Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Showing posts with label Feeling. Show all posts
Showing posts with label Feeling. Show all posts

Monday, March 3, 2008

Template baru lagi...

Kelakar kan? Kalau seseorang tu sedang 'fikir-fikir' kan nasib blog nya sendiri, tentulah dia tak tukar layout nya kan?

Aku bukan setakat tukar layout, siap letak video lagi. Ha... bila aku masuk blog sendiri, aku boleh nonton video. Barulah best. Barulah aku rasa sayang....

Layout baru ni, susah sikit nak baca textnya kan? Puas adjust dah tu... tapi tak tau nak buat macam mana lagi.

Selama aku berblogging ni, sejak 19 February 2005, entah berapa kali dah aku tukar template. Hampir setiap kali kerana aku rasa bosan, aku akan tukar template. Bila aku rasa 'down' pun tukar template lagi.

Thursday, August 23, 2007

Cuti Sekolah

Boringnya aku ni cuti sekolah tak cuti/jalan-jalan pulak.

Sebenarnya last week aku dok plan sabtu pagi tu nak pergi tengok kawan yang nak fly ke Bahrain dengan hubby dia. Duduk sana 2 tahun sebab hubby dia dapat kerja kat sana. Lepas tu nak pergi ke melaka nak tengok mak saudara yang sakit dan baru kematian anak (sepupu aku la tu). Arwah sepupu aku tu sebaya dengan aku. Lepas tu nak pergi lepak kat PD satu malam. Boleh lah mandi-manda bagai. Esoknya tu hari Ahad on the way nak balik ke shah alam kami nak singgah senawang untuk makan kenduri.

Tapi.... semua tu hanya angan2 belaka sebab



sabtu pagi tu masa aku dok sibuk kemas2 baju, siapkan apa yang patut, hubby buat lambat2 pulak. Tak nak bangun awal. Lepas tu cakap kata pergi lewat sikitlah sebab dia letih (buat apa?) dan nak rehat. Aku masa tu dah la tengah bulan mengambang. Rasa bengang dah multiple by 3. Terus je aku cakap kat anak2 suruh tukar pakaian dari pakaian jalan2 kepada pakaian basahan. Aku cakap tak jadi nak ke mana-mana. Baju yang dah kemas dalam beg tu pun aku keluarkan.

Lepas tu puas jugaklah hubby pujuk macam-macam. Aku cakap aku dah buat keputusan tak nak pergi, so tak nak pergilah.

So, bye bye to my friends yang nak fly tu. Ada rezeki jumpalah lagi kita. Makcik, ada rezeki nanti saya pi jengok ya.





Jangan sekali-kali kacau orang pompuan yang tengah bulan mengambang..................................

Tuesday, May 29, 2007

Ibu Jgn Kerja

Adik: Ibu ibu ibu, ibu kerja ke hari ni?

Me: Ah ah, kerja la.

Adik: Ibu tak payah lah pergi kerja.

Me: Mana boleh tak pergi kerja, nanti mana nak dapat duit....

Adik: Ayah kan ada.

Me: Mana lah cukup duit ayah tu...

Adik: Cukuplah ibu, ayah kan kaya...

Me: Ye ke Ayah kaya...

Adik: Ibu jangan cakap dengan ayah tau.

Me: Ok lah.


Kesian anak2 kan, dia org suka kalau ibu dia tak kerja tapi apa nak buat kan... macam aku dan hubby ni, perbelanjaan keluarga adalah atas dasar 50-50, kalau sorang tak kerja memang kantoi lah kami....

Monday, May 21, 2007

Diam

Kadang-kadang kat office ni dia orang bercerita-ceriti tapi aku diam aje.

Ada banyak sebab kenapa kita mendiamkan diri. Macam silent reader kat blog jugaklah. Sebab apa korang jadi silent reader?

Aku diam sebab:


  • perkara yang dibincangkan tu tak menarik minat aku


  • perkara yang dibincangkan tu sangat-sangat menarik minat aku tapi malangnya aku tak dapat nak melibatkan diri atas beberapa sebab, so aku rasa frust dan rasa withdrawal (entah apa perkataan aku gunakan ni)


  • aku menyampah


  • perkara yang dibincangkan tu sesuatu yang baru bagi aku dan aku tak tahu nak cakap apa


  • aku malas


  • aku blur


  • aku buat perangai (sombong)


  • aku perasan pandai dan orang2 yang bercerita tu semua bengap2 belaka, buat apa aku nak pi explain or cerita yang betul kat depa, buang masa aje (oh! ini perbuatan yang sangat keji)


  • saja-saja


p/s entry ini adalah entry yang sangat tak berfaedah dan mintak maaf lah kerana saya telah mempersia-siakan masa anda yang berharga

Friday, May 11, 2007

Nak Belajar

Kesabaranku teruji.

Perasan tidak mengetahui itu semakin mendesak aku.

Kalau ada rezeki, ada duit lebih sikit, InsyaAllah aku nak pi berkursus XML.

Tak tahan betul aku bila tengok coding tu, byk sgt beza dengan HTML dan tak boleh aku nak sentuh.

Alangkah baiknya kalau kesabaranku teruji kerana tidak lancar membaca al-quran, tajwid tak tera macam qariah dan geram tahap gaban untuk pergi belajar lagi....

Wednesday, May 9, 2007

Kedekut!

Semasa membaca blog itu, aku rasa sedih tapi bila aku baca tajuk ini aku rasa lagi sedih sampai mengalir air mata aku.

Tajuk entry tu adalah Best Four Days of My Life

Dan semoga there will more and more happy days later.
Bersabarlah.

Tahun ni aku dah buat permintaan sebanyak 2 kali dengan hubby. Tapi dia kedekut sangat. Bukan banyak, satu pun cukuplah. Kenapalah kedekut sangat ni.... Takkanlah satupun tak nak dermakan. Permintaan tu aku buat sempena birthday dia pun dia tak mahu bagi. Masa anniverssary baru-baru ni pun dia tak mau bagi jugak. Puas jugak aku pujuk. Puas jugak aku kenen. Tak berjaya.



Kedekut!









Adik, anak yang kedua dan yang bongsu, sekarang Tahun 1 (7 tahun)







Sedih betul lah......

Tuesday, May 8, 2007

Geram

Kalau kelmarin bara, hari ni dah geram pulak. Tak tahulah masalah ISP ke masalah modem ke masalah apa tapi semalam memang cuba nak masuk ke streamyx sampai ke sudah pun tak dapat masuk.

Banyak komen nak reply, ada entry baru nak tulis tapi tak dapat. Kat office dah tak boleh masuk blogspot. (Joe, url yang hang bagi tu kan (kproxy) tempat kerja aku ni tak boleh masuk jugak whuaaaaaa) tapi yang peliknya masuk web www.blogger.com tu boleh pulak, ni yang dapat update ni.

Still, komen tak boleh nak jawab, nanti ye.... Thanks for all the comments.

Semalam pergi ke Bandar Baru Bangi untuk beli barang2 office. Bayar guna credit card (malas le nak dulukan duit aku *read=tengah tak dak duit*), sekali tu bila dah balik ke office, customer service lady tempat yang aku pergi tu call. Rupa-rupanya dah tertinggal kad aku kat situ... alamak! Macam mana ni?! Letih betul lah rasanya. Bukan dekat pulak tu.

Malam tadi ada kawan pada Achik (adik aku yang no-5) datang ke rumah. Datang dengan abang dia. Riuh rendahlah rumah aku. Maklumlah kalau orang utara ni berkumpul, dah la keluaq semua loghat utagha, sembang 4 orang macam sembang 10 orang. Achik sekarang lepak kat rumah aku. Kawan dia tu pun turun dari kampung nak lepak kat rumah abang dia. Depa ni baru lepas dapat result SPM. La ni tengah dok tunggu panggilan dari IPTA/S.

Abang dan Adik ada exam minggu ni. Last weekend kedua-duanya kena perintah berkurung le, tak boleh pergi main kat taman, tak boleh tengok TV (kecuali tengok kartun Avatar Ang hari Sabtu dan Ahad jam 11 pagi kat channel 60 - ni mak dia yang minat habis) dan tak boleh main game. Nama pun budak2 kan, lepas study kejap mulalah nak main, nak gaduh, dah kejar2 dalam rumah. Aduh.. pening kepala ibu ni.....


Dan masa tetamu ada kat rumah tu lah lagi kuat gaduh tu!



Nak jawab kat 13May:
Url yang ada perkataan 'blogspot' tak boleh nak access, contohnya http://www.goncar.blogspot.com/. Tapi kalau nak tulis entry baru, nak edit ke apa ke, kita kena masuk http://www.blogger.com/ kan? Yang ini tak ada perkataan 'blogspot' so boleh acess, sebab command untuk restricted access websites menggunakan keyword 'blogspot'.

Sunday, April 22, 2007

Tak Pernah Menyesal - Krisdayanti feat. Anang

Mula-mula bila dengar lagu ni ingatkan pasal Krisdayanti tak pernah menyesal bercinta dan berkahwin dgn Anang. Bila dah baca lirik, rupa-rupanya pasal sepasang kekasih yang telah berpisah tetapi percintaan dia org tu sgt bermakna, dan dia org tak pernah menyesal bercinta walaupun akhirnya tak dapat bersama.

Aku suka betul bila part Anang nyanyikan:

tak pernah menyesal
mengenal dirimu
jalan yang kutempuh
tlah tertuju pada mu
ku takkan sesali
pengalaman cinta ini
wanita terindah
pernah jadi milikku

Aiseh, aku dengar suara dia tu macam lembut sgt, macam romantik sgt, macam jiwang sgt...

BTW, Krisdayanti adalah pemenang AsiaBagus di Indon yang pertama.

Tak Pernah Menyesal - Krisdayanti feat. Anang

K:
mengapa ku harus menangis
menyesali kepergianmu
aku harus setegar karang
kokoh berdiri di lautan
yang takkan hancur karena
ombak yang tak tentu menerjang

A:
tak pernah menyesal
mengenal dirimu
jalan yang kutempuh
tlah tertuju pada mu
ku takkan sesali
pengalaman cinta ini
wanita terindah
pernah jadi milikku

K:
pernah jadi milikku

pergantian musim selalu
mengingatkan aku padamu

K&A:
adakah engkau mendengar aku
menyebut memanggil namamu
perlahan kucoba berdiri
menahan perih

K:
dan bernyanyi

K&A:
mungkin kau pernah terluka
K:
jalanku tanpa dirimu

Wednesday, April 18, 2007

Marah

Semalam masa aku tengok berita, dilaporkan bapa budak kecik yang hilang dan telah dijumpai tu dapat banyak sms memarahi dia sebab kes orang myanmar kena tangkap instead of dapat reward.

Lepas tu tunjuk pulak gambar dia pergi melawat ke rumah orang myanmar tu dan komen2 dia pasal rumah tu dan pasal sedihnya dia sebab selama ni dia menjaga anak dia dengan baik, bersih dan bla bla bla...

Nasib baiklah aku ni sayang duit nak hantar sms, kalau tidak aku pun masuk dalam statistik orang yang marah kat dia.



Bersyukurlah.

Pengalaman jadikan pengajaran.

Kenapa komen sebegitu? Renungilah diri. Bersyukurlah.

It could be worst, you know.

Sunday, April 15, 2007

Muslim Moden

Aku geram betullah bila tengok iklan shampoo pen-tin sansilk yang pergi ke gym tu, ada ke 3 orang wanita muslim tapi pakaian yang xtremely berbeza? Dari yg bertutup sampai yang nampak 'lurah', semuanya dalam satu iklan dan semua tahu yang ketiga-tigapun Islam.

Thursday, April 12, 2007

Cerita Panjang

Layout rumah aku ni as such telephone port kat satu hujung dan PC pulak di hujung rumah yang lain kerana perlu dekat dengan power point (dan takkanlah nak letak PC kat ruang tamu (sebab nak dekat dengan tel port), betul2 depan entrance masuk ke rumah?). Jadi tiap2 kali nak berintenet aku kena pasang le cable dari tel port tu ke PC, dgn merentang kabel tu tengah2 rumah. Silap2 haribulan anak2 aku tersadung kabel tu dan terjatuh pulak. Setakat ni ada gak tersadung tapi setakat tercabut ajelah kabel (terputuslah internet kejap).

Guna dial-up connection pun slow, nak download apa2 pun susah (bukan tak boleh). Kalau nak download lagu tu kadang2 sampai 1 jam.

Atas sebab2 inilah agaknya aku jarang berintenet kat rumah, sampaikan bil tel + bil tenet tak melebihi rm80 sebulan. Jadi tak berbaloilah nak pasang streamyx kan?

Lepas tu aku mula berfikir-fikir, dan akhirnya akupun mengambil keputusan untuk register untuk streamyx (kebetulan ada promosi modem percuma) dan sekaligus beli wireless router dan usb wireless. Semuanya ini aku buat dengan anggapan bahawa setelah ada streamyx aku boleh lah meng-optimum kan penggunaan internet sebab connection lagi laju dan boleh download pelbagai benda dan dengan adanya wireless - tak payahlah nak merentang kabel lagi. Dengan adanya router tu jugak, aku dan hubby tak payah lah berebut-rebut lagi, hubby boleh masuk tenet guna laptop dan aku guna PC.

Bila nak pasang router dan modem kena ada power point, so aku pun pasang lah hujung rumah. Kabel tel pulak masih aku kena rentangkan tapi kedudukan nya tu strategik, boleh sorok bawah carpet (macam segitiga lah, PC dekat satu bucu, modem + router dekat satu buju dan tel port dekat bucu lagi satu).

Maka dengan happy-nya aku menganggap dunia ini serba indah sehinggalah..... kuang kuang kuang...

Laptop hubby so far memang ok bila guna wireless. Signal nya either Good or Excellence. Masalahnya PC aku ni - yang menggunakan usb wireless untuk connect pada wireless router tu - bayangkanlah (ini aku dah buat xperimen), dalam jarak 1 meter, signal nya hanya sekadar 'Low', inikan pula kalau router tu ada kat corner sana nun! Signalnya 'very low' dengan speed 1.0 mbps. Kdg2 aku rasa macam pakai dial-up pun better than this. Most probably usb wireless aku ni hampeh atau usb port kat PC aku ni dah outdated.

Itulah pasal aku tanya macam mana nak increase signal strength dalam entry sebelum ini. Kalau macam ni, my hubby will benefit the most dengan adanya streamyx kat rumah dan aku masih dok 'terhegeh-hegeh' macam masa guna dial-up dulu. Sedangkan dia memang tak ambil 'pot' pun pasal nak masuk streamyx ke tidak. Hubby cakap- kalau aku ada duit, nak pasang, pasang lah. Tak dak duit toksah pasang (tapi kalau dah pasang dia tumpang sekaki - kan tmnet bagi 'unlimited access'). Malahan dial-up tu pun dia kata kalau aku tak dak duit, potong ajelah. Dia tak kisah pasal internet ni semua sebab dia boleh berinternet kat office. Akupun boleh berintenet kat office jugak tapi aku cubalah kurangkan aktiviti intenet kat office supaya aku dapat tumpu perhatian kepada kerja. Lagipun tak eloklah kalau di kemudian hari nanti ada pulak orang merungut ke apa, 'main internet tapi pangkat naik jugak'... lagipun sebagai orang kanan dalam office aku ni -kenalah tunjuk contoh yang baik.

Ok, berbalik pada cerita wireless tadi - kesimpulannya aku rasa tak worth lah pulak kalau begini keadaannya.

  • Kalau nak better connection speed, x payah pakai wireless - connect terus router to PC, boleh dapat speed 100 mbps - keburukannya kena rentang kabel tengah2 rumah.


  • Kalau tak nak rentang kabel, kena guna usb wireless - keburukannya poor signal (sekarang ni pun dok terkelip2 icon wireless tu sebab connection sekejap ada sekejap terputus).



Pergi tidur lagi bagus.....

Wednesday, April 11, 2007

Of promotion interview

Aku tulis balik la link kat entry sebelum ni, you all try la surf, memang best tau.

http://tv-links.co.uk/index.do/1

Onde dah checked, dia kata kewwwwwllllll

I
Pagi-pagi lagi aku dah ready.

Ready untuk pergi interview kenaikan pangkat.

But my interview was ...

...suck!

Entah apa-apa. Apa-apa hal pun semoga aku berjaya (worth the trouble).

II
Lepas interview terus pergi ke The S@ujana kat jalan ke airport subang tu le. Ada convention ICC mini kat sana. Ada blogger yang pergi tak?

Alhamdulillah kumpulan yang jadi wakil company berjaya dapat anugerah emas. Kalau tidak drop my water face lah.

Nampak sangat tak layak dinaikkan pangkat nanti.

Itu semua hasil dia orang, aku cuma tukang komen aje. Komen la apa yang patut. Hangpa nak dengar ke tak mau dengar ke, tak boleh dipaksa.

III
After all kerja aku memang macam tu; co-ordinate and facilitate.

1/3 kerja aku co-ordinate and monitor.

1/3 kerja aku facilitate and monitor.

1/3 baru lah kerja yang aku kena buat sendiri .

So, kalau aku tak layak dapat kenaikan pangkat, please don't bother to call me for interview, sit for exams and what not.

Biag lah aku dok buat kerja aku ni elok2. Jangan hangpa dok kacau.

IV
Aku rasa font kat blog ni kecik sangat dan dah tukar dari font 10 ke font 11. Any comment? Ok ke tak ok ke? Please tell.

V
Sapa-sapa yang terrorist dalam hal IT ni kan boleh dak habak kat aku apakah faktor yang mempengaruhi signal strength untuk wireless router or usb wireless? Bagaimana nak dapat signal strength yang sentiasa excellence?
Thank you.

p/s Joe, any tips?

Friday, March 30, 2007

Potluck

Entah kenapa perasaan aku pada hari ini bercampur baur. Nak kata PMS tu belum lagi. Biasanya 1 week menjelang tarikh 'itu'. Kalau rasa begini se-eloknya banyakkan berzikir, betul tak? Tapi sebagai manusia biasa, tahu tapi tak buat, ingat tapi tak laksanakan.

Teringat pada satu entry TJ aka Jokontan dulu (dah lama dah - last year kot), pasal anak dia bawa mihun@mee ke potluck kat sekolah tapi disebabkan ada makanan2 lain yang lagi 'canggih' (citarasa golongan kanak2) maka makanan yang anak dia bawa tu tak popular dan tak habis. Esok, untuk trip ke air terjun tu aku masih dok fikir lagi nak masak apa. Ikutkan hati aku nak beli aje kat pasar tani esok pagi. Tak payahlah nak bersusah payah bangun subuh2 nak masak. Nak keluar rumah pukul 7 pagi, ha, pukul berapa nak kena bangun masak tu? Patutnya hujung minggu ni lah masa untuk berehat. Kalau hari sekolah tu tiap2 pagi walaupun bangun pukul 5 tapi masih rasa tak sempat dan terkejar-kejar dan most of the time, 'blood goes upstairs'.

Kalaulah aku beli aje makanan untuk potluck esok, kalau tak habis pun tak lah rasa ralat sangat compared to dah penat lelah dok bersilat kat dapur tu.

Untuk makanan sampingan aku dah beli dah sosej cocktail tu. Boleh buat ngunyap. Yang main dish tu yang tengah dok fikir ni. After all aku tak lah cekap memasak dan dalam peti ais tu tak ada ready stock. Kalau nak masak, kena pergi beli dulu.

Banyak betul alasan aku.

Tengok lah esok macam mana. Nanti aku cerita lagi. Lepas ni nak pergi charged battery camera dan goreng keropok sikit untuk bekal esok jugak (tu dah 2 menu tu - sosej and keropok).

BTW, aku suka entry ini by Reza dan poster ini by Siti Rahayu.

Friday, March 23, 2007

Maafkanlah daku.

Mungkin kerana pengderhakaan kami tidak balik ke kampung, instead pergi cuti2 M'sia, kami sekeluarga sakit2 belaka.

So, untuk kaum2 ibu sekalian;

Sekiranya anak2 anda nak pergi cuti2 M'sia, London, Paris ataupun Tokyo, biarlah depa tu pergi. Bukannya dengan pergi bercuti2 tu maka akan lupalah anak2 kepada kalian.

Sekiranya ada lagi 8 orang anak yang tinggal berdekatan dan selalu menjengok kalian, janganlah asyik nak menyeranah anak2 yang tinggal di luar negeri (apatah lagi kalau kat luar negara). Bukannya depa lupa pun kepada kalian. Sebulan sekali baliklah jugak, kalau tak awal bulan, tengah bulan, kalau tak tengah bulan, hujung bulan. Kalau tak bulan ini, bulan hadapan.

Sekiranya anak kesayangan tak ajak pergi tidur rumah dia, janganlah nak sabitkan semua 10 orang anak yang lain. Tidurlah di rumah anak yang menjemput dengan ikhlas dan sentiasa bersedia untuk menjaga makan, minum, tidur dan pakaian kalian. Asyik2 nak pergi rumah anak yang sorang itu saja, sedangkan anak yang sorang itu tak ajak pun/tak kasi pergi pun. Yang 10 orang yang lain ajak, tak nak pulak. Lepas tu janganlah pergi cerita dekat orang kampung mengatakan bahawa anak2 kalian semuanya tak berguna, tak sanggup menjaga kalian yang tua dan sakit. Itu dusta namanya.

Kepada anak2 pulak;

Janganlah derhaka kepada ibu bapa kalian.

Duduklah 24 jam di bawah ketiak ibu bapa kalian.

Semasa hayat ibu bapa kalian, eloklah cancel segala perancangan cuti2 mesia ke indon ke. Duduk aje kat kampung tu diam2. Kalau boleh tak payah kerja kat bandaraya ke korporat ke apa ke, kerja ajelah tanam sayur belakang rumah ibu bapa kalian supaya kalian senantiasa dapat bersama ibu bapa kalian.