Assalamualaikum.
Hai, apa entah tajuk english, blog dalam
bahasa melayu.
Sejak 2 menjak 3 menjak ni, CikNi rajin
melayan blog pulak, terutamanya blog makanan, blog masak-masak, blog resepi dan
yang sewaktu dengan nyer. Terasa rindu pulak nak update blog sendiri tapi nak
update pasal makanan atau resepi memang susah sikit lah... al-maklum CikNi
masak pun tak tahu berapa lama sekali. Masak air je yang hari-hari… muahahah…
BLOG MASAKAN
Dalam banyak2 blog yang CikNi jumpa tu, so
far yang paling memuaskan hati ialah
http://www.koleksi1001resepi.com/. Gambar cantik,
penerangan pun jelas dan mudah difahami. Masakan nyer pun simple, tak lah susah
bebeno nak buat, baru lah orang macam CikNi teringin mencoba. So, yang ini CikNi
bagi 5 bintang… chewah, siapalah CikNi nak bagi bintang-bintang kat website orang
nih? Sesetengah blog tu gambar nyer asyik berulang-ulang. Gambar masakan yang
dah siap pulak tu. Bukan nyer nak tunjuk step by step tapi ada lah resepi yang
ditulis dengan lengkap di bawah gambar-gambar. Oh ya, kalau
http://www.koleksi1001resepi.com/ tadi tu, resepi lengkap tak de tapi bahan dan sukatan
diberikan sekali dengan step-by-step penyediaan masakan tu. Tak kisah lah kan,
janji CikNi paham….
Selain dari blog masakan, CikNi pun rajin
menjengah blog jalan-jalan melancong sana- sini… amboi jeles nyer tengok gambo
orang gi holiday nih… CikNi hanya mampu berjalan di alam maya ni ha.. ko ada?
Hari Ahad 24/6/2012, genaplah my daughter
umor 12 tahun dan untuk pertama kalinya CikNi buat sambutan hari jadi untuk dia....
hah… jangan tak tahu… Tahun2 sebelum ni CikNi belikan kek aje. Kalau ada fulus
lebih, CikNi belikan jajan untuk dia bawak gi sekolah bagi classmate. Jemputan pun tak ramai, seperti biasa, yang wajib dijemput babysitter and family. Adik2 CikNi pun ada, yang dari Jln Kebun, dari PD dan dari Perlis pun ada, kebetulan dia memang melepak kat umah CikNi dari minggu lepas. Kawan2 my daughter adalah dalam 10 orang yang dijemput.
TEMPAHAN KEK HARIJADI
CikNi nak share sikit pasal tempahan kek. Kalau nak tempah kek yang ada decoration, mestilah
5 hari sebelum hari yang kita nak collect kek tu, ini terpakai untuk kek
secret recipe dan jugak
bakers cottage. Kalau tak cukup 5 hari, untuk kek secret recipe, kita boleh bagi gambar yang letak atas kek dan kilang secret recipe akan scan gambar tu dan buat edible pic letak atas kek tapi mestilah order dlm masa
3 hari. Caj tambahan RM25. CikNi dan anak tak suka gambar yang macam tu, so kita order dengan bakers cottage sebab gambar nyer dibuat dengan
jelly. Kalau nak kek 2 kilo atau gambar lebih dari satu character, kena order 5 hari tapi kalau lambat order dapatlah buat kek 1 kilo je dengan satu gambar sahaja. Caj tambahan RM10.
CikNi pilih kek Warmest Chocolate, harga RM68 sebelum tambah dengan gambar kartun
rilakkuma tu. Kartun tu dibuat dengan jeli, memang sedap dimakan. Versi asal kek warmest choc tu warnanya chocolate macam gambar kat bawah ni.
Birthday girl tengah serve kek kepada kawan2.
Menu nasi ayam, spaghetti bolognaise, pisang, nugget ikan, tapai, kek
batik, cupcake, puding, jeli cocon dan birthday cake.
Sempat gantung 6 biji belon jer sebab tukang tiup belon datang lambat.
Janji nyer nak datang awal menolong, huh hampeh...