Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Wednesday, March 16, 2011

Diari Cuti Sekolah - Jalan-jalan Pangkor

Diari cuti sekolah Ni sambungan dari cerita semalam.

Pagi hari ahad tu kami breakfast di hotel jer, lepas breakfast kami jalan2 sekejap kat tepi pantai sebelum balik ke bilik untuk berkemas untuk check-out.

Dari hotel kami terus ke pekan lumut dan park kereta kami di medan tempat letak kereta bertingkat. Mula2 tu kami ronda habis sampai tingkat atas tapi tak de petak parking yang kosong. Syukur Alhamdulillah bila kami turun balik ke tingkat 1, ada pulak kereta yang nak keluar, cepat2 kami masuk.

Kemudiannya kami berjalan dari parking tu ke jeti lumut. Tak jauh pun, lebih kurang 5 minit berjalan kaki jer. Kami sampai di kaunter tiket feri lebih kurang jam 11.15 pagi. Sayang sekali feri baru bertolak pada jam 11 pagi dan feri berikutnya pukul 1.45 t/hari. Alamak, wrong timing betul lah.

Kalau feri ke jeti pangkor memang kerap tapi disebabkan kami akan stay di pangkor island beach resort (PIBR), kami kena naik feri ke jeti khas PIBR dan juga utk mereka yang stay di Teluk Dalam Resort. Jeti PIBR ni di bahagian utara pulau pangkor. Kalau naik feri di jeti lumut, di kaunter PIBR tu terus check-in hotel dan beli tiket feri pergi dan balik. So, dengan boring nya kami pun menunggu di jeti lumut. Dah penat menunggu kami ronda-ronda pulak pekan lumut tapi tak de mood untuk beli apa2 sebab tak nak tambah lagi barang2 yg perlu dibawa naik ke atas feri nanti.

Sebenarnya aku beria-ia nak pergi pangkor ni sebab nak bagi kids experience macam mana naik feri. Dulu pernah naik feri dari langkawi ke kuala perlis tapi perjalanan tu sungguh memboringkan. Dah lar kena duduk di 'perut' feri, tak nampak apa2 pemandangan pun kecuali air laut yang menutupi 3/4 tingkap feri tu. Lepas tu lama pulak perjalanan nya. Memang macam serik betul. Feri pangkor ni lebih kecil dan selesa. Boleh duduk kat atas, ada tempat yang open air. Walaupun tengah hari tapi tak rasa pun panas sebab angin laut terasa dingin sekali. Kids pun excited sangat.


Fresh sea breeze....

Lebih kurang setengah jam naik feri, kami pun smpai di jeti PIBR. Lepas tu naik tram yang dipandu ala-ala bas mini KL. Adoi, udah ler duduk dalam tram tu berhimpit-himpit macam sadin, driver pun ganas betul. Sabo jer lah kan.

Jeti PIBR

Sudah letih menunggu lama di jeti lumut, rupa2 nya sampai kat PIBR pun kena tunggu lagi sebab bilik belum ready. Bosan betul. Perut pun dah mula keroncong ni. Badan pun penat menunggu. Bila dah masuk bilik, kami solat dan rehat sekejap sebelum bersiap nak pergi mandi-manda versi pangkor pulak....

Pantai kat PIBR ni memang cantek sungguh. Panjang pantai ni lebih kurang 1.2 km. So, memang tak de masalah sebab tak terasa sesak (memang tak sesak pun,tenang jer rasanya). Ada yang naik kayak, ada yang naik sailboat, ada yang main2 air laut jer - macam kita orang lah, main rendam2 air laut...

Pantai mengadap Laut Andaman

Malam tu kami sewa teksi untuk dinner di teluk nipah. Kawasan tu macam kawasan pasar malam. Hmm... tak tahu lah in future, tempat ni masih kekal bersih dan cantik sebab bila dah banyak gerai dan manusia, susah lah nak maintain kebersihan dan mengelak pencemaran, sayang sekali.

Sementara menunggu dinner ikan bakar kami siap,
kids main di tepi pantai, exactly depan gerai ikan bakar tu...

Esok nya tu kami naik teksi ke pekan pangkor pulak. Nothing much to tell. Kami just pergi sarapan dan window shopping kat kedai2 situ, lepas tu balik ke PIBR dan berkemas-kemas untuk check-out. Trip ke pangkor ni terasa biasa-biasa saja. Mungkin sebab banyak masa dah terbuang dok menunggu feri, masa nak pegi atau nak balik, padahal masa tu boleh buat aktiviti lain yang lebih menyeronokan.

3 comments:

  1. wallaa... seronoknya pi pangkor.. tak sampai sana lagi..

    ReplyDelete
  2. pantai2 mengadap pulau andaman mmg mabeles!

    sunset dinner ler tuhhhh

    ReplyDelete
  3. Mulan: Your turn lah next trip... yes!

    Shafarina: Betul, sangat sangat sangat cantik... tak boleh tahan lah... adoi...

    ReplyDelete