Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Tuesday, June 26, 2012

Blogging dan tempahan kek birthday


Assalamualaikum.

Hai, apa entah tajuk english, blog dalam bahasa melayu.

Sejak 2 menjak 3 menjak ni, CikNi rajin melayan blog pulak, terutamanya blog makanan, blog masak-masak, blog resepi dan yang sewaktu dengan nyer. Terasa rindu pulak nak update blog sendiri tapi nak update pasal makanan atau resepi memang susah sikit lah... al-maklum CikNi masak pun tak tahu berapa lama sekali. Masak air je yang hari-hari… muahahah…

BLOG MASAKAN

Dalam banyak2 blog yang CikNi jumpa tu, so far yang paling memuaskan hati ialah http://www.koleksi1001resepi.com/.  Gambar cantik, penerangan pun jelas dan mudah difahami. Masakan nyer pun simple, tak lah susah bebeno nak buat, baru lah orang macam CikNi teringin mencoba. So, yang ini CikNi bagi 5 bintang… chewah, siapalah CikNi nak bagi bintang-bintang kat website orang nih? Sesetengah blog tu gambar nyer asyik berulang-ulang. Gambar masakan yang dah siap pulak tu. Bukan nyer nak tunjuk step by step tapi ada lah resepi yang ditulis dengan lengkap di bawah gambar-gambar. Oh ya, kalau http://www.koleksi1001resepi.com/ tadi tu, resepi lengkap tak de tapi bahan dan sukatan diberikan sekali dengan step-by-step penyediaan masakan tu. Tak kisah lah kan, janji CikNi paham….

Selain dari blog masakan, CikNi pun rajin menjengah blog jalan-jalan melancong sana- sini… amboi jeles nyer tengok gambo orang gi holiday nih… CikNi hanya mampu berjalan di alam maya ni ha.. ko ada?

Hari Ahad 24/6/2012, genaplah my daughter umor 12 tahun dan untuk pertama kalinya CikNi buat sambutan hari jadi untuk dia.... hah… jangan tak tahu… Tahun2 sebelum ni CikNi belikan kek aje. Kalau ada fulus lebih, CikNi belikan jajan untuk dia bawak gi sekolah bagi classmate. Jemputan pun tak ramai, seperti biasa, yang wajib dijemput babysitter and family. Adik2 CikNi pun ada, yang dari Jln Kebun, dari PD dan dari Perlis pun ada, kebetulan dia memang melepak kat umah CikNi dari minggu lepas. Kawan2 my daughter adalah dalam 10 orang yang dijemput.

TEMPAHAN KEK HARIJADI

CikNi nak share sikit pasal tempahan kek. Kalau nak tempah kek yang ada decoration, mestilah 5 hari sebelum hari yang kita nak collect kek tu, ini terpakai untuk kek secret recipe dan jugak bakers cottage. Kalau tak cukup 5 hari, untuk kek secret recipe, kita boleh bagi gambar yang letak atas kek dan kilang secret recipe akan scan gambar tu dan buat edible pic letak atas kek tapi mestilah order dlm masa 3 hari. Caj tambahan RM25. CikNi dan anak tak suka gambar yang macam tu, so kita order dengan bakers cottage sebab gambar nyer dibuat dengan jelly. Kalau nak kek 2 kilo atau gambar lebih dari satu character, kena order 5 hari tapi kalau lambat order dapatlah buat kek 1 kilo je dengan satu gambar sahaja. Caj tambahan RM10.


CikNi pilih kek Warmest Chocolate, harga RM68 sebelum tambah dengan gambar kartun rilakkuma tu. Kartun tu dibuat dengan jeli, memang sedap dimakan. Versi asal kek warmest choc tu warnanya chocolate macam gambar kat bawah ni.







Birthday girl tengah serve kek kepada kawan2.



Menu nasi ayam, spaghetti bolognaise, pisang, nugget ikan, tapai, kek batik, cupcake, puding, jeli cocon dan birthday cake.


Sempat gantung 6 biji belon jer sebab tukang tiup belon datang lambat.
Janji nyer nak datang awal menolong, huh hampeh...



(^_^)V Terima kasih

5 comments:

  1. terima kasih kerana beri credit pada blog kkida...:)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Kkida kerana sudi mengunjungi blog saya ini...

    ReplyDelete
  3. happy belated birthday gegirl yg 12 tu... selang 4 hari je bday kita.. nnti blh sambut sama2...

    ReplyDelete
  4. wahhh meriah...comel kek tu....menu pun mcm2 ado....mriah2....

    selamat hari lahir buat anak cikni...semoga sentiasa menjadi insan yg cemerlang dunia dan akhirat...amin...

    ReplyDelete
  5. Lieyalatif, terima kasih kerana mengunjungi blog saya yang tak seberapa ini.

    ReplyDelete