Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Monday, January 6, 2014

Wedding Sofyiah & Zaki 21 & 22 Disember 2013

Sebenarnya saya telah bercuti dan balik ke kampung pada 18hb Dis yang lepas, sehinggalah 23hb Dis. Sebelum kita org singgah berjalan sakan di Pulau Pinang tu lah....

Sebagai mukadimah, Sofyiah adalah adik saya yang ke-5. Dia adik perempuan bongsu sbb adik yang ke-6 dan yg paling bongsu adalah adik lelaki. Kiranya untuk family saya, InsyaAllah ada satu lagi wedding... entah bilo... hahahah... mungkin tahun depan, mungkin tahun ini...


Lokasi: Kpg Bohor Goncar, Kangar, Perlis. 
Pasangan Sofyiah ialah Zaki. Sama cantik sama padan kan?
Ini kenduri di rumah parent sy pd 21 Dis. 

Akad nikah pd hari yg sama.

Lokasi: Bohor Mentalon, Tambun Tulang, Perlis.
 Ini pula kenduri di rumah Zaki pd 22 Dis.  Zaki org perlis juga,
so dia org ni x payah nak berebut nak blk mana bila hari raya....


Bersama anak-anak menakan, dari Miri ada, dari PD ada.
Anak menakan sy 9 org saja... heheheh
Yg seblh sy tu Sarah, my daughter, siap dimekapkan...

Anak menakan dari PD, Hani Mastura.
Geram, muka bulat macam Sinchan.

Sarah bersama door gift.... 


Dalam kamera saya tak banyak gambar wedding sebab Sofyiah dah panggil photographers.
Gambar official belum keluar lagi, setakat ni gambar ni jer lah ek.....


Tahniah Sofyiah & Zaki
Congratulations!!★(*^-゚)⌒☆Wink!


Wednesday, September 25, 2013

Musim haji tiba lagi

18 Sept. 2013

Syukur Alhamdulillah,
 tahun ini tibalah giliran kakak ipar, Kak Jan dan suaminya untuk menunaikan fardu haji.
Kakak2 ipar yang lain turut datang untuk menghantar Kak Jan dan Abg Din



Semoga Kak Jan dan Abg Din, dan juga jemaah haji yang lain mendapat haji mabrur.
Semoga selamat perjalanan pergi dan balik.
Semoga dapat menunaikan ibadah dengan sempurna dan lancar.
Semoga sihat walafiat sepanjang mengerjakan haji.


Selepas menghantar mereka, 
rombongan cik kiah pun datang menumpang tidur di rumah saya.
5 lelaki dan 5 perempuan.

Keesokkan harinya, kami berjalan-jalan menghabiskan duit...
Mula-mula pergi GM Klang. 
Saya cuma beli keychains untuk anak2.
6 unit pd harga RM18.



Kemudiannya pergi ke seksyen 7 shah alam untuk mencari tudung.
Saya beli 3 helai shawl di Bikaya.
Sehelai untuk saya dan lagi dua helai untuk 2 org anak sedara.
Destinasi berikutnya: IKEA.


Bergambar sebelum masuk ikea. 
Anak sedara yang ambil gambar ni memang tinggi sangat kan?
Seolah-olah gambar ni diambil dari atas.



Antara hasil tangkapan di ikea.
Lampu bercabang 2.



Senduk comel2 ni dan table mat hijau dot kuning.




ada lagi...




RUSCH Wall clock RM2.50 jer? Muroh giler.... hua hua hua....
Berapa lama boleh bertahan ni...
Quick check on the internet - ramai yang buat dekorasi dengan jam ni.
Dia orang tukar background putih tu dengan gambar2.
Ada juga yang balut frame jam tu dengan kertas bunga2.
Kreatif kan?




Dah penat bangat bershopping di ikea,
kami singgah makan malam di Gulam Mee Kota Damansara sebelum bersurai. 
2 kereta balik ke ipoh, 1 kereta balik ke subang dan kami balik shah alam.


Gulam Mee Kota Damansara
*gambar dari google*




Balik rumah sudah malam, penat da.... 
















(^_^)V Terima kasih sudi menjengok blog saya

Monday, June 29, 2009

One day trip!

Sabtu malam yang lepas dapat sms from my mum, kata my dad ada kat hospital.
Terus call to check apa ke hal nya.
Rupa-rupanya my dad kena mild stroke.

Masa tu dah almost 9 pm, kita orang kat giant beli groceries.
Roomate kata jom balik lepas midnight.
I hesitated, bukan sebab nak balik tengok my dad tu tapi sebab timing nak balik tu.
Sebenarnya masa kita orang semua tengah letih yang amat sangat.
Letih sebab masa siang tu kita orang ada buat projek membetulkan rumah.
Terutamaya selepas kerja-kerja dah siap, the whole rumah berhabuk dengan debu2 simen dan ketulan konkrit kecil bersepah-sepah.

So, kita orang balik ahad pagi.
Sampai sana dalam jam 4 petang...
Lambat sangat kan?
Apa tak lambatnya, semasa dalam perjalanan balik tu dah kemalangan pulak.
Alhamdulillah tak serius langsung kemalangan tu, cuma bumper kereta aje yang terkopak.
Selepas roomate ketuk, bumper tu eloklah balik tapi tak berapa lama driving kat highway, nampak macam ia terkopak balik. Berhenti dan betul kan.
Lepas tu jadi balik.
Last-last kita orang berhenti kat taiping dan minta tolong kawan roomate untuk kemaskan balik bumper tu.

Alhamdulillah dapat sampai ke kampung dengan selamat.

Rupa-rupanya my dad dah ada tanda2 stroke, tangan dia kebas dan dia tak dapat bercakap dengan betul.
Bila my mum tanya, nape, sakit lidah ke? My dad cakap tak.
Lepas tu my dad said something like "nak mati" tapi sebab butiran cakap nya tu tak jelas, my mum pun tak perasan apa dia cakap sebenarnya.
Bila my dad balik rumah yang lagi satu (the other wife), kebetulan yang sana tu pernah kena stroke, so terus je dia orang boleh teka my dad kena stroke dan immediately they rushed him to the hospital.
BP very high masa tu.
Alhamdulillah, my dad warded sebelah petang, sebelah malam nya BP dah turun drastically.
Sebelah malam my mum overnight kat wad untuk teman dia.

So, bila kita orang sampai ahad petang tu, my dad dah nampak ok.
BP nya dah rendah tapi perlu direndahkan lagi...
Tangan pun dah tak kebas, bila dicubit dah terasa.
Cuma percakapan nya tu masih ada sikit2 yang kurang jelas.

Then, after midnight kita orang bertolak balik ke shah alam.
Kiranya pergi dan balik ke kampung tu within 24 hours lah...
Penat bangat.

Sekarang ni my dad still dalam wad, tunggu result segala jenis testing and scanning yang hospital buat.

My dad kata tak payah tunggu sebab dia bukan bed-ridden.
Kalau boleh memang aku nak stay sana.
Kalau boleh memang aku nak take turn teman dia kat wad.

Sayangnya, esok (selasa) my boy ada trial upsr and my roomate memang tengah 'peak week' sekarang sebab ada plant baru nak bukak.

So, terpaksalah kita orang balik.

InsyaAllah aku akan balik lagi dalam masa terdekat ni.

Wednesday, February 25, 2009

Muhasabah diri

Aku agak tersentuh hati membaca satu email yg di-forward-kan oleh budak2 e-group x-sekolah menengah aku dulu.

Siapakah org yg plg rapat dgn kita?

Yg plg rapat dgn aku ada 3 org - my son, my daughter and my hubby. Itupun my hubby cuma dpt jumpa time weekend atau cuti. Yg setiap hari dok ngadap aku ni tu lah - Abang dgn Adik.

So, sbg org yg plg rapat dgn aku, macam mana pulak layanan aku terhadap dia org?

First class ke last class? *er... ada ke perkataan 'last class' ni?*

Fikir-fikir kan lah...


Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"

Katanya "Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara"

Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,

Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,

Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,

Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,

"Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",

"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",

"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",

"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,

Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"

"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, " Adi k terjumpanya belakang rumah di semak"

" Adi k memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu,

"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,

Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,

Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,

FAMILY

Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?


Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.

Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
melebihi keluarga kita, adakah ia merupakan suatu pelaburan yang bijak ?

Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah anda makna "FAMILY"?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU

"HARGAILAH KELUARGA ANDA"

Monday, October 20, 2008

Jom gi raya!

Sampai ke hari ni aku masih belum pasti camera aku ada kat mana...

Alhamdulillah duit raya Adik dah jumpa... kalau tak jumpa mmg kesian ler dekat Adik... frust gitu...

Weekend baru2 ni korang ada pergi open house tak?

Mesti ada kan?

Aku pun ada lar pergi satu jemputan. Pertamanya sbb mmg aku buat muka tak malu tanya pd kwn aku tu tak buat open house ke? Terus je dia jemput aku... later on, aku dpt tau hanya aku sorang je dr dept aku yg dijemput... org2 dr dept dia mmg dijemput semua...

Yg aku beria-ia nak pegi rumah kwn aku yg sorang ni sbb aku nak nengok umah dia... Kpd blogger yg familiar dgn kawasan shah alam ni, korang tahu tak kat mana uptown shah alam? Kat seksyen 24 tu lar... kat situ lah rumah dia... rumah PKNS baru... kalau tak silap aku lah, dpt CF dlm bln dec 07... aku berminat jugak dgn rumah kat situ, cuma fulus aku je x minat... heheheh...

Tapi,

aku kan baru pindah... apartment yg dah dikosongkan tu pun belum disewakan lg... nnt kalau dah settle jual rumah tu (may be in 2-3 years time) barulah kami nak ushar umah lain... InsyaAllah next time akan pilih dgn hati2...

Kwn yg buat open hse tu ada cerita kat aku... jiran aku kat apartment (umah nyer setentang dgn umah aku) tu pun nak pindah jugak... Sebenarnya aku terkenang jugak pd jiran aku tu. Dulu dia antara org yg terawal pindah ke apartment lps dpt CF, kami pulak menyusul selps dia... Aku ingat lg masa aku terserempak dgn dia dkt lif, dia ckp kat aku; seronok kan dpt rumah sendiri

Tak lama lps tu, bila byk masalah mula timbul, dgn masalah kecurian, masalah org asing, masalah dgn MC dll... aku ingat jugak dia ckp kat aku; jgn lah pindah, jgn lah tinggal kami

Memang terasa sayu bila terkenangkan apa yg telah berlaku...

BTW, hari ni company tmpt aku keje ni ada buat jamuan raya... jom gi raya!

Friday, October 17, 2008

Bicara hati...

Mintak maaf banyak2 sebab belum post apa2 pics lagi pasal pindah rumah nih....
camera pun tak tahu kat kotak mana... :-(

Adikpun bising sbb tak tahu duit raya dia ada kat mana...
hilang
, katanya.
Aku kata tak hilang tp tak jumpa jer...
nanti dah punggah semua barang InsyaAllah akan jumpa...

Semalam terasa sunyi jer...
Mak dan adik no-4 dah balik kpg...
Rasa kosong... rasa hambar... rasa kehilangan...
Rasa rindu...

Harap2 hari ni roomate balik akan ceria balik lar rumah tu (ye ke?)...

Best nyer kan kalau duduk dekat2 dgn adik-beradik...
Dulu masa duduk kat Ipoh mmg tak terasa sunyi langsung...
Bila2 masa je, MIL & FIL akan datang ke rumah... kakak2/abang2 ipar pun anytime akan menyusul...
Bila2 masa je, kawan2 hubby datang bertandang... makan2... bw awek/bini...

Kawasan kejiranan pun mmg macam dok kat kpg, walaupun duduk kat tmn perumahan...
Ptg2 boleh join 'makcik2' bersembang... ziarah-menziarahi... bertukar-tukar kuih-muih...

Kat sini?

Masa kat apartment dulu mana ada 'jiran'...
Yg duduk seblh umah kiri dan kanan warga asing...
Yg duduk dpn umah student...
Jiran?
Jiran apa?

Yg dok terserempak kat corridor dan dekat dalam lif pun warga asing belaka...
Kalau ada pun terserempak org kita (melayu) & kaum sejenis (pompuan lar), langsung dia org tak pandang kat aku... yelah... siapalah aku makcik gemuk lg huduh nih...

Thursday, October 16, 2008

Post Pindah... continue...

Dulu masa duduk rumah sewa, beli barang pun kena pikir byk...
Kena 'berhemah' dalam membeli, terutamanya perabut.
Kalau beli pun, rak2 besi yg senang di-dismantle.

Dah beli rumah sendiri, mula lah beli sofa, beli cabinet besar, beli meja+cermin solek, beli frame2 ayat Al-Quran, cermin besar2 dan bagai2 lagi lah!

Ni bila pindah rumah kecik (macam komen Atiza dlm entry sebelum ni), mulalah garu kepala...

Wednesday, October 15, 2008

Post-pindah

Perkembangan pindah rumah:

Barang-barang belum dikemas lagi tapi at least perabut2 semua dah susun.

Target aku tak nak 'memunggah' banyak sangat, biar barang yang selalu digunakan aje yang dikeluarkan dari kotak. Walaupun kat rumah sewa ni ada kitchen cabinet 'nala' punya besag tapi kalau boleh aku tak nak gunakan. Nanti banyak space, banyaklah barang yg dikeluarkan dari kotak.

Aku cuba mengeluarkan barang2 dari kotak se-minima yang mungkin. Kena ingat ni rumah sewa je, bukan rumah sendiri. Nanti, in future, kalau nak pindah lagi, boleh pitam wo....

Kat rumah lama pulak ada lagi barang2...
Hari tu aku sempat kemaskan barang2 yg dalam perabut yang nak diangkat.
Barang2 dalam built-in cabinet masih ada lagi.
Sedikit demi sedikit aku cuba bawa ke rumah sewa.

Alhamdulillah, mak dan adik no-4 ada kat sini. Aku yang mintak tolong dia orang datang ke sini. Roomate tak ada, so, kalau dia org (mak & adik) tak datang, fuh! boleh pengsan wo...

Dah berapa malam tak dapat tido lena sebab ada an-jing yang dok nangis (menyalak) sepjg mlm kat rumah blkg ni. Tension tahap gaban! Jiran2 pun dah mula merungut... Tengoklah dulu lagi 2-3 hari, kalau tak ok jugak, aku nak repot... tapi nak repot kat jabatan mana ya?


p/s Ada sorang kawan blog aku tu, Jubeiz, nak tunggu servis keta pun dpt buat 2 entries... cayok!

Monday, October 13, 2008

Pindah rumah, semalam...

Den ponet....

sebab semalam telah berpindah rumah...

Internet line di rumah ni belum active lagi...

Kalau active pun belum tentu aku dapat update...

InsyaAllah aku akan letak pics and stories pasal pindah ni ya...

Thursday, September 18, 2008

Rangkuman 3 hari - Ramadhan 15, 16 & 17

Terima kasih di atas semua komen-komen untuk kelahiran anak saudara saya yang baru, iaitu anak adik (Angah) yang tinggal di Miri.

Baby girl. Berat 3.6kg. Nama: Firzanah.

Gambar dia tu yang berbibir merah tu adalah di dalam bilik bersalin tu, diambil dgn handphone oleh Babah dia.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Gambar makanan berbuka lagi:

Ramadhan 15
Kecuali kuih (RM2) yang aku beli dekat pasar ramadhan, lauk-pauk semua nyer beli kat stesen bas seksyen 17, harga RM5.80 (murah kan?)



Ramadhan 16
Sama jugak lar, kuih-muih (RM3) beli kat pasar ramadhan dan lauk-pauk beli kat stesen bas seksyen 17, harga RM10 (masih murah considering aku beli tu banyak jenis lauk).



Ramadhan 17 - Nuzul Quran

Kuih-muih tu adik no. 3 (Alang) yang beli.
Semalam dia berbuka dengan kami.



Memandangkan hari cuti, kebetulan bahan2 nyer pun ada, aku masak ler untuk berbuka semalam. Aku buat sup ayam, ayam masak merah (resepi ambik dari Kak Luna, toche toche, hau chiek *ho chiak kata org hokkien*).



Ada begedil daging dan goreng pekasam ikan loma dan ikan lampam.



p/s Kak Luna, kalau nak 'berkuah' sikit macam mana ek?

Wednesday, September 17, 2008

Anak Saudara 16 Sept.



ALHAMDULILLAH.

Silalah berkunjung ke blog ISQIM.


p/s 1 dolu-dolu nak nengok baby bukak mata pun payah...


p/s 2 Thank you for all the birthday wishes to Iqbal and to myself... :-)

Monday, September 15, 2008

Hari ini....


Selamat Menyambut Hari Kelahiran yg ke-16 kepada adik bongsu aku, Iqbal.

Kalau adik no-2 kat miri tu bersalin hari ini, anak sedara tu pun sama lar birthdate ngan Pak Su dia.

Monday, August 11, 2008

...belum kempunan lagi...

Aku ni kan bila pergi ke pasar malam ke, shopping complex ke, jalan2 ke...
kalau aku nampak je budak2 mesti aku tenung...
kalau ikutkan hati aku,
mau je aku bawak lari budak2 ni...

Aku geram la...
buat masa ni geram kat anak orang je la...
baby sendiri belum kesampaian... *sob*sob*

Kalau pergi rumah kengkawan ke...
rumah sapa2 jua lah...
kalau dapat baby, memang aku bawak lari dari mak dia,
pastu tayang kat roomate...
Mesti roomate geleng-geleng kepala...
tersipu-sipu dia sebab bini dia buat 'kelaku' (buat perangai)...
apa nak buat...
orang kempunan baby nih...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Semalam adik aku call.
Dia nak mintak aku tolong buatkan blog dalam website dia,
supaya menarik sikit web tu.
Setakat ni web dia macam projek gajah putih je...
kalau tak ada web langsung,
nanti orang kata 'koman' (lekeh)...
So, kakak dia ni pun buat la yg paling simple punya layout,
sebab ilmu kakak dia setakat tu je.
At least, jimat le sikit wang ringgit...
al maklum syarikat baru nak hidup,
nanti kalau dah sukses,
elok la panggil web developer yang pro punyer...
baru ada 'class'...

Fening punya fening dok menggodek web tu,
dengan bantuan dari rakan blogger Shafarina - yg asyik masyuk buat scrapbook tu...
akhirnya dapatlah aku link kan blogspot ke web dia.
Sebenarnya sebelum ni aku dah bukakan akaun blogspot untuk dia,
tapi susah sikit sebab ada org gomen yg tak bole access...
Memandangkan client dia memang dari gomen,
terpaksalah kami usahakan sesuatu...
maka, terbelilah domain perwiraglobal.com.my

InsyaAllah, nanti adik saya akan update blog tu.
Katanya setiap kali lepas kursus,
dia akan buat blog.
So, peserta-peserta kursus boleh lah bagi feedback...
dan terus berhubungan melalui blog tersebut...

Check it out - www.perwiraglobal.com.my

Thursday, August 7, 2008

...merepek je...

Sungguh kurang produktif, hanya satu update setiap minggu nih...

Ok, apa nak cite ek?

Kat area rumah aku sekarang ni banyak nyamuk la...
tiap-tiap malam dan subuh mesti kena pasang ubat nyamuk....
mmmm.....
dah lama gak le tak de aktiviti penyemburan asap racun nyamuk kat sini...
dulu keraplah jugak...
apakah sudah tiada budget
atau budget terpaksa disalurkan ke tempat lain...?

Kat office aku pulak sekarang ni bukan main strict lagi...
kalau nak keluar opis mesti kena isi borang dulu bagi bos sain...
ekeleh macam budak kecik...
yang kelakarnya...
kalau kita keluar during office hours,
kena isi borang...
tapi pukul berapa kita balik tak diambil tahu pulak...

kalau keluar lunch pukul 1 tengahari tu
lajak sampai petang pun tak de sape monitor
sebab dia orang hanya make sure "nak keluar mesti isi borang"...
ada kawan aku sorang tu...
tiap2 hari akan keluar pukul 12.50 t/hari
ambil anak dari sekolah dan hantar ke rumah...
lepas tu masuk balik ke opis...
so, memandangkan dia keluar tu belum time lunch (1pm)
so, hari2 le dia kena isi borang...
dia kata lantaklah...
biar penuh pondok jaga tu dengan borang2...

Bahang cuti sekolah dah terasa kan?
Tapi aku terasa boringgg...
sebab aku ada idea untuk buat sesuatu during cuti sekolah nanti
tapi terpaksa dibatalkan pulak
sebab ada konvensyen icc kebangsaan pada 19hb,
aku kena bawak group present kat sana
pastu pada 21hb ada rombongan cik kiah pulak...

Kita hanya merancang
Allah yang buat ketentuan

May be korang x perasan
aku dah tulis kat tepi sebelah kiri nih
yang aku dah dapat rumah sewa
dan roomate pun dah dapat kereta

Cerita-cerita selanjutnya
akan dilipurkan dari masa ke semasa ya...

Monday, July 7, 2008

My weekend....

Sebenarnya kan aku dah lupa apa aktiviti aku for the past 2 days... hai... jenuh gak dok ingat balik nih....

Hari sabtu pagi tu kami sekeluarga pergi ke klinik - anak2 ni masih ada baki batuk/selesama. Kebetulan dah pergi tu aku pun jumpa jugak doktor sebab semalam masa tidur tu terasa 'ketat' hidung.... lepas ambik ubat, kita orang pegi makan 'brunch' kat seksyen 6, dkt kedai yg sebelah pasar tu. Lepas makan masuk ke pasar nak beli tulang lembu. Sekarang ni kan boleh dikatakan hampir setiap minggu kita orang makan sup tulang. Ini semua ayah dia org punya penangan lah. Dia cakap kat aku, dia bg aku keje senang je - masak sup tulang. So, tiap2 minggu sup tulang lah makanan kami tapi aku risau jugak... makanan 'high risk' macam tu tak boleh makan selalu...

Lepas mkn kita org pergi jalan2 area seksyen 17 tu cari rumah sewa... pusing punya pusing ternampaklah satu rumah tu ada sign 'untuk disewa', terus je aku ambik no telefon tu dan dial... lepas tu janji nak tengok rumah sebelah petang. Kalau ikut kan hubby ada program sebelah petang tp nak tengok rumah punya pasal dia postpone. Tunggu punya tunggu, tak pulak orang tu call aku sbb dia cakap dia yg akan call aku bila dia dah selesai keje dia. Dah lewat petang tu aku call dia, ada ke patut dia cakap jumpa sebelah malam pulak. Aku cakap la yg kita org sebenarnya ada program ptg tp nak tengok rumah punya pasal dah postpone ke sebelah malam. So, janji la pulak nak jumpa esok nya tu (ahad). Dia kata dia free sebelah tengahari ke petang.

Pagi ahad, lebih kurang pukul 10 tu kita orang keluar pergi ke carrefour di subang jaya. Masa tu aku sempat lagi call orang tu cakap nak jumpa pukul 2. Lepas shopping, kita org pun pergilah ke rumah yg nak disewa tu. Masa tu tepat2 la pukul 2. Tunggu punya tunggu, tak nampak pulak kelibat orang tu. Hubby cakap tak payah lah sewa rumah ni. Malah, hubby kata tak payah lah pindah. Aku ni terkejut jugak dengar dia cakap macam tu... masa tu memang terasa sangat hati aku... kita orang pun balik lah ke rumah... aku cuba call orang tu tapi dia tak angkat tapi aku nak ambik kesempatan ni nak ngutuk dia habis-habisan - kalau dah tak nak sewa kat kita orang tu cakap ajelah rumah tu dah ada orang booking, tak payah lah nak buat janji lepas tu postpone, lepas tu janji lagi tapi tak muncul2... apa jenis punya manusia lah... ni aku mula la nak nyumpah... !#?!!##!!??

Balik rumah aku macam sedih lah dengan decision hubby tu tapi dia pujuk aku kata kalau dapat rumah yang better barulah kami pindah... masa tu barulah aku faham, sebenarnya hubby ni tak suka rumah2 yg kita org dah tengok (dah 2 buah rumah aku tengok) sebab rumah tu buruk... yelah area rumah seksyen 17 ni memang rumah nya dah 'season'.

Sebelah malam kami pergi ke stadium shah alam untuk menonton perlawanan bola sepak sempena 'Sultan Selangor Cup'... nak tau keputusan nyer - kan ada dalam paper hari ni... heheheh.. siap ada terjunan payung terjun lagi nih... anak2 aku first time pergi tengok bola... sebenarnya Abang ada masuk explore-race kat sekolah dia, dpt nombor 2, dpt lah hadiah dan jugak 4 keping tiket free tengok Sultan Selangor Cup ni...dia org tak sangka begitu bising sekali dalam stadium tu, especially masa jaringan goal... GOAL!!!!!.... tapi kita orang tak tunggu sampai habis pun... nanti susah pulak dia org tu kalau tak cukup tidur, hari Isnin dah sekolah balik...

Meh tengok video payung terjun
tapi macam biasa la,
video aku semuanya bisu
(microphone kat camera dah rosak)

Thursday, May 22, 2008

Almost Diary


Kadang-kadang blogging ni pun mengecewakan, but hey... what ever...

Minggu depan cuti sekolah, selamat bercuti pada para pelajar sekalian dan jugak pada mak-bapak pelajar sekalian.........

Monday, May 12, 2008

Selamat Hari Ibu (versi terlambat)

Pertama sekali aku nak minta maaf pada kawan-kawan semua kerana susah sikit nak jawab komen semenjak-dua-menjak ni...

Keduanya aku pun nak minta maaf jugak sebab tak dapat nak blog hop sekerap dulu...

Ketiga pun aku nak minta maaf lagi sebab susah nak update blog sekarang...

... tu dia... punya la banyak minta maaf...

Akhir-akhir ni aku selalu rasa letih, mata tak berapa nak dapat tahan tidur lambat. Pagi2 pun susah nak bangun. Ni baru pukul 9 lebih aku dah rasa 'lalok' semacam, nak tidur sangat ni...

Scrapbook ni pun aku buat half way pada sabtu lepas, malam ni baru dapat habis kan, begitu punya teruk penyakit letih aku ni...

Aku akan buat 'post-mortem' sikit tentang masalah letih aku ni, makan banyak sangat kot... kuang kuang kuang...

SELAMAT HARI IBU (sori lambat sikit)
KEPADA KAWAN-KAWAN SEMUA (kaum hawa aje ek)

Kepada Mummy, I love you!

Tuesday, April 29, 2008

Orang yang tak disukai, masuk kolej dan ipar duai

Ni apa hal lak tak update lama nih?
Terima kasih di atas komen dan ucapan tahniah untuk entry sebelum ni.

1) Soalan:

Apa yang patut aku buat kepada 'orang yang aku tak berminat nak keep in touch' or 'orang yang aku try to avoid' tu?

a) Jangan jawab call/sms/email dia - just totally ignore him/her

b) Jawab call/sms/email - berterus-terang yang aku tak nak berkomunikasi dengan dia or what else should I say? Any idea?

2) Update:

Jumaat
Kalau ambik duit dari ATM, max RM1K je sehari. So, 25hb yg lepas (hari gaji + tunggakan gaji + merit) aku dan hubby ambik cuti. Kita orang pergi MBSA, office pemaju, pergi dentist, pergi mana lagi ek... tapi kesudahannya by the end of the day - aku dah buat cash payment (rm1k) + payment online sebanyak RM2250. Tupun sebab setakat tu aje online payment yang boleh aku buat, yang lain2 kena bayar cash/over the counter dan setakat tu je leh ambik dari ATM, so setakat tu je lah aktiviti membayar hutang untuk 25hb. Yg aku bayar tu pun tunggakan cukai pintu, tunggakan cukai taksiran, tunggakan fire insurance, tunggakan loan study mara, tunggakan apa lagi ek... tapi tunggak-tunggak aje lah... Eh, mana cukup duit nak bayar hutang kat mak, adik dan hubby? Lagi, duit keta bulan ni + tunggakan 1 bln pun belum bayar...

Nampaknya washing machine yang rosak tak leh full spin tu really has to wait. Begitu jugak dengan benda-benda lain yg tak berapa nak function dah tapi boleh digunakan lagi, kena gunalah sampai betul2 dan lingkup... so, ini bukanlah masa untuk nak enjoy, shopping sakan atau campak-campak duit...

Sabtu
Lain kali kan kalau you all ada anak sedara ke adik ke yang nak daftar masuk u ke kolej ke, toksah lah pergi mengantar sampai 4-5 bijik keta. Yg boleh masuk dalam dewan untuk mendaftar tu pun - dia sorang aje, tuan punya badan yang nak enroll tu. Yg 'pengiring-pengiring' ni bukan setakat meramaikan tempat pendaftaran, malah masalah tak de parking, jalan jem dan sebagainya.

Apa-apa pun, anak sedara hubby dah settle dah register kolej, bayar yuran semua, lepas tu hantar barang2 semua ke hostel dia, yang 3-4 bijik kereta pengiring tu pun datang lah menyinggah kat rumah aku.

Inilah unik nya family hubby. Suka meramai-ramaikan, aku pun dah biasa sejak dari kahwin lagi dan aku tak kisah kalau dia orang beramai-ramai datang lepak kat rumah aku untuk berehat dan makan. Kalau nak tumpang tidur pun aku welcome.

Lagi satu yang unik dengan dia orang ni, kalau nak ke mana-mana suka bawa bekal. Bukan setakat jalan jauh, kalau dekat2 pun macam tu jugak. Dulu masa aku dok kat ipoh, bila MIL&FIL datang makan kat rumah aku, kejap lagi sampai lah lagi 2-3 bijik kereta SIL or BIL ke rumah aku, sebabnya dia orang nak pergi rumah MIL&FIL tp sbb both of them lepak kat rumah aku, so yg lain-lain pun akan ikut lah datang ke rumah. Kalau dah datang tu, aku tak payah pun risau pasal makanan sebab biasanya dia orang pun akan bawak bekalan. So, makanan dari rumah aku + makanan yg MIL&FIL, SIL dan BIL bawa - akan jadi banyak lah.... baru best makan.

Samalah jugak kali ni untuk trip hantar anak sedara masuk kolej, biras aku ni (mak pada budak tu le) dah siap masak nasi dan lauk-pauk semua, siap bawak pinggan dan sudu, gelas etc (mungkin cadangan asal nak piknik kat luar tapi lepas tu tukar ke piknik kat rumah aku). Aku sebagai tuan rumah cuma buat air minum je. Aku tak berapa perasan berapa jenis lauk yang dia bawak sebab aku makan lambat - banyak weh air kena buat, entah berapa jug, yg panas, yg sejuk - tetamu 4 bijik kereta (satu drp nya kereta unser) tapi yang aku perasan ada lauk sotong sambal, ikan baung masak apa entah dan rendang tok (daging). Lepas tu ada SIL yg lain pulak top-up ikan sadin masak tomato, asam pedas ikan kembung dan rendang kerang. Lauk2 yg lebih semuanya ditinggalkan kat rumah aku - boleh buat makan hari ahad pulak tu! Alhamdulillah, rezeki tu!

OK, panjang sangat dah update ni. Bertemu di lain masa. Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.

p/s Sekarang ni suka dok dengar lagu ni - Don't Come Knocking nyanyian U2 Bono dan Andrea Corr.

Nak dengar klik kat sini.

Monday, February 11, 2008

Birthday & cuti

Semalam birthday hubby. Memandangkan masing2 tengah kekurangan fulus, maka tak ada apa-apa celebration lah. Lagipun hubby tak suka makan kek, kalau tak boleh lah aku belikan atau buat kan.

Hari ni aku ambik half-day leave. Seolah-olah tak cukup cuti CNY yang panjang tu....

Monday, January 28, 2008

Bila usia senja...

Terima kasih kepada yang memberikan nasihat kepada aku di dalam entry sebelum ni. Tarikh yang dinantikan ialah 31hb, iaitu lusa. Aku memang dah buat istikharah tapi tak nampak apa-apa. Lagi satu, aku sepatutnya buat solat istikharah tu sebelum aku hantar borang pertukaran tu. So, may be sekarang ni aku hanya mampu berdoa dan berserah kepada Allah.

Nampaknya aku terlupa nak update blog.

Serius!

Entah macam mana aku biarkan hari minggu berlalu tanpa bloghop dan update.

Dan,

tanpa menyentuh laptop ni pun!

Hmmm.....

Banyak perkara berlaku semasa hujung minggu lepas.

Macam biasa kami balik kampung hubby kat Ipoh. Seperti biasa juga, tiap2 kali balik mesti ada 'isu semasa'. Tiap2 kali jadi begini aku akan terfikir, macam manalah aku bila dah lanjut usia nanti. Aku berdoa agar aku tak menjadi orang tua yang memeningkan kepala anak2. Biarlah aku tak ditatang bagai minyak yang penuh oleh anak2, asalkan aku tidak menyusahkan dia org. Nanti dia org tak larat/tak tahan jaga aku, dia org dok rungut2, dia org pulak dpt dosa, kesian kat dia org. Aku doakan semoga aku sihat, boleh jaga diri aku sendiri. Anak2 pun jadi anak soleh dan tak lupa kan mak dia org ni.

Sebenarnya, aku tengok adik-beradik hubby aku ni memang ambik berat pada mak mertua. Dia orang cuba sedaya upaya nak jaga dia. Kdg2 dia org macam nak give-up tapi kerana taat dan kasih sayang, dia orang mengalah. Aku sebagai menantu ni, memang tak get involved. Pertamanya kerana aku lah hanya seorang menantu perempuan yang tak duduk kat kampung. Hanya aku lah menantu perempuan yang tak pernah jaga mak mertua aku. So, kalau aku balik kampung pun, whatever apa yang berlaku, aku hanya pendengar yang setia, tak kira lah yang bercerita tu mak mertua ke, ipar2 ke, biras2 ke... dengar ajelah kisah benar, kisah dongeng, drama swasta, primadona, whatever aje lah, dengar, dengar dan dengar....

Aku rasa kasihan sebenarnya kepada kakak-kakak ipar dan biras2 perempuan (menantu perempuan) yang terpaksa sungguh-sungguh menahan sabar bila menjaga mak mertua. Dia orang tu memang baik (hal-hal yg kecik2 tu jgn ambik pot sgt). Bukan senang nak jaga orang tua ni. Sapa yang pernah jaga mak atau ayah yang dah lanjut usia, pasti tahu betapa beratnya mata memandang, berat lagi bahu memikul (dan sapa kata senang nak jaga anak2? yang muda dan nakal2 tu? macam tu lah dulu mak dan ayah kita jaga kita tau, dengan begitu susah payah jugak, macam kita jaga anak2 kita sekarang ni)

Pada mak mertua juga aku rasa sangat kasihan, sayangnya aku pun tak dapat nak buat apa2 untuk tolong dia. Aku tak paham sebab aku masih muda. Aku memang tak boleh imagine apa yang dia sedang lalui di usia dia. Tak tahulah apa yang dia fikirkan, apa yang dia nak, macam mana nak bantu dia. So, aku pun jadi pendengar yang setia jugak dengan mak mertua aku. Dengar, dengar dan dengar....

Sebenarnya aku tak tahu nak cakap apa dan nak buat apa. Yang pentingnya aku ada disamping hubby dan jadi pendengar setia dia jugak, jadi air batu (penyejuk) hati dia dan sentiasa support dia, tak kisahlah apa yang berlaku kat kampung, just make sure dia jaga hati mak dia dan jangan jadi anak derhaka.