Assalamualaikum.
Suntuk sungguh masa yang kita ada kan?
Kalau dah balik kerja, nak settlekan apa2 yang patut,
biasanya lepas solat isyak baru lah saya ada masa untuk buat hal saya sendiri.
Masa tu lah nak ber-blog, ber-FB, nak tengok tengok TV, nak jahit-menjahit ke… tapi
kalau dah buat satu perkara, tak boleh buat perkara lain lagi. Kalau dah
berblog tak boleh lah berFB. Kalau dah jahit-menjahit, tak boleh lah nak
berinternet. Lebih-lebih lagi kalau dah rasa ‘flat’, apa pun tak yah buat,
tidor jer lar…..
Minggu ni Sarah periksa PSRA (penilaian sekolah rendah agama) pulak... ustaz baru kat sekolah kafa sarah sangatlah committed. Minggu lepas sarah kena hadir kelas tambahan malam isnin, selasa dan rabu. Malam khamis pulak ada bacaan yasin + solat hajat. Hari sabtu dan ahad pun ada kelas tambahan. Minggu ni minggu exam, pun ada kelas tambahan selama 2 jam setiap pagi (exam sebelah petang)! Penat sangat (+ pressure) kot, Sarah sampai demam!!! Kesudahannya pagi selasa, rabu dah khamis, Sarah tak attend kelas tambahan. Cuma attend exam jer. So sebelah pagi Sarah duduk rumah babysitter, kena makan ubat dan rehat..... Kesian dia... baru lepas exam UPSR tak sempat nak berehat pun....
So, last week, bila Sarah kena attend kelas tambahan sebelah malam, saya punya timing semua dah lari. Sebab nyer selama-lama ini saya tak pernah hantar anak2 saya pergi tuition (private), jadi sebelah malam biasanya masa rehat kami sekeluarga + masa untuk buat kerja sekolah dan revision. Ni dah kena hantar Sarah ke sekolah, saya jadi kelam kabut pulak. Ngada2 kan saya ni. Saya tak boleh imagine lah parent/student yang attend private tuition tu, baik yang sebelah malam atau yang during weekend. Mesti penat kan? Syabas kepada parent yang committed dengan pendidikan anak2!
Dalam kelam-kabut sebab timing lari, sempat jugak saya berinternet dan ralit dok search pasal tablet pc. Lepas tu ralit lah jugak dok 'study' gadget baru saya ni...
Berebut-rebut lah mak dengan anak dok guna benda ni. Macam jakun pun ada. Ni tablet PC 7" 'china mari' yang saya beli dengan adik ipar saya. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh tengok di blog Tab4Kids.blogspot.com adik ipar saya punya. Kalau ada yang berkenan boleh roger adik ipar saya atau saya tau... heheheh... Harga dalam blog adik ipar saya RM300 jer...
Dah download wallpaper captain america, comel tak?
... dan segala macam games.....
Ni pulak produk terbaru yang adik ipar saya nak jual:
Tabloid PC Untuk Anak Anda




