Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Sunday, September 30, 2012

Kucing yang datang tidak diundang, yang pergi entah bila

Pada 9/5/2012, satu pagi yang sungguh indah, dua ekor kucing telah datang ke rumah saya.




Kasihan kan kucing gelandangan ini, saya pun beri lah makanan. Ingat kan hanya singgah sementara sahaja, tapi selepas berhari-hari masih kekal melepak di hadapan rumah. Ibu kucin agak manja dan tak takut kepada kami tapi anak kucin agak takut2, tengok dalam gambar ni pun ia menyorok belakang pasu. 







Saya masih rajin memberi makan sehinggalah 2 atau 3 minggu kemudian, ibu kucing telah menghilangkan diri. Kasihankan anak kucin yang ditinggalkan ibu ini, saya pun membela ia, walaupun ia tidur dan makan di luar rumah, ada masanya di waktu pagi sebelum pergi kerja dan di sebelah petang sebaik sahaja balik kerja saya akan benarkan ia masuk ke rumah dan berkejar-kejaran dan bergomol dengan kucin hitam gemuk saya ni....








Sehingga hari ini, dah lebih kurang 5 bulan saya menjaga anak kucin ni. Saya lupa yang ia datang ke rumah saya pada bulan mei, saya ingatkan bulan jun, jadi saya namakan dia 'Jun' sempena bulan ia datang ke rumah. Saya sangat berterima kasih kepada Jun sebab sejak ia ada bersiap-siaga di luar rumah, tiada lagi tahi tikus di rak kasut saya! Jojo pun tak kesunyian lagi sekarang, walau pun dia tetap tak suka Jun kacau makanan atau minuman ia dan hanya main gomol-gomol bila ada mood aje tapi saya nampak Jojo macam tertunggu-tunggu masa bermain dengan Jun... lepas tu kdg2 Jojo yang lebih-lebih bergomol sampai Jun kepenatan...

Semalam, secara tiba-tiba Jun kemurungan, hanya minum air sahaja, makan langsung tak mau. Lepas minum air, Jun duduk je diam2. Langsung tak aktif. Kesian sangat saya tengok, so, pagi ni saya pun bawak Jun ke klinik.

Balik dari klinik tu saya rasa perjalanan dari klinik ke rumah sungguh panjang dan jauh. Air mata bercucuran. Selama 5 bulan membela Jun saya tak pernah bawak dia pegi klinik untuk cucuk vaksin, kini ianya dah terlalu lewat. Jun disahkan terkena virus yang tidak boleh dirawat lagi. Doc kata biasanya dalam masa 3 hari jer, kucin akan 'pergi' dalam diam. Jun tidak diberi vaksin, jadi badan nya tidak mampu melawan virus ni.



Jun yg nazak dlm carrier setelah balik dari klinik.
Berapa hari Jun boleh survive?






Jun semasa sihat, suka sangat menggigit.
Kadang2 masa tengah sidai baju, Jun gigit kaki orang!




Jojo yg hitam gemuk tu sangat selfish,
tapi Jun kan kucin yg yatim, jadi ia nak menumpang manja,
kat mana Jojo duduk mesti Jun nak menyelit, 
walaupun sebenarnya tak muat pun tempat tu.




Aksi-aksi tidur Jun.







Jun, maaf kan lah CikNi ye. 
Maaf kerana tidak beri Jun vaksin. 
Maaf kerana tidak menjaga Jun dengan betul.









Terkini: di antara jam 5 hingga 5.30 petang ini 30/9/2012,
Jun telah pergi meninggalkan kami untuk selama-lamanya.
Terima kasih Jun,
 di atas keceriaan dan kebahagiaan yg telah diberikan selama Jun bersama kami.
  

14 comments:

  1. Wahhh mcm sama dgn kucing yg ktorg bela, Warren Buffett nama dia..

    First2 mak dia dtg then mnghilang tnggalkan dia dgn adiknya dkt rumah ktorg..
    tapi syg adiknya mati dulu, last2 smpai ke besar ktorg jaga ^^

    Nakal mcm Jun tu juga suka gigit kaki org tiba-tiba then main lari2 sampai terlanggar semua benda..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul lah, kdg2 saya terkejut sebab elok2 tgh tengok tv tiba2 kena 'serang' dgn makhluk comel berbulu ni.... hiks....

      Delete
  2. Assalam cikni..nak buat camana kan..dah terlupa.sedih memang sedih..dah cantik dah jun cikni bela tak sangka jun diserang virus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Acik Erna, saya ngaku kurang prihatin bab2 kesihatan kucin saya ni tp InsyaAllah, makan-minum dia cukup

      Delete
  3. Replies
    1. actually rupa Jun tu mmg mcm kucin biasa je, x de yg special tp dia comel di hati kami...

      Delete
  4. Wah kasihan banget. Kucing satunya pasti kesepian tuh kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul, kucing yang lagi satu tu namanya Jojo. Hari ni Jojo hanya duduk diam sahaja, tak ada lagi kawan nak main kejar-kejar

      Delete
  5. neeza pernah ada kucing kesayangan masa kecik dulu. kami jaga dia di Pahang. Bila kami pindah selangor, bawak dia. Tapi dia mati akhirnya... kena gigit dengan anjing rasanya. lepas tu kami takde bela kucing dah. Bagi makan je kucing2 yang datang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Neeza, ia datang dan ia pergi begitu sahaja, saya pasrah....

      Delete
  6. takmo sedih2..KN dah jaga dia sebaik mungkin..memang dah sampai waktunya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih mama aini, memang saya sedih tapi memang betul dah sampai waktu ia pergi, ini ujian kecil untuk saya, dengan pasrah dan redha saya terima pemergian Jun.

      Delete
  7. sangat sedih baca entry ini, dengan sendirinya air mata mengalir

    org yg suka bela kucing ni mesti penyayang kan

    anyway, IG datang dari blog kak ida 1001 resepi, nice blog!

    ReplyDelete
    Replies
    1. IG, terima kasih sudi berkunjung ke blog saya ni. Saya ni biasa-biasa je IG, x de lah penyayang, tersayang jer ada lar...

      Delete