Ahad lepas, tengah malam Adik muntah. Banyak sekali dia muntah. Lepas tu menjelang subuh dia muntah lagi 2-3 kali. Hari Isnin aku ada meeting, tak boleh nak skip sebab aku jadi secretary meeting tu. Lepas aje meeting terus pergi rumah babysitter dan bawa Adik pergi klinik. Pada masa yang sama perut aku pun dah rasa satu macam aje. Tengahari sikit babysitter pulak call kata Abang tak pergi sekolah sebab cirit-birit. Hubby pulak sakit2 belakang. Suruh pergi klinik dia tak nak. Tengah malam isnin tu aku pulak start cirit-birit. Hubby pun sakit dah tak tahan lagi. Pagi ini (selasa) kami berdua pergi klinik, dua-dua pun dapat MC. Adik dan Abang pun tak pergi sekolah sebab aku takut dia org tu muntah @ cirit kat sekolah.
Sabtu lepas kami pergi ke kawasan air terjun lagi (tapi tak nampak pun air terjun).
Air terjun di tempat yang tinggi tu, yang sejuk dan yang ada banyak strawberry. Kalau malam sabtu ada pasar malam dan ada banyak jual benda ni. Mmmm... tempat tinggi, jauh dari laut tapi jual seafood (goreng celup tepung) murah. Heran, tapi takpe, jom kita beli dan makan banyak2!
Macam trip ke tempat yang sama tahun lepas, aku dapat ini:
Kali ini dapat sempena Hari Ibu. Kebetulan lah pulak sebab dah pergi highland, memanglah murah2 bunga kat sana. Kalau tak pergi tak merasa lah kot hubby belikan bunga. Dan, macam tahun lepas jugak, masih tak ada vase dan letak dalam cawan 'cars'.
Selamat Hari Ibu kepada ibu2 semua dan terima kasih kepada mereka yang wish kepada saya.
Amboi
ReplyDeleteAmboi
Amboi
Kata tak sihat..
Kata tak sihat..
ReplyDeleteAmboi
Amboi
Amboi
aik??? awat komen cam pB plak nih???
musykil musykil...hahha
PB
ReplyDeleteAik? Bukan main cepat lagi komen!
Heheheh.... masalah sakit perut dah berhenti dah tapi dah dapat MC... yuhuuu!!!
13May
Awat hang tiru PB?
Oooo... hangpa ada skandal kot....
Itu sehati sejiwa namanya...
teknik superimpose yg baik.
ReplyDeleteWaah, bestnya. Mana tempat tu?
ReplyDeleteLaaa.. sempat gi CH lagi tuh.. jelesnya. Ada sorang rakan kita pun gi CH jugak minggu lepas. :D
ReplyDeleteMenariknya la saya tengok ketam goreng tu.. eiii... eiii..
Heheehe seronok mandi air terjun eh Kak Ni?
kat mana tu..nak pergi jugak... huhuhu..cam best je..
ReplyDeleteselamat hari ibu to you..... :)
bestnya mandi dan manda...ehhh superimpose? Tak pi repot polis ka? ke ke ke....
ReplyDeletek.ahni..pegi jalan2 lagi ek.best nye. tapi, balik dari sana kena sakit2 la pulak?! kesian... selamat hari ibu ek!!
ReplyDeletewallaaa...ketam celup tepung da..!!! cicah sos keropok sedap tu..!!!! harap2 semua dah sihat walafiat..
ReplyDeleteZizie
ReplyDeleteHeheheh..... *senyum kambing*
OS
Dekat Hutan Lipur Kuala Woh, sebelum naik ke Cameron Highland.
Wan
Jangan jeles *wink*
Eh, tak puas betul lah mandi air terjun, sekejap aje pun hubby dah panggil naik sebab lepas tu dia org nak 'panjat' naik ke cameron, nak check-in etc. so kena cepat le.. :-(
Diyanazman
Kat Hutan Lipur Kuala Woh, sebelum naik ke Cameron Highland.
Alinlai
ReplyDeleteEh eh.. siapalah agaknya dibelakang gambar superimpose tu ya.... Jangan report polis sebab polispun tak tahu nak tangkap siapa... heheheh
Umeboshi
Agaknya bila pergi jalan2 tu tak hingat donia kot... seronok sangat.. tu yang Allah bagi peringatan yang sedikit tu supaya kita tak leka..
Mulan
Ada banyak lagi Mulan, sotong celup tepung, udang celup tepung, mura pulak tu, satu peket tu RM5.