Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Tuesday, July 24, 2012

Diari Cuti Sekolah 2012: Jalan-jalan Langkawi

Diari cuti sekolah. Jalan-jalan cuti sekolah di Pulau Langkawi
Assalamualaikum. Ini adalah siaran tertunda tau.

Seingat-ingat saya lah, kita orang cuma sekali sahaja travel atas perancangan sendiri. Masa tu pergi jalan-jalan di sebelah pantai timur (link utk jln2: kuantan, terengganu dan tg. lumpur). Lain-lain trip tu kalau bukan sebab family day tempat kerja saya atau tempat kerja hubby, mesti sebab convoy kelab kereta. Sekarang ni my hubby dah tak aktif lagi kelab kereta, so all our recent trips ada lah GOLF TRIP! Oh tidak, KakNi tak main golf ok, yg main golf tu my hubby. Kita org ni menumpang jer jalan-jalan golf, tak kisah lah kan, janji dpt jalan-jalan, yay!!!

Golf trip kami yang terbaru masa cuti sekolah pertengahan tahun baru2 ni. Kami pergi langkawi (lagi). Jgn tak tahu, golf trip pun ada convoy jugak tau. Kami bertolak pada mlm 31/5, semua sekali 4 biji kereta (=4 family). Kami bertolak selepas isyak, so kami sampai di Perlis subuh2 sapii lah kiranya. Lepas sarapan di rumah mak kepada salah seorang geng golf tu (yang kebetulan di Kuala Perlis), kami pun naik feri ke Langkawi. Disebabkan ramai sangat manusia dan kami pun kelam kabut dengan beg2 segala, tak dapat nak snap barang sekeping pun gambar... hampeh tul....

Di Langkawi, kami stay di Landcon Hotel yang terletak di Jalan Pantai Cenang. Ini kali kedua kami stay sini, first time masa trip golf tahun lepas.


Gambar Landcon Hotel *dicilok dari website hotel


Memang strategik sangat kedudukan hotel ni sebab ianya terletak di tengah2 jalan pantai cenang. Betul2 di depan hotel ni tempat shopping bebas cukai, The Zon, yang bersebelahan pula dengan Cocoa Valley (sila ambil perhatian; rupa2 nya cekelat yang ada di langkawi ni, kebanyakkan nya di-import oleh kedai ni, kalau tak percaya cuba tengok label) dan sebelah nyer lagi, Langkawi Under Water World. Tak payah nak sibuk2 sewa kereta kalau setakat nak shopping kat area ni. Sepanjang jalan pantai cenang, segala macam jenis kedai ada. Jom jalan kaki jer shopping kat sini. Kedai makan pun banyak, so tak payah nak susah hati takut kebulur, ok.


Inilah cerita bergambar kami....

Disclaimer: Gambar2 ni semua extra large supaya korang jeles tahap gaban.



Jom jalan-jalan habiskan duit beli barang yang tak perlu.....




Dah penat shopping (sebenarnya penat berjalan), kita berehat pulak melihat keindahan alam.
Di sinilah Pantai Cenang, sekadar bergambar je. Tak boleh mandi sebab ombak besar.




Nak pergi ke pantai ni, kita kena jalan di lorong bersebelahan Langkawi Under Water World.
Lepas tu nampak tulisan yang besar gedabak tu mak jah woi, Langkawi Pertama Permata Kedah.




Dah puas melepak dan menghirup udara tepi pantai, kami masuk ke Langkawi Under Water World pulak. Kali terakhir kami masuk sini masa Sarah masih di Tahun 1, sekarang dia dah Tahun 6. Banyak perubahan berbanding 5 tahun yang lalu, so memang berbaloi lah kami masuk sekali lagi walau pun tiket untuk saya RM28 dan tiket untuk Sarah pulak RM18. 
Kami memang enjoyyyy!!! 

BTW, kami tiga beranak jer masuk, my hubby pergi main golf. 




Ni pulak batu bersurat nak masuk dalam tu... konon nyer lah pun....




Ok, ni gambar penguin kat dalam tu. Jangan terbeliak biji mata, hokeh...
Penguin ni memang berbulu mata lebat. Handsome macam hero hindustan.... 
Siapa pernah tonton movie Surf-Up? Ni lah para pelakon nya.

Takkan korang tak tahu kot cerita Surf-Up, aku suka bangat cerita ni. 
Tak sangka pulak penguin berbulu mata panjang ni betul2 wujud. 
Subhanallah!





Seronok sangat tengok burung2 kat dlm ni. Semua nya lepas bebas.
Tido sebelah kaki aje, kau ado?







Burung kakak tua, tinggal atas kayu......
Bila nampak orang tersengguk-sengguk, macam dok menari lah pulok....




Posing, posing lah jugak tapi sebenarnya dalam hati seram sejuk sebab dekat sebelah tu ada orang dok tengah bergambar bersama ular sawa yang besar... Sekali bergambar (dgn ular sawa tu lah) kena charged RM20.




Ni pulak akuarium yang dibina sekeliling kita.
Boleh tengok belah atas, kiri dan kanan. Bawah je tak boleh.
  

Sarah kata dua ekor ikan pari besar belakang dia tu (atas pasir) sedap kalau buat asam pedas!



Ada kerusi untuk berehat-rehat sambil study ikan2 kat dalam akuarium tu.
Gambar bawah ni, belakang Sarah ada giant eel, nampak tak? 
Mestilah tak nampak kan... 
Cuba tengok betul2, dekat batu warna hijau dan oren tu.





Sekian. Jalan-jalan cuti sekolah di Langkawi 2012. Rindu sangat nak datang lagi.


Cerita Langkawi yang lain:




18 comments:

  1. lya duk kat kemaman ni je.bjiran dgn kuantan...

    syoknyer ..lya x pnh smpai lg langkawi ni...

    salam ramadhan dear

    ReplyDelete
  2. dah 2 kali cheqna sampai langkawi..tu pun sebab kursus...kalau tak??mmg x sampai ler..=)

    ReplyDelete
  3. lyafrina,
    InsyaAllah next time kakni pegi sebelah pantai timur boleh roger lya. Kakni ada kawan baik yg duduk kat kemaman, maybe lya kenal dia pun sbb hubby dia vip kat sana... heheheh...


    cheqna,
    terima kasih berkunjung kat blog kakni ek... cheqna ni mmg kerap kursus kan? ok gak tu boleh jln2 sana sini... kakni numpang husband jer... heheheh...

    ReplyDelete
  4. kak, lieya org pertama yg jeles tau kak...heheeheh.....dahlame gak tak kesane..last due tahun lepas tu pun gi kursus....so mase soping tu tak lame sgt dpt heheeheheh....

    ReplyDelete
  5. Lieya,
    Hahahah... kalau pegi sana ada keje memang susah nak sambil2 nyopping, tapi KakNi pegi sana bersantai abis, sampai x tau nak pegi mana dah, lgpun KakNi tak brp minat shopping sebenarnya, jln2 je pun, x beli pape... hmm...

    ReplyDelete
  6. Betullah kata Sarah ikan pari masak asam pedas meamng sedap hihi..

    ReplyDelete
  7. salam sis....lama dulu js tak smpt nk msk kt under water tu...hihi..nmpknya kena gi lagi la kt sini..hehe

    ***best nye dpt jln2 sambil cuci mata...^^

    ReplyDelete
  8. kakzakie,
    kalau nak tahu, sarah tu memang peminat asam pedas ikan pari, tu yang dia geram jer tengok ikan2 tu...


    jemarisuri,
    salam to u too. kita org pun berbelah-bahagi gak hari tu nak masuk ke tak tapi bila tengok anak2 happy, saya rasa berbaloi....

    ReplyDelete
  9. bestnya dpt gi langkawi..dapat shopping dan beli coklat yang murah.

    mula-mula berblog memang camtu..tulis panjang-panjang sampai orang bosan..

    ReplyDelete
  10. kak ina,
    terima kasih sudi datang jengok blog saya ni. saya rindu lg lar nak pegi langkawi.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Yong,

    hmm dah lebih 10 tahun akak tak kke sana, ehh lebih sepuluh tahun. Apakah pembaharuan yg berlaku?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Yong. Teman pun x ingat dah macam mane rupe langkawi 10 tahun yg lalu. tapi yang teman perasan, banyak beno dah tempat nak shopping dan nak makan2. hotel/resort/challet tumbuh merata-rata. Sediakan duit jer Yong.

      Delete
  12. Salam KakNi
    Terima kasih jenguk blog makchaq..

    kelakar tengok penguin tu, bulu mata nampak macam misai walrus..

    Seronok dapat pi jalan2 kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Makchaq. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini. Mmg seronok dpt jln2, lg2 kalau duit penuh dlm poket (bkn sya lar tu)!!!

      Delete
  13. syok nye...teringin sangat nak gi langkawi..dah bertahun tak pergi..
    hehehe..
    nak tunggu anak besar sikit lagi..
    kalau tak payah jugak bawak sikecik jalan jauh2..
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hidayah, terima kasih menjengok blog kakni. anak kakni dah besar2 dah, tu yang nak gi mana pun tak kisah, janji cuti sekolah. cuti sekolah pun kdg2 kena gi kelas tambhn.

      Delete
  14. Assalamualaikum CikNi..

    Terima kasih singgah blog saya Dan komen.

    Selamat berpuasa.

    Langkawi is nice :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam DO. Terima kasih kunjung balas ye. Selamat berpuasa juga.

      Delete