Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Wednesday, May 9, 2007

Kedekut!

Semasa membaca blog itu, aku rasa sedih tapi bila aku baca tajuk ini aku rasa lagi sedih sampai mengalir air mata aku.

Tajuk entry tu adalah Best Four Days of My Life

Dan semoga there will more and more happy days later.
Bersabarlah.

Tahun ni aku dah buat permintaan sebanyak 2 kali dengan hubby. Tapi dia kedekut sangat. Bukan banyak, satu pun cukuplah. Kenapalah kedekut sangat ni.... Takkanlah satupun tak nak dermakan. Permintaan tu aku buat sempena birthday dia pun dia tak mahu bagi. Masa anniverssary baru-baru ni pun dia tak mau bagi jugak. Puas jugak aku pujuk. Puas jugak aku kenen. Tak berjaya.



Kedekut!









Adik, anak yang kedua dan yang bongsu, sekarang Tahun 1 (7 tahun)







Sedih betul lah......

21 comments:

  1. Aiseh!
    Sabarlah ye kak
    Selalunya

    Si Mak yg x nak banyak anak. Susahlah. Banyak komitment la. Ekonomi x mengizinkan. Ni si pak plak yg x nak.

    Bincanglah cara baik. Maybe hubby kesian kok tgk kak masa mengasuh anak2 masa kecik2 dulu, selalu sibuk n x larat. Tera 2 anak ni pun kena bangun kui 5. Ptg kena amik kat sitter. Maybe gak faktor ekonomi.

    Web kak selalu ka hubby masuk baca?Kalu dia selalu mai insya Allah dia akan faham.

    p/s: saya x bz tera mana pun. cuma malas & keadaan tak mengizinkan(demam,line kekadg slow gila) dsbnya. Insya Allah sehari dua ni aktif semula.

    ReplyDelete
  2. kekekeke....walaupun mintak satu aje..tapi dari yg satu tu lah sangat besar impaknya! hehehe
    sila cuba mintak lagi sambil memakai lingerie victoria secret,mesti dapat...:p
    i put u in my blog roll!! ok ya?

    ReplyDelete
  3. suami saya sentiasa bagi..tapi tak bercambah2 la pulak...hmm..nasib manusia ni macam2...kene bersabar dgn ketentuan,dan terus berdoa, mudah2an Allah bukakan jalan.. :)

    ReplyDelete
  4. Blurr pulak Helena apa benda yg ahni nakkan sangat tu.... bila baca comments baru faham... (did I miss reading somewhere or Helena blur tahap gaban nih???)

    Tu kena slow talk tu.... tanya kenapa dia taknak.... pastu pujuk2 la ....

    ReplyDelete
  5. eh... dah paham.... hehe *shy* mintak maafla blurr sikit sekarang ni....

    ReplyDelete
  6. hmmmm...tak tanya ke apsal tanak bagi?

    ReplyDelete
  7. Kak Ni, sampai jadi satu entri no. Takpa, kita share the same ambition, cuma saya mmg susah dapat.

    Teruskan memujuk Kak Ni. Suruh anak2 pujuk ayah depa lak. Hihihi

    ReplyDelete
  8. sabar, sabar.. mana tau dapat lebih dari satu nanti...

    ReplyDelete
  9. Joe
    Dulu saya pun tak nak sebab saya takut sangat nak beranak, macam nightmare aje tapi bila dah 'kosong' selama 7 tahun tu, skrg ni terasa terigin. Lagipun sebelum terlambat, maklum la umur dah semakin meningkat..... atau mungkin saya dah insaf....

    Hubby saya tak pernah masuk blog ini.

    ReplyDelete
  10. Diyanazman
    Ok, no problem. Penat ar loncat2 tp x nak kasi jugak.... :-(


    KakLuna
    Itu namanya belum rezeki. Ada jugak supplement yang boleh mensuburkan kedua-dua suami dan isteri.


    Helena
    Har har har... saya yang malu nak cakap terus terang apa masalah saya... Ada masanya sedih sampai menangis saya....

    ReplyDelete
  11. Alex Lacey
    Pernah slow talk dgn dia, dia kata not now, may be in few years time. Sekrg sy dah 35 tahun, rasanya tak boleh nak tunggu lagi dah...

    Wan
    Pak dia siang2 dah 'racun' Adik, katanya nanti kalau ada baby, ayah dah x syg Adik, ayah syg kat baby. "Nak baby tak?" Tentulah Adik jawap tak nak.

    ReplyDelete
  12. 13 May
    Awat no komen? Nanti nak buat teori baru lagi ka?


    Mulan
    Kena sabar lah macam manapun sebab kalau dia tak bagi, bukannya boleh minta dengan orang lain pun... heheheh...

    ReplyDelete
  13. InsyaAllah...kalau ada rezeki, nanti dapatlah...

    ReplyDelete
  14. Dah baca n3 ni semalam.
    Tapi mcm tak tahu nak komen la pulak.

    Sabar..
    Bukan senang nak sabar ...

    Apa sebenarnya penjelasan dia?
    Kenapa dia tak mahu...??
    Masalah kewangan ker??
    Masalah tak der pengasuh??

    Insyaallah, satu hari nanti, bila pB jumpa Ahni, Ahni dah tukar uniform...insyaallah ...

    pB kadang kadang rasa nak.
    kadang kadang rasa tak nak dah...

    ReplyDelete
  15. betul kata joe. selalunya mak takmo tambah anak, pak main taram aje. kes ahni sama lbh kurang cam saya, saya nak anak lagi, suami saya taknak. nafkah yang itu tu dia bagilah cuma takmo menambah anak. mgkn sbb anak2 kami selalu sakit, dia berfikiran macam tu. but like you, what to do.. it takes 2 to tango, kan.

    ReplyDelete
  16. salam,

    mula2 baca tak paham. pas tu jenguk kat blog yg dihighlightkan tu, baru faham.

    Alahai, kesiannya. tak pelah kalau dia takmo. tp, doalah banyak2 minta Allah lembutkan hati dia nak bagi satu. mana tau keluar dua :D..Doa hari2 tau..insyaAllah, kalau dah tercatat kat loh mahfudz tu ada lagi, mmg akan ada punya, kecuali kalau dah tertulis tak de, mmg takdelah. masalahnya kita tak tau apa tertulis kat sanakan. so, usaha ajelah. dan doa tu salah satu usaha kita. psst..goda cik abe lebih2 sikit hihi.

    ReplyDelete
  17. alahai k.ahni..sabo bebanyak ek. pujuk dan pujuk cik abe lagik. tapi, kalo dia takmo jugak, no choice la dah kan..?! sabo je le ek!

    ReplyDelete
  18. MakLang
    InsyaAllah Maklang kalau ada rezeki, bertambahlah seri hidup saya nanti.


    PB
    Penjelasan tu tak ada. Entahlah. Pada saya memang kos akan naik. Memang susah. Tapi susahnya sekarang, esok2 InsyaAllah senang. InsyaAllah rezeki anak2 tu ada. Dah tua nanti, kita cuma ada 2 org anak aje, bayangkanlah betap sunyinya saya.


    OS
    Do u have any idea or trick that might work?


    Ummi
    Mungkin jugak anak2 saya ni selalu buat saya stress tahap gaban, hubby pun tak tahan agaknya. 2 org pun dah pening kepala, inikan pulak kalau lagi ramai. May be.... Walau macam manapun saya tetap sayang dan teringin anak lagi....


    KakLong
    InsyaAllah saya akan buat solat hajat minta pada Allah lembutkan hati cik abe. Goda tu dah goda dah... heheheh.. tapi dia jugak yang untung... dapt selalu tapi tak nak bagi jugak hahahah


    Umme
    Betul tu Umme, never give-up betul tak? Usaha dan usaha lagi. Hopefully ada satu hari tu dia 'terbabas' jua.... dapat jugak satu...

    ReplyDelete
  19. macam kata joepenang kat atas biasanya terbalik..si emak yang tak nak..

    anyway..selamat mencuba jaya (macam formula maths le pulak ek?)

    ReplyDelete