Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Wednesday, May 30, 2007

Line Clear

Senario:

Seorang lelaki sedang bercakap melalui h/p dengan kawannya.

Dialog:

Bla bla bla bla... hello? hello? Line tak clear lah? Ah ah, line tak clear. Nanti aku call balik. Bye.

Soalan:

Apakah maksudnya 'line tak clear'?

- signal telefon tak elok?

- line tak clear sebab bini/awek ada kat sebelah?

Tuesday, May 29, 2007

Ibu Jgn Kerja

Adik: Ibu ibu ibu, ibu kerja ke hari ni?

Me: Ah ah, kerja la.

Adik: Ibu tak payah lah pergi kerja.

Me: Mana boleh tak pergi kerja, nanti mana nak dapat duit....

Adik: Ayah kan ada.

Me: Mana lah cukup duit ayah tu...

Adik: Cukuplah ibu, ayah kan kaya...

Me: Ye ke Ayah kaya...

Adik: Ibu jangan cakap dengan ayah tau.

Me: Ok lah.


Kesian anak2 kan, dia org suka kalau ibu dia tak kerja tapi apa nak buat kan... macam aku dan hubby ni, perbelanjaan keluarga adalah atas dasar 50-50, kalau sorang tak kerja memang kantoi lah kami....

Monday, May 28, 2007

Hp Hantaran

"Along, h/p Achu rosak, boleh tak pinjam hp along ni?"



*H/p, di belakangnya Hard Disk (warna putih) dan yang warna hitam sebelah kanan tu PC camera



**Achu=paksu

Vehicles of the weekend

Cuti sekolah yeay yeay yeay yabeda beduuu....

Hari Sabtu, pagi-pagi lagi kami dah bergerak balik ke kampung hubby. Ini bukan trip balik bulanan yang biasa tetapi luar biasa kerana anak sedara hubby akan melangsungkan akad nikahnya pada malam sabtu.

Semasa di GEC jalan nyer lengang aje tapi bila masuk aje ke plus highway terus nampak kereta yang begitu banyak. Alhamdulillah jalan tidak sesak tapi bila kereta dah banyak tu tak boleh lah nak speed 160-180 gitu, nak maintain 110 pun susah. Bila kereta dah banyak, mulalah kereta asyik bertukar-tukar lane sebab nak cepat. Bila ada kereta nak potong lori ke bas ke, mulalah lane kanan tu que. Ada kereta yang nak memotong tetapi terhegeh-hegeh. Ada yang nak potong tapi kereta tu sebenarnya tak cukup power nak potong. Alhamdulillah tak ada eksiden, kalau tidak lagi haru biru, gerenti sesak punyalah.

Satu perkara yang aku perasan masa kat plus highway, selalu kalau balik raya pun tak nampak scene macam ni. Nak tahu apa?

Lebih separuh dari kenderaan dekat plus tu ialah dari spesis MPV atau yang sewaktu dengan nya. Betul ni, tak tipu... aku nak ambik gambar tapi camera kat dalam beg pakaian dalam bonet (apa la..). H/p pulak h/p pinjam, butterfly, mana ada camera. H/p aku bagi kat hubby pinjam, h/p dia belum siap lagi repair. Aku pakai yang buruk pun takpe, janji hubby bergaya..... (cheh, macam baguz)

AL MAKLUMLAH CUTI SEKOLAH, ramai lah ibu bapa nak hantar anak2 balik kpg, nak balik bercuti kat kpg dgn anak2, nak balik kpg sbb ada kenduri kawin dan bla bla bla... Segala jenis spesis MPV ada, dari Carnival, Ria, Serena, Estima, Unser, Innova, Avanza, Citra, Espace, Scenic, Odyssey, Grandis, Stream, Xsara, Wish, Trajet, Suzuki APV, hinggalah ke spesis tak tahu MPV ke van macam Pregio, C8 dan Rusa. Ada lagi MPV/SW/APV sapa yang aku tak tulis kat sini? Aku tulis yang aku nampak ajelah.

Yang peliknya aku tak nampaklah pulak kereta pijot, 307SW pun tak nampak, 805 ke 806 pun tak nampak, mana pergi semua pijot-pijot ni? Kereta pijot kami bukan MPV, APV atau SW, so tak termasuklah dalam senarai ini ya...

Cerita pasal akad nikahdan kenduri next entry ok, Opah Chu letih... (aku dah berpangkat Opah Chu tau, cucu sedara hubby dah 4 orang).

Wednesday, May 23, 2007

H/p baru

Semalam tak dapat nak update sebab aku dengan hubby sibuk dok browse website nokea, soni dengan moto-rolla. Kengkonon nak survey handphone baru le untuk hubby. Kecian dia, h/p dia blur... eheheh. Dia punya LCD tu nampak sayup-sayup je tulisannya. Kalau sms langsung tak nampak hapa.

Geramnyer bila nengok h/p yang macam2 rupa dan features tu. Yang berkenan yang mahal aje, yang murah tak kenan. Tapi kena sedor le sikit kan sebab duit bukannya senang macam air hujan yang turun melimpah-limpah kat jalan tu... duitnyer macam gurun sahara tu hah!

Tengahari ni aku pun pi la kedai so-ni kat SACC tu. Kalau nak beli h/p eloklah beli dgn authorised dealer atau lebih elok beli terus dengan pengimport, jadi tak de lah kena tipu part ke apa ke. Kalau rosak pun diganti dengan part ori.

Lebih kurang negotiate dgn org tu, kira untuk tukar part (LCD) kena RM250.

SMS kat hubby. Dia kata mahal.

Aku kata, elok le dari beli yang baru, seribu lebih...

"Ya tak ya jugak..." jawab sms dia.

Kempunan le tu nak beli h/p baru.... Kecian....

Monday, May 21, 2007

Diam

Kadang-kadang kat office ni dia orang bercerita-ceriti tapi aku diam aje.

Ada banyak sebab kenapa kita mendiamkan diri. Macam silent reader kat blog jugaklah. Sebab apa korang jadi silent reader?

Aku diam sebab:


  • perkara yang dibincangkan tu tak menarik minat aku


  • perkara yang dibincangkan tu sangat-sangat menarik minat aku tapi malangnya aku tak dapat nak melibatkan diri atas beberapa sebab, so aku rasa frust dan rasa withdrawal (entah apa perkataan aku gunakan ni)


  • aku menyampah


  • perkara yang dibincangkan tu sesuatu yang baru bagi aku dan aku tak tahu nak cakap apa


  • aku malas


  • aku blur


  • aku buat perangai (sombong)


  • aku perasan pandai dan orang2 yang bercerita tu semua bengap2 belaka, buat apa aku nak pi explain or cerita yang betul kat depa, buang masa aje (oh! ini perbuatan yang sangat keji)


  • saja-saja


p/s entry ini adalah entry yang sangat tak berfaedah dan mintak maaf lah kerana saya telah mempersia-siakan masa anda yang berharga

Sunday, May 20, 2007

Birthdays & Teachers

Pada mereka yang minat AF tu puaslah ya.. dah habis dah konsert. Saya tak tengok, jangan marah.. masa tu saya sibuk dok bloghop sana sini, dok catch-up perkembangan dalam masa seminggu ni...

Ramai yang menulis pasal Hari Ibu dan Hari Guru. Takkan saya tak tulis kot tapi rasa macam dah ketinggalan kapal lah pulak. Sebenarnya selain dari Hari Ibu atau Hari Guru, ada satu lagi hari yang bermakna kepada saya dalam bulan Mei ini... ops... sebenarnya 2-3 hari jugaklah.

Pertamanya, awal bulan hari tu dah mentioned pasal my anniversary on 1/5.
Keduanya, pada 15/5 adalah ulang tahun kelahiran Abang. Tahun ni dia dah 10 tahun. Kesian kat dia sebab tengah2 bulan ni mak & ayah dia tengah kering. Terutamanya selepas balik dari Cameron tu. So, actually pergi jalan2 kat Cameron tu pun kira macam hadiah jugak lah kan. Chup! Double kesian dekat dia sebab sebenarnya aku awal2 lagi dah belikan hadiah untuk dia, lepas tu aku simpan. Dah beli 2-3 bulan yang lepas sebenarnya. Pada 15hb. tu dah lah kami satu family dok rumah, aku dan hubby cuti sakit. Abang & Adik pulak baru lepas sakit perut dan muntah pada hari sebelumnya tu, jadi aku suruh dia org berehat kat rumah dulu dan tak pergi sekolah. Nanti kalau tercirit dan muntah kat sekolah pun susah. Masa tu badan tak sihat, duit kureng, otak pun runsing, langsung aku lupa pasal hadiah tu. Kami cuma wish dia 'Happy Birthday'. Nak belikan kek ke apa ke pun tak boleh - kan ke kami semua tengah sakit perut, so makan pun kena berjaga-jaga, menu utama kami cuma roti dan biskut.

Lepas tu pada hari apa entah, aku merayau ke kedai buku nak carikan buku untuk dia sebagai hadiah. Abang ni kira anak yang baik, tiap2 tahun untuk birthday dia minta belikan buku. Selalunya buku pasal dinosaur. Tengah dok merayau-rayau tu aku teringat.."Eh! Dah belikan dia buku 'Art Attack' la hari tu!" Alamak macam mana boleh lupa ni?... Kalau aku hadiahkan pada hari 15hb. tu kan ke best... ish teruk betul aku ni kan. So balik kerja petang tu aku terus bagi buku tu pada dia. Bukan main happy lagi dia walaupun itu bukan buku dinosaur.

Pada 17hb. pulak hari ulang tahun Anjang, adik aku yang no. 4. Kalau ikutkan, mak aku sakit nak bersalin pada hari guru tu (16hb) tapi terlajak sikit dalam pukul 12 tgh mlm lebih baru keluar adik aku tu... heheheh.... So, kalau orang lain ingat hari guru, aku pulak ingat kat adik aku. Masa sekolah dulu aku bukan ada interaksi pun dengan cikgu2. Entah tak tahu pasal apa. Aku pergi sekolah, belajar, lepas tu balik sekolah. Bukannya ada nak pergi jumpa cikgu tanya pasal pelajaran ke apa ke. Masa kat U pun macam tu. Jumpa lecturer cuma masa kuliah. Tanyalah nama lecturer, aku cuma ingat sorang aje, itupun sebab dia tu .... er... orang panggil apa entah... ala.. lecturer yang jaga kita tu la, yang pegang file kita, result kita (cgpa) tu kita pergi ambik kat dia la.

So, minta maaf banyak, bunyinya tu macam aku tak hormat kat cikgu2/lecturer semua, sebenarnya aku tak tahu nak cerita apa. Ada 2 orang cikgu yang aku wish 'Selamat Hari Guru' iaitu Angah, adik aku no. 2 dan suaminya, juga seorang cikgu. Dua-dua orang mengajar kat Miri.

Walaupun agak terlambat, aku nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada bloggers yang jadi cikgu, mahupun pensyarah, yang aku ingat Alinlai dan Alex Lacey.

Lagipun Hari Guru adalah hari yang menyedihkan untuk aku sebab hasrat aku nak jadi lecturer yang tak kesampaian.

Thursday, May 17, 2007

Will Catch-Up

Kat office agak sibuk kebelakangan ni. Apatah lagi kena cover hari2 yang telah bercuti sakit tu. Tengkuk memang rasa sakit, itu yang buat aku lagi risau. Adakah... adakah ini simptom darah tinggi? Oh tidak!!!

Perut masih rasa sebu. Kepala pun sakit sikit. Badan tak sihat lebih baik pergi berehat. Nak bloghop pun tak selesa, dok renung laptop tu pun boleh menambahkan lagi straint di tengkuk.

So, will catch-up later, ok.

Tuesday, May 15, 2007

Weekend Trip

melancong konvoi Asalkan pergi berjalan aje mesti sakit. Itu yang buat macam serik nak pergi berjalan-jalan.

Ahad lepas, tengah malam Adik muntah. Banyak sekali dia muntah. Lepas tu menjelang subuh dia muntah lagi 2-3 kali. Hari Isnin aku ada meeting, tak boleh nak skip sebab aku jadi secretary meeting tu. Lepas aje meeting terus pergi rumah babysitter dan bawa Adik pergi klinik. Pada masa yang sama perut aku pun dah rasa satu macam aje. Tengahari sikit babysitter pulak call kata Abang tak pergi sekolah sebab cirit-birit. Hubby pulak sakit2 belakang. Suruh pergi klinik dia tak nak. Tengah malam isnin tu aku pulak start cirit-birit. Hubby pun sakit dah tak tahan lagi. Pagi ini (selasa) kami berdua pergi klinik, dua-dua pun dapat MC. Adik dan Abang pun tak pergi sekolah sebab aku takut dia org tu muntah @ cirit kat sekolah.

Sabtu lepas kami pergi ke kawasan air terjun lagi (tapi tak nampak pun air terjun).




Air terjun di tempat yang tinggi tu, yang sejuk dan yang ada banyak strawberry. Kalau malam sabtu ada pasar malam dan ada banyak jual benda ni. Mmmm... tempat tinggi, jauh dari laut tapi jual seafood (goreng celup tepung) murah. Heran, tapi takpe, jom kita beli dan makan banyak2!



Macam trip ke tempat yang sama tahun lepas, aku dapat ini:



Kali ini dapat sempena Hari Ibu. Kebetulan lah pulak sebab dah pergi highland, memanglah murah2 bunga kat sana. Kalau tak pergi tak merasa lah kot hubby belikan bunga. Dan, macam tahun lepas jugak, masih tak ada vase dan letak dalam cawan 'cars'.


Selamat Hari Ibu kepada ibu2 semua dan terima kasih kepada mereka yang wish kepada saya.

Air Terjun, Birthday dan Bunga


Asalkan pergi berjalan aje mesti sakit. Itu yang buat macam serik nak pergi berjalan-jalan.

Ahad lepas, tengah malam Adik muntah. Banyak sekali dia muntah. Lepas tu menjelang subuh dia muntah lagi 2-3 kali. Hari Isnin aku ada meeting, tak boleh nak skip sebab aku jadi secretary meeting tu. Lepas aje meeting terus pergi rumah babysitter dan bawa Adik pergi klinik. Pada masa yang sama perut aku pun dah rasa satu macam aje. Tengahari sikit babysitter pulak call kata Abang tak pergi sekolah sebab cirit-birit. Hubby pulak sakit2 belakang. Suruh pergi klinik dia tak nak. Tengah malam isnin tu aku pulak start cirit-birit. Hubby pun sakit dah tak tahan lagi. Pagi ini (selasa) kami berdua pergi klinik, dua-dua pun dapat MC. Adik dan Abang pun tak pergi sekolah sebab aku takut dia org tu muntah @ cirit kat sekolah.

Sabtu lepas (12/5) kami pergi ke kawasan air terjun lagi (tapi tak nampak pun air terjun, nampak sungai jer pun). Ni on the way nak naik ke cameron highland, dekat Kuala Woh. Pergi tu convoy geng kereta peugeot. Jalan-jalan ni pun kira 2-in-1 sempena birthday Hariz pada 15/5. Happy Birthday Hariz!


Berehat sekejap sebelum menghidangkan makanan pot luck.




 Dekat sini airnya panas sikit. 
Dengar cerita dulu-dulu air nya panas betul sampai boleh rebus telur,
 tapi nampaknya airpun dah agak cetek sekarang. 
Ada tempat yang pasirnya panas, so kena hati-hati sikit.




Jom mandi-manda...!!!




Kami menginap di Parkland Hotel
Berterabur jugak lah family geng peugeot ni duduk.
Ikut mana hotel yang ada kosong jer lah.
Trip kali ni kira mengejut, so tak booking hotel awal2.


Sofyiah pun ikut jugak trip kali ni. Hariz dan Mr. G kemain lagi posing ye.

Bila dah check-in hotel, masing2 dah penat, terus tido.



Kalau malam sabtu ada pasar malam dan ada banyak jual benda ni. 
Mmmm... tempat tinggi, jauh dari laut tapi jual seafood (goreng celup tepung) murah. Heran, tapi takpe, jom kita beli dan makan banyak2!



Gambar yang bawah ni selepas check-out.




Bunga ini dapat sempena Hari Ibu. Kebetulan lah pulak sebab dah pergi highland, memanglah murah2 bunga kat sana. Kalau tak pergi tak merasa lah kot hubby belikan bunga. Dan, macam tahun lepas jugak, masih tak ada vase dan letak dalam cawan 'cars'.



Selamat Hari Ibu kepada ibu2 semua dan terima kasih kepada mereka yang wish kepada saya.

Friday, May 11, 2007

Nak Belajar

Kesabaranku teruji.

Perasan tidak mengetahui itu semakin mendesak aku.

Kalau ada rezeki, ada duit lebih sikit, InsyaAllah aku nak pi berkursus XML.

Tak tahan betul aku bila tengok coding tu, byk sgt beza dengan HTML dan tak boleh aku nak sentuh.

Alangkah baiknya kalau kesabaranku teruji kerana tidak lancar membaca al-quran, tajwid tak tera macam qariah dan geram tahap gaban untuk pergi belajar lagi....

Pening Kepala

Pagi tadi bila bangun dari tidur kepala aku terasa pening. Sampailah dah bersiap nak keluar kerja, hantar anak ke sekolah dan pergi breakfast sebelum masuk office masih lagi rasa pening. Bila sampai office terus hilang pening sebab kerja banyak, tak sempat dah nak fikir pening ke apa ke..

Jangan gusar dan janganlah gumbira, aku pening bukan sebab aku dah 'berbadan dua' seperti yang di-inginkan. Manakan boleh jika tidak mendapat derma dari si dia.

Sebab musabab yang sebetul nya aku pening pun tak tahu. May be sebab darah tinggi. May be sebab darah rendah. May be sebab gula rendah. Apa-apa sebab pun mungkinlah...

Dulu masa aku duduk kat MRSM aku selalu sakit kepala. Selalulah aku makan panadol. Mula2 tu makan panadol sebab sakit kepala. Lama2 tu tak makan panadol sakit kepala. So, kena stop makan panadol. Sakit kepala macam mana pun kena bertahan ajelah. Lepas tu aku dah ok. Itu sebab sekarang ni kalau sakit kepala tahap gaban baru aku makan panadol. Kalau sakit sikit2 tu aku pekena aje kopi gano. Kajian menunjukkan kafein boleh meredakan mild headache. Tak percaya sudah.

Lepas tu masa belajar kat u pun aku mula sakit kepala balik. Terutamanya kalau lepas berkawad. Lepas tu doktor kata aku sakit 'heat stress'. Tak tahan kena panas matahari. Ceh... lilin ke hapa... terpaksalah resign dari jadi palapes. melepaslah aku mengorat sarjan dan kadet-kadet yang hensem lagi sasa itu

Masa dah kerja pun selalu jugak sakit kepala (dulu la), bermula dari masa tengahari. Doktor kata sebab stess jugak. Kalau masa pagi2 tu aku ok, very fresh dan sihat gitu tapi bila dah start dekat tengahari aku mula sakit kepala. Sebabnya pagi2 tu bila dah cukup tidur semua, badan pun dah pulih dari keletihan. Lepas tu bila pergi keje, otak start bekerja keras dan by lunch time otak @ body aku dah exhausted @ stress meningkat. So, aku kena belajar untuk lebih relax. Buat keje tu man-man kata orang putih. Sekarang dah ok dah.

Aku bersyukur. Apalah sangat sakit kepala tu kan kalau dibandingkan dengan sakit kronik macam Big C tu. Syukur Alhamdulillah.




Morale of the story is... kalau sakit kepala pekena lah kopi... ataupun benda2 lain yang ada kafein seperti teh & rokok

Wednesday, May 9, 2007

Kedekut!

Semasa membaca blog itu, aku rasa sedih tapi bila aku baca tajuk ini aku rasa lagi sedih sampai mengalir air mata aku.

Tajuk entry tu adalah Best Four Days of My Life

Dan semoga there will more and more happy days later.
Bersabarlah.

Tahun ni aku dah buat permintaan sebanyak 2 kali dengan hubby. Tapi dia kedekut sangat. Bukan banyak, satu pun cukuplah. Kenapalah kedekut sangat ni.... Takkanlah satupun tak nak dermakan. Permintaan tu aku buat sempena birthday dia pun dia tak mahu bagi. Masa anniverssary baru-baru ni pun dia tak mau bagi jugak. Puas jugak aku pujuk. Puas jugak aku kenen. Tak berjaya.



Kedekut!









Adik, anak yang kedua dan yang bongsu, sekarang Tahun 1 (7 tahun)







Sedih betul lah......

Kerja Kosong

PENGUMUMAN- DIPERLUKAN SANGAT SEGERA

Memerlukan pembantu jualan (sepenuh masa atau separuh masa) untuk butik batik sutera di Seksyen 9, Shah Alam.

Berminat sila hubungi Puan Seri Banun 012 3703754

website: http://www.seri-batik.blogspot.com/

Tuesday, May 8, 2007

Geram

Kalau kelmarin bara, hari ni dah geram pulak. Tak tahulah masalah ISP ke masalah modem ke masalah apa tapi semalam memang cuba nak masuk ke streamyx sampai ke sudah pun tak dapat masuk.

Banyak komen nak reply, ada entry baru nak tulis tapi tak dapat. Kat office dah tak boleh masuk blogspot. (Joe, url yang hang bagi tu kan (kproxy) tempat kerja aku ni tak boleh masuk jugak whuaaaaaa) tapi yang peliknya masuk web www.blogger.com tu boleh pulak, ni yang dapat update ni.

Still, komen tak boleh nak jawab, nanti ye.... Thanks for all the comments.

Semalam pergi ke Bandar Baru Bangi untuk beli barang2 office. Bayar guna credit card (malas le nak dulukan duit aku *read=tengah tak dak duit*), sekali tu bila dah balik ke office, customer service lady tempat yang aku pergi tu call. Rupa-rupanya dah tertinggal kad aku kat situ... alamak! Macam mana ni?! Letih betul lah rasanya. Bukan dekat pulak tu.

Malam tadi ada kawan pada Achik (adik aku yang no-5) datang ke rumah. Datang dengan abang dia. Riuh rendahlah rumah aku. Maklumlah kalau orang utara ni berkumpul, dah la keluaq semua loghat utagha, sembang 4 orang macam sembang 10 orang. Achik sekarang lepak kat rumah aku. Kawan dia tu pun turun dari kampung nak lepak kat rumah abang dia. Depa ni baru lepas dapat result SPM. La ni tengah dok tunggu panggilan dari IPTA/S.

Abang dan Adik ada exam minggu ni. Last weekend kedua-duanya kena perintah berkurung le, tak boleh pergi main kat taman, tak boleh tengok TV (kecuali tengok kartun Avatar Ang hari Sabtu dan Ahad jam 11 pagi kat channel 60 - ni mak dia yang minat habis) dan tak boleh main game. Nama pun budak2 kan, lepas study kejap mulalah nak main, nak gaduh, dah kejar2 dalam rumah. Aduh.. pening kepala ibu ni.....


Dan masa tetamu ada kat rumah tu lah lagi kuat gaduh tu!



Nak jawab kat 13May:
Url yang ada perkataan 'blogspot' tak boleh nak access, contohnya http://www.goncar.blogspot.com/. Tapi kalau nak tulis entry baru, nak edit ke apa ke, kita kena masuk http://www.blogger.com/ kan? Yang ini tak ada perkataan 'blogspot' so boleh acess, sebab command untuk restricted access websites menggunakan keyword 'blogspot'.

Sunday, May 6, 2007

Bara

Sebelum aku kantoi lagi, baik aku cepat-cepat update.

Memang betul aku rasa membara aje, sebab dekat buku tu tulis cetakan pertama pada tahun 2006. Kenapa sekarang ini, bulan 5 tahun 2007 barulah aku discover buku ni? Marah rasanya.

Setiap kali ke kedai buku mesti mata aku puas meninjau di rak-rak buku novel tempatan, memang tak nampak pun nama dia, kalau ada pun buku lama yang aku dah beli dan baca.

Bloggers yang biasa ikut blog ini memang tahu yang aku tak pernah buat book review, sebabnya aku ni jarang sangat beli buku (malunya kalau Bro Jiwa baca entry ini). Yang aku selalu beli ialah buku kerja/latihan anak2. Yang ini satu kemestian sebab aku tak hantar anak2 untuk tuition, jadi perlu belajar sendiri di rumah. Yang aku suka beli - majalah. Hampir tiap2 bulan beli majalah tetapi tak pernah beli majalah yang sama. Kalau bulan lepas dah beli Rapi, bulan ini beli Mingguan Wanita pulak dan bulan depan mungkin beli Anis. Majalah kanak2 pun banyak - Asuh, Ana Muslim, Kawan, Anak2 Sidek dan buku komik ToraAman heheheh..... Aku jarang beli buku sebab kurang mampu. Lagipun aku selalu pergi ke perpustaan awam selangor. Kat sana anak2 boleh pinjam pelbagai jenis buku cerita dan aku pulak pinjam novel. Kalau 3 orang (aku, Abang dan Adik), kami boleh pinjam 12 buah buku. Biasanya Abang akan pinjam 5 buah, Adik 5 buah dan aku 2 buah.

Dekat rumah, selain dari buku ilmiah macam C++, DB, IT dsb nya, novel yang ada hanyalah 2-3 buah novel tulisan Abd Talib Hassan dan selebihnya novel tulisan Abdul Rahim Awang.
Inilah buku yang aku baru beli hari Jumaat yang lalu, BARA yang setebal 540 mukasurat. Sebenarnya aku hanya mencari dan membeli novel tulisan Abdul Rahim Awang. Hampir kesemua buku dia ada dalam simpanan aku. 'Hampir semua' tu sebab ada yang dipinjam orang dan tak dipulangkan iaitu Konspirasi, Saka dan Zamrud. InsyaAllah kalau ada rezeki aku akan 'cover' (beli). Biar cukup semua nya koleksi Abdul Rahim Awang dalam simpanan aku (tapi tak termasuk buku ini atau ini). Novel2 beliau dikeluarkan oleh CESB kecuali 2 judul (setahu aku lah, may be ada lagi yang aku tak tahu) iaitu Zamrud dan Obsesi keluaran AR Communications.


Aku ada jugak cuba2 nak baca buku orang ni, aku beli bulan lepas. Tiap2 malam sebelum tidur aku akan baca dalam 2-3 muka surat dan sampai hari ni tinggal dalam lebih kurang 10 muka surat lagi baru habis. Buku Bara ni aku dah habis kan pada hari yang sama aku beli. Wei... lenguh mata aku ni dok baca. Nak tahu ceritanya pasal apa? Bacalah di sini atau di sini.


So, inilah genre buku yang aku baca. Lambatnya nak tunggu novel baru, entah bila la nak keluar ya.........

Bro Jiwa ada apa2 nak tambah?

Saturday, May 5, 2007

Kantoi

Entry ini adalah entry 18SX.

Adik: Ibu, nape ibu main loncat-loncat?

Me: Hah?! Main loncat-loncat?

Adik: Yelah, katil tu bunyi ikk-ukk ikk-ukk

Me: Eh, mana ada.....

Ayah datang.

Adik: Ayah...... ibu kan, malam tadi kan, dia main loncat-loncat atas katil.

Ayah: Ibu mimpi kot. Dia mimpi main dengan monyet.

Ibu: (dalam hati) yelah tu monyet

Nostalgia & Impian

19hb February 2005

adalah merupakan tarikh entry aku yang pertama. Bukan di dalam blog ini tetapi di dalam blog lama aku NI - Nostalgia & Impian.

Tuesday, May 1, 2007

3-in-1

Hari ni ada 3 entry (termasuk yang ini), jadi jangan lupa scroll down dan sudi-sudilah membaca kesemuanya.

Selamat Hari Buruh dan Selamat Bercuti kepada semua bloggers. Hari Khamis ni mesti rasa berat aje kaki tu nak melangkah ke office... Adik macam biasa mesti cakap sakit perutlah, demamlah (sambil ambil tangan aku dan letak kat dahi dia, konon2 panas badan). Sebenarnya bukan Adik sorang aje yang macam tu, mak dia pun kalau boleh nak ngelat juga... tapi apa nak buat, dah tanggungjawab kita, kenalah jugak pergi kerja.

Pagi tadi ada sambutan Maulidur Rasul kat sekolah agama anak tapi bila sampai ke sekolah Adik tu buat nangis2 pulak tak nak pergi. Dah elok2 pakai baju kurung dan tudung, buat hal lah pulak budak ni. Geram betul. Kesudahannya Abang seorang ajelah yang pergi. Majlis tu habis dalam pukul 12.30 t/hari. Abang balik bawa bekal kurma daging lagi. Abang cakap rugi Adik tak pergi sebab dapat gula-gula tapi aku rasa Adik tak heran lah dengan gula-gula, yang pentingnya dia dapat ngelat tak pergi sekolah. Hai, anak dara aku ni sorang.....

Our 11th Anniversary

It might just be another public holiday for others but today marked our 11th anniversary. No bouquet of roses or candle light dinner but we are too happy that we make it till today. I really spoiled it last night because I had a headache and not able to have that wonderful, romantic night with hubby. So today we decided to left the kids at home with my sister to babysit them and went to 'ronda2'. Initially we planned to watch the movie at The Curve but tickets were sold out. Off we went to Masjid India. Hubby said there is a delicious mee rebus stall there. Unfortunately it was packed with human and cars, no parking space left for us and simply it was not my rezeki for mee rebus. We went to Restoran Sup at Jln Raja Abdullah to have sup lidah and mee goreng mamak instead.

On the way back to Shah Alam we made a de-tour and decided to check-out the newly opened Digital Mall at Section 14, PJ. It was said to be better and bigger that Loyat Plaza but to my dismay it wasn't. Well, it does has an advantage though, it is nearer to Shah Alam. Guess what? We bought 2 pirated DVDs (I heard that there is no more pirated DVDs and software at Loyat nor Imbi).

To celebrate our anniversary with the kids, I bought sate and cake for dinner.

I really enjoy the day and hope that we can spend more time together. I don't need those roses or diamonds and what not, being together is more than I could asked for.

Perihal Adik

Sebenarnya aku rasa serba salah nak cerita pasal kemalangan Adik. Sebenarnya Adik telah kemalangan semasa bermain di taman permainan. Dia jatuh semasa main panjat2. Dia terjatuh terkangkang dan telah berdarah di 'situ'. Alhamdulillah dia terjatuh tu ke atas palang yang bulat tapi hentakan tu agak kuat jugaklah.

Mula2 tu kami dah bawa ke klinik tapi malam tu kesemua 3 orang doktor yang bertugas ialah lelaki dan kami diberikan ubat antibiotik untuk menahan luka dari terkena jangkitan. Hari isnin aku bawa pergi jumpa pakar kanak2. Jumpa doktor perempuan. Alhamdulillah, tak ada yang serius.

Happy 11th Anniversary


It might just be another public holiday for others but today marked our 11th anniversary. No bouquet of roses or candle light dinner but we are too happy that we make it till today. I really spoiled it last night because I had a headache and not able to have that wonderful, romantic night with hubby. So today we decided to left the kids at home with my sister to babysit them and went to 'ronda2'. Initially we planned to watch the movie at The Curve but tickets were sold out. Off we went to Masjid India. Hubby said there is a delicious mee rebus stall there. Unfortunately it was packed with human and cars, no parking space left for us and simply it was not my rezeki for mee rebus. We went to Restoran Sup at Jln Raja Abdullah to have sup lidah and mee goreng mamak instead.

On the way back to Shah Alam we made a de-tour and decided to check-out the newly opened Digital Mall at Section 14, PJ. It was said to be better and bigger that Loyat Plaza but to my dismay it wasn't. Well, it does has an advantage though, it is nearer to Shah Alam. Guess what? We bought 2 pirated DVDs (I heard that there is no more pirated DVDs and software at Loyat nor Imbi).

To celebrate our anniversary with the kids, I bought sate and cake for dinner.

I really enjoy the day and hope that we can spend more time together. I don't need those roses or diamonds and what not, being together is more than I could asked for.