Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Showing posts with label Ulasan Produk. Show all posts
Showing posts with label Ulasan Produk. Show all posts

Tuesday, October 22, 2013

Sihat dan Cantik dengan Susu Colostrum Alpha Lipid Lifeline

Minuman Kesihatan alpha lipid lifeline




Assalamualaikum.

Di sini saya ingin berkongsi info mengenai Susu Colostrum Alpha Lipid Lifeline. 

Syukur Alhamdulillah saya telah lama mengamalkan minum susu colostrum alpha lipid. Dalam keluarga saya, yang memang setia dengan susu ni ialah saya, mak saya dan family adik saya di Miri. Sekarang ni, suami saya pun telah mula amalkan susu colostrum alpha lipid dalam bentuk capsules. Lepas makan selama lebih kurang satu bulan, suami saya dah rekomen pada kawan dia.... haa... itu lah penangan hebat susu colostrum alpha lipid ni. Yang best nya, dapat feedback yang baik dari kawan dia tu yang sebelum ni kerap kali kena warded disebabkan oleh sakit gastrik.

Sebenarnya suami saya ni, pada lebih kurang tahun 2002 yang lalu, dia telah mengalami sakit perut yang serius. Puncanya ubat yang diberi oleh doktor telah overdosed. Ubat tu terlalu kuat sehingga menipiskan dinding perut dia. Bila dah nipis tu, senang berdarah. Jadinya darah tu akan masuk ke dalam usus dan menyebabkan najis yang keluar berwarna hitam. Suami saya juga sering muntah2. Perut sakit dan berangin. Suami saya ni bila dia sakit, dia akan sakit sama macam orang kena gastrik tahap yang sangat teruk.

Jadi, dia kena sentiasa menjaga makan minum dia, mesti makan on time dan tak boleh yang pedas. Masa mula2 kena sakit tu, suami saya terpaksa on medication selama 6 bulan. Kena makan sejenis ubat yang boleh protect dinding perut dia yang dah nipis sangat. Selama bertahun-tahun juga suami saya kena standby ubat ni, mula2 ubat yang dia makan ialah Losec. Bila rasa perut meragam jer, terus kena makan Losec. Lama-kelamaan Losec pun tak boleh guna lagi, kena tukar ubat lain. Dah beberapa kali ubat tu kena tukar, setiap kali kepada ubat yang lagi kuat.

Saya dah banyak kali mencadangkan dia cuba minum susu colostrum alpha lipid tapi dia memang tak suka sangat minum susu. Pertengahan tahun ini dia makan ubat pun macam tak jalan, masih sakit perut, jadi saya cadangkan lagi sekali dia amik susu colostrum alpha lipid yang dalam bentuk capsules. Syukur Alhamdulillah dia setuju! Syukur Alhamdulillah sejak dia ambil susu colostrum alpha lipid ni (sekarang ni dah lebih 5 bulan) perut dia tak pernah lagi sakit. Dengan izin Allah SWT telah menemukan kami supplement yang sungguh bagus ini. Syukur Alhamdulillah sejak makan susu colostrum alpha lipid ini, dia langsung tak pernah ambik lagi ubat sakit perut dia. Allahhuakbar!

Inilah rupa Susu Colostrum Alpha Lipid Lifeline.
Yang dalam tin tu dalam bentuk serbuk/tepung.
Yang botol biru gelap tu dalam bentuk capsules.


Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai susu colostrum alpha lipid boleh visit website ini: http://alphalipidlifeline.co.nz/



Susu Kolostrum: Makanan kesihatan yang paling semulajadi dan penuh berkhasiat.

Alpha Lipid dihasilkan dari kolostrum iaitu susu awal mamalia yang terhasil pada peringkat awal ibu-ibu melahirkan anak (manusia/haiwan) iaitu dalam jangka masa 72 jam pertama selepas melahirkan. Ianya kaya dengan antibodi semulajadi dan mengandungi semua jenis vitamin dan garam mineral yang diperlukan tubuh.


KOLOSTRUM NEW ZEALAND
YANG PALING TINGGI KUALITINYA

*FAKTOR IMUN
- Meneutralkan patogen pembawa penyakit
- Meningkatkan sistem imun

*FAKTOR PERTUMBUHAN
- Agen anti penuaan
- Penyembuhan & pembaikpulih
- Meningkatkan isipadu otot, membakar lemak

*ACIDOFILUS
- Saliran usus yang lebih sihat

*VITAMIN & MINERAL
- Antioksida
- Nutrisi

*ALPHA LIPID
- 100% lebih berkesan
- Peningkatan fungsi otak

*KALSIUM
- Tulang & gigi sihat

HANYA SEGELAS SEHARI UNTUK SIHAT SECARA SEMULAJADI

"Kolostrum adalah selamat. Ia telah disediakan oleh alam semulajadi sebagai makanan awal mamalia. Adalah sukar untuk membayangkan makanan tambahan lain yang lebih semulajadi dan berfaedah."
International Institute of Nutritional Research, USA


Sesiapa yang berminat nak mendapatkan Susu Colostrum Alpha Lipid Lifeline atau ingin mendapat maklumat lanjut, boleh lah menghubungi rakan saya:

Bibi Nursafina Murat
No. hp: 019 5952058







(^_^)V Terima kasih sudi menjengok blog saya

Monday, October 8, 2012

Cantik dengan Sabun Susu Beras Dhia Ardini

Sabun susu beras dhia ardini Kepada kawan-kawan blogger yang tanya pasal sabun susu beras dhia ardini, ini saya dapat dari website dhia ardini, boleh klik di sini untuk dapatkan senarai nama pengedar. Sesiapa yang duduk area shah alam tu mungkin boleh lah ambil stok yang saya ada ni (email saya: goncarian@gmail.com). InsyaAllah cukup stok kot sebab bulan depan saya nak balik Perlis lagi. Cuma, nak pos rasanya sangat tak berbaloi, sabun ni harga rm10 seketul, kalau masuk kos poslaju dah rm4++ kan... adoi rugi wo...

Ok, ni senarai pengedar untuk selangor:

KL: Cik Fazlina 0194251558
Damansara: Pn. Shikin 0192309442
Keramat: Pn. Nisa 013462023
Sentul: Pn. Sheila 0196316396

Senarai pengedar utk negeri lain sila klik di sini ye.



Kenapa saya simpan stok banyak?

Sebab sabun ni kecik jer, cepat abis kalau dah pakai 2 beranak, 2x sehari.
Nak pos dari kampung lagi rugi wo....





Kenapa kena balik Perlis untuk beli stok?

Sebab memang kat Perlis pun tempat asal nya.....



Muka Cantik dengan Sabun Susu Beras Dhia Ardini

Assalamualaikum.

Dah lebih kurang 5 bulan saya gunakan sabun beras dhia ardini. Mak saya lah yang rekomen. Kalau nak tahu, banyak produk yang saya guna, dari tuala wanita hingga lah ke sabun, tukang rekomen nyer mak saya lah.

Mula2 masa mak bgtau pasal sabun ni, byk lah pulak soalan saya. Ada kelulusan KKM ke? Ada cop SIRIM ke? Drastik ke kesan nyer? Kalau drastik mesti ada drug. Boleh caya ke ni? .........dan seribu satu soalan lagi lah..... tapi sebab mak dah tinggalkan 2 ketul untuk saya, maka saya pun mencuba lah....

Inilah rupanya sabun beras dhia ardini, tapi kalau beli,
x dapat lah beras tu, cuma kotak dgn sabun jer


Oh la la la... rupa2 nya, sabun beras dhia ardini memang mabeles! Kesan ketara yang saya alami dan juga yang mak saya alami ialah...... tiada lagi bau badan yang mushuk itu... dan tanpa memakai deodoron!!! Yay! Betul ni... saya ni memang jenis kuat berpeluh, al maklum lah keje saya bukan asyik duduk dlm opis tapi kena merayau satu komplek tmpt keje saya tu, jalan sana jalan sini, kan dah mushuk... Kat umah pulak tak payah nak cite lah.. kalau hari keje, balik umah jer terus saya terperap dlm bilik yg ber-air-cond, abih tu hari sabtu dan ahad pun takkan nak duduk dalam bilik? Byk keje rumah nak kena buat... adoi... kdg2 2-3 kali tukar baju sbb peluh... Syukur Alhamdulillah, mak saya rekomen sabun ni pada saya. Terima kasih Mak! Bermula dengan 2 ketul, sekrg ni dah ada byk stok kat rumah saya... kalau tak simpan stok susah lah saya, tak kan lah sebab sabun habis pun kena balik Perlis! Masa balik raya hari tu, saya hangkut 40 ketul... hahahah...

Saya tak berani nak rekomen sabun ni kat org lain sbb saya tahu kesan kosmetik terhadap setiap org adalah berlainan. Kalau saya pakai mungkin ok, kalau orang lain pakai mungkin mudarat. Mak saya cerita ada ramai makcik2 yang sebaya dia dah guna sabun ni dan jeragat terus hilang, kulit pun jadi berseri-seri, sampai ada seorang makcik bujang (orang utara kata janda tu bujang) tak nak dah pakai sabun tu sebab ramai orang ngusik dia kata dah lar bujang tua yang gatal... (boleh caya ke cerita mak ni?!!!)

Kebetulan pula saya tiada jeragat dan tiada masalah kulit muka yang serius, so bila saya pakai sabun ni saya rasa ok jer. Saya guna sabun ni untuk seluruh badan termasuk muka.  Cuma ada satu lar yang tak seronok sikit guna sabun ni, sebab muka saya memang jenis kering, bila guna sabun ni kulit jadi lagi kering. So kena guna moisturiser yang super moist untuk cover balik kulit yang kering. Kalau kulit muka kering, kesan penuaan lagi cepat tau.. no no no... tepek moisturiser byk2....

Yang guna sepenuhnya sabun ni, saya dan Hariz. My hubby tak nak guna (biasa lar org laki, deme tak minat....) Sarah pulak, bila muka naik jerawat, dia guna, bila jerawat hilang, dia pun lupa nak guna... haisshh... 

Info ni saya dapat dari website http://www.jannahtrillionmas.com.my/products

Sabun Susu Beras Dhia Ardini berkesan untuk:-
1. Menaikkan seri wajah secara semula jadi.
2. Menjadikan kulit lebih cerah, halus dan tegang tanpa pengelupasan.
3. Menanggalkan kotoron, minyak, sel kulit mati, paraut jerawat dan jeragat.
4. Menanggalkan make-up pada kulit wajah.
5. Menghilangkan kesan hitam pada bawah ketiak, di celah paha dan siku.
6. Menghilangkan masalah kulit dan resdung.
7. Memberikan kesegaran sepanjang hari serta badan tidak melekit walaupun berpeluh.
8. Mengatasi masalah bau badan.



Selain dari Sabun Susu Beras Dhia Ardini, saya juga dah cuba semua produk Dhia Ardhini yang lain tapi yang melekat cuma sabun susu beras ni jer lar. Lagi satu yang saya suka tapi agak mahal dan kdg2 problem dgn packaging (bukan problem dengan produk) ialah Foundation Extra Gebu. Thanks to foundation ni, muka saya gebu lagi mulus... muahahah... *perasan*



Ni lah rupa foundation tu.
Selalu nya bila foundation dah tinggal separuh botol,
picit punya picit, sungguh payah nak keluar... geram!

Istimewa nya foundation ni, ia tak melekit sebab bukan dalam bentuk cecair, jadi bila dah sapu kat muka tak lah bercapuk-capuk. Bila picit, ia keluar dalam bentuk busa yang kering dan texture yang sangat halus. Bila sapu kat muka terus rasa macam meresap di kulit, hilang terus, x de capuk2, atau ketul2. Best tau!

Blog untuk Dhia Ardini ada di sini tapi saya tak faham kenapa dalam blog tu tak cerita banyak pasal produk, yang banyak tu testimoni sahaja. Kalau boleh kita nak tahu pasal produk tu, kegunaan nya, kandungan nya dan keberkesanan nya, harap pihak Dhia Ardini dapat improve blog mereka. Tapi, kalau nak juga tahu pasal produk dhia ardini, boleh visit website http://www.jannahtrillionmas.com.my/products untuk baca dengan lebih lanjut.