Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Showing posts with label Work. Show all posts
Showing posts with label Work. Show all posts

Monday, April 7, 2014

Jalan-jalan Kerja: Le Grandeur Palm Resort Johor

Assalamualaikum.

Semangat nak menulis blog masih ada tapi asyik terlupa saja yang saya ni ada blog yang perlu diupdate selalu. Cerita kali ini cerita lama sebenarnya. Dah lama terpendam. InsyaAllah pelan-pelan saya akan ceritakan.

Cerita ni pasal bulan lepas, saya telah diarahkan untuk memberi taklimat kepada pejabat cawangan di Johor. Sepatutnya saya naik flight ke sana tapi disebabkan saya ni memang agak penakut naik flight, maka saya pun pergi ke johor dengan kereta... bukan saya yang memandu pulak tu.... siapa lagi kalau bukan suami tersayang.... Ya, kawan2 blogger sekalian. Jangan terkejut kerana zaman ini masih ada lagi spesis takut naik flight macam saya ni. Kalau boleh pegi dengan kereta, saya akan usahakan. Kalau dah tak ada pilihan sangat,  maka terpaksalah juga saya 'terbang'. Kali terakhir saya naik flight pada 1/7/2013. Masa tu urusan kerja juga ke pejabat cawangan Pulau Pinang. Terpaksa naik flight sebab hubby ada urusan. Masa tu tak keseorangan sebab ada lagi 2 orang rakan sekerja perempuan yang bersama, jadi legalah sikit hati saya ni.  **Eh melalut pulak cerita pasal naik flight**

Perjalanan ke johor lancar sahaja. Kamu bertolak awal dari Shah Alam memandangkan program bermula jam 9 pg. Bila smpai ke Le Grandeur Palm Resort yg terletak hanya beberapa km drpd airport Senai, perkara pertama yg aku terfikir ialah..... cantiknya tempat ni sbb mula2 ingatkan tmpt ni kat ulu mana entah... ops... I'm sorry **gaya Amir RL**

Perkara ke-2 yg aku terfikir/ternmpk adalah padang golf yg kekuningan (bkn kehijauan) iaitu Palm Resort Golf & Country Club. Ya lah kan, dah musim kering melanda semenanjung m'sia, rumput pun dah layu walaupun disiram. **melencong jap ~ bulan feb hari tu pegi ke sebuah loji rawatan air di N9. Lalu dekat dgn sebtg sungai yg merupakan sumber air ke-2 utk loji rawatan air tersebut, sekali pandang ingatkan air sungai keruh (warna kekuningan), dua kali pandang rupa2 nya air sungai kering, yg warna kekuningan tu dasar sungai yg berpasir.... hu hu hu.... teruknya musim kemarau kan**

Sambung blk cerita pasal Le Grandeur Palm Resort ni, interior nya mmg cantik. Tandas pun cantik dan bersih **fakta ini sgt2 penting ok** Ada kolang renang. Ada air pancut di sana sini. Harus diingat, kedatangan ku ini atas urusan kerja, so tak dptlah nak menikmati sgt keindahan tempat ni melainkan fokus kepada program taklimat yg hendak diberikan.


Bawak jugak my daughter ikut sekali. Ponteng lah sekolah pulak. Ingatkan nak bawak abang dia sekali, alang2 bercuti terus ke JB. Sayang nya abang dia masuk pertandingan syarahan di sekolah.  Ok takpa, hal sekolah mesti diberi keutamaan. **Terima kasih kpd my hubby dan Sarah yg sabar melepak dan menunggu seharian**  Tak sempat nak ambil gambar banyak2 sebab masa yang suntuk. Yang sempat ambil ni pun bila program dah habis dan on the way nak ke parking kereta dari convention center.



Program habis jam 5 petang. Itu pun kalau boleh rasa macam nak sambung lagi tapi..... kena fikirkan jugak kawan2 yang dah penat dengar kita bercakap dari pagi. Takut cikgunya semangat nak mengajar tapi anak murid dah semangat nak balik jer.... hahahah.... Cerita di Johor ni belum habis lagi tau. InsyaAllah akan bersambung di lain siaran. Sudi-sudikan lah menjengok lagi di sini ya. Wassalam.



(^_^)V Terima kasih



Sunday, December 15, 2013

Jalan jalan kerja (Day 2: Manjung, Ayer Tawar, Bandar Seri Iskandar, Batu Gajah)

Jalan-jalan Kerja Catatan  perjalanan pada hari Khamis 12/12/13.

Hari ini kami bangun dengan segar selepas dapat merehatkan diri semalam. Memang tido lena sebab dah kepenatan. Selepas check-out, kami singgah di gerai tepi jalan untuk sarapan. Kedai yang kami singgah ni memang best, sebab pukul 9 lebih pun lauk-pauk nya dah penuh, dah boleh nak lunch pun. Harga memang murah dan rasanya memang memuaskan.





Selepas bersarapan, kami pergi ke sebuah kedai menjual barangan laut yang terletak berhadapan dgn hotel blue bay. Nama kedai ialah Perniagaan Borong dan Runcit Hasil Laut Tarmizi dan Zalina. Kedudukan kedai ini dekat sahaja dengan pekan Lumut, nak parking pun mudah sebab tempat parking banyak. Layanan pun mesra. Barang2 adalah yang baru, bukan barang yang dah nak expired tau. Lebih molek shopping di sini berbanding dengan kedai2 di pekan kerana di pekan susah nak parking dan barang pun so so aje. Mungkin boleh google untuk dapatkan alamat tempat, saya lupalah alamatnya.




Selepas sarapan dan shopping kami meneruskan perjalanan ke pekan Manjung, Ayer Tawar, Bandar Seri Iskandar dan Batu Gajah. Tugas membeli-belah hari ini menjadi lebih mencabar sebab saya sakit kepala yang amat sangat. Dah telan 2 biji actifast pun macam tak berkesan juga.

Kami singgah untuk makan tengahari di gerai makan Batu Gajah. Makanan so so je tapi no complaint lah sebab ni pun gerai so so. Gambar dah tak teringat nak snap pdhal semalam dah berazam nak ambil gambar byk2 hari ni. Bila kepala sakit, dah tak berapa nak boleh focus dah buat keje apa pun…. sabar sabar…..

Cepat-cepat saya habiskan tugasan dan kami sampai di ipoh lebih kurang jam 3 petang.  Terus mencari hotel, cari punya cari, pusing punya pusing, akhirnya dapat check-in di Hotel Impiana. Kalau semalam kami terpaksa tidur di budget hotel, malam ini Syukur Alhamdulillah kami dapat tidur di hotel 4 bintang. Di ipoh tiada masalah nak cari hotel berbanding di Lumut kerana hotel banyak, asalkan harga bilik tidak melebihi kelayakan yang saya dapat, tiada masalah hotel berapa bintang pun nak duduk. Lagi satu kan, lebih murah kalau book hotel di talian, contohnya melalui agoda. Kalau impiana ni kan, book online dpt rm180 tapi kalau walk-in dpt rm245, beza kan? Hotel ni ada swimming pool tapi tak sempat pun nak berendam dalam air. Free wifi jugak tapi signal agak lemah, mungkin sebab kami duduk di tingkat 8 kot. Hotel nya cantik. Staff peramah. Bilik besar dan selesa. Pada hari jumaat, staff lelaki tidak mengira bangsa dan agama memakai baju melayu hitam, bersongket emas. Sayangnya staff wanita tidak pula berbaju kurung atau kebaya.




Selepas check-in kami berehat-rehat di bilik sahaja sehinggalah selepas maghrib. Sakit kepala pun dah hilang. Selepas maghrib kami pergi ke rumah kawan suami di Ulu Kinta. Seronoknya dapat makan masakan rumah, memang terasa sedap sangat. Selama 2 hari perjalanan kami ni, inilah makanan yang paling sedap. Syukur Alhamdulillah. Even, buffet breakfast di hotel keesokkan hari nya x dpt nak lawan kesedapan makan di rumah kawan kami ni. Menu biasa tapi taste superb! 



Lepas makan, kami bersembang sehinggalah jam 11 malam. Kami sepakat nak balik rehat di hotel jer, x jadi lah nak ke mana-mana lagi. Petang tadi memang teringin nak ronda2 kat ipoh, tapi takpelah, mungkin lain kali jer lah… Esok nak sambung lagi ke 3 destinasi; Kampar, Tapah dan Tanjung Malim. 





Terima kasih
*(^o^)*



Gambar di dalam entry ini menggunakan aplikasi PhotoGrid.

Wednesday, December 11, 2013

Jalan jalan kerja (Day 1: Kuala Selangor, Sg. Besar, Sabak Bernam, Teluk Intan)

Jalan-jalan Kerja Assalamualaikum.

Di hari yang indah ini, 11/12/13,di kala rakyat Selangor menyambut Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor, maka bermula lah jalan-jalan kerja saya. Rancangan asal ialah ke Terengganu dan Pahang tetapi disebabkan banjir, maka ditukarkan kepada Selangor dan Perak.

Perjalanan kami bermula agak lewat. Jam 11 lebih barulah bertolak dari rumah (sepatutnya jam 9 pg). Destinasi pertama kami ialah pekan Kuala Selangor. Perut berkeroncong sebab tak sempat breakfast pun. Cuma sempat minum secawan kopi gano. Setibanya di sekinchan, betul2 di traffic light berhadapan dengan balai polis, kenderaan dari arah kami langsung tidak bergerak. Rupa2 nya ada kemalangan maut yang melibatkan sebuah 4WD dan sebuah motosikal. Yang mautnya tu tidak lain tidak bukan adalah penunggang motosikal. Naghuzubillah semoga kita dijauhkan Allah dari kemalangan sebegini dan apa jua kemalangan.

Di kuala Selangor, kami singgah di sebuah restoran nasi ayam. Nama kedai Nasi Ayam G-e-m-a-s. Selain dari nasi ayam, western food pun ada, sizzling pun ada, pelbagai nasi goreng pun ada. Saya dan Hariz order nasi ayam. Saya dapat  nasi ayam dengan semangkuk sup, sos cili bwg putih, ayam dan 2 potong timun. Tak ada daun salad dan tak ada tomato. Ayam pun hangit tapi lapar punya pasal habis jugak semuanya.  Suami saya dan sarah pula order sizzling mee. So so jer lah mee tu. Dah lapar sangat, habis semua!


Ayam hangit pun siapa peduli, perut laparrrr!!!


Selesai makan, terus mulakan tugas. Sebenarnya tugas saya ni lebih kurang macam pembeli misteri yang selalu dibuat oleh restoran makanan segera. Tak tahu? Macam ni, HQ restoran makanan segera contohnya seperti K-F-C akan menghantar seorang pembeli misteri untuk membeli makanan di restoran mereka sendiri. Pembeli misteri itu akan membuat penilaian ke atas service yang diberikan oleh restoran tersebut dari segi masa yang diambil untuk dilayan, suhu, tekstur dan rasa ayam goreng yang dibelinya, dan macam-macam lagi kriteria yang dinilai. Biasanya staff dekat restoran tu memang tak tahu siapa pembeli misteri dan bila dia akan datang.

Macam saya ni pulak, saya telah ditugaskan untuk membeli beberapa barang di pekan2 yang saya pergi ni. Tak kisah lah saya nak beli kat pasaraya ke, hardware ke atau kat mana2 kedai sekali pun, yang penting, jenis dan jenama barang yang perlu saya beli dengan peruntukan yang telah diberikan. Tahun ni saya hanya perlu keluar 1 trip saja, itupun sekadar untuk membantu rakan sepejabat saya yang lain. Mereka keluar hampir 2 kali dalam sebulan untuk ‘membeli-belah’. Ni dah hujung tahun, nak kena capai target membeli, saya pun kena lah membantu. Semua barang yang kami beli akan disemak dari segi teknikal samada ianya mematuhi undang2 atau pun tidak.

Selepas kuala Selangor, kami singgah ke sg. Besar, sabak bernam dan teluk intan. Penat juga membeli belah ni tau… heheheh…  Di sg besar, kami sempat singgah untuk membeli kerepek. Macam-macam kerepek ada dijual di tepi jalan di sg besar ni. Yang saya beli ni 4 pek RM10. Pek besar pun ada tapi saya beli yang kecil sebab lebih senang nak habiskan. Sekali makan habis 1 pek. Tak payah nak susah hati kerepek tu nanti masuk angin.




Nak masuk ke teluk intan, kami sangkut dalam jem hampir 1 jam di jalan dato maharajalela. Rupa2 nya ada kerja-kerja membaiki jalan. Teluk intan ialah destinasi membeli belah yang terakhir untuk hari ini. Kami akan bermalam di lumut. Sepatutnya nak pegi ke lumut kena lalu jalan yang sama. Alamak, stressnya nak lalu jem tu sekali lagi. Badan pun dah penat sangat ni. Akhirnya kami pegi ke lumut ikut kpg gajah dan highway express ipoh-lumut. Laluan ni lebih jauh dari jalan dato maharajalela tapi lebih mudah kerana tiada jem. Perjalanan ke lumut terasa seperti tak sampai sampai. Rasa pening, nak termuntah semuanya ada. 

Akhirnya bila dah sampai di lumut, kami terus mencari restoran dan singgah di D-W-a-r-i-s-a-n. Menu standard kami sekeluarga ialah ikan siakap sweet sour, tomyam capur, sayur kalian ikan masin dan sotong goreng tepung. Makanan di sini so so sajer lah. Memang rezeki kami hari ni dapat kedai makan yang so so. Sayur kalian nya sikit sahaja, yang banyak ialah ikan masin dan bawang besar dan ini pertama kali saya jumpa ayam dalam lauk sayur kalian ikan masin! Kami semua lapar, semua lauk habis! Harga untuk 4 orang makan ialah RM60.

Selesai makan, kami walk-in ke sebuah hotel shop lot beberapa minit dari restoran tu. Ada 7-E yang di bawah hotel ni. Kami tidur bilik twin king pada harga RM128. Ha…. Murah sahaja, tak perlu gi hotel mahal. Hotel boutique ke hotel budget tak tahu. Hotel ada wifi okay. Bilik nya pun besar. TV pun flat screen. Cari-cari channel yang tunjuk majlis berinai Rozita Che Wan tak jumpa pun.....Saya ingat nak rehat jer ni… Nama hotel ni Valley View Hotel yang beralamat di No. 17 (Tkt Atas), 18 & 19, Jalan Batik Puteri 1, Taman Batik Puteri, Lumut, Perak. Terdapat lagi cawangan hotel yang sama di Lumut, yang mana lokasinya lebih dekat ke arah jeti Lumut iaitu di 35 & 36, Persiaran Pantai Impian, Pantai Impian, Lumut.

Hotel Valley View.
Unit kedai di bawah hotel adalah 7-eleven. 




(-_-)zzz

Entry yg kurang gmbr mmg x menarik kan.....
Ingat tulis novel ke? :-p

Thursday, September 26, 2013

Safety Officer bercuti


Dalam entry yang sebelum ini saya cerita pasal kakak ipar yang pergi menunaikan haji kan.... jadi bila dah sedara-mara datang berkampung di rumah saya + kena bawak pergi shopping sana sini, of course lah saya kena ambil cuti.

Tengah seronok2 membeli belah di GM Kelang, ada kawan saya telefon. Katanya "makmal terbakar ni, ko kat mana?" Bila saya bagitau dia yang saya cuti, dia cakap "macam mana ni pegawai keselamatan bercuti, makmal terbakar ni" 

Saya tanya dia samada ini betul2 ke main2... sebagai bukti dia hantar gambar kat bawah ni (dan gambar2 lain yang tak boleh saya tunjuk kat sini, P&C okeh)...... alamak, macam mana ni... terus saya telefon bos. Syukur Alhamdulillah bos saya telah pergi ke tempat kejadian. Kalau tidak ni terpaksa lah saya masuk kerja. 

Terima kasih bos!
 I lap u!!! 
(^3^)





Wednesday, January 30, 2008

Berita hari ini

Joe Penang (dan lain-lain rakan bloggers juga), memang betul sepatutnya saya buat solat istikharah sebelum saya hantar borang tapi memandangkan saya tak buat (dah lupa dah pasal apa), masa saya hantar borang tu sekali dengan berdoa, semoga Allah permudahkan jika baik dan gagalkan jika sebaliknya.

Berita terkini yang saya dapat hari ini - tempat yang saya nak pergi tu memang ada kekosongan tetapi saya dah terlewat sedikit, dia orang dah keluarkan offer letter pada orang luar yang datang interview. Sebenarnya, bukan saya yang lewat pun. Saya dah lama submit pada HR borang tukar saya. HR yang lambat forward nama saya kepada department sana tu.

Walau bagaimanapun, mesyuarat jawatan kuasa untuk hal-hal pertukaran ni akan diadakan esok tapi dah tahu la jawapan nya - macam mana nak tukar kalau tak ada kekosongan?

Inipun petunjuk dari Allah… saya pun dah faham, bukan rezeki saya.





Update:
Sebenarnya baju anak saya ni tak tahu terkena apa. Warnanya hijau gelap, berminyak dan pekat, macam bergetah. Baunya macam bau minyak/chemical yang digunakan untuk mechanical part. Masa balik kampung baru-baru ni, kami berhenti kat R&R. Masa tu la anak saya sandar kat kereta orang.

Saya dah cuba basuh. Bila terkena sabun, benda hijau tu tukar jadi coklat. Lepas basuhpun tak ada apa-apa perubahan kecuali warnanya (hijau jadi coklat). Yang teruknya benda tu tak kering, dia masih ada macam melekat-melekat gitu.

Terima kasih di atas petua2 yang diberikan, saya akan cuba InsyaAllah hari ni. Nanti saya bagi update lagi ya.

Friday, January 18, 2008

Berbelah bahagi

Kdg2 walaupun kita excited dapat kerja baru tapi dalam hati kita tu ada jugak rasa macam berbelah bahagi.

Kita rasa sayang nak tinggal officemates yang dah lama kenal dan yang dah mesra (kalau officemates kita ok, kalau tak ok tak kisah lah). Officemates baru nanti tak tahu pulak macam mana perangai nya. Boleh serasi ke?

Kalau kerja baru kita tu di tempat lain, may be kita kena berpindah. Lantas kita rasa serba salah juga nak sewakan rumah kita kepada orang lain. Kita kena jugak fikirkan pasal anak2 kita yang perlu ditukarkan sekolah. Banyak jugak yang nak kena uruskan; bas sekolah, babysitter, urusan bertukar sekolah, sewa rumah baru, packing barang, angkut barang, pindah.........

Macam mana pulak kalau kat tempat kerja baru tu kita kena tukar rutin; daripada tak perlu travel kepada selalu kena travel ataupun dari selalu travel kepada kena duduk office sepanjang masa? Boleh ke kita adjust dengan suasana kerja baru tu nanti?

Banyak perkara yang difikirkan... banyak soalan tapi tiada jawapan...

Permohonan pertukaran aku tu masih pending. Kena tunggu mesyuarat pembangunan sumber manusia dulu. Lepas tu baru dapat keputusan.

Mula2 tu hubby macam excited jugak pasal idea nak pindah ke senawang tapi tak berapa lama selepas dia kerja kat sana, dia cakap "Tak pindahpun tak apa"

Sayangnya aku dah pun buat permohonan pertukaran. Kalau tiba2 nak batal tanpa sebab pun susah jugak. Ini bukan kali pertama aku mohon tukar. Kali pertama dulu aku mohon ke penang tapi tak mendapat sokongan dari pengurusan. Masa tu memang aku nak sangat keluar dari tempat office sekarang. Tak tahan sangat stress. Bila hubby ada ura2 nak mohon kerja kat sebelah utara, terus aje aku sokong. Bila permohonan aku kena reject, aku terpaksa accept yang rezeki aku kat sini, kat shah alam.

Lepas tu boss bertukar. Kita orang macam rasa baru dapat kemerdekaan. Aku pun dah ok dah, dah happy dengan boss baru, tiba2 tukar pulak lagi sekali boss. Kali ni aku sungguh2 tak happy. May be sebab aku belum serasi lagi dengan boss baru ni. May be aku belum faham dia. Tak kiralah apa jua rational nya, aku tetap rasa stress. Aku memang tak suka kerja kat sini lagi. Lebih2 lagi aku buat kerja yang sama for 8 years! Lepas tu ditambah pulak dengan memangku kerja boss. Maklumlah boss kan baru lagi kat department ni, dia pun masih blur lagi dengan function kat sini. Ini semua ayat penyejuk hati sebenarnya. Dah masuk 6 bulan ni, takkan blur lagi......

So, lagi sekali aku mengambil kesempatan di atas kerja baru hubby di senawang sebagai alasan untuk keluar dari office sekarang. Kdg2 aku fikir, tak kisahlah walaupun banyak perkara perlu diuruskan, asalkan aku dapat keluar dari kepompong ini!

Aku ambil kesempatan ini juga sebagai alasan untuk pindah dari rumah sekarang. Rumah yang dikelilingi dengan jiran-jiran warga asing. Nak naik lif pun tak berani naik sorang2. Nak bagi anak main2 kat luar pun tak berani. Nak bagi main kat taman permainan kanak2 lagilah tak berani sebab sebelahnya tu gelanggang sepak takraw tempat dia orang dok beriadah setiap hari.

Bila difikirkan, sayang jugak nak tinggalkan rumah ni. Dulu bukan main excited nak pindah masuk ke rumah sendiri tapi rupa2nya begini jadi nya... sungguh mengecewakan bila hari pertama pindah, tengok2 jiran kami warga dari myanmar....


Macam yang aku dah tulis awal2 tadi... soalan nya banyak, nak pindah ke tidak, nak tukar ke tidak, serasi ke tidak, seronok ke tidak, ok ke tak ok?

Bila di persimpangan, nak belok ke mana? Kiri ke kanan?

... tapi jawapan nya aku tak tahu....

Namun, hanya Allah sahaja lah yang Maha Mengetahui apa yang baik untuk kita dan apa yang tidak.... Ya Allah, berikanlah pada ku petunjuk...

Tuesday, January 8, 2008

Bulan Mengisi Borang Penilaian

Ish... boringnyer kan, kalau asyik datang blog ni tapi asyik baca cerita yang sama sebab blog tak update (itupun kalau orang rajin datang, yang sudi datang tu TERIMA KASIH diucapkan).

Bulan Jan ni biasa la, bulan menyediakan borang penilaian prestasi. Kenalah isi borang yang boleh tahan tebal nya (walaupun dah dinipiskan sedikit berbanding tahun lepas). Kenalah refer balik SKT (sasaran kerja tahunan) dan compare target dengan achievement.

Aku dan 2-3 orang officemate ni cepat aje dah siap. Ala... cut and paste je dari borang SKT, bukan susah pun.

Sebenarnya kita orang boring sebab kena isi borang tu setiap tahun. Balik-balik macam tu je lah result nya kan... gitu-gitu ajelah... ingat senang ke nak dapat tahap Cemerlang, Gemilang apatah lagi Terbilang... (after all, kerja pun gitu-gitu aje kan? Ngaku ke tak ngaku?)

Namun....

Aku sangat beryukur, kalau berbanding dengan orang2 lain dalam opis aku ni, penilaian bos terhadap aku cukup untuk melayakkan aku naik pangkat setiap cukup tempoh (every 3 years). Kalau jengok2 kawan2 yang kat opis lain tu, ada yang kena tunggu 4 tahun, ada yang kena tunggu 5 tahun... mmm... ada jugak yang masuk lambat dari aku tapi dengan pangkat yang lebih tinggi tapi sampai sekarang pun masih di tahap itu jugak...



Itu bos yang dulu. Aku selalu komplen2 pasai dia pun tapi bila time penilaian ni dia bagi aku baguih punya result. Kdg2 tu aku pikir aku tak layak dapat pun... tapi jangan salah sangka, bukan nya dia bagi aku tahap 'Cemerlang' pun, dia bagi aku rating 'Memenuhi Keperluan'. Tak pernah lagi aku dapat 'Cemerlang' setakat ni.. tapi aku tak kisah pun... kenaikan gaji tahunan sama je, tak kiralah kalau kita dapat rating Cemerlang ke, Memenuhi Keperluan ke, Melebihi Keperluan ke atau lain2 rating.... sebab kenaikan gaji tahunan diberi sama rata berdasarkan gred. So, yang nak dikejar tu gred lah. Kalau dapat rating elok (i.e. Memenuhi Keperluan dan ke atas) maka every 3 years layak untuk duduk exam dan masuk interview untuk naik gred. Alhamdulillah, every 3 years dalam tempoh 7 years dalam perkhidmatan aku di sini, aku dicalonkan untuk naik gred. Gred yang ada sekarang ni masih dalam tempoh evaluation. Kalau aku dapat rating bagus, akan confirm lah gred baru aku tu (dan dapatlah backdated gaji untuk gred baru dari July 07 sampai sekarang.. muahahahahah!!!)


Kalau nak tahu, rating 'Memenuhi Keperluan' tu markahnya 90-100, this year, based on my achievement, macam impossible nak dapat markah dalam julat tu sebab ada beberapa target yang aku tak dapat achieved last year.

Walau macam mana pun nanti...... apa jua keputusan nya, itulah rezeki aku, yang akan aku terima dengan penuh keredhaan.

Thursday, November 22, 2007

Tukau Keje

Sebab dah janji dalam entry sebelum ni, maka kenalah aku tulis jugak. Pasal hubby la.

Dia tu background mech. eng. dan experience dalam bidang manufacturing. Dah lama dah dia kerja kat kilang. Akupun memang menggalakkan dia tukar kerja dulu sebab tengok dia macam dah tak semangat kerja. Kilang tu dulu, bonus pun sikit compared to kilang2 multinational yang lain. Increament pun sikit sangat sebab ada pilih kasih. Bila ada orang berhenti, bukan dia nak naik kan my hubby tapi employed orang baru dgn pangkat yg lagi tinggi tapi tak ada experince dalam bidang tu.

Kebetulan kawan hubby nak cari staff dari bidang technical untuk bantu dia orang kat insuran. Hubby pun mohon dan dapat. Sebenarnya ramai client yang pelik bila tahu my hubby tu engineer sebab rasa-rasanya dia lah sorang aje yang engineer kerja kat insuran broker. Sebenarnya dia orang tu nak somebody yang technical untuk oversee kerja2 yang technical jugaklah. Selama ni kawan hubby (dia tu GM) dok pergi melawat tapak & dengar briefing from vendor/client etc susah sikit nak digest lah, malahan tak tahu pun kalau kena temberang ke hapa... entah apa yang my hubby dengan kawan dia tu berpakat, last2 keluarlah syarat compesation 6 months salary in lieu if my hubby decided to resign before 2009. Geram betul lah aku. Why promise something like that?

Dah setahun hubby kerja kat insurance broker tapi dalam hati dia macam tak berapa seronok (walau pun dia seronok dapat kawan baru, dapat experience, dapat travel), may be sebab kerja tu tak serasi dengan dia kot... tu yang dalam masa setahun ni dah 2-3 kali dia pergi interview kat tempat lain tapi tiap2 kali pun batalkan hasrat untuk resign sebab syarat compesation 6 months salary in lieu tu.

Masa cuti sekolah dalam bulan 8 dulu kot, masa kami pergi makan kenduri kat N9, kebetulan rumah pengantin dekat dgn rumah kwn dia, langsung kami pun singgah menjengok kawan tu. Dia cakap ngan hubby kat kilang dia kerja tu ada vacant post dalam bidang hubby. Aku memang galakkan hubby pergi interview dan kalau offer dia bagus dan worth-it, apa salah nya resign...

Alhamdulillah hubby dapat offer tu. Tak ada lah tinggi sangat gaji dia, tak leh lawan gaji Ordinary Superhero or Atiza tapi memang good offer (x1.6 dari gaji dia sekarang ni). Yang paling penting sebab dia dapat jawatan yang setelah sekian lama dia kerja kat kilang tapi tak dapat-dapat. Peluang kerjayapun nampak cerah.

Alhamdulillah, dipendekkan cerita setelah puas membuat rayuan, akhirnya hubby dapat resign dengan bayaran hampir 3 bulan gaji. Tak pa la, nanti cover la balik dengan gaji kat tempat baru tu. Dalam 5-6 bulan dah dapat cover dah tu.

InsyaAllah bulan 12 ni hubby akan mula kerja kat tempat baru. Aku doakan dia berjaya kat situ. Terima kasih sekali lagi kepada rakan blogger yang wish my hubby success & wealth.

Thursday, November 8, 2007

Lanjutan

Ini kira lanjutan entry yang terdahulu...

Aku dah cerita dua-tiga kali dah sebelum ni, tapi tak pelah, cerita lagi sekali kan...

Memang aku bercita-cita nak jadi lecturer tapi tak boleh sebab kalau nak jadi tutor dekat IPTA(mula2 tutor dulu, dah ada phd baru jadi lecturer) kena dapat CGPA 3 point & above masa degree dulu... so, walaupun aku dah ada master, tak dapat jugak aku nak mohon... tak percaya? Pergilah tanya kat IPTA nun... cuba baca iklan pensyarah kat mana-mana IPTA, itu adalah salah satu syarat nya...

Memang aku frust sangat. Malah, terasa membazir pulak aku belajar master sebab tak dapat digunakan. Sijil master tu pun buat hiasan saja lah sebab kerja sekarang pun tak perlu kan master, so tangga gaji masih ikut kelayakan degree.

Apa yang aku cuba sampaikan dalam entry sebelum ni ialah.... kekaguman aku ke atas staff baru yang jadi trainer tu... korang perasan tak selalu trainer ni pakcik atau makcik yang dah pencen, lepas tu buat free lance? perasan tak?

Selalu kalau aku attend training, mesti aku dok kagum kat trainer tu... aku ni jenis orang yang mengkagumi orang yang berilmu... so, bila tengok trainer tu dok mengajar, aku rasa kagum. Dalam hati aku teringin nak jadi orang yang berilmu, kelak dapatlah aku pergi mengajar. Cuma bila aku tengok staff baru atau budak kecik tu ngajar, aku jadi pelik sebab muda-muda lagi dah jadi trainer....

Budak kecik tu buatkan aku terfikir... takkan aku nak tunggu pencen nanti baru nak pi buat free lance jadi trainer? Kenapa tak start sekarang? After all adik aku yang dok kat PD tu ada company yang dok arrange for training and team building session. Bayaran untuk trainer boleh tahan iaitu dalam lingkungan RM1k sehari... itu lumayan tuh!

Malangnya setakat ni aku tak ada confident nak pi bagi training/ceramah... apa sangatlah ilmu yang ada pada aku ni... tapi adik aku cakap "dia orang tu temberang aje lebih" Ye ke dik?

Setakat ni pengalaman aku dalam training/ceramah adalah:

beberapa kali bagi ceramah kualiti kepada staff baru (sesi induksi) masa kerja kat kilang dulu
3 kali sesi tutorial kepada peserta ICC di tempat kerja sekarang
1 kali ceramah kualiti untuk budak-budak sekolah menengah di daerah Grik, Perak bulan 8 yang lepas

er..... itu saja la kot....

Jadi, kalau ada antara you all ni yang biasa jadi trainer/penceramah, sudi-sudikanlah berkongsi tips di sini...

Friday, August 31, 2007

Catatan Part II

Entah kenapa tak ada mood pulak nak sambung catatan ni, cuma quick update; report mengenai 'kecaiaran milo' (as Diyana quoted), Abang telah buat report:

"Milo yang Ayah buat sama macam yang ibu buat"

Wednesday, August 29, 2007

Catatan Part I

Catatan 27 Ogos 2007 Jam 10.31 malam

Tengah menaip kat laptop ni ha, sambil menonton TV1. Sorang-sorang la apa lagi. Kat rumah rehat Gerik. Bayaran RM80++ semalam. Esok pagi-pagi lagi dah nak check-out. Lepas tu pergi sarapan. Lepas sarapan barulah pergi ke sekolah yang berkenaan.

Tadi pergi dinner kat satu restoran tu. Namanya restoran haji ad@m. Kami bertiga aje. Myself, kakak coordinator dan driver. Masing2 order lah nasi goreng kegemaran masing2. Lepas tu aku order satay 15 cucuk. Dah selesai makan nasi goreng, satay belum sampai lagi. Tunggu sekejap. Pastu malas dah nak tunggu, kami pun bayar nasi goreng. Masa bayar tu kami cakap la dengan adik waiter tu kata nak cancel order satay, adik waiter tu cakap kena beritahu kat pakcik satay tu sendiri. Ekeleh... lepas dapat duit baki kamipun blah aje terus, tak kuasa nak beritahu kat pakcik tu. Itu namanya tak ada rezeki makan satay.

Okaylah, nak ulangkaji sikit tengok apa nak cakap kat budak2 sekolah esok pagi.

Best nyer kalau dapat connected malam ni tapi rumah rehat mana ada wifi wei....

......catatan ni akan bersambung

Monday, August 27, 2007

Outstation lagi...

Oh yea…. cuti sekolah dah habis…so back to school ya murid-murid.

Ada yang berjalan sakan tapi kami tak pergi ke mana-mana pun. Itu yang boring tahap gaban tu. Setakat dok berulang-alik pergi Alam Sentral, SACC, Kompleks PKNS. Boringnya. Ayah dia pulak hari Sabtu pergi opis, hari Ahad pergi tolong kawan yang berpindah rumah. Bila ayah dia tak ada, pendek lah sikit kaki kami, pergi yang dekat2 aje lah…. Ada hikmahnya jugak, hari sabtu & ahad aku berkemas rumah sakan, cuci sawang, cuci kipas, sapu lotion kat perabut (jati), pindah sofa ke sana, pindah meja ke sini…. biasalah, hobi orang perempuan.

Hari ni aku nak kena outstation lagi. Tidur kat Gerik. Program tu esok pagi. Petang esok dah balik ke Shah Alam dah. Aku terkenangkan trip aku ke JB baru-baru ni. Masa tu kenalah minta bantuan hubby untuk siapkan anak2 ke sekolah. Balik dari JB, aku pun interview lah dia orang, macam mana? Ok ka ayah?

Yang kelakar nya tu Adik cerita Ayah buat milo (untuk sarapan sebelum ke sekolah) CAIR…. Adik kata dia nangis (bukan melalak pun, cuma meleleh air mata, sikit aje tu). Hai budak2 ni, ayah buat milo cair pun dah sedih. Masa tu baru teringat kat milo yang ibu buat ya….

Nanti nak kena pesan kat hubby sukatan untuk buat milo dia orang esok pagi….. heheheh

Wednesday, August 22, 2007

Outstation

Kalau korang nak tahu, dari awal tahun ini, baru bulan ogos ni aku kena pergi outstation (kerja). Sebelum ni, paling jauh pun aku pergi setakat PJ aje. Last week aku kena pergi JB untuk menghadiri konvensyen ini:




Pergi 16hb. pagi dan balik 17hb. tengahari. Itu yang tido semalam kat sini (dah cerita kat entry sebelum ni):


Tempat kerja aku hantar 3 kumpulan ke konvensyen kali ini. Ahli kumpulan tak stay for dinner pada 16hb. malam sebab 17hb. pagi ada function pulak kat HQ, yang ada pun cuma wakil kumpulan dan wakil dari cawangan. Dengan tak disangka-sangka salah satu kumpulan telah mendapat tempat ke-2 dalam konvensyen tu! Alamak! Wakil kumpulan tu cuma 2 orang sahaja, macam mana ni? Kesudahannya kami kena lah menyamar… heheheh… kena naik pentas, salam dengan menteri. Kalau kumpulan lain semua pakai uniform @ baju sedondon,, kumpulan penyamaran kami ni macam2 warna dan rupa ada. Tak kisahlah… belasah je.....


Minggu depan kena outstation lagi. Kali ni kena pergi Gerik pulak. Ada tak kawan-kawan blogger dari area sana?

Friday, August 17, 2007

I am here Thursday-Friday





Sayangnya bilik yang besar, selesa dan cantik ini hanya dihuni oleh aku seorang.

(kalau manusia aku seorang ajelah, kalau makhluk di alam ghaib tu Wallahualam, depa ada di mana-mana kan... heheheh... aku tak kisah....)

Bestnya kalau boleh bawa family bersama.

Monday, July 30, 2007

Berhijrah

Terima kasih kepada rakan blogger yang sudi menjengok saya walaupun saya dah tak sempat nak bloghop dan jawab komen dalam entry yang sebelum ini. Harap2 nya lepas ni saya boleh ber-blogging seperti biasa. Alhamdulillah, batuk & kahak saya telahpun berkurang tapi masih ada lagi, belum sembuh sepenuhnya. Antibiotik masih ada, esok last.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Semalam ex-kawan sekolah + ex-kawan dekat U + ex-kawan sama tempat kerja + owner pusat tuitions called aku. Dia nak pergi ke B@hra1n. Nak jadi jiran Lollies la tu. Suami dia dapat kerja kat sana. Alhamdulillah, aku tumpang bersyukur. “Dah ada peluang tu, pergi lah”, macam bagus aje aku nasihat kat dia. Bukan apa, kontrak 2 tahun tu bukan lama sangat. Dia pun tak ada anak. Pergi pun berdua aje, tak kacau sapa2. Pusat2 tuition dia tu diamanahkan pada adik ipar dan pekerja untuk diuruskan.

“Kalau hubby hang nak minta pun boleh, banyak depa nak pakai orang”, bersungguh-sunggu dia dok ajak aku.

Sayangnya tak boleh. Hubby dah tersilap langkah. Dulu aku bukan main seronok lagi dok cerita kat blog pasal hubby yang dah dapat tukar kerja dari kilang kepada office. Ada satu saja yang tak kena dalam keseronokan aku tu. Satu hari, bila hubby tunjukkan appointment letter dia, aku bukan main terkejut lagi. Kalau nak berhenti kena notis 6 bulan! Alahai… baru2 ni pun hubby ada peluang untuk berhijrah ke syarikat lain dengan gaji yang jauh lebih tinggi tapi bakal majikan dia cakap, “Selepas 6 bulan, saya pun dah tak ingat lagi pada you”, maknanya dia orang tak sanggup la nak tunggu 6 bulan untuk hire dia.

Next time make sure dapat appointment letter dulu baru decide nak accept atau tidak.

Next time kena berfikir panjang dan jangan berani nak ambik risiko macam tu.

Dalam dunia sekarang macam-macam boleh jadi.

Wednesday, July 11, 2007

Lemah Badan

Sebenarnya aku bukan sakit apa-apa yang serius tapi macam KakLuna cakap tu lah kan, macam symptom orang ngandung aje.

Bila balik dari kerja, badan rasa letih sangat. Tidur awal. Kalau cuba nak stay-up lebih dari 9.30 tu dah teruk sangat dah. Kadang2 tu dalam dok tunggu waktu Isyak, aku tertidur sampai terjaga pukul 4 pagi esoknya tu...

Dah masuk minggu ketiga aku sakit tekak dan selesema. Aku belum pergi klinik lagi (teruknya!!!) sebab aku tak berkesempatan. Habih tu? Kalau balik rumah aje badan lembik dan tak larat, macam mana nak pergi klinik. Lagipun ubat selesema dan ubat batuk ada kat rumah ni berlambak-lambak. Makan ubat tu dulu, nanti habis baru ikhtiar pergi klinik.

Kat opis pulak kerja berlambak-lambak. Opismate ada yang nasihat kan aku pergi klinik tapi memang aku tak dapat nak skip langsung. Sebenarnya last week, selama 5 hari company aku kena audit dengan omputih. Jadi, seminggu sebelum tu mesti lah sibuk tahap gaban untuk pastikan semua nya 'in order' supaya tak disaman dengan NCR. Itu yang nak pergi klinik pun tak boleh.

Last weekend pulak HQ ada buat Hari Sukan (Sabtu)dan Hari Keluarga (Ahad). Hari sukan aku tak dapat pergi sebab hubby nak balik kpg. Dia kata aku tak ikutpun tak apa. Geram jugak aku tapi mengenangkan nanti orang kata aku ni lebih pentingkan hari sukan dari family, maka aku pun buat keputusan untuk ikut hubby balik. Hari Ahad tu pagi2 lagi kami dah bertolak balik dari Ipoh ke Shah Alam, dapat jugak datang ke Family Day. Tapi.... tak berbaloi betul rasanya sebab family day tu tak enjoy langsung, boring tahap cipan. Dapat makanan free tu keras kiang (tak bersyukur sungguh aku ni).

Weekend sebelum last weekend tu pulak family day company tempat kerja aku ni. Yang baru lepas ni HQ punya. Yang tempat kerja aku ni tahap 'OK' lah aku rasa walaupun ramai yang komplen makanan tak sedap & mentah (serius nasi lemak tu memang mentah). Tapi makanan memang mewah, breakfast nasi lemak mentah dengan air mineral, muffin dan buah pear. Lunch pulak nasi goreng kering dengan ayam goreng keras, burger dan air mineral. Pukul 10 pagi ada ais krim.

Alhamdulillah minggu ni aku rasa badan aku dah fit sikit selepas dah beberapa hari turun untuk latihan tenis.. muahahahah... ini untuk hari sukan kat tempat kerja aku pulak. Yang sukan HQ tu aku tak participate langsung.

Sekian kisah yang tak seberapa ini.