Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Wednesday, August 31, 2005

The Merdeka Convoy

Konvoi Kelab Peugeot
Kelab Peugeot Malaysia telah menganjurkan Merdeka Northern Run sempena hari kemerdekaan tahun ini. Kenapalah tajuk nyer tu ada perkataan 'run' kan? Bukan ke convoy naik peugeot ke? hahahah... kantoi beb...





Kita orang pepagi lagi dah pergi dekat tempat berkumpul. Timb. Menteri datang buat flag-off ceremony. Sebelum flag off, bergambo dulu.




Lepas tu polis trafik escort sampai ke rawang. Kami berhenti dekat R&R Gunung Semanggol, makan + solat - member dari Perak join convoy kat situ. Lepas tu member dari Penang/Kedah join convoy dekat tol Sg 2.



Berhenti sekejap selepas tol Sg. 2. Lawa kan bila dah berbaris camni......



Dalam pukul 5 petang, kamipun sampai kat Hotel Putra Brasmana, Kuala Perlis. Sebelum tu dari Sempadan Negeri Perlis polis trafik Perlis escort kami sampai ke hotel. Laju giler abang2 polis tu, depa pecut 160-170 km/jam ! Apa lagi convoy pun happy, layan je, don't worry - no saman punyer. Petang & malam, free activity. Aku dan anak2 tido kat rumah mak le. Hubby tido hotel sebab bz, mcm2 nak settle kan untuk event yang seterusnya.
Hari ke-2 kitaorang pergi Pdg Bsr, sebelum pergi bergambo dulu dgn motor trafik. Trafik escort sampai Pdg Bsr, pergi dan balik.



Aku bawak mak dan adik, bagi depa rasa sikit macam mana ber-convoy dan dapat escort. Sebelum balik giliran mak dan adik pulak bergambar dengan motor trafik. Petang ada aktiviti 'bukak enjin kereta'. Malam ada dinner dgn MB Perlis. Tapi aku & anak2 tak join, dok rumah mak, lepak, sembang, tido, gaduh, main etc etc





Hari ke-3, sebelum balik bergambo kenangan depan hotel.





Singgah kat Menara Alor Setar. TDC belanja kami makan tengahari kat restoran berputaq!



Lepas tu balik le, berapa banyak kali da singgah R&R pasal semua dah letih dan ngantuk. Last stop sebelum break convoy ialah di R&R Tapah




No comments:

Post a Comment