Baru pagi semlm sy update blog tp menjelang tghari sy dah lupa yg sy ada blog. Ada yg tertanya tanya kenapa sy lama x update blog tp sebenar benarnya sy tiada apa2 alasan munasabah melainkan sy rasa sy tiada apa utk diceritakan.....
Kehidupan sy biasa-biasa saja, pegi keja balik keja. Sy jrg travel. Sy pun jrg mkn di tmpt2 yg best. Tmpt yg x best pun jrg. Tmpt sy shopping pun aeonbig dan psr mlm jer setiap minggu.
Sy pun tak de baby yg nak story psl perkembangan dia setiap hari. Nak cerita psl anak yg form 5 dan form 2 pun, entah apa yg nak diceritakan. Dia org pun pegi sklh, blk sklh itu jer keje nyer. Hari minggu main game. Cuti sklh seminggu x pegi mana2 pun.
Tiba2 rasa nak kongsi gmbr si comel yg ada kat rumah sy ni....
Showing posts with label Feline. Show all posts
Showing posts with label Feline. Show all posts
Tuesday, April 1, 2014
Saturday, September 21, 2013
Jojo dah balik tapi tak balik lagi sekali
Mula dari 7/9/2013 yang lalu Jojo tak balik rumah.
Puas jugak aku mencari. Cerita lanjut di sini.
Tergerak hati nak cari dia di rumah lama,
yang terletak 3 row ke depan dari rumah sekarang ni.
Rumah sewa ni kami pindah pada 6/7/2013.
Sampai di rumah lama, jiran sebelah kiri dan sebelah kanan,
kedua-duanya bagitau memang Jojo tiap2 hari balik ke rumah lama.
Dia tak tahu jalan ke rumah baru agaknya.
Tengahari 14 September 2013, kami pun berjaya membawa balik Jojo.
Ni ha terkelepek jer kat sofa.
Mungkin penat, mungkin lapar, mungkin nak manja....
Kena peluk ketat-ketat.
Rindu sangat.
Apa pesyen ko tido ni Jojo....
(\__/)
(>’.’<)
(“)_(“)
Lulu mmg gembira dengan kepulangan 'abg bsr' Jojo.
Pagi ni Jojo pun tak balik, Lulu pun tak balik.
Mana korang pegi nih.....???
Update: tengahari sabtu 21/9, Jojo telah dijumpai di rumah lama lagi sekali dan telah selamat di bawa pulang ke rumah baru. Kena peluk ketat-ketat lagi sekali!!! (> ^_^ >)
(^_^)V Terima kasih sudi menjengok blog saya
Friday, September 13, 2013
Rindu pada JOJO
Jojo hadir dalam hidup kami pada tahun 2009.
Masa tu umurnya 2 bulan.
Sangat comel dan aktif.
Kini Jojo pergi tanpa berita.
Entah siapalah yang rembat...
Dah 6 hari tak balik rumah.
Jojo, kami rindu kamu.
(;_;)
Gambar Jojo di flickr boleh tengok di sini.
(^_^)V Terima kasih sudi menjengok blog saya
Thursday, October 4, 2012
Kucing-kucing disayangi dan menyayangi
Puas jugak saya cari gambar ni dalam hp saya tapi tak jumpa.
Saya memang ingat sangat yang saya ada ambil gambar Jun tidur x senonoh,
tapi tak tahu kenapa tak ada pulak dalam hp ni.
Rupa2 nya my hubby pun ada snap gambar ni.
Dapat jugak saya tatap aksi tidur x boleh blah si comel Jun....
Ini adalah entry yang ke-3 pasal Jun dan yang terakhir lah ye. Saya harap sesiapa yang baca entry Selamat Tinggal Jun 30/9/2012, turut membaca entry Kucing yang datang tak diundang, sebab entry tu sebenarnya bersambung. Saya juga nak berterima kasih kepada kawan2 yang memberikan kata2 semangat kepada saya di dalam entry-entry tersebut. Bila baca jer komen, terasa nak nangis, baca lagi, sebak, baca lagi nangis sudah... hahahah... lorat sangat kan...
Sebenarnya 'keloratan' saya ni adalah disebabkan saya tak biasa membela kucing. Dari kecik lagi saya takut pada kucing. Pada saya kucing adalah haiwan ganas yang suka gigit dan cakar orang. Bila nampak kucing saya akan cuba mengelak. Kalau kucing datang secara tiba2 di gerai makan untuk minta makanan, mesti saya terkedu, terkejut dan seram sejuk....
Walau bagaimanapun, suami saya ni pulak sangat suka kucing... hmmmm... susah jugak tu kan..... jadi, pada bulan november 2008, kami telah adopt seekor kucing keturunan campuran yang dinamakan Momo (ceritanya di sini). Tapi tak lama bertahan tu, tak sampai sebulan pun, Momo telah di-export ke rumah kawan hubby. Bukan nya apa, saya tak biasa bela kucing, tapi disuruh jaga kucing oleh hubby (dia kan weekend husband, masa tu dia duduk di N9). Saya memang tak boleh handle kucing ni. So, terpaksa give-up.
Momo, my first cat.
Tak sampai sebulan pun bela Momo
Selepas ketiadaan Momo, my daughter, Sarah, selalu sangat cakap dia rindukan momo. Bila nampak kucing jer, mesti cakap rindu kat momo, tak abis-abis rindu kat Momo. Lama-lama saya pun dah lembut hati, saya pun bersetuju untuk adopt lagi seekor anak kucing yang diberi nama Jojo (ceritanya di sini) pada bulan Julai 2009. Memang susah nak jaga Jojo ni tapi disebabkan saya menjaga Jojo sedari kecil, memang terasa sayang. Saya pun dah tahu macam mana nak jaga kucing. Dah banyak jugak peristiwa suka duka menjaga Jojo ni. Duit pun dah banyak spend untuk dia - untuk bagi cucuk vaksin dari dia kecil sampai lah sekarang ni yearly kena pegi cucuk. Kami juga pernah hantar dia ke klinik haiwan untuk operation untuk buang nanah dalam badan, nanah ni sebab luka bergaduh dengan kucing lain. Macam-macam lah kisah Jojo ni.
Masa mula-mula Jojo sampai di rumah, umur 2 bulan.
Kami telah membela Jojo dengan penuh kasih sayang selama 3 tahun sehingga lah ketibaan Jun pada Mei 2012 ini (cerita di sini). So, sebenarnya, saya ni dari orang yang takut dan tidak biasa dengan kucing, sekarang ni dah jadi 'mak angkat' kucing pulak... hu hu hu.... Saya tidak ada masalah langsung menjaga Jun sebab Jun sangat pandai membawa diri. Jun tahu kat mana nak 'membuang', where to sleep and where to eat. Mudah sangat jaga dia. Sebenarnya saya tak payah buat apa2 pun untuk menjaga dia, cuma kena letak makanan dan air jer dalam mangkuk dia setiap pagi dan petang.
Jojo sedang bersantai dengan Jun......
Eh eh eh.... kejap-kejap..... sebelum Jun ada lagi 2 ekor kucing juga yang pernah singgah ke rumah kami. Mula-mula tu Kitty, kucing sesat yang sempat menumpang sekejap sahaja di rumah saya sebelum saya telah melanggar nya dengan kereta... maaf kan saya Kitty...
Saya yang bersalah, telah melanggar Kitty
Seekor lagi ialah Bobo, yang hubby ambil dari rumah kakak dia. Memang hubby berkenan sangat lah dengan Bobo ni, comel tak?
Tak sanggup nak jaga Bobo....
Macam lah I'm so free at home tu x de keje apa dah nak buat,
asyik jaga kucing je ek...
Bobo pun sekejap juga duduk dengan kami sebab saya tak larat nak menjaga dia.... Sorry my darling hubby, please pulangkan kucing ini ke tempat asal nya....
So, sekarang ni kita gomol dengan Jojo aje lah ek...
Jojo, masa ni umur 2 tahun kot....
Jojo the nerd?
Aksi tidur melampau....
Sofa ni nampaknya memang tempat favourite kucing,
mine too!
Sekian lah kisah kucing-kucing saya.
Monday, October 1, 2012
Selamat Tinggal Jun 30/9/2012
Persemadian Jun di tepi jalan, sebelah pokok serai.
simpang tiga, tapak pasar tani seksyen 17, shah alam
Jun dalam kenangan...........
Sunday, September 30, 2012
Kucing yang datang tidak diundang, yang pergi entah bila
Pada 9/5/2012, satu pagi yang sungguh indah, dua ekor kucing telah datang ke rumah saya.
Kasihan kan kucing gelandangan ini, saya pun beri lah makanan. Ingat kan hanya singgah sementara sahaja, tapi selepas berhari-hari masih kekal melepak di hadapan rumah. Ibu kucin agak manja dan tak takut kepada kami tapi anak kucin agak takut2, tengok dalam gambar ni pun ia menyorok belakang pasu.
Saya masih rajin memberi makan sehinggalah 2 atau 3 minggu kemudian, ibu kucing telah menghilangkan diri. Kasihankan anak kucin yang ditinggalkan ibu ini, saya pun membela ia, walaupun ia tidur dan makan di luar rumah, ada masanya di waktu pagi sebelum pergi kerja dan di sebelah petang sebaik sahaja balik kerja saya akan benarkan ia masuk ke rumah dan berkejar-kejaran dan bergomol dengan kucin hitam gemuk saya ni....
Sehingga hari ini, dah lebih kurang 5 bulan saya menjaga anak kucin ni. Saya lupa yang ia datang ke rumah saya pada bulan mei, saya ingatkan bulan jun, jadi saya namakan dia 'Jun' sempena bulan ia datang ke rumah. Saya sangat berterima kasih kepada Jun sebab sejak ia ada bersiap-siaga di luar rumah, tiada lagi tahi tikus di rak kasut saya! Jojo pun tak kesunyian lagi sekarang, walau pun dia tetap tak suka Jun kacau makanan atau minuman ia dan hanya main gomol-gomol bila ada mood aje tapi saya nampak Jojo macam tertunggu-tunggu masa bermain dengan Jun... lepas tu kdg2 Jojo yang lebih-lebih bergomol sampai Jun kepenatan...
Semalam, secara tiba-tiba Jun kemurungan, hanya minum air sahaja, makan langsung tak mau. Lepas minum air, Jun duduk je diam2. Langsung tak aktif. Kesian sangat saya tengok, so, pagi ni saya pun bawak Jun ke klinik.
Balik dari klinik tu saya rasa perjalanan dari klinik ke rumah sungguh panjang dan jauh. Air mata bercucuran. Selama 5 bulan membela Jun saya tak pernah bawak dia pegi klinik untuk cucuk vaksin, kini ianya dah terlalu lewat. Jun disahkan terkena virus yang tidak boleh dirawat lagi. Doc kata biasanya dalam masa 3 hari jer, kucin akan 'pergi' dalam diam. Jun tidak diberi vaksin, jadi badan nya tidak mampu melawan virus ni.
Jun yg nazak dlm carrier setelah balik dari klinik.
Berapa hari Jun boleh survive?
Jun semasa sihat, suka sangat menggigit.
Kadang2 masa tengah sidai baju, Jun gigit kaki orang!
Jojo yg hitam gemuk tu sangat selfish,
tapi Jun kan kucin yg yatim, jadi ia nak menumpang manja,
kat mana Jojo duduk mesti Jun nak menyelit,
walaupun sebenarnya tak muat pun tempat tu.
Aksi-aksi tidur Jun.
Jun, maaf kan lah CikNi ye.
Maaf kerana tidak beri Jun vaksin.
Maaf kerana tidak menjaga Jun dengan betul.
Terkini: di antara jam 5 hingga 5.30 petang ini 30/9/2012,
Jun telah pergi meninggalkan kami untuk selama-lamanya.
Terima kasih Jun,
di atas keceriaan dan kebahagiaan yg telah diberikan selama Jun bersama kami.
Terima kasih Jun,
di atas keceriaan dan kebahagiaan yg telah diberikan selama Jun bersama kami.
Thursday, July 9, 2009
Lagi-lagi cari masalah... hmmm...
Suatu masa dulu dlm blog ini pernah cerita pasal feline. Antaranya post ini dan 2-3 post lagi di bawah label 'Feline'.
Baru-baru ni, aku mengambil seekor kitten yang comel gitu untuk dibela. Memandangkan pengalaman aku yang agak cetek dalam menjaga kitten ni, aku berharap kawan2 blogger boleh bagi nasihat sikit lah.
Masalahnya begini, kitten ni berumur lebih kurang 1 bulan (lahir bulan Jun).
Dekat rumah tuan dulu, ia bebas, tidak dikurung dan sudah semestinya duduk dengan mak dan adik-beradik dia.
Bila aku bela, mestilah aku letak dalam sangkar, pertamanya sebab aku keje dan tiada orang di rumah. Keduanya sbb kitten tu pun x tahu lagi selok belok umah aku tu kan, nanti lepas hilang lah pulak dia... hmm... camne tu? Kalau tak hilang pun, takut jugak nanti dia 'melepas' merata-rata...
Bila dikurung kitten ni ngamuk bagai nak rak, habis digigitnya sangkar2...
Dah letih ngamuk, ia tido....
Bila sedar balik, ia ngamuk lagi... hmmm...
Aku kurung dalam sangkar dan letak kat ruang tamu.
Biasanya masa mengurung ni di sebelah malam, masa kita tido dan masa aku gi kerja di siang hari.
Setakat ni baru 5 hari aku bela dan dia tetap ngamuk setiap kali aku kurung dia.
Tak tahu lah sampai bila dia nak ngamuk ni...
Sangkar pun nak rabak dah....
So, nak tanya pendapat ni:
A. Kurung dalam sangkar di dalam rumah lagi buat sementara waktu ni sampai dia dah biasa dan tak ngamuk lagi.
B. Kurung dalam sangkar tapi dekat luar rumah (alamak ni bila dia ngamuk, bingit, marah lak jiran2)
C. Kurung dalam rumah (tak masuk sangkar) - boleh harap ke dia x melepas merata-rata
D. Lepas je kat luar. Lantak dia lah. - ni yg aku risau makanan dia kena 'share' pulak dgn kucing2 liar lain...
Harap2 kwn2 dpt berikan sedikit pandangan dan nasihat... terima kasih.
*Gambar kitten ni boleh ditengok di sini: http://www.flickr.com/photos/19646052@N00/sets/72157620898918461/ atau di sebelah kiri blog ini (bwh my profile - flickr badge)..

Wednesday, February 4, 2009
Tompok
Hari rabu baru nak cite weekend?
Hampeh...
Last weekend sebenarnya ada kerja-kerja memecah simen kat depan umah aku ni.
Lantai kat laman tu condong ke dalam... bila hujan, air hujan tu akan mengalir ke arah pintu umah, bukannya ke arah longkang atau pagar depan tu...
Leceh, kdg2 kalau mlm hujan lebat, esok pg nengok kasut terendam dalam air...
So, hari sabtu lepas wak & the geng pecah simen...
menahan telingalah kita org satu hari sabtu tuh... sori ya jiran2, apa nak buat kan...
Dipendekkan cite, kelmarin dah settle lah menyimen balik. Aku seronok sungguh tengok ruang dpn umah yg begitu lapang, ye lah, sebelum pecah simen kenalah kemas dulu dan 'parking' brg2 tu kat tmpat lain. Kereta oren tu pun kena park kat luar sebab simen belum cukup kuat nak nampung berat keta tu... Kucing awal2 lagi dah letak cap jari kaki dia kat simen tu... ish geram tul... apa-apa hal pun, kalau korang nak tau, kucing tu dah pergi syurga dah... semalam kena langgar keta, dpn mata aku lak tu (bkn aku yg langgar). Kebetulan masa tu aku berdiri kat tepi jalan dpn rumah. Dekat je kejadian tu, dlm 2-3 meter dari aku...
Terkedu aku dibuatnya tengok badan kucing tu melantun-lantun kat jalan tu sementara nyawa nyer nak keluar, serius nih... macam bola melantun-lantun... lepas tu darah pun terpercik sana-sini... masa tu aku rasa macam kat tangan dan muka aku ada kena titisan air... dalam hati terus berdetik, "darah tu terpercik kat aku ke?".... rupa-rupanya hujan dah turun... terus aku lari ke dalam rumah...
Walau pun aku benci yg amat kat kucing tu sbb selalu beyak & 'sembur' kasut2 kita org tapi aku tetap terkedu dgn permegian tragis nya... Malam sebelum tu, masa kami baru nak masuk tidur, si Tompok (kami panggil kucing tu tompok, kucing tu bukan kami yg punya tapi kucing liar yg asyik dtg ke umah kami ni utk tidur, beyak & kencing, huh!!! Benci!!! Dan PERHATIAN! ada 4 ekor kucing liar yg asyik bertandang ke rumah kami. Yg plg kerap tu si Tompok lah) tu buat hal.. gini cite nyer... baru je aku tutup lampu bilik, tiba2 ada bunyi dentuman kuat kat luar umah... anak aku cakap "basikal jatuh ibu!" Kami pun bergegas keluar rumah. Terus nampak si tompok tu dok kat atas pagar batu... kat sebelah bawah tu, basikal anak aku yg jatuh dan SEEKOR TIKUS TERGOLEK! Confirmed si tompok dah tangkap tikus tu, lepas tu over-excited agaknya gi melompat atas basikal yg kami gantung kat tepi tu (tak leh letak basikal atas lantai sebab simen masih basah, baru dibuat petang tu)...eee.... geram nyer, nasib baik tempat basikal tu jatuh, simennya tak rosak. Anak aku gi buang tikus tu dlm longkang... masa tu si tompok tengok je.. aku sergah dia sekali, terus lari... Esok nya tu baru aku perasan ada merata-rata tompok darah tikus kat atas simen tu... geram! geram! geram!
Sejak kematian si tompok aku terkenang muka dia pandang aku dgn sedih sbb tikus nya tergolek kat lantai... Tompok, semoga kau dpt byk lagi tikus kat syurga sana nun...
Hampeh...
Last weekend sebenarnya ada kerja-kerja memecah simen kat depan umah aku ni.
Lantai kat laman tu condong ke dalam... bila hujan, air hujan tu akan mengalir ke arah pintu umah, bukannya ke arah longkang atau pagar depan tu...
Leceh, kdg2 kalau mlm hujan lebat, esok pg nengok kasut terendam dalam air...
So, hari sabtu lepas wak & the geng pecah simen...
menahan telingalah kita org satu hari sabtu tuh... sori ya jiran2, apa nak buat kan...Dipendekkan cite, kelmarin dah settle lah menyimen balik. Aku seronok sungguh tengok ruang dpn umah yg begitu lapang, ye lah, sebelum pecah simen kenalah kemas dulu dan 'parking' brg2 tu kat tmpat lain. Kereta oren tu pun kena park kat luar sebab simen belum cukup kuat nak nampung berat keta tu... Kucing awal2 lagi dah letak cap jari kaki dia kat simen tu... ish geram tul... apa-apa hal pun, kalau korang nak tau, kucing tu dah pergi syurga dah... semalam kena langgar keta, dpn mata aku lak tu (bkn aku yg langgar). Kebetulan masa tu aku berdiri kat tepi jalan dpn rumah. Dekat je kejadian tu, dlm 2-3 meter dari aku...
Terkedu aku dibuatnya tengok badan kucing tu melantun-lantun kat jalan tu sementara nyawa nyer nak keluar, serius nih... macam bola melantun-lantun... lepas tu darah pun terpercik sana-sini... masa tu aku rasa macam kat tangan dan muka aku ada kena titisan air... dalam hati terus berdetik, "darah tu terpercik kat aku ke?".... rupa-rupanya hujan dah turun... terus aku lari ke dalam rumah...
Walau pun aku benci yg amat kat kucing tu sbb selalu beyak & 'sembur' kasut2 kita org tapi aku tetap terkedu dgn permegian tragis nya... Malam sebelum tu, masa kami baru nak masuk tidur, si Tompok (kami panggil kucing tu tompok, kucing tu bukan kami yg punya tapi kucing liar yg asyik dtg ke umah kami ni utk tidur, beyak & kencing, huh!!! Benci!!! Dan PERHATIAN! ada 4 ekor kucing liar yg asyik bertandang ke rumah kami. Yg plg kerap tu si Tompok lah) tu buat hal.. gini cite nyer... baru je aku tutup lampu bilik, tiba2 ada bunyi dentuman kuat kat luar umah... anak aku cakap "basikal jatuh ibu!" Kami pun bergegas keluar rumah. Terus nampak si tompok tu dok kat atas pagar batu... kat sebelah bawah tu, basikal anak aku yg jatuh dan SEEKOR TIKUS TERGOLEK! Confirmed si tompok dah tangkap tikus tu, lepas tu over-excited agaknya gi melompat atas basikal yg kami gantung kat tepi tu (tak leh letak basikal atas lantai sebab simen masih basah, baru dibuat petang tu)...eee.... geram nyer, nasib baik tempat basikal tu jatuh, simennya tak rosak. Anak aku gi buang tikus tu dlm longkang... masa tu si tompok tengok je.. aku sergah dia sekali, terus lari... Esok nya tu baru aku perasan ada merata-rata tompok darah tikus kat atas simen tu... geram! geram! geram!
Sejak kematian si tompok aku terkenang muka dia pandang aku dgn sedih sbb tikus nya tergolek kat lantai... Tompok, semoga kau dpt byk lagi tikus kat syurga sana nun...
Sunday, December 14, 2008
Tengok pameran...
Korang tahu lah kan, kalau kita nak ajak hubby pergi mana-mana tempat yang kita nak tu bukan senang. Kalau tempat yang dia suka tu tak pe lah jugak kan.
Al kisah nya hari semalam (sabtu) aku asyik lar dok ajak dia pergi tengok satu pameran kat summit usj.
Mula2 mmg dia buat bodo je... tapi pagi ni bila aku tanya, dia cakap ok. Yay!
So, jom lah kita pegi...
Al kisah nya bila sampai kat sana tu, aku pun tanya lar kat kaunter pertanyaan (where else, right?)... sayangnya cik adik manis tu kata tak de pameran kat situ...
Aik? Aku pun dah serba salah rasanya nih. Takut hubby marah ke apa ke... frust pun ada...
Mintak tolong adik aku browse kat internet, dapatkan info pasal pameran tu. Adik aku bagi contact number show manager. By that time, kami dah sampai kat parking carrefour, nak beli barang dapur...
Masa aku nak call show manager tu, hubby kata tak payah lah.
Aku kata, tak pe lar, just asking...
Rupa-rupanya dah tukar venue ke amcorp mall lah pulak...
Aku cakap, jom abangggg...
Hubby diam tapi steering kereta tu pusing jugak keluar dari parking carrefour (kebetulan, masa tu baru dok pusing-pusing cari parking)... Yay lagi sekali!
Ni gambar yang hodoh-hodoh yang aku sempat snap kat pameran tu...
Entah macam mana boleh hilang skill ambik gambar ni entah, berlagak professional konon, huh!
Ni pulak gambar budak kecik tu, suruh posing tak nak lah pulak, tapi kucing yang kat belakang dia tu mmg gebuuuu, namanya Babylon.

Wednesday, November 26, 2008
See ya...
Before...
Momo

Some time in between...
Candy

Today...
Momo and Candy shipped to N9...

Saya nak ucapkan terima kasih kepada mereka yang telah memberi tips pasal feline...
Kepada Umi Ameer dan Abah Najwa, thanks a lot...
Well sekarang ni saya no longer need any tips on how to care the feline sebab semuanya dah shipped to N9 this morning...
Good luck to them with their new adopted family...

Monday, November 17, 2008
Help needed...
Rakan bloggers sekalian,
Sesapa yg berpengalaman menjaga kucing spesis macam Momo ni kan... tolonglah angkat tangan ok...

Saya nak berguru nih... hu hu hu...
Tenkiu.
Sesapa yg berpengalaman menjaga kucing spesis macam Momo ni kan... tolonglah angkat tangan ok...

Saya nak berguru nih... hu hu hu...
Tenkiu.
Saturday, November 8, 2008
Jakun a.k.a. peghak

Inilah 'makhluk' ke-3 dalam umah aku.
Nama dia "Momo".
Sebenarnya aku tak minat pada kucing,
dan aku memang tak setuju dgn roomate nak bela dia ni.
Sebab aku lagi prefer buat baby dari bela kucing.
Kalau roomate duduk di sini okay lah jugak.
Kalau dia nak bela, dia ajelah yg uruskan 'anak tiri' dia tu.
Ni dia dok sinun kat N9,
aku yg kat sini pulak yg kena jaga.
Mula2 tu mmg tension,
tapi bila dah ambik tu terpaksa jugaklah jaga.
Tak jaga pun kira berdosa gak sbb seksa makhluk Allah.
Kucing spesis ni boleh dikatakan spesis 'bengap'
(maaf bahsa ada kasar sket).
Kalau spesis kampung tu mmg lah lasak dan berdikari pulak tu.
Ni lagi bg aku pening kepala.
Last week masa hujan lebat yg amat kat area shah alam tu,
si Momo ni dah jakun semacam,
dok panik dalam sangkar dia,
entah apa lar dia buat,
bila aku balik petang tu dari keje,
barang2 dlm sangkar dia tunggang langgang.
Pastu 2-3 hari dia tak nak mkn dan suka menyendiri.
Bila bawak pegi ke pet shop seksyen 9,
barulah org tu beritau aku gigi dia patah,
gusi pun bengkak dan badan demam.
Huh... jakun betul... sbb hujan lebat hari tu lah.
Agaknya dia melompat macam nak gila dlm sangkar tu sbb takutkan hujan lebat,
sampai patah gigi siong dia tu!
Hidung pun luka.
Ish... kena lah pulak bg antibiotik selama 7 hari.
Dah lar aku mmg tak reti nak handle kucing,
entah macam mana lah aku nak tonyoh ubat tu masuk dlm mulut dia.
Sib baik org pet shop tu demo dulu.
Korang ingat sekali demo tu aku terus terror ke nak bg ubat tu?
Fuh... malas ar nak cite.
Hari ni Alhamdulillah, Momo dah sihat.
Lps kejadian hari tu aku dah pindah kan dia dari bawah porch ke blkg umah.
Sejak dok kat blkg umah ni, dia jadi lagi 'peghak'.
Cuma berani duduk dkt2 dgn sangkar dia aje.
Sekian kisah makhluk ke-3....
Thursday, November 6, 2008
Makhluk?
Salam semua.
Alhamdulillah pada hari selasa baru-baru ini,
tapi aktiviti bertenet belum rancak lagi...
Keadaan kat rumah masih berterabur...
Kepala pun pusing dibuatnya...
Lebih-lebih lagi ada kehadiran 'makhluk ke-3' dlm umah ni.
Makhluk ni yg fizikal tau, bkn makhluk yg supernatural tu...
Kalau spesis supernatural tu, tak terkiralah banyak nyer kan di sekeliling kita.
Cuba pandang kiri atau kanan, nampak tak...
Jangan jatuh kerusi dah ler... (^_~)
p/s ni paham ke emoticon jepun nih? (^_~)
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yg tak terhingga kepada sahabat blog ku, Puan PB di atas pertolongan mu itewww....

Subscribe to:
Posts (Atom)

.png)
.png)

.png)

.png)