Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Showing posts with label Gambar Raya. Show all posts
Showing posts with label Gambar Raya. Show all posts

Thursday, August 22, 2013

Koleksi Gambar Raya

Tiap-tiap tahun kami mesti beraya di kedua-dua kampung suami dan kampung saya. Kampung suami di Perak dan kampung saya di Perlis. Raya di rumah mertua memang meriah sebab adik-beradik suami ada 11 orang semuanya dan suami pulak yang bongsu. Kalau beraya di Perlis memang lah best sebab kampung saya, cuma agak memenatkan kerana saya ni kakak sulong.... banyak hal nak kena uruskan... hu hu hu...


Raya 2013 / Syawal 1434
Tema pink. Raya pertama di Perlis.



2012
Raya kali ini tiada tema. Free style. Raya pertama di Perak.



2011
Tema hijau. Raya pertama di Perlis. 
Baju raya ni dah tak muat dah saya pakai sekrg, dah terlebih sihat lor.



2010
Raya pertama di Perak. 
Tiada gambar? Sabo jer lah. Tahun 2010 saya berehat dari blogging. 
Jadi, kurang peka untuk mengambil gambar.


2009
Tema coklat. Tahun ini pun raya pertama di Perak jugak.
Kita orang bukan ikut giliran tetapi ikut tempoh dan cuti hari raya. 
Maklumlah, suami kerja kilang, susah nak dapat cuti.



2008
Tema biru muda. Kami beraya di Perlis.
Kebetulan adik yang no-3 jugak warna biru muda, memang gempag tahun tu.




2007
Sweet nyer... hahahah perasan! Kami beraya di Perlis lagi tahun ini.
Tema cream. Alahai... anak2 ku masih kecil... rindu lah....



2006
Berhari raya di Perlis lagi? Dah tak ingat dah raya pertama di mana.
Tak pasti gambar ni hari raya pertama atau kedua.
Comelnya Sarah kan? Masa ni umur dia 6 tahun.




InsyaAllah saya akan korek lagi gambar-gambar raya dan upload di blog. 
Ini semua kenangan indah yang mesti diabadikan!


(^_^)V Terima kasih sudi menjengok blog saya. 


Tuesday, August 21, 2012

Aidil fitri 2012

Posing pagi raya di rumah mak mertua, Tg. Rambutan, Perak.







Selamat Hari Raya!

Friday, September 25, 2009

Entry selepas raya

Salam semua.

Amacam raya? Seronok ke? Penat ke? Sihat ke? Selamat ke?

Haa.... saya dah masuk opis hari ni.
Kalau ikut kan hati nak le masuk semalam tp roomate keberatan sebab dia nak beraya lagi. Saya pun nak beraya jugak tp sbb cuti dah tinggal sikit je, nak lah simpan. Kena cuti dgn berhemah ni sebab tahun ni ada byk bulan lg - ada 4 bulan lagi sebelum penghujung tahun. Maka dgn cuti yg sedikit tu kenalah berjimat cermat. Kalau ada apa2 hal nanti susah kalau tak de cuti.

Okaylah ek. Kepada yang masih bercuti tu, selamat bercuti.
Kepada yang dah start keje macam saya ni, jom bercuti... hahahahah!!!


Salam Aidilfitri dari kami sekeluarga!!!


Tuesday, October 7, 2008

Cerita hari raya... Part I

Raya tahun ini kami sekeluarga sedondon warna biru muda.


Kami beraya di Sg. Berembang.
Kat mana lagi, kat Perlih lar...

Tapi,
tiap-tiap kali pergi tak pernah pun masuk rumah.
Beraya kat bawah umah je.
Duduk pun kat atas pangkin...

Namun,
tetap menyeronokkan...



 


Kebetulan family Helmi pun warna biru jugak. 
Yang kiri sekali tu Bonda, sebelah dia tu adik ipar saya, Nurleni, wife Helmi.


 


Baju raya bonda pun biru gelap. 
Memang sedondon habis semua orang, kelas gitu!



Sebenarnya rumah ni terletak di tengah-tengah sawah bendang.
Kampung ni pulak dekat dengan tepi pantai.
Kalau duduk dalam rumah memang panas...
Lagipun kat dalam rumah tu tak de sofa pun nak duduk...

Beginilah cara orang kampung, sempoiii...

Sekarang ni tengah musim hujan kat Perlih.
Masa kita orang pergi tu pun air pasang.
Tengok le belakang Abang tu... 
Air penuh dalam sawah sampai hampir tak nampak 'bataih' nya...




p/s Cerita hari raya ni ada 3 parts je... so, rajin2 lah jenguk sini ya... esok part 2 pulak tau...

Monday, October 15, 2007

Aidilfitri 2007

Tahun ini sekali lagi kami berhari raya pertama di Perlis.




Bonda bertudung merah.




Gambar ayahanda yang dirakam semasa berhari-raya di Sg. Berembang.






Raya ke-2 baru balik Perak. Ni gambar bonda mertua bersama anak sedara Mr.G.


Tuesday, October 24, 2006

Aidilfitri 2006

Tahun ini kami beraya di Perlis. Pada hari raya ke-2 baru lah kami balik ke Perak. Gambar yang sempat diambil hanya gambar di Perlis sahaja. Masa kat Perak lupa nak ambil gambar pula.