip di blog ni.

Aku bukan org yg minat anugerah-anugerah lagu ni... tp semalam mmg kebetulan aku menonton dan tak sangka2 pulak kump. yg aku minat sgt ni menang... yes! yes! yes!

Performance artis lain pun hebat. Boleh dikatakan semalam, AJL mmg sengit!





http://www.gua.com.my


Meet Uncle Hussain - Lagu Untuk Mu

Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicela
Bagai ku lumpuh tak mampu berdiri
Aku
Tetap begini
Takkan berubah kerna
Aku tetap aku dan alur hidup mu bukanlah aku

Guna hati akal dan fikiranku
Berbeza engkau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu

Adakah aku
Hanya boneka yang sering engkau mainkan
Yang dikawal oleh jari jarimu
Ku punya hati dan perasaan
Pernah kah engkau fikirkan
Cukup cukuplah oh cukuplah
Guna hati akal dan fikiranmu
Berbeza engkau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu

Tak tahan tak tahan
Sabarku tak tertahan
Melayan sikapmu perawan

Berbeza berbeza
Kau dan aku berbeza
Kita memang tak serupa

Bebaskan bebakn
Ku ingin dilepaskan
Kita tidak sehaluan

Cukuplah sudahlah
Sampai disini sahaja
Hubungan kita berdua



Ni bukan video clip masa AJL tp masa ABP. Semlm nyer video clip belum sempat browse lg, tp aku lg suka performance masa ABP, ada kelainan... Macam mana pun MUH memang best!

Thursday, June 26, 2008

Best sangat layan lagu nih....

Meet Uncle Hussain - Lagu Untuk Mu

Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicela
Bagai ku lumpuh tak mampu berdiri
Aku
Tetap begini
Takkan berubah kerna
Aku tetap aku dan alur hidup mu bukanlah aku

Guna hati akal dan fikiranku
Berbeza engkau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu

Adakah aku
Hanya boneka yang sering engkau mainkan
Yang dikawal oleh jari jarimu
Ku punya hati dan perasaan
Pernah kah engkau fikirkan
Cukup cukuplah oh cukuplah
Guna hati akal dan fikiranmu
Berbeza engkau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu

Tak tahan tak tahan
Sabarku tak tertahan
Melayan sikapmu perawan

Berbeza berbeza
Kau dan aku berbeza
Kita memang tak serupa

Bebaskan bebakn
Ku ingin dilepaskan
Kita tidak sehaluan

Cukuplah sudahlah
Sampai disini sahaja
Hubungan kita berdua

Monday, February 11, 2008

Birthday & cuti

Semalam birthday hubby. Memandangkan masing2 tengah kekurangan fulus, maka tak ada apa-apa celebration lah. Lagipun hubby tak suka makan kek, kalau tak boleh lah aku belikan atau buat kan.

Hari ni aku ambik half-day leave. Seolah-olah tak cukup cuti CNY yang panjang tu....

Wednesday, February 6, 2008

Happy Chinese New Year and Happy Holiday


Hari ni rasanya ramai orang dah start cuti, samada yang celebrate chinese new year or not, to all of you, I wish you all happy holiday!

2008 The Year of the Rat
2008 Feb. 7

The Year Of The Rat

1912, 1924, 1936, 1948, 1960, 1972 (Ahni was born this year!), 1984, 1996, 2008, 2030


People born in the Year of the Rat are noted for their charm and attraction for the opposite sex. They work hard to achieve their goals, acquire possessions, and are likely to be perfectionists. They are basically thrifty with money. Rat people are easily angered and love to gossip. Their ambitions are big, and they are usually very successful. They are most compatible with people born in the years of the Dragon, Monkey, and Ox.

Monday, February 4, 2008

Keta tak leh start

Nampaknya blog aku ni dari hari ke sehari dah macam diary. Probably sebab aku dah malas nak buat 'homework'. Dulu rajin jugak la blog hop sana-sini, dapatkan idea untuk menulis. Sekarang ni update blog macam luxury. At least sempat update and tell you a story or two.

Pagi tadi aku pergi kerja menumpang orang.

Kereta buat hal pulak. But then, inilah kali pertama kereta tu buat hal.

Betullll..... sebelum ni tak pernah lagi.... tiba-tiba aje pagi tadi nak start tak boleh. Nasib baik hubby ada. Dia yang tolong hantarkan anak2 ke sekolah dan dropped aku kat rumah babysitter. Dia tak sempat dah nak hantar aku pergi kerja. Aku malas nak naik teksi, tumpang kawan ajelah. Kebetulan rumah kawan tu dekat-dekat aje dengan rumah babysitter.

Masa tengahari patutnya kawan hubby (mekanik) datang tengok kereta tu tapi dia kata tak ada orang cover dia kat workshop, so tak dapatlah dia datang. Yang aku pulak siap dah ambik half-day cuti pasal nak settle hal kereta tu. Tak pa lah kan, relax aje kat rumah ni, ultimate rest day!

InsyaAllah malam ni boleh settle lah kot kereta tu. Member2 kat opis dok teka masalah bateri aje. Kalau betul masalah bateri, legalah aku. Tukar bateri aje kan. Bayar? Nanti hubby balik, dia lah bayar kat kawan dia tu. Harap2 semuanya ok sebab hubby malas nak berulang balik hari ni. Kalau korang lupa, hubby kan dah kerja kat senawang dan lepak kat sana. Dalam seminggu dia akan balik 2 kali ke rumah.

Kalau tak settle jugak, esok naik taxi lah jawabnya. Bukannya tak biasa kan... dulu masa peugeot selalu buat hal pun (masa belum beli kelisa) selalu jugak aku dan anak2 naik taxi.

Sebenarnya tak ada apa-apa nak cerita hari ni. Esok tulis lagi ya.

Wednesday, November 14, 2007

Kalau cuti lama sangat









Sumber: internet

Tuesday, September 4, 2007

Buang masa

Dalam kehidupan kita seharian banyak masa yang terbuang kan?

Contohnya, balik dari kerja dan drive ke kompleks pkns. Tujuan nya nak bayar duit hutang bank melalui mesin deposit BI yang hanya inilah satu-satu bijik yang ada kat bandaraya shah alam yang gemilang ni. Dah masuk area pkns, pusing-pusing cari parking, pastu jalan kaki pi kat mesin deposit tu, tengok2 mesin tu tak boleh guna. DAN yang paling PENTING, perkara ini bukan berlaku sekali tapi BERKALI-KALI. Bukan ke buang masa namanya tu.... DAN membuang DUIT PARKING setiap kali masuk ke area pkns tu. Hampeh tahap gaban!

~~~~~~~~~~~~~~

Sapa suka tengok Hell's Kitchen? Reality show pasal nak jadik chef tu?

Best jugak kan.... aku jarang follow, sebenarnya apa-apa cerita pun aku jarang follow sebab aku tengok TV 'ikut dan' saja (read= tak follow la programme, bila buka tv tu belasah aje tengok cerita apa).

~~~~~~~~~~~~~~

Seperti kelazimannya kelab kereta yang hubby join tu mesti ada buat Merdeka Tour bila 31 Ogos setiap tahun. Kali ini ke Lumut pula, convoy ikut jalan lama. Kami hanya join convoy sahaja tapi tak ikut bermalam di sana. Kami nak balik ke kampung hubby menjengok mak mertua. Ingatkan hubby nak ikut convoy separuh jalan saja, lepas tu divert ke Ipoh tapi rupa-rupanya ikut convoy tu sampai ke Lumut. Lunch kat Teluk Rubiah Beach Resort. Lepas lunch lepak2, tumpang bilik orang untuk solat. Pastu petang sikit kami jalan2 kat area jeti. Lepas tu baru balik ke Ipoh. Ada lagi satu family pun tak tidur sana sebab nak balik kampung kat Taiping, so kami pun convoy la jugak sampai kat mana ntah. Sebenarnya aku memang excited nak join convoy and JJCM tu tapi hubby beria-ria tak nak. Aku nak belanja (bayar hotel & expenses) pun dia tak nak. Frust betul.

Mula-mula tu hubby dok cadang nak tidur rumah kakak sulong dia tapi aku cakap tidur la rumah MIL sebab sebulan sekali kami balik Ipoh tu le MIL dapat tidur kat rumah dia sendiri. So kami pun pergilah nak jemput dia kat rumah abg ngah. Sayang nya MIL TAK NAK balik rumah! Sesuatu yang mengejutkan! So, terpaksalah kami pergi tidur rumah kakak sulong. Itulah yang aku rasa ralat sangat, kan ke lebih baik kalau holiday kat lumut! Double frust!! Malas lah nak cerita lagi...

Wednesday, August 8, 2007

Cerita yang boring minggu ini

Tak best la macam ni kalau seminggu sekali aje dapat update….

Last Saturday dekat KL sentral tu sesak kan? Aku pun samalah jadi mangsa. Hari Jumaat petang kakak ipar (2 org) dan anak sedara hubby (2 org) datang ke rumah. Sorang kakak ipar akan fly ke Labuan untuk menemani anak sedara yang duduk sana. Yang lain2 tu escort je. Sabtu pagi hubby hantar dia orang ke LCCT. Yang aku pulak kena hantar dan teman anak2 kat sekolah, ada carnival PIBG lah pulak. Dah habih ronda, dah breakfast, dah habiskan kupon, kami pun pergi ke komuter. Kami nak pergi Jln Masjid India tu. Hubby, kakak ipar & anak sedara akan pergi ke sana jugak selepas ngantor orang yang nak fly tu. Dah janji nak jumpa kat sana.

Masa kat KL Sentral tu memang heran tengok manusia ramai tapi beratur jugaklah. Buat tak kisah aje. Buat apa nak tension2.

Lepas dah shopping kat sana. Kami bawa deme tu balik ke Shah Alam. Singgah pulak kat Plaza Shah Alam. Lepas lunch dan pusing2 dan beli2 sikit, kami pergi ke SACC pulak. Amboi berjalan sakan nampaknya kan. Tapi aku tak enjoy pun jalan dengan deme. Tak payah la cakap pasal apa. Aku anggap ni tanggungjawab tuan rumah, bawa tetamu pergi ke tempat yang deme nak pergi. Buat tak kisah aje. Buat apa nak tension2.

Semalam aku outstation tapi dekat aje, dekat perak. Pergi awal pagi, pukul 2 dah balik ke opis dah. Seronok tempat yang aku pergi tu. SMKASR (go figure).

This weekend ada 2 event tapi terpaksa join satu aje sebab outstation jugak. Nanti aku story lagi ek.

Friday, July 27, 2007

Punah Harapan - from forwarded email

Istriku,
jika engkau bumi,
akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku.
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.

Lalu.....
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan diplanet
lain...


***Balasan Puisi sang istri***

Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet yang
telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu
dan....

akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu...


AKAN TETAPIIIIIIII..
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti...
Cuba lihat siapa dirimu...
MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan

cuma mancis saja!!!!!

please lah...!!!

Tuesday, June 26, 2007

Call Me Please

Ada tak pembaca blog ini yang kerja kat Toy0ta?

Boleh tak email kepada saya a.s.a.p. (today la)

My email: goncarian@yahoo.com

Kalau boleh bagilah nombor kontek (h/p) ok, thanks.

Thursday, June 21, 2007

Email from Hubby: Teknik Menghairahkan Suami

----- Original Message -----
From: Hubby
To: Me
Sent: Wednesday, June 20, 2007 4:00PM
Subject: TIPS : Teknik Menghairahkan Suami

yeeeeeeehhhhhhhhhhhhaaaaaaaaaaaaaa..............


----- Original Message -----
From: Pak Kadri
To: sahabatinteraktif@yahoogroups.com
Sent: Tuesday, June 19, 2007 10:23 PM
Subject: TIPS : Teknik Menghairahkan Suami

Sebagai isteri, tahukah anda apa yang diharapkan oleh suami dalam menjalin hubungan yang penuh kemesraan lagi hangat? Bagaimana pula sentuhan yang digemari si suami. Sebenarnya di sebalik sifat kelelakiannya, lelaki amat menyenangi sentuhan dan belaian wanita. Bagaimana dapat anda, seorang isteri penyayang, memancing ghairah suami tersayang? Dipersilakan membaca panduan-panduan di bawah.

Elakkan Dahulu

Janganlah anda fikir dengan tanpa seuratpun benang di tubuh anda, anda dapat dengan terus menaikkan ghairah suami anda. Anda seharusnya memakai pakaian malam/tidur yang tipis dan menampakkan bentuk dan lekukan-lekukan tubuh anda – keadaan yang mana anda masih berpakaian tetapi kelihatan seperti ‘bertelanjang’ beginilah yang dapat menaikkan nafsu suami untuk hebat menggauli anda.

Urai Rambutmu
Terutama bila anda berada di atas tubuhnya. Rambut anda yang lembut terurai berjuntaian dengan perlahan-lahan dapat menaikkan ghairah suami, apatah lagi bila dia terhidu keharuman rambut anda yang sentiasa berada dalam perapian itu.

Senyap Itu Indah
Adalah sesuatu yang membangkitkan hasrat seks lelaki apabila melihat isterinya membuka butang baju perlahan-lahan tanpa sepatahpun kata-kata. Diiringi senyuman mesra manja, suami tidak akan bersabar-sabar lagi untuk meraih anda ke dalam pelukannya.

Sentuhan Sehangat Kuku
Percaya atau tidak; lelaki boleh teransang apabila bahagian ini disentuh. Usaplah dengan lembut dan mainkan dengan bibir anda yang hangat itu. Ghairah birahinya pasti tidak terperi-peri lagi.

Hadiah SensasiIsteri dapat meransang keinginan batin suami dengan membakar mata suaminya melalui ‘hadiah’ yang dianugerahkan. Misalnya, bekas gigitan cinta atau cakaran yang anda tinggalkan di tubuhnya malam tadi membuatkan dia terkenang-kenang kepada anda. Juga, meninggalkan pakaian dalam di tempat tidur untuk kemudiannya dijumpai olehnya dapat menaikkan semula kelelakiannya.

Zon RasaKulit bahagian dalam paha anda mampu meransang suami anda kerana ianya lembut dan mempesonakan pancainderanya. Apatah lagi bila disentuhnya, anda kegelian. Ini akan menyebabkan suami anda berasa lebih ‘macho’ perkasa.

Daerah Rangsangan
Mudah sahaja caranya: mainkan hujung lidah anda dengan lembut di bahagian luar cuping telinga suami. Gerakkan lidah turun naik di bahagian belakang telinga hingga terus ke leher. Lakukan perlahan-lahan dengan penuh kemesraan.

Sentuhan Kasih Sayang
Kelembutan sentuhan wanita menjadi impian setiap lelaki. Kucupan lembut dan usapan halus menggunakan hujung jemari anda mampu menggoda suami dan menyebabkan dia terkulai manja di dalam dakapan anda.

Bangkitkan Suasana
Selain pancaran sinar malap lampu tidur atau sebatang lilin dan juga alunan muzik yang lembut mendayu, suasana romantis dapat dihidupkan dengan semburan wangian sekitar kamar tidur. Anda diminta mengenakan wangian kegemarannya, minyak aromaterapi, losyen atau kain sutera yang dibiarkan menyentuh lembut kulit suami.

Pesona Pandangan
Tatapan mempesonakan yang penuh perasaan kasih juga sayang terhadap suami anda cukup untuk mempamerkan perasaan anda terhadapnya. Tidak perlu anda berkata-kata, renungan anda yang meruntun itu cukup untuk membuatkan dia terkesima.

Membelai Nyata
Suami akan berasa lebih disayangi jika anda pandai mengusap rambutnya. Apabila duduk bersama, belailah mahkota lebatnya itu. Usaplah perlahan-lahan menyisir dengan jemari anda dari dahi hingga ke belakang lehernya.

Intipan GeramPerbuatan mengendap merupakan salah satu cara lelaki menaikkan ghairahnya sendiri. Tanpa disedari oleh wanita, dorongan seks lelaki mudah timbul oleh ransangan visual terutama pabila wanita mengenakan pakaian ataupun ketika mandi. Oleh demikian, usah menolak apabila si dia suami anda tiba-tiba mahu bersama anda sebaik sahaja anda melangkah keluar daripada kamar mandi.

Puputan Nafas
Hembusan nafas anda yang hangat akan menaikkan ghairah suami anda. Sentuhlah perlahan bibir anda ke bibirnya. Nafas hangat anda akan menyebabkan dia tidak sabar-sabar lagi mahu mencumbui anda.

Planet G-Spot
Suami juga mempunyai g-spotnya (hot-spot) yang tersendiri. Cari dan terokalah. Pancinglah si dia dengan memainkan peranan anda di zon sensasi miliknya itu .

Elak Sahaja Menyentuh Kelemahannya
Jangan sentuh kelemahan yang ada di tubuh suami anda. Tumpukan pada bahagian yang menjadi kebanggaannya seperti dadanya yang bidang, bahu atau hujung lengannya.

Sepantas KilatBila mana anda mahu membuat suami anda lekas ghairah, ambillah tindakan yang agak agresif. Tarik dia ke sofa dan bertindak secepat kilat. Tetapi, sebelum itu pastikan keadaan sekitar ‘selamat.’

Kejutan Halwa Mata
Suami akan mengagumi anda, andai anda senantiasa membuat kejutan dari masa ke semasa untuk disaksikannya. Ini termasuk, membuat perubahan daripada segi penampilan anda, seperti dandanan rambut fesyen terbaru atau mengenakan pakaian dalam yang terseksi yang baru anda temui di gedung atau butik pakaian kegemaran anda.

Selamat Menggoda Suami Anda !!



Pak Kadri





Hmmmm... patutlah semalam hubby balik rumah dok tersengih-sengih, dia ingat bini dia nak praktik le tip2 dalam email ni, rupa-rupanya hari ini baru bini dia baca, so yang sengih2 semalam tu kan, kira syok sendiri la... sorry my dear.

Wednesday, June 13, 2007

No Commitment

Senario: Tengah tengok satu gambar menarik kat internet

Officemate: Hah hah... ambik gambar tu letak kat blog kau.

Ahni: Tak boleh lah, aku dah lama tak update blog aku.........

Officemate: Apa ni? Tak ada commitment langsung!


OK, kalau tak update blog tu dianggap tak ada commitment then I am obliged to update this blog and here I am.

Sihat, tak sakit.

Relax + normal, tak over busy.

Internet ok, tak down pun.

Cuma.... tak ada commiment macam officemate aku cakap tu lah.







Dua pasang kain untuk baju raya yang baru dibeli di Jln Masjid India pada hari sabtu 9/6/07 yang lalu, sehari sebelum bah besar di KL.




Pengantin bersama bapa-bapa sedara 2/6/07



Pengantin bersama mak-mak sedara dan sepupu-sepapat 2/6/07

Wednesday, May 30, 2007

Line Clear

Senario:

Seorang lelaki sedang bercakap melalui h/p dengan kawannya.

Dialog:

Bla bla bla bla... hello? hello? Line tak clear lah? Ah ah, line tak clear. Nanti aku call balik. Bye.

Soalan:

Apakah maksudnya 'line tak clear'?

- signal telefon tak elok?

- line tak clear sebab bini/awek ada kat sebelah?

Wednesday, May 9, 2007

Kerja Kosong

PENGUMUMAN- DIPERLUKAN SANGAT SEGERA

Memerlukan pembantu jualan (sepenuh masa atau separuh masa) untuk butik batik sutera di Seksyen 9, Shah Alam.

Berminat sila hubungi Puan Seri Banun 012 3703754

website: http://www.seri-batik.blogspot.com/