Asalkan pergi berjalan aje mesti sakit. Itu yang buat macam serik nak pergi berjalan-jalan.
Ahad lepas, tengah malam Adik muntah. Banyak sekali dia muntah. Lepas tu menjelang subuh dia muntah lagi 2-3 kali. Hari Isnin aku ada meeting, tak boleh nak skip sebab aku jadi secretary meeting tu. Lepas aje meeting terus pergi rumah babysitter dan bawa Adik pergi klinik. Pada masa yang sama perut aku pun dah rasa satu macam aje. Tengahari sikit babysitter pulak call kata Abang tak pergi sekolah sebab cirit-birit. Hubby pulak sakit2 belakang. Suruh pergi klinik dia tak nak. Tengah malam isnin tu aku pulak start cirit-birit. Hubby pun sakit dah tak tahan lagi. Pagi ini (selasa) kami berdua pergi klinik, dua-dua pun dapat MC. Adik dan Abang pun tak pergi sekolah sebab aku takut dia org tu muntah @ cirit kat sekolah.
Sabtu lepas (12/5) kami pergi ke kawasan air terjun lagi (tapi tak nampak pun air terjun, nampak sungai jer pun). Ni on the way nak naik ke cameron highland, dekat Kuala Woh. Pergi tu convoy geng kereta peugeot. Jalan-jalan ni pun kira 2-in-1 sempena birthday Hariz pada 15/5. Happy Birthday Hariz!
Berehat sekejap sebelum menghidangkan makanan pot luck.
Dekat sini airnya panas sikit.
Dengar cerita dulu-dulu air nya panas betul sampai boleh rebus telur,
tapi nampaknya airpun dah agak cetek sekarang.
Ada tempat yang pasirnya panas, so kena hati-hati sikit.
Jom mandi-manda...!!!
Kami menginap di Parkland Hotel.
Berterabur jugak lah family geng peugeot ni duduk.
Ikut mana hotel yang ada kosong jer lah.
Trip kali ni kira mengejut, so tak booking hotel awal2.
Sofyiah pun ikut jugak trip kali ni. Hariz dan Mr. G kemain lagi posing ye.
Bila dah check-in hotel, masing2 dah penat, terus tido.
Kalau malam sabtu ada pasar malam dan ada banyak jual benda ni.
Mmmm... tempat tinggi, jauh dari laut tapi jual seafood (goreng celup tepung) murah. Heran, tapi takpe, jom kita beli dan makan banyak2!
Gambar yang bawah ni selepas check-out.
Selamat Hari Ibu kepada ibu2 semua dan terima kasih kepada mereka yang wish kepada saya.
No comments:
Post a Comment