Memang betul aku rasa membara aje, sebab dekat buku tu tulis cetakan pertama pada tahun 2006. Kenapa sekarang ini, bulan 5 tahun 2007 barulah aku discover buku ni? Marah rasanya.
Setiap kali ke kedai buku mesti mata aku puas meninjau di rak-rak buku novel tempatan, memang tak nampak pun nama dia, kalau ada pun buku lama yang aku dah beli dan baca.
Bloggers yang biasa ikut blog ini memang tahu yang aku tak pernah buat book review, sebabnya aku ni jarang sangat beli buku (malunya kalau Bro Jiwa baca entry ini). Yang aku selalu beli ialah buku kerja/latihan anak2. Yang ini satu kemestian sebab aku tak hantar anak2 untuk tuition, jadi perlu belajar sendiri di rumah. Yang aku suka beli - majalah. Hampir tiap2 bulan beli majalah tetapi tak pernah beli majalah yang sama. Kalau bulan lepas dah beli Rapi, bulan ini beli Mingguan Wanita pulak dan bulan depan mungkin beli Anis. Majalah kanak2 pun banyak - Asuh, Ana Muslim, Kawan, Anak2 Sidek dan buku komik ToraAman heheheh..... Aku jarang beli buku sebab kurang mampu. Lagipun aku selalu pergi ke perpustaan awam selangor. Kat sana anak2 boleh pinjam pelbagai jenis buku cerita dan aku pulak pinjam novel. Kalau 3 orang (aku, Abang dan Adik), kami boleh pinjam 12 buah buku. Biasanya Abang akan pinjam 5 buah, Adik 5 buah dan aku 2 buah.
Dekat rumah, selain dari buku ilmiah macam C++, DB, IT dsb nya, novel yang ada hanyalah 2-3 buah novel tulisan Abd Talib Hassan dan selebihnya novel tulisan Abdul Rahim Awang.

Inilah buku yang aku baru beli hari Jumaat yang lalu, BARA yang setebal 540 mukasurat. Sebenarnya aku hanya mencari dan membeli novel tulisan Abdul Rahim Awang. Hampir kesemua buku dia ada dalam simpanan aku. 'Hampir semua' tu sebab ada yang dipinjam orang dan tak dipulangkan iaitu Konspirasi, Saka dan Zamrud. InsyaAllah kalau ada rezeki aku akan 'cover' (beli). Biar cukup semua nya koleksi Abdul Rahim Awang dalam simpanan aku (tapi tak termasuk buku ini atau ini). Novel2 beliau dikeluarkan oleh CESB kecuali 2 judul (setahu aku lah, may be ada lagi yang aku tak tahu) iaitu Zamrud dan Obsesi keluaran AR Communications.
Aku ada jugak cuba2 nak baca buku orang ni, aku beli bulan lepas. Tiap2 malam sebelum tidur aku akan baca dalam 2-3 muka surat dan sampai hari ni tinggal dalam lebih kurang 10 muka surat lagi baru habis. Buku Bara ni aku dah habis kan pada hari yang sama aku beli. Wei... lenguh mata aku ni dok baca. Nak tahu ceritanya pasal apa? Bacalah di sini atau di sini.
So, inilah genre buku yang aku baca. Lambatnya nak tunggu novel baru, entah bila la nak keluar ya.........
Bro Jiwa ada apa2 nak tambah?
