Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Showing posts with label Kids. Show all posts
Showing posts with label Kids. Show all posts

Tuesday, October 9, 2012

Penilaian Menengah Rendah 2012 bermula hari ini

Selamat Maju Jaya kepada Hariz,
yang akan menduduki peperiksaan PMR.
Tarikh peperiksaan 9-11/10/2012 dan 15-16/10/2012.





Ibu doakan semoga Hariz tenang, sihat & cergas akal fikiran.
Semoga Hariz dapat menjawab semua soalan periksa dengan betul, tepat dan yakin.
Semoga Hariz berjaya mencapai keputusan yang cemerlang.
Amin.


Di sini ada panduan untuk menduduki peperiksaan oleh CikLaili.com,
 dan semoga kita semua dapat manfaat dari nya. Terima kasih!

Sila klik di link ini: 
Panduan Menghadapi Peperiksaan







Saya juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada anak-anak rakan blogger yang turut menduduki peperiksaan PMR tahun ini. Semoga mencapai keputusan yang cemerlang!!!
Amin.

Tuesday, September 11, 2012

UPSR 11-13 September 2012





Sarah, 
Ibu doakan semoga Sarah
sihat tubuh badan,
tenang akal fikiran,
berlapang dada, 
dapat memahami soalan periksa
dan menjawab dengan betul.

Ibu doakan Sarah
semoga mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang.

Ya Allah, sesungguh hanya pada Mu tempat kami memohon
dan hanya pada Mu tempat kami berserah.

Ya Allah, semoga dimakbulkan doa ku ini.











Imbasan 6 tahun yang lalu, 
entry mengenai SARAH TAHUN 1
4/1/2007 - hari pertama persekolahan Sarah,
bergambar bersama Hariz (tahun 4)


comel pulak budak tahun 1 nih... 

Tuesday, June 26, 2012

Blogging dan tempahan kek birthday


Assalamualaikum.

Hai, apa entah tajuk english, blog dalam bahasa melayu.

Sejak 2 menjak 3 menjak ni, CikNi rajin melayan blog pulak, terutamanya blog makanan, blog masak-masak, blog resepi dan yang sewaktu dengan nyer. Terasa rindu pulak nak update blog sendiri tapi nak update pasal makanan atau resepi memang susah sikit lah... al-maklum CikNi masak pun tak tahu berapa lama sekali. Masak air je yang hari-hari… muahahah…

BLOG MASAKAN

Dalam banyak2 blog yang CikNi jumpa tu, so far yang paling memuaskan hati ialah http://www.koleksi1001resepi.com/.  Gambar cantik, penerangan pun jelas dan mudah difahami. Masakan nyer pun simple, tak lah susah bebeno nak buat, baru lah orang macam CikNi teringin mencoba. So, yang ini CikNi bagi 5 bintang… chewah, siapalah CikNi nak bagi bintang-bintang kat website orang nih? Sesetengah blog tu gambar nyer asyik berulang-ulang. Gambar masakan yang dah siap pulak tu. Bukan nyer nak tunjuk step by step tapi ada lah resepi yang ditulis dengan lengkap di bawah gambar-gambar. Oh ya, kalau http://www.koleksi1001resepi.com/ tadi tu, resepi lengkap tak de tapi bahan dan sukatan diberikan sekali dengan step-by-step penyediaan masakan tu. Tak kisah lah kan, janji CikNi paham….

Selain dari blog masakan, CikNi pun rajin menjengah blog jalan-jalan melancong sana- sini… amboi jeles nyer tengok gambo orang gi holiday nih… CikNi hanya mampu berjalan di alam maya ni ha.. ko ada?

Hari Ahad 24/6/2012, genaplah my daughter umor 12 tahun dan untuk pertama kalinya CikNi buat sambutan hari jadi untuk dia.... hah… jangan tak tahu… Tahun2 sebelum ni CikNi belikan kek aje. Kalau ada fulus lebih, CikNi belikan jajan untuk dia bawak gi sekolah bagi classmate. Jemputan pun tak ramai, seperti biasa, yang wajib dijemput babysitter and family. Adik2 CikNi pun ada, yang dari Jln Kebun, dari PD dan dari Perlis pun ada, kebetulan dia memang melepak kat umah CikNi dari minggu lepas. Kawan2 my daughter adalah dalam 10 orang yang dijemput.

TEMPAHAN KEK HARIJADI

CikNi nak share sikit pasal tempahan kek. Kalau nak tempah kek yang ada decoration, mestilah 5 hari sebelum hari yang kita nak collect kek tu, ini terpakai untuk kek secret recipe dan jugak bakers cottage. Kalau tak cukup 5 hari, untuk kek secret recipe, kita boleh bagi gambar yang letak atas kek dan kilang secret recipe akan scan gambar tu dan buat edible pic letak atas kek tapi mestilah order dlm masa 3 hari. Caj tambahan RM25. CikNi dan anak tak suka gambar yang macam tu, so kita order dengan bakers cottage sebab gambar nyer dibuat dengan jelly. Kalau nak kek 2 kilo atau gambar lebih dari satu character, kena order 5 hari tapi kalau lambat order dapatlah buat kek 1 kilo je dengan satu gambar sahaja. Caj tambahan RM10.


CikNi pilih kek Warmest Chocolate, harga RM68 sebelum tambah dengan gambar kartun rilakkuma tu. Kartun tu dibuat dengan jeli, memang sedap dimakan. Versi asal kek warmest choc tu warnanya chocolate macam gambar kat bawah ni.







Birthday girl tengah serve kek kepada kawan2.



Menu nasi ayam, spaghetti bolognaise, pisang, nugget ikan, tapai, kek batik, cupcake, puding, jeli cocon dan birthday cake.


Sempat gantung 6 biji belon jer sebab tukang tiup belon datang lambat.
Janji nyer nak datang awal menolong, huh hampeh...



(^_^)V Terima kasih

Tuesday, July 14, 2009

Penat...

Babysitter dah kena warded, aku tak sure apa sakitnya, kalau bkn sbb darah tinggi, may be sbb kencing manis, kedua-duanya pun di tahap tinggi sebenarnya, cuma aku x sure because of which yg dia admitted tu. Belum ada kesempatan nak jengok dia (warded kat putrajaya nun).

Buat masa ni aku terpaksa balik kul 11 to fetch my daughter kat sekolah kafa, pastu bawak balik umah, mandi, makan dan bersiap utk sekolah kebangsaan pulak. Kul 12.45 htr dia gi sekolah kebangsaan. Kul 1 pulak my son balik dari sekolah. Lepas dia mkn dan bersiap sume, dia pun pegi sekolah kafa pulak. Aku masuk opis balik.

Penat gak berulang-alik ni.

Kena ada plan B lah pulak. Tak tahu brp lama babysitter warded. Tak tahu lepas tu dia sihat ke, boleh jaga anak2 lagi tak.

Thursday, June 25, 2009

Sambungan aktiviti last week


Memang pun aku tak bawak camera last weekend,
tapi company punya photographer kan ada,
so, meh kita tengok gambo sama-sama ek....


Masing2 bawak tikar duduk kat tengah padang...


Nmpk tak skrin besar kat jauh di sinun?



BBQ ni pasukan petugas yg buat...
Dia org buat dari siang lagi.


Jgn cari gambar saya di sini.
Confirmed x de.
Tengok menu nya...



Terang dan jelas gambar nya.
Sound system?
Fuh! Macam nak pecah kepala... kuatttt...




Maskot...
Mmg kena kerumun abih untuk sesi bergambar.

Sunday, June 21, 2009

Aktiviti hujung minggu

Kami jrg ada peluang nak bw anak2 gi holiday etc. Maklumlah kita pun bkn org ada2...

Kalau ada aktiviti anjuran persatuan kat tmpt keje dan difikirkan sesuai utk anak2, mmg aku akan join. So, semlm kami bw tikar & lampu suluh utk menonton wayang. Kena bw tikar sbb x de kerusi. Kena bw lampu suluh sbb nnt nak mkn x nmpk... lupa lak nak snap gmbr nyer.. tp kita org pegi sini:

Alhamdulillah, perut pun kenyang, hati pun terhibur.... anak2 dah besar, bila ajak bergmbr dgn maskot pun x nak, beli brg2 label les-copaq tu pun dia org x nak... fuh, lega aku, slmt poket... heheheh...

Sunday, March 1, 2009

Sukan tahunan sekolah

Hari ni sukan untuk tahap 2 (tahun 4, 5 & 6).

Abang tak masuk apa2 acara tapi macam biasa dia mesti pergi bertugas. Tolong edarkan makanan dan minuman, tolong cikgu ambik kiraan masa untuk acara larian dan of course, tolong mak dia ambik gambar Adik.



Hari ni Adik kena pergi sekolah lagi walaupun acara sukaneka untuk tahap 1 (tahun 1, 2 & 3) dah selesai jumaat yang lepas. Aku dah cerita kat sini.

Adik kena buat gimrama tu lagi sekali.
Dan, sekali lagi aku rasa frust sgt2 sbb video yg aku rakam dgn handphone bila diuploadkan ke pc mesti rosak, bila view kat handphone eloklah pulak. Puas jugak aku download 2 software 3gp convertor, pun video tak elok. Lepas tu aku download 3gp player pulak (tak payah nak convert lagi), pun sama jugak video nya tak elok. Apa nak buat, redha sahajalah.

Masa Abang buat gimrama (biasanya gimrama ni student tahun 3) dulu video nya cantik, malangnya aku salah focus, aku focus kepada kawan Abang sebab dua-dua nya pun sama-sama debap, dari jauh nampak sama je... heheheh...




Friday, February 27, 2009

Sukaneka Sekolah 2009

Jumaat (27/2) petang ada sukaneka kat sekolah Adik.

Adik masuk gymrama.
Abang pulak jadi petugas.

Ada 2-3 keping gambar je. Frust jugak sebab video yg diambil tak cantik dan rosak.

Ni je yg ada:




Friday, July 25, 2008

Abang nyer scrapbooks...

My son, Abang, pun kemaruk gak buat scrapbooks. Dah seronok dok tengok ibu dia pulun buat layout, tapi dah lama ibu dia tak buat layout baru. So, tunjuk scrapbooks yang Abang buat lah ya...





Boleh tahan kan...

Saturday, May 17, 2008

Happy 11th Birthday Hariz

15/5/2008 adalah hari ulangtahun kelahiran Hariz yang ke-11.
Pada 17/5/2008, kawan-kawan Hariz telah dijemput datang ke rumah untuk makan2.


Sunday, April 20, 2008

First day at school

Jan 2007



Jan 2008
(yang ni tak sempat dah nak buat scrapbook!)



Every year on the first day of new school session, I took photos of my kids in their school uniform. I will surely miss them when they grow up and go to college.

Thursday, April 17, 2008

Sarah Chubby Nyer

Dok tengok CD gambar, terjumpa pulak gambar lama Sarah... dulu-dulu dia cute sangat...

(Orang dulu tengok 'album' lama tapi since photo semua dah digital sekarang, kita tengok CD lama la.. BTW, jgn simpan photo dlm PC sbb kalau PC 'kong' gambar pun semua hilang... banyak gambar kami yang dah hilang bila PC aku kong dulu, sayang sangat...)



Monday, April 14, 2008

School Trip & Training

Have been busy lately. Trying my best to prepare the presentation material for ICC -innovative and creative circle-

I am preparing for the company and also for my personal use. If I ever have the opportunity for side-income, this would be it.. giving training & consultancy on ICC. Before this, I usually conducted clinics (tutorial), so I don't have any experience as a trainer yet. I just have to do it, I just know it. After 8 years involved in ICC, I should be confident and knowledgeable by now, and... just to add spice to it, last week, my name was nominated as resource person for training in 7QC Tools, ICC, Health, Safety & Environment. If there is any request for training for those field, the HR people will definitely come looking at me... AND I WILL GET RM50 ALLOWANCE FOR THAT!

So, any tips on giving training?

~

Hari Sabtu lepas Abang ikut rombongan sekolah ke Melaka Bandaraya Bersejarah.

Semua sekali ada 3 bas, untuk pelajar tahun 4 & 5. Sebelah pagi tu masa aku hantar Abang ke sekolah pagi tu ramai betul ibu bapa yang hantar anak-anak kat sekolah tu. Sebelah malam masa dia orang balik dari rombongan lagi lah ramai ibu bapa yang menunggu, macam nak sambut orang balik dari haji lah pulak! Ramai betul! Kebetulan pula bas tiba lewat 1 jam dari jadual, dekat luar sekolah tu dah berderet-deret dah kereta menunggu. Kira kira ok jugaklah sebab aku dan roomate tunggu sekejap aje, tak sampai pun 15 minit tapi itu pun kita orang dah ngantuk sangat-sangat dah, maklumlah masa tu dah jam 11.30 malam....

Abang ada mintak nak bawak camera pergi rombongan tapi ayah dia tak izinkan. Ayah dia kata bagi bawak handphone aje. Aku pulak terfikir nak bagi dia bawak handphone aku (handphone murah aje) yang baru sebulan beli dan ada camera. Kalau nak bagi dia bawak handphone spare kita orang tu, takutlah pulak bateri tiba2 off ke, buat hal ke apa ke... tapi ayah dia tak bagi jugak.

Kebetulan pulak bila dah pergi ke melaka tu, memang betul handphone tu buat hal. Tiba2 je tak boleh dengar suara. Masa Abang called aku tu, aku boleh dengar suara dia dok cakap "hello" berulang-ulang kali tapi bila aku dok jerit "hello" dia tak dengar pulak.

Untuk seketika aku rasa naik hangin satu badan dengan ayah dia... korang rasa patut ke tak patut aku naik hangin?

Wednesday, March 5, 2008

video sukaneka



Video Sukaneka Sekolah



Sarah di baris tengah, 2 dari belakang, baju rumah kuning, rambut ala bob.
Belakang Sarah ialah adik yang baju rumah warna biru, yang asyik lompat tuh.




Thursday, January 3, 2008

Hari Pertama Sekolah 2008


Hariz Tahun 5. Sarah Tahun 2.
Dalam gambar ni Sarah pakai baju sekolah KAFA.


Saturday, December 29, 2007

Aktiviti kat kampung

Salah satu aktiviti anak2 aku kat kampung... berlari bersama sepupu, yang kecik sekali tu sepupu dia orang lah, Batrisyia, orang Miri.



Sorry, video ni tak ada audio.....

Sunday, November 25, 2007

Larangan Cuti Sekolah

Abang dan adik hanya dibenarkan main game masa cuti. PC games boleh main masa cuti hujung minggu dan PS games boleh main masa cuti sekolah. Masa lain tak boleh sebab memang aku control dua orang ni. Tak nak ralit sangat main game sampai tak peduli pada pelajaran.

Tahun lepas prestasi Abang pada tahap paling baik. Dia dapat tempat kedua. Hubby pun dah janji nak hadiahkan basikal kalau dapat nombor 1-10. Seronoknya dia dapat naik basikal tu. Pergi-balik sekolah agama dia tak naik kereta pengasuh lagi tahun ni, dia naik basikal. Dah 2 kali dia 'eksiden' tapi Alhamdulillah tak ada apa-apa yang serius.

Tahun ni aku tak berapa strict sangat dengan Abang. Aku tak nak kongkong dia sangat. After all dia dah naik darjah 4 dan dari darjah 1 hingga darjah 4 pelajaran dia baik.

Sayangnya tahun ni pelajaran dia merosot dengan teruk. Bila aku suruh dia belajar, memang dia duduk kat meja belajar dia tapi bukan dia belajar/mengulangkaji pelajaran tapi dok lukis transformer la, lukis dinosour, lukis macam-macam lagi. Dia over-confident. Akhirnya tahun ni dia terkeluar terus dari senarai 1-10.

Sebenarnya aku tak kisah sangat. Walaupun merosot tapi result dia ok lagi lah. Cuma aku nak dia 'belajar'. Aku tak nak dia fikir, pelajaran bagus dan pelajaran tak bagus tu tak ada bezanya. So, aku 'mendenda' dia orang, Abang dan Adik, kedua-duanya tidak dibenarkan main game, samada PC atau PS sepanjang cuti sekolah ni (tengok jugak lah kalau dia orang behave, may be next month boleh bagi main balik)

Selama ni pun aku bukan paksa dia orang study siang malam. Aku bagi kelonggaran, bukan tiap2 malam pun dia orang kena ulangkaji. Biasanya sebelah malam tu aku akan tanya "Ada kerja sekolah tak?" Kalau ada homework, aku suruh dia orang buat, kalau tak ada, boleh relax, tengok TV. Make sure buku dah susun untuk jadual waktu esok hari. Itu saja. Bukannya aku demand sangat.

Sekarang ni biarlah dia orang 'belajar' dari pengalaman tahun ini. Aku nak dia orang tahu, kena usaha baru ada ganjaran. Kejayaan tak datang dengan begitu mudah. Kita tengok macam mana dia orang tahun hadapan. Aku harap dia orang sedar, kena belajar dengan tekun, baru boleh dapat hasil. Jangan over-confident. Jangan perasan kata pandai sangat.

Monday, August 27, 2007

Outstation lagi...

Oh yea…. cuti sekolah dah habis…so back to school ya murid-murid.

Ada yang berjalan sakan tapi kami tak pergi ke mana-mana pun. Itu yang boring tahap gaban tu. Setakat dok berulang-alik pergi Alam Sentral, SACC, Kompleks PKNS. Boringnya. Ayah dia pulak hari Sabtu pergi opis, hari Ahad pergi tolong kawan yang berpindah rumah. Bila ayah dia tak ada, pendek lah sikit kaki kami, pergi yang dekat2 aje lah…. Ada hikmahnya jugak, hari sabtu & ahad aku berkemas rumah sakan, cuci sawang, cuci kipas, sapu lotion kat perabut (jati), pindah sofa ke sana, pindah meja ke sini…. biasalah, hobi orang perempuan.

Hari ni aku nak kena outstation lagi. Tidur kat Gerik. Program tu esok pagi. Petang esok dah balik ke Shah Alam dah. Aku terkenangkan trip aku ke JB baru-baru ni. Masa tu kenalah minta bantuan hubby untuk siapkan anak2 ke sekolah. Balik dari JB, aku pun interview lah dia orang, macam mana? Ok ka ayah?

Yang kelakar nya tu Adik cerita Ayah buat milo (untuk sarapan sebelum ke sekolah) CAIR…. Adik kata dia nangis (bukan melalak pun, cuma meleleh air mata, sikit aje tu). Hai budak2 ni, ayah buat milo cair pun dah sedih. Masa tu baru teringat kat milo yang ibu buat ya….

Nanti nak kena pesan kat hubby sukatan untuk buat milo dia orang esok pagi….. heheheh

Sunday, June 24, 2007

Birthday Adik





Tarikh lahir: 24 June 2000