Cerita 14/12/13 & 15/12/13.
Memang betul kami makan kenduri sakan sebab pengantin perempuan ialah anak kepada my ex-office mate, iaitu Kak Zah yang telah bersara pada awal tahun 2012 yang lalu. Pengantin lelaki pula anak kepada Kak Yati, yang sama juga tempat kerja dengan saya tetapi di jabatan yang berlainan.
Majlis akad nikah dijalankan di Dewan Nikah
Restoran Zam Zam di Seksyen 9, Shah Alam. Ohhh... baru ku tahu di situ ada dewan nikah dan ada dewan makan yang besar. Kalau baca kat intenet, dia org tak tulis dewan makan tapi grand ball room.
ini dambar cilok dari google
Makanan memang best, sudah semestinya menu nasi arab mandy untuk hidangan kenduri ini. Majlis akad nikah berakhir lebih kurang jam 9.30 mlm. Hidangan secara buffet, so kena beratur beb.... Sementara menunggu queue buffet, makan apam dgn marshmallow celup coklat dulu ya...
Gambar nasi arab takde lah pulak. dah beratur panjang-panjang, lauk pun tinggal ayam jer kan... malas nak snap gambar sebab mcm x lengkap jer set nasi arab tu, tapi nasi saja pun sodap....
Esok nya pula giliran kenduri di sebelah pengantin lelaki yang diadakan di Galeri Shah Alam, Laman Budaya Shah Alam. Kalau sebelah pengantin perempuan makan dinner nasi arab, sebelah pengantin lelaki pula makan lunch nasi minyak.
Me and mak pengantin, di sebelah kanan Kak Zah, my officemate for 11 years and di sebelah kiri Kak Yati, mak pengantin lelaki. Kebetulan pulak baju ai sama tema... heheheh.....
Selesai bersantap di Galeri Shah Alam, saya pergi ke dewan makan di tempat kerja saya pula. Ada lagi satu wedding di sana. Saya pegi saing dengan bos. Makan pun buat syarat sahaja sebab kita kan nak meraikan pasangan yang baru mendirikan masjid. Lagi sekali gambar makanan x de ye... (ala standard jer lar korang pun, nasi minyak, ayam masak merah, daging masak apa ye namanya... heheheh dan jelatah + papadom).
Dalam gambar ni ai pendek lah u..... suka sangat dengan buah tangan yang diberikan, ada Al Mathurat yg cantik, kulit tebal dan kertas jenis licin, ada juga kek dan keropok (dan pamphlet double stem cell). Kepada pasangan pengantin semua, semoga perkahwinan kalian bahagia, murah rezeki, baik dari rezeki anak, rezeki kerjaya dan rezeki sihat.
Saya pula rasa bersyukur sangat, Syukur Alhamdulillah dijemput ke majlis kawin ni semua.