Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Sunday, May 20, 2007

Birthdays & Teachers

Pada mereka yang minat AF tu puaslah ya.. dah habis dah konsert. Saya tak tengok, jangan marah.. masa tu saya sibuk dok bloghop sana sini, dok catch-up perkembangan dalam masa seminggu ni...

Ramai yang menulis pasal Hari Ibu dan Hari Guru. Takkan saya tak tulis kot tapi rasa macam dah ketinggalan kapal lah pulak. Sebenarnya selain dari Hari Ibu atau Hari Guru, ada satu lagi hari yang bermakna kepada saya dalam bulan Mei ini... ops... sebenarnya 2-3 hari jugaklah.

Pertamanya, awal bulan hari tu dah mentioned pasal my anniversary on 1/5.
Keduanya, pada 15/5 adalah ulang tahun kelahiran Abang. Tahun ni dia dah 10 tahun. Kesian kat dia sebab tengah2 bulan ni mak & ayah dia tengah kering. Terutamanya selepas balik dari Cameron tu. So, actually pergi jalan2 kat Cameron tu pun kira macam hadiah jugak lah kan. Chup! Double kesian dekat dia sebab sebenarnya aku awal2 lagi dah belikan hadiah untuk dia, lepas tu aku simpan. Dah beli 2-3 bulan yang lepas sebenarnya. Pada 15hb. tu dah lah kami satu family dok rumah, aku dan hubby cuti sakit. Abang & Adik pulak baru lepas sakit perut dan muntah pada hari sebelumnya tu, jadi aku suruh dia org berehat kat rumah dulu dan tak pergi sekolah. Nanti kalau tercirit dan muntah kat sekolah pun susah. Masa tu badan tak sihat, duit kureng, otak pun runsing, langsung aku lupa pasal hadiah tu. Kami cuma wish dia 'Happy Birthday'. Nak belikan kek ke apa ke pun tak boleh - kan ke kami semua tengah sakit perut, so makan pun kena berjaga-jaga, menu utama kami cuma roti dan biskut.

Lepas tu pada hari apa entah, aku merayau ke kedai buku nak carikan buku untuk dia sebagai hadiah. Abang ni kira anak yang baik, tiap2 tahun untuk birthday dia minta belikan buku. Selalunya buku pasal dinosaur. Tengah dok merayau-rayau tu aku teringat.."Eh! Dah belikan dia buku 'Art Attack' la hari tu!" Alamak macam mana boleh lupa ni?... Kalau aku hadiahkan pada hari 15hb. tu kan ke best... ish teruk betul aku ni kan. So balik kerja petang tu aku terus bagi buku tu pada dia. Bukan main happy lagi dia walaupun itu bukan buku dinosaur.

Pada 17hb. pulak hari ulang tahun Anjang, adik aku yang no. 4. Kalau ikutkan, mak aku sakit nak bersalin pada hari guru tu (16hb) tapi terlajak sikit dalam pukul 12 tgh mlm lebih baru keluar adik aku tu... heheheh.... So, kalau orang lain ingat hari guru, aku pulak ingat kat adik aku. Masa sekolah dulu aku bukan ada interaksi pun dengan cikgu2. Entah tak tahu pasal apa. Aku pergi sekolah, belajar, lepas tu balik sekolah. Bukannya ada nak pergi jumpa cikgu tanya pasal pelajaran ke apa ke. Masa kat U pun macam tu. Jumpa lecturer cuma masa kuliah. Tanyalah nama lecturer, aku cuma ingat sorang aje, itupun sebab dia tu .... er... orang panggil apa entah... ala.. lecturer yang jaga kita tu la, yang pegang file kita, result kita (cgpa) tu kita pergi ambik kat dia la.

So, minta maaf banyak, bunyinya tu macam aku tak hormat kat cikgu2/lecturer semua, sebenarnya aku tak tahu nak cerita apa. Ada 2 orang cikgu yang aku wish 'Selamat Hari Guru' iaitu Angah, adik aku no. 2 dan suaminya, juga seorang cikgu. Dua-dua orang mengajar kat Miri.

Walaupun agak terlambat, aku nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada bloggers yang jadi cikgu, mahupun pensyarah, yang aku ingat Alinlai dan Alex Lacey.

Lagipun Hari Guru adalah hari yang menyedihkan untuk aku sebab hasrat aku nak jadi lecturer yang tak kesampaian.

6 comments:

  1. salam ahni. a blog hop from me :)

    ReplyDelete
  2. Salam..

    bila nak jalan jalan cari makan lagi kat shah alam nie???

    ReplyDelete
  3. makasih :) ingat juga kat chek... ha ha ha...baguih la dah habis AF tu, tak payah la dok tgk lagi... ni kes tak berapa minat tapi tengok juga...

    ReplyDelete
  4. selamat ulangtahun, selamat hari ibu untuk cikni.

    ReplyDelete
  5. asik demam jek akak sekarang kan..

    saya ilang sora.. bersorak malam sabtu tuh


    take care eh kak ni.. :)

    ReplyDelete
  6. Tadi dah jawab komen sebenarnya tapi pastu tak keluar, geram lah pulak...

    Aidura Sofiee
    Mehle selalu, chek suka...

    PB
    Boleh boleh, nanti calling2.

    Alinlai
    Heheheh.. tengok kat profile tu kan ke dah tulis 'anti AF and almost all reality shows'.

    OO
    Lama tak dengar cerita dari awak. Thanks.

    Wan
    Tahniah pada awak sebab pelajar AF pilihan awak dah menang.

    ReplyDelete