Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Showing posts with label Hari Raya. Show all posts
Showing posts with label Hari Raya. Show all posts

Wednesday, September 11, 2013

Sepintas lalu


31 Ogos 2013

Penduduk di sekitar Lembah Kelang telah menghadapi
masalah bekalan air akibat dari pencemaran air Sg. Selangor.

Syukur alhamdulillah di sebelah petang, 
hujan lebat telah turun di tempat saya.
Jadi kami mengambil kesempatan menadah air hujan.




Hujan turun sangat lebat!!! 
Cepat jer penuh tong-tong air nih.



29 Syawal 1434

Tempat kerja saya mengadakan jamuan hari raya.
Makan lagi you all....

(*^_^*)



(^0^)



Nasi beriyani gam yang sangat sedap
+
kambing golek yang lembut.



Untuk jamuan hari ini, 10 ekor kambing telah berjaya 'digolekkan'!!!
Betul2 nak bg staff makan dia org nih....
(^_^)b



Bergambar di photo booth.



Telah kena pilih dengan MC untuk bagi ucapan... da....



7 September 2013

House warming officemate di Bdr. Saujana Putra.
Jamuan lagi!!! Ada stemboat ala ala Seoul Garden....



Ni lah rupa rumah officemate saya tu.
Di sebelah kiri rumah dia adalah rumah Shaheizy Sam
Berjiran dgn retis you!!!



Sekian, sepintas lalu diari makan2 jalan2.



(^_^)V Terima kasih sudi menjengok blog saya


Thursday, August 29, 2013

Hari Raya Kajang!!!


18 Syawal 1434

Exclusively with friends and relatives in Kajang!



Menziarah officemate yang baru bersalin.
Genap 30 hari usia baby Muhammad Imran Mikhail.
Tahniah Faiez! 



Bersama dengan adik dan adik ipar beraya di rumah abang tiri.



Ada 3 orang ni tak camera friendly... huh!....



Bersama kawan lama dari UTM Skudai, Suhara.
Mak dan pak mertua sekali masuk bergambar.
Suami dia, Shai tak sempat pulak bergambar bersama, dia pun x-UTM jugak.



Bersama anak-anak Suhara.



Lagi 2 buah rumah, Rozita dan Ummi tak sempat nak snap gambar. 
Masa tu dah terasa letih dan kenyang sangat... 
Dalam hati dok ingat nak balik rehat nak balik mandi nak balikkkk...
hu hu hu....






(^_^)V Terima kasih sudi menjengok blog saya. 


Tuesday, August 27, 2013

Riang ria raya

Assalamualaikum.

Sudah semestinya cerita berhari raya.

17 Syawal 1434

Sekolah anak buat jamuan raya. Untuk Hariz, dia minta saya masak macaroni cabonara alfredo. heheheh.... ni resepi suka hati saya, mula2 tumis daging cincang dengan butter bersama bawang besar dan bawang putih yang dirincik, lepas tu campurkan sos alfredo dengan cabonara sekaligus... campur lagi dengan peperoni dan akhir sekali baru masukkan macaroni.Sepatutnya langkah terakhir kena bakar (masuk oven) tapi oven pun x de kat rumah, so mkn mcm tu jer lah.

Untuk Sarah pula saya sediakan puding buah-buahan.

Sebelah petang saya beraya di rumah blogger Azian Elias (http://yan-yanjournal.blogspot.com/). Sedap nyer weh makanan yang dihidangkan... yammeh... rumah dia pun cantik bangat... hu hu hu.... berjumpa pula dengan blogger Kakcik (http://kakciknurseroja.blogspot.com), Ida (http://nyanyisunyi.blogspot.com) dan Acu (http://sephiasayang.blogspot.com/). First time saya jumpa bloggers ni. Mula2 tu tengok macam familiar sangat muka dia orang ni, mesti saya nampak kat blog seseorang. Lepas tu bila dengar nama 'Kakcik' disebut... maka sah lah ni mesti Kakcik Nur Seroja dan gambar2 yang lain pun mesti saya nampak di blog Kakcik.


Terima kasih Kak Yan!!!
Lupa pulak nak bergambar dengan ChefCiJu dan ChefKoya.



Salam perkenalan ya blogger Ida & Acu.



Pada masa yang sama ada lagi 2 orang blogger yang saya tak berapa kenal. Hmm... tunggu Kak Yan update blog dia lah, mesti dia mentioned siapa mike mike tu. Kakcik dah blog di sini. Acu pun dah blog di sini.


Gambar ini saya cilok dari blog Kakcik.
Sarah, my hubby and myself dan makanan yang heaven ♥♥♥






(^_^)V Terima kasih sudi menjengok blog saya

Thursday, August 22, 2013

Koleksi Gambar Raya

Tiap-tiap tahun kami mesti beraya di kedua-dua kampung suami dan kampung saya. Kampung suami di Perak dan kampung saya di Perlis. Raya di rumah mertua memang meriah sebab adik-beradik suami ada 11 orang semuanya dan suami pulak yang bongsu. Kalau beraya di Perlis memang lah best sebab kampung saya, cuma agak memenatkan kerana saya ni kakak sulong.... banyak hal nak kena uruskan... hu hu hu...


Raya 2013 / Syawal 1434
Tema pink. Raya pertama di Perlis.



2012
Raya kali ini tiada tema. Free style. Raya pertama di Perak.



2011
Tema hijau. Raya pertama di Perlis. 
Baju raya ni dah tak muat dah saya pakai sekrg, dah terlebih sihat lor.



2010
Raya pertama di Perak. 
Tiada gambar? Sabo jer lah. Tahun 2010 saya berehat dari blogging. 
Jadi, kurang peka untuk mengambil gambar.


2009
Tema coklat. Tahun ini pun raya pertama di Perak jugak.
Kita orang bukan ikut giliran tetapi ikut tempoh dan cuti hari raya. 
Maklumlah, suami kerja kilang, susah nak dapat cuti.



2008
Tema biru muda. Kami beraya di Perlis.
Kebetulan adik yang no-3 jugak warna biru muda, memang gempag tahun tu.




2007
Sweet nyer... hahahah perasan! Kami beraya di Perlis lagi tahun ini.
Tema cream. Alahai... anak2 ku masih kecil... rindu lah....



2006
Berhari raya di Perlis lagi? Dah tak ingat dah raya pertama di mana.
Tak pasti gambar ni hari raya pertama atau kedua.
Comelnya Sarah kan? Masa ni umur dia 6 tahun.




InsyaAllah saya akan korek lagi gambar-gambar raya dan upload di blog. 
Ini semua kenangan indah yang mesti diabadikan!


(^_^)V Terima kasih sudi menjengok blog saya. 


Friday, October 26, 2012

Salam Aidil Adha









Selamat Hari Raya Aidiladha














Tahun ini syukur Alhamdulillah dapat buat korban 1 bahagian pada 29/10/2012.
*bahagian saya adalah lembu ke 12, bahagian yang ke-7*


Wednesday, September 5, 2012

dari lensa cameraman pro - jamuan raya lagi

Ni gambar yang dirakam oleh staff yang memang kerja nyer jadi jurukamera.
Dalam mana-mana function pun, bila saya nampak dia lalu je dekat saya, 
mesti saya panggil dia suruh ambil gambar. Memang giler glamer ke hape?



Biasanya, selepas setiap function, 
semua gambar yang dirakam oleh lensa jurukamera ni akan di-upload ke intranet.
So, semua staff boleh tengok gambar2 ni.
Dalam banyak2 gambar tu, saya ternampak diri saya dalam 2 foto ini.
Kecik jer, tapi ai perasan u!!! 




Siapa yang nampak tu saya bagi hadiah, nak tak?













Hadiahnya ucapan salam sayang dari saya....

hahahah.....

Tuesday, September 4, 2012

makan-makan jamuan raya di bulan syawal



Apasal tajuk entry ni panjang sangat?


Sila lah jangan perasan akan baju raya yang sama di dalam setiap gambar raya saya ni. Ini lah masalah nyer kalau baju raya hanya ada sepasang sahaja. Gambar di atas ni gambar semasa jamuan raya di tempat kerja saya. Bulan puasa hari tu ada buat majlis berbuka puasa, bulan syawal pulak buat majlis hari raya. Konsep jamuan raya ni senang sahaja, setiap bahagian (division) di dalam syarikat ini kena sponsor satu meja hidangan. Terserah lah kepada division tu nak buat menu apa. Ada yang buat satu menu sahaja. Ada yang buat 2-3 menu. Ada menu yang sedap, ada menu yang tak sedap... biasalah tu kan...

Disebabkan saya ada masalah kesihatan, banyak lah jugak menu yang saya tak dapat cuba. Saya cuma makan lontong dan soto yang basic sangat - iaitu hanya nasi himpit dengan kuah lodeh untuk lontong dan nasi himpit dengan kuah soto sahaja. Cendol, kueh-mueh dan mana2 kueh yang tidak pedas dan tidak berempah sahaja yang saya makan. Buat masa sekarang ini saya berpantang segala jenis makanan yang berempah, yang pedas, yang ada kacang dan yang boleh mengakibatkan gatal, kesian kan? Tapi, of course lah lagi kesian kepada mereka yang tak ada makanan kat benua afrika tu kan... dia orang tu tak dapat makan sebab tiada makanan, bukan macam saya ni yang sekarang tak dapat makan sebab dah terlebih makan...

Menu yang untuk jamuan hari ini ialah mee rebus, lemang dan rendang, nasi himpit kuah kacang dan kuah lodeh, roti jala, rojak buah dan rojak pasembur, soto, nasi tomato dan lauk-pauk nya, laksa, kueh sagu, cendol, kueh-mueh traditional seperti kueh talam, kueh seri muka dan apa lagi ek... dah lupa lah...

Minggu depan ada jamuan di peringkat seksyen pulak. Masalah besar tu.... masalah apa anda cuba lah teka....................................................

Masalah takde lagi baju raya........  Kuang kuang kuang....

Takkan nak pakai baju raya yang sama kot....

Nak pakai baju raya tahun lepas, dah pulak saya pakai untuk jamuan raya tahun lepas, siap bergambar lagi beramai-ramai bersama colleagues saya.

Apa pendapat korang?


Tuesday, August 21, 2012

Post Aidil Fitri

Tahun ni kali pertama kami balik beraya lambat. Hari sabtu, tengahari baru lah kami bertolak dari shah alam menuju ke tg. rambutan. Hampir 5 jam perjalanan kami.... memang letih tapi kena sabar banyak2, demi keluarga yang tercinta + menymbut kemenangan di kampung halaman, kami harungi jua......

Raya pertama di rumah mak mertua. Meriah dengan kehadiran ipar duai dan anak sedara. Al maklum lah, my hubby tu anak yang ke-11 dan hanya 2 keluarga sahaja yang tak tinggal di perak (kami dan kak andak). Pagi hingga petang kami lepak je rumah mak mertua. Makan2, minum2, tido2, basuh pinggan, hidang, buat air. Tak de tetamu pun yang datang. Yang ada tu semuanya kami-kami jer. Zaman sekarang ni agaknya kunjung-mengunjung dah bukan budaya lagi kot (at least kat kampung my hubby). Dah petang sore tu kami pun keluar beraya di rumah kakak ipar lah pulak. Senang je, bukan susah pun sebab kak long, abg tam, achik ahmad dan kak anjang duduk di taman perumahan yang sama.

Walau pun perut penuh tapi setiap rumah mesti makan jugak... heheheh... tengok lah nanti berapa kilo naik lepas nih.... hahahah.....

Sebelah malam pulak, ada sambutan hari jadi cucu sedara (tu dia, ai ni dah tuo sangat ko?). Makan lagi, minum lagi... kat sini (perak) panas yang teramat, 3 kali aku terpaksa mandi sebab berpeluh sakan! Baju raya dah pakai di sebelah pagi. Sebelah petang ingatkan nak pakai jubah kaftan raya tapi bila tengah men-seterika tu, ada pulak tempat yang koyak, alamak.... terpaksa pakai balik baju raya yang dah bushuk tu. Next year, nak kena ada at least 3 psg baju raya. Sebelah malam tu pakai t-shirt jer lah, nak buat camne...

Lebih kurang pukul 11 malam, kami pun bertolak balik ke perlis. Walau pun tak jem tapi kereta agak banyak di highway. Kami sampai perlis jam 3 pagi. Masa tu mengantuk tak ingat dah wei... jom lah tido dulu ek... Esok kita sambung raya.



Sarah
...berapa hari lagi nak upsr nih, takpe raya lah dulu...







~cerita post aidil fitri akan bersambung~



p/s sempat jugak jahit tudung raya, sehelai tu petang jumaat dan pagi sabtu lagi sehelai. Yang jahit pagi sabtu dah bagi kat kak andak sebagai hadiah raya. Nanti lepas raya nampak nya kena jahit lagi tudung, banyak lagi dalam beg plastik tu yang masih berstatus kain

Aidil fitri 2012

Posing pagi raya di rumah mak mertua, Tg. Rambutan, Perak.







Selamat Hari Raya!

Sunday, August 19, 2012

Salam Aidilfitri

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir & Batin

Friday, August 17, 2012

PANIC SANGAT!

Ok, dalam panic mode ni pun, saya nak bagi diri saya masa untuk bertenet sampai kul 8.30. Lepas tu, apa yang sempat saya buat, saya akan buat. Kalau dah tak larat, kena rehat + tido. Tak kira lah macam mana pun mesti settle everything sebelum sabtu pagi. Kalau perlu, mungkin tak yah tido malam ni.

Padan muka saya.


Biasanya setiap tahun saya akan ambil cuti sehari sebelum raya untuk mengemas rumah dan packing + apa2 persediaan untuk balik kpg. Tahun ni saya cuti awal 3 hari sebab ingat banyak sangat benda yang nak disettlekan (lagipun cuti banyak lagi). Ada yang dah settle ada yang belum. YANG PALING TAK SETTLE ADALAH.... tudung raya belum potong dan belum jahit... manik tok sah cakap, tutup kes. Kain tudung tu saya beli kat gulatis. Ada tudung siap dengan corak dan warna yang sama di gulatis, apa kata singgah je sana beli, ok tak? TAK OK! Sebab nyer tudung siap tu pendek, elok2 je tutup my upper chest, tak sesuai u.... Mesti korang tak perasan kan, gambar tudung dalam entry sebelum ni sama dengan tudung dalam brochures raya gulatis yang dia org sumbat masuk dalam peti surat rumah kita tu....

Ni antara perkara yang saya nak buat hari ni, ada yang WAJIB - mesti buat, ada yang SUNAT - kalau sempat, buat, kalau tak sempat, buat lepas raya. Saya nak buat puding buah (wajib), nak pergi kedai dobi collect toto (dah berapa hari pergi asyik timing tak betul, kedai tu pun kata jam sekian2 bukak tapi bila saya pergi ikut time tu, tutup pulak, hampeh - yg ni WAJIB sebab nak bwk toto blk kpg), nak basuh baju, sidai baju, angkat baju, lipat baju, packing (wajib), nak jahit tudung raya (sunat - giler kalau boh status wajib, ni bukan 15 minit boleh siap, mau 3-4 jam), nak gi collect contact lense kat kedai spek (wajib), nak hantar kucing ke tempat boarding (wajib), nak bersedia utk iftar (wajib), nak bersedia utk sahur esok (wajib), apa lagi apa lagi apa lagi...

Tahun ni baju raya tak sedondon sebab dah banyak hari ronda shah alam cari baju yang sesuai dengan warna baju anak tapi yang ada saiz tak berkenan, yang tak de saiz ada a few yang berkenan. Fenat!

Orang lain dah la la la dam dam dum dok ingat raya, aku ni jer dok panic mode tak habih habih...



Korang, pergi umah mak angkat (pet boarding) nanti jangan buat hal ok. 
Seminggu korang kena tinggal, padan muka ......


Wednesday, August 15, 2012

Tempahan Raya Bahagian 2

....sambungan....

Cerita tempahan raya tak abis lagi. Cerita kali ni lagi menyerikkan, membengangkan, merunsingkan dan segala jenis men- lagi lah.

Kisah nyer tu pasal kueh jem tat nenas. Di area rumah saya ni ada seorang tokeh kuih jem tat nih. Memang sedap sangat lah kueh tat yang dia jual. Sayang nyer, susah sangat nak beli kueh tat ni sebab hampir sepanjang tahun fully booked. Ye lah, dah sedap sangat kan, tempahan pun datang dari segala ceruk negeri. Tempahan raya pulak terpaksa dihadkan kepada 50 balang jer seorang. Saya tak pasti bila tempahan raya ditutup, yang jelas nyer bila saya tanya bulan 5 lepas, dah tak boleh buat tempahan lagi dah. Frust kan?

Walau bagaimana pon, langit masih cerahhh.... sebab tokeh kueh ni, dia tak lokek ilmu. Ramai jugak orang kat sini yang telah diajarkan ilmu buat kueh tat ni. Dan tokeh ni jugak tak kisah kalau pekerja dia nak buat their own business kueh tat ni. Yang best nyer bila tokeh tu 'tak menang tangan', dia akan sub kan tempahan kepada salah seorang ex-pekerja dia. Jadiiiii.... kalau dah saya tak boleh menempah kueh tat dengan tokeh tadi tu, saya pun menempah lah dengan ex-pekerja dia ni. Rasa kueh tat yang dibuat oleh ex-pekerja ni (Kak Z) hampir sama dengan rasa kueh tat buatan tokeh tersohor tu, at least 95% lar. Yang lain2 ex-pekerja pulak tak berapa nak sedap sangat.

Maka nya dengan itu, saya pun tempah lah 30 balang dari Kak Z ni. Kawan2, 30 balang tu bukan untuk saya seorang tau, sebenarnya tu dah kira amik order dari kawan2 saya di opis dan kwn2 hubby di opis hubby. Kak Z tu pesan, 2-3 hari sebelum nak gi collect tempahan, sms lah dia dulu, just to remind her, so dia boleh prepare and put aside my order. Jadiii.... hari khamis minggu lepas saya pun sms lah dia.

Assalamualaikum kak. Saya Ani, kawan K.Jah.
Hari tu saya tempah kueh tat 30 balang.
Nak amik sabtu 10 balang, lagi 20 balang nak amik hari isnin.


(K.Jah aka Kak Jah is my babysitter. Babysitter lah sangat ek sebab yang dia babysit tu my daughter sarah yang dah umur 12 tahun... hahahah.... actually dia babysit sarah sejak sarah umur 10 bulan lagi. sekrang ni sarah transit kat umah dia, dah tak kena babysit lagi actually)


Ok. Ni jawapan dari Kak Z:

Maaf x janji sbb kadang2 akak x sehat x boleh buat semua


Ya Allah Ya Allah Ya allah. Sentap + panic mode lah sekejap saya ni kan. Ok lah, nak buat camne kan, kalau akak tu dah x sihat. Maybe kalau dapat separuh pun ok lah tu. Mana2 kwn yg order 2-3 balang tu, at least dapat lah satu balang kan. Dan yang paling penting kwn2 hubby, mesti dapat seperti mana yang ditempah. Kalau tidak nanti malu lah my hubby, especially sebab ada yang dah bayar pun kat dia. Kawan2 saya ni boleh lah saya pujuk2 sikit, lagi pun geng2 perempuan ni takkan lah tak paham kot, dah akak tu tak sihat, nak buat camne.

Rupa2 nyer bila saya sembang dgn my babysitter, dia pun tak dpt. Kwn babysitter, cikgu  L yg tempah 40 balang pun tak dapat. Dia org siap pegi rumah dia tengok memang tak de sebiji kueh tat pun! Saya pun masa tu dah panic mode tahap gaban dah. Dia org call Kak Z tu pun dah tak berangkat. Masing2 ada customer yg menunggu order, susah jugak kan, camne nak cakap dgn customer ni. Cikgu L kata hari tu bila dia cakap dgn Kak Z pasal tempahan tu, boleh Kak Z tu cakap ala lambat lagi tu. Sebenarnya sepjg saya berurusan dengan Kak Z pun saya perasan dia suka ambil mudah. Risau jugak saya sebenarnya. Bila orang order, semua nya boleh je. Nak order berapa pun dia terima. Lepas tu dia macam relax jer. Kalau order banyak, buat lah awal2. Jangan tunggu last2 minutes baru nak buat. Bila dah penat sangat buat kueh tu, of course lah jadi tak sihat, dan kalau tak sihat pun, bagitau lah kita orang ni awal2.

Dipendekkan cerita, Kak Z ni bagi jugak lah kat saya 2 balang (out of my 30x order!). My babysitter dan Cikgu L habuk pun tarak....

Tahun depan, maybe bulan 1 atau bulan 2, kami (me and my babysitter) akan pegi buat order direct dengan tokeh tu. Dah serik order dengan Kak Z. Lagi tebal muka my hubby kena pulangkan duit kueh kat customer dia.

Sekian lah dua cerita tempahan raya yang tak menyeronokkan ni. Saya nak cerita pun malas sebenarnya. Jadi tak de mood lah pulak. Kalau lah laku sangat jual kueh tat ni, maybe saya pun patut gi belajar buat kueh tat. Kalau air tangan saya ni menjadi, maybe saya patut berhenti keje dan concentrate buat bisnes kueh tat. Ada kawan kat opis tu, mak dia buat bisnes kueh raya. Bila time nak raya je, mak dia akan kumpulkan beberapa makcik2 jiran kat kampung dan buat kueh secara besar-besaran. Hasil jual kueh tu boleh buat macam2. Boleh renovate rumah lah. Beli perabut baru lah. Modal nak beli bekas untuk isi kueh raya pun RM17k tau, you all kira sendiri lah berapa mak dia dapat kalau modal pun dah 17k, untung berapa, 34k? 51k? Jgn terbeliak biji mata tu....  


Monday, August 13, 2012

Tempahan Raya Bahagian 1

Bila pergi shopping kat pasar minggu di parking stadium shah alam pagi semlm, geram betul tengok banyak nyer tudung yang cantik2, yg terkini dan yg hot di pasaran. Adoi, kenapa lah ek aku ni tak beli je tapi gatal sangat nak menjahit? Tu la pasal, pan-ngang (pandai tapi bangang) sangat. Kalau beli kan senang, tak yah fikir apa2 dah. Bayar dan pakai jer.





Tengok ni, kain2 tudung ni masih berstatus kain
dan belum bertukar jadi tudung lagi,
padahal lagi berapa hari lagi nak raya dah!!!
Arghh!!! Panic mode panic mode panic mode!!!





Sebenarnya nak cerita pasal tempahan baju raya tahun ni.  Cerita nyer begini. Tahun lepas, ada sorang kawan saya tu rekomen kan satu kedai tailor ni. Katanya jahitan baju kurung kat kedai ni memang elok sangat, sebab tu lah wife dia memang hantar situ tiap2 tahun. Wife kawan saya ni pulak, bukan calang2 orang, dia seorang doktor veterinar. Jadi, saya pun teringin lah nak mencoba. Maka nyer, bulan 5 yang lepas saya pun pergi lah ke kedai tu. Tailor kat situ ada dua orang iaitu pasangan suami isteri ni lah. Yang suami akan jahit pakaian lelaki dan yang isteri akan jahit pakaian perempuan. Baju yang saya nak tempah ni untuk Sarah. Bila dah siap ukur bagai, saya pun dapat lah slip tempahan dari tailor perempuan tadi. Saya tengok delivery date nyer 30 June. Masa tu saya terfikir, amboi lama nyer, lebih sebulan tu baru nak siap.

Bila dah sampai 30 Jun tu saya tak pergi sebab hari tu hari sabtu. Saya tunggu 2-3 hari lepas tu baru pegi. Sayang nyer masa saya pergi tu, tailor perempuan tak ada, yang ada tailor lelaki dan bila dicari baju yang ditandakan dengan nombor slip tempahan saya tu tak ada lah pulak. So, dia (tailor lelaki) bagi saya nombor telefon isteri dia dan minta saya telefon. Adoi, malas lah saya nak telefon. So saya pun tunggu sehingga lebih kurang seminggu kemudian dan pegi lagi ke kedai tu. Masa tu tailor perempuan ada. Masa tu kemain lega lagi hati saya tapi, kelegaan saya tu tak lah selama mana sebab dia kata dia belum buat lagi baju tu. InsyaAllah jumaat ni siap, katanya. Dengan hati yang kecewa saya balik rumah. Jumaat tu saya tak pergi pun kedai tu, saya tunggu lagi seminggu, lepas tu baru pergi balik.


Kali ni, tailor perempuan tak ada, yang ada tailor lelaki. Saya bagitahu dia yang kakak kata hari jumaat lepas siap. Yang tailor lelaki ni pun cari lah punya cari tapi tak jumpa baju tu. Saya pun tolong cari jugak tapi memang tak nampak. Lepas tu tailor lelaki ni pun call wife dia, lepas tu pas handphone tu kat saya. Rupa2 nya, baju tu belum jahit lagi!!! Adoi!!! Dipendekkan cerita minggu ke-2 bulan puasa (kalau tak silap saya), baru lah saya dapat baju yang ditempah tu. Saya bengang jugak sebab seminggu sebelum bulan puasa tu saya ada pergi mencari kain tudung tapi disebabkan tak berapa pasti warna baju tu, maka tak dapat lah saya membeli.

Kalau macam ni lah gaya nyer, saya tak akan tempah lagi tahun hadapan walau bagaimana elok sekali pun jahitan nyer. Bukan apa, saya terfikir, kalau lah ada keperluan yang urgent untuk pakai baju tu, dah janji bila tarikh yang siap tapi sebenarnya tak dapat deliver, so macam mana? Bukan setakat frust, malah rancangan kita boleh tergendala tau.

.... bersambung di bahagian 2.....

Friday, September 25, 2009

Entry selepas raya

Salam semua.

Amacam raya? Seronok ke? Penat ke? Sihat ke? Selamat ke?

Haa.... saya dah masuk opis hari ni.
Kalau ikut kan hati nak le masuk semalam tp roomate keberatan sebab dia nak beraya lagi. Saya pun nak beraya jugak tp sbb cuti dah tinggal sikit je, nak lah simpan. Kena cuti dgn berhemah ni sebab tahun ni ada byk bulan lg - ada 4 bulan lagi sebelum penghujung tahun. Maka dgn cuti yg sedikit tu kenalah berjimat cermat. Kalau ada apa2 hal nanti susah kalau tak de cuti.

Okaylah ek. Kepada yang masih bercuti tu, selamat bercuti.
Kepada yang dah start keje macam saya ni, jom bercuti... hahahahah!!!


Salam Aidilfitri dari kami sekeluarga!!!


Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfithri

Saturday, January 31, 2009

Cerita ceriti cuti

Lama gak tak update blog... apa tak nya, sibuk 'mengulit' dengan roomate...
Dia cuti seminggu sbb kilang dia keje 'holiday shut-down'.
Aku pun amik kesempatan gak, cuti lar...
Al maklumlah selama ni weekend je dapat jumpa, ni ada peluang jumpa hari2 apa salahnya aku pun ambik cuti...

Nak cite ke aktiviti aku masa x update blog?
Cite lar sikit ek...
Sabtu & ahad lepas kami balik ipoh.
The usual monthly trip to MIL house.
Aku dah ckp dgn roomate tok sah ler balik coz bertembung dgn CNY tp dia nak balik gak, kan dah jem kat highway sbb sume 'ipoh mali' mau balik ipoh raye mah...

Isnin, kami gi i-fest kat mid-valley. Huh, nak jalan2 tengok brg pun susah - sesak bangat... maklumlah hari cuti dan kebetulan hari senin tu last day pulak...

Selasa, kami buat rombakan kat umah...
Penat weh... rombakan ape?
Biasalah re-arrange balik...
Almari ni ke bilik sana, almari sana ke bilik sinun....
Alhamdulillah with the new arrangement lebih comfy keadaan kat umah...

Rabu, anak2 dah start sekolah.
Yes, sekolah kat sini cuma cuti 2 hari je...
So, aku dan roomate ronda2 lah...
Tengok wayang, shopping, jalan2...honey moon beb...

Khamis, aku keje half-day coz roomate gi main golf waktu pagi.
Aku tak ikut (dia pun x bagi...).
Ptg pulak kami merancang nak gi ke area klang nak cari monitor PC yg dah kong sebulan lps..
Belum sempat gi klang lagi, baru je kona kat traffic light seksyen 17, lalu dpn kilang ece tu tengok cam ada sales penghabisan stok. Ada parking kosong, so terus je singgah, nak jamu mata konon.
Tup tup kami sambar je benda ni.
Harga asal RM1300 tp dah less smpai RM500.
Kalau cucuk kan cable antena dptlah tengok tv.
Kalau cucuk kat PC jadiklah monitor pc.
Disbbkan ianya ada function tv, so mestilah ada speaker kan (mana ada tv tak de built-in speaker, ye tak?), senanglah sikit, tak yah lah sambung speaker lagi...
Ni kat umah ada 2 set speaker pc, lelong, lelong, sapa nak?

Monitor ni 20". Warna putih je yg tinggal, x kisah lah, janji ada monitor... Remote pun ada (tv mesti lah ada remote kan...) kat umah pc biasanya anak2 yg guna, aku guna laptop tp sejak ada monitor baru ni (dan because dah buat rombakan rumah, rasa seronok lah pulak guna pc, tu nampak tak blog sapa aku tgh baca? Blog Reena.

Jumaat, terpaksa keje lah pulak...
Sbb dah plan internal audit, nak wat camne kan...
Waaa... boring nyer sbb dok ingat nak lepak ngan roomate je..
(hmmm... apa dia buat sorang2 kat umah tu?...)

Cite weekend akan menyusul.....

Saturday, January 24, 2009

Happy CNY 2009




Selamat bercuti semua...........

Saturday, December 13, 2008

Update yg frust...

Ok. Ok. Update. Update.

Thanks for all the nice comments for my previous entry.

Sorry, lupa nak ambik gambar masa raya haji hari tu... :-(
Camera mmg bawak ke mana-mana tapi jarang teringat nak ambik gambar.
Boring betul lar...

Sejak terputus hubungan sosial dengan dunia luar... huh? apa tuh?
Apa lagi... kat opis aku sekrg ni dah x leh access pape dah...
Blog, facebook, YM, meebo... dan apa jua lah... dah x leh masuk tau...
Kira dah lost ler...
Camne nak update... huh?

Terkilan nih...
Apa tidak nyer...
Masa kita org blk kpg beraya haji baru2 ni, langsung tak dpt jumpa Angah...
Sedih tau... udah ler dia tu balik setahun sekali je ke kpg.... (aku pun...)
...pasni dia dah nak balik Miri dah...
Siapa lagi kalau bkn adik aku yg dok ngajar kat miri tu ler...
Maknanya tahun dpn lah pulak baru jumper dia...
Sedih nyer...

Last year, kami raya haji kat paerok.
Raya ke-2 aku naik bas balik kangag, bercuti pjg dgn anak2 (hubby kena tinggal, dia keje)...
Tahun ni, dek kerna silap perancangan, cuti tinggai ciput tek jer...
Tak dapet ler nak buat mcm tahun lps...

Maknanya tahun ni x dpt lar anak2 aku jumpa sepupu2 dia org...
Tak dpt lar lari2 keliling kpg... mcm ni ha...


*Ni video tahun lepas da*

Mmg x de rezeki nak jumpa adik ler tu...
Dia pun bkn senang nak dtg ke umah aku sbb anak2 dia kecik lg...
Dah tu yg plg kecik tu baru jer 3 bln (yg lahir bln posa tu)...

Of course, plg frust sekali sbb x de gambar tu lar... eeee... nyampah tul...
Tahun ni siap pergi tapak korban lg tau... camera je tersimpan dlm handbag... huh!

Ni numpang gambar dari blog adik... :-(
*Mintak mahap byk, tak mintak izin pun*


Anak Angah yg sulong, Batrisyiya.


Adik Batrisyiya, Damiya.


Adik dia org, Firzanah.

Monday, October 20, 2008

Jom gi raya!

Sampai ke hari ni aku masih belum pasti camera aku ada kat mana...

Alhamdulillah duit raya Adik dah jumpa... kalau tak jumpa mmg kesian ler dekat Adik... frust gitu...

Weekend baru2 ni korang ada pergi open house tak?

Mesti ada kan?

Aku pun ada lar pergi satu jemputan. Pertamanya sbb mmg aku buat muka tak malu tanya pd kwn aku tu tak buat open house ke? Terus je dia jemput aku... later on, aku dpt tau hanya aku sorang je dr dept aku yg dijemput... org2 dr dept dia mmg dijemput semua...

Yg aku beria-ia nak pegi rumah kwn aku yg sorang ni sbb aku nak nengok umah dia... Kpd blogger yg familiar dgn kawasan shah alam ni, korang tahu tak kat mana uptown shah alam? Kat seksyen 24 tu lar... kat situ lah rumah dia... rumah PKNS baru... kalau tak silap aku lah, dpt CF dlm bln dec 07... aku berminat jugak dgn rumah kat situ, cuma fulus aku je x minat... heheheh...

Tapi,

aku kan baru pindah... apartment yg dah dikosongkan tu pun belum disewakan lg... nnt kalau dah settle jual rumah tu (may be in 2-3 years time) barulah kami nak ushar umah lain... InsyaAllah next time akan pilih dgn hati2...

Kwn yg buat open hse tu ada cerita kat aku... jiran aku kat apartment (umah nyer setentang dgn umah aku) tu pun nak pindah jugak... Sebenarnya aku terkenang jugak pd jiran aku tu. Dulu dia antara org yg terawal pindah ke apartment lps dpt CF, kami pulak menyusul selps dia... Aku ingat lg masa aku terserempak dgn dia dkt lif, dia ckp kat aku; seronok kan dpt rumah sendiri

Tak lama lps tu, bila byk masalah mula timbul, dgn masalah kecurian, masalah org asing, masalah dgn MC dll... aku ingat jugak dia ckp kat aku; jgn lah pindah, jgn lah tinggal kami

Memang terasa sayu bila terkenangkan apa yg telah berlaku...

BTW, hari ni company tmpt aku keje ni ada buat jamuan raya... jom gi raya!

Thursday, October 9, 2008

Cerita hari raya... Part III

Jawapan kepada entry sebelum ini ialah:

Korang nampak tak lip-lap lip-lap kat baju Sarah tu...
Yg dijahit sepanjang pesak kiri dan kanan dan di leher baju...

Tahniah kepada Atiza dan Shafarina yg telah meneka dgn betul nyer!



Masa aku beli baju tu aku rasa macam plain sgt.
Lace tampal tu pun nampak hambar.
Ada dijahitkan manik di leher baju,
tapi macam tak kena aje warnanya.
Aku buang manik2 tu...

Dan,
aku gantikan dengan
batu-batu yg RM15/meter!
Ala... batu yg biasa dijahit pd tudung bawal tu...

Barulah merlip-merlap baju raya Sarah!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Ini pulak adik aku yg no. 3 dan wife dia.
Yg dok kat PiDi tu ler.
Tema Helmi sekeluarga tahun ni adalah biru turqoise (betoi ka aku eja nih?).









Kebetulan pulak tema kami sekeluarga pun sama dengan Helmi.
Yg lg best, tema my parent dan adik no. 5 pun biru jugak!
Cuma, my dad masa raya pertama tu pakai jubah putih,
raya ke-2 baru dia pakai baju raya yg mak belikan.

Ni pulak gambar Baby Dina, anak Helmi.
Dia memilih untuk melalak pada pagi raya pertama.
Tu sbb walaupun kami semua cantik sedondon,
tak dapet nak ambik gambar beramai-ramai.
Gambar ni diambil sebelum dia mula melalak... hu hu hu...