Cuti sekolah yeay yeay yeay yabeda beduuu....
Hari Sabtu, pagi-pagi lagi kami dah bergerak balik ke kampung hubby. Ini bukan trip balik bulanan yang biasa tetapi luar biasa kerana anak sedara hubby akan melangsungkan akad nikahnya pada malam sabtu.
Semasa di GEC jalan nyer lengang aje tapi bila masuk aje ke plus highway terus nampak kereta yang begitu banyak. Alhamdulillah jalan tidak sesak tapi bila kereta dah banyak tu tak boleh lah nak speed 160-180 gitu, nak maintain 110 pun susah. Bila kereta dah banyak, mulalah kereta asyik bertukar-tukar lane sebab nak cepat. Bila ada kereta nak potong lori ke bas ke, mulalah lane kanan tu que. Ada kereta yang nak memotong tetapi terhegeh-hegeh. Ada yang nak potong tapi kereta tu sebenarnya tak cukup power nak potong. Alhamdulillah tak ada eksiden, kalau tidak lagi haru biru, gerenti sesak punyalah.
Satu perkara yang aku perasan masa kat plus highway, selalu kalau balik raya pun tak nampak scene macam ni. Nak tahu apa?
Lebih separuh dari kenderaan dekat plus tu ialah dari spesis MPV atau yang sewaktu dengan nya. Betul ni, tak tipu... aku nak ambik gambar tapi camera kat dalam beg pakaian dalam bonet (apa la..). H/p pulak h/p pinjam, butterfly, mana ada camera. H/p aku bagi kat hubby pinjam, h/p dia belum siap lagi repair. Aku pakai yang buruk pun takpe, janji hubby bergaya..... (cheh, macam baguz)
AL MAKLUMLAH CUTI SEKOLAH, ramai lah ibu bapa nak hantar anak2 balik kpg, nak balik bercuti kat kpg dgn anak2, nak balik kpg sbb ada kenduri kawin dan bla bla bla... Segala jenis spesis MPV ada, dari Carnival, Ria, Serena, Estima, Unser, Innova, Avanza, Citra, Espace, Scenic, Odyssey, Grandis, Stream, Xsara, Wish, Trajet, Suzuki APV, hinggalah ke spesis tak tahu MPV ke van macam Pregio, C8 dan Rusa. Ada lagi MPV/SW/APV sapa yang aku tak tulis kat sini? Aku tulis yang aku nampak ajelah.
Yang peliknya aku tak nampaklah pulak kereta pijot, 307SW pun tak nampak, 805 ke 806 pun tak nampak, mana pergi semua pijot-pijot ni? Kereta pijot kami bukan MPV, APV atau SW, so tak termasuklah dalam senarai ini ya...
Cerita pasal akad nikahdan kenduri next entry ok, Opah Chu letih... (aku dah berpangkat Opah Chu tau, cucu sedara hubby dah 4 orang).
PAKAI TONGKAT DAH
4 weeks ago
selamat makan kenduri....
ReplyDeleteaku jenuh dok susun kat sini:)
happy holidays!
Dah makan kenyang weh... tu rumah pompuan, minggu depan rumah lelaki.
ReplyDeleteHang susun apa?
Kenduri ni nak bawa awek mana, kenduri sana nak bawa awek mana, kenduri sinun kantoi....
huhuhu..kereta pijot sangatla best.. tapi harganya juga best menyebabkan saye tak dapat memiliki kereta pijot yg best itu..huhu
ReplyDeleteYa cuti sekolah datang lagi. Nak buat apa ek?
ReplyDeleteAkak, MPV tu boleh sumbat banyak benda. Maklumlah, nama pun balik kampung. Bukan bawak balik banyak barang, tapi dari kampung angkut segala macam barang. :D
ReplyDeleteSalam kenal. Orang M'sia hebat sekarang. Semua nak berMPV. Bagus-lah... Kereta tak MPV pun okay. Jimat minyak
ReplyDeleteDiyanazman
ReplyDeleteKereta pijot model baru memang best tapi best dipandang aje, nak beli tak mampu... 2nd and 3rd hand baru boleh merasa weh...
OS
Nak buat apa ek? Buat tak tahupun boleh jugak.
Ok, bawalah family pergi tengok Pirate 3 tu... lanun handsome tu la..
Wan
Ha, eloklah tu sumbat penuh-penuh ya....
zlaa
Saya teringin jugak MPV tapi besarnya... tak nak ah... belum masa lagi rasanya, anakpun baru 2 org.