Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Tuesday, February 27, 2007

2-3 minggu yang lepas, semasa shopping complex semua dok sibuk buat sales untuk CNY, aku pun tumpanglah sekaki. Belilah seluar, satu tu suzie pants, satu lagi tu ladylike. Yang tak seronoknya adalah seluar2 yang aku beli tu dah naik satu saiz. Aku terpaksalah jugak beli sebab 4 helai seluar bluemax yang ada kat rumah tu dah sendat.

Yang lagi menyedihkan tu ialah semalam.

Semalam aku ambik half-day pergi buat urusan bank, bayar bil etc. Jalan2 punya jalan dah sakit lah, peha dah melecet. Bila masuk office lepas lunch tu terpaksalah jalan dengan penuh berhemah sebab memang pedih sangat tempat melecet tu.

Aku rasa stress lah sebab saiz dah naik sampai nak jalanpun peha melecet. Kalau setakat badan naik tapi masih boleh pakai baju/seluar saiz yang sama tu takpelah jugak, ini baju/seluar kena beli baru. Nasib baik pergi kerja pakai baju kurung, kalau badan naikpun tak ketara sangat sebab baju kurung aku semuanya baju kurung pesak dan memang dijahit agak longgar, kalau tidak mahupun semua jenis baju kena beli baru.

Bila time dinner semalam bukannya aku nak insaf ke, serik ke apa, lagi aku stress lagi aku balun makan, double the usual intake. Worst!

Gagal. Aku setakat ini masih gagal nak berdiet, walaupun ianya salah satu azam tahun baru aku. Dalam tahun 2005 dulu aku dapat jugak diet walaupun sekejap. Itu setelah bertahun-tahun aku dok berazam nak diet, tiba2 aje pada satu hari tu dengan tak semena-mena aku dapat kekuatan untuk berdiet. Masa tu dapatlah aku turun dalam 3 kg lebih kurang. Sayangnya tengah seronok diet, datang pulak bulan Ramadhan dan diikuti dengan Syawal. Rehat lah sekejap dari berdiet, kononnyalah. Rupa-rupanya sampai hari ni pun aku tak dapat nak ‘resume’ aktiviti diet aku tu. Tiap2 hari pun ingat nak diet tapi tak ada kekuatan nak buat. Sekurang-kurang nya aku dapat kurang kan makan pun cukuplah tapi memang tak bolehlah. Bila nak balik dari office tu dah terbayang nasi lemak makcik kat Seksyen 17. Breakfast pun kalau tak makan heavy, kejap lagi mesti lapar, mesti nak mengunyap biskut la, kuih la, roti la.

Baju dan seluar dah ketat. Yang dalam-dalam tu pun dah sempit. Bila lagi Ahni?

Sunday, February 25, 2007

Gigi Susu






Ok, buat gempak jer kan. 
Hari ni, pertama kali gigi susu Sarah tanggal. 
So, saja lah kita org nak abadi kan kenangan ini... hahahah.. 
Sarah rongak...

Saturday, February 24, 2007

Aku kena tagged dengan Wan.

Horror 6 (tak horror pun)

Rules & Regulations:
Each player of this game starts out by giving 6 weird things about themselves. People who get tagged need to write in a blog of their own 6 weird things as well as state the rules clearly. In the end, you need to choose 6 people to be tagged and list their names. After you do that, leave them each a comment letting them know you tagged them and to read your blog!


Sebenar-benarnya aku tak tahu lah apa yang pelik pasal diri aku ni kan, aku pun tanya kat hubby tapi dia buat donno aje, huh, tak sporting langsung (sebenarnya takut ter-bergaduh). Lepas tu aku pun tanya adik aku yang kat Miri tu pulak, dia pun bagilah 6 perkara yang dia rasa pelik tentang aku. Ada 2-3 perkara yang aku tak paham maksudnya @ itu kira pelik ke? Dia kata aku ni cepat naik angin, suka shopping benda tak penting, suka merajuk, susah control selera makan dan cerewet tentang pakaian... mmm... dari pandangan aku sendiri pulak, aku ni:

  1. For all you know kan, aku ni tersangatlah suka menukar template. Dulu masa aku baru involved dengan internet ni aku buat website family guna geocities dan email kan url nya kepada kawan2. Ada sorang kawan tu dah rekomen aku guna blogspot sebab aku ni asyik aje dok tukar layout dekat personal website aku tu. Masa tu aku pikir 'Ape kebende lah blog ni' dan buat donno aje. Satu hari yang tidak disangka-sangka tu aku pun akhirnya register dalam blogspot. Yelah kan, kalau ikut kebiasaannya mana ada orang asyik update personal website. Takkanlah hari2 ada perubahan dalam your biodata? Takkanlah hari2 you tukar background your family. Personal website definitely tak sesuai untuk buat jurnal, diary etc. Dekat blogspot ni pun, tak tahulah dah berapa kali aku tukar template. Kalau boleh hari2 nak tukar! Hubby pun tegur, asal dapat duduk kat PC tu mesti nak 'bega-bega' blog. Apa nak buat, dah hobi, dah suka (macam tak ada kerja).
  2. Ya, aku mengaku memang aku xtremely cepat naik angin. Mak aku kata aku meroyan. Selalu dia suruh aku pergi berubat. Aku pulak berpendapat aku cepat naik angin tu sebab aku stress. Aku stress pada entah apa-apa. Benda yang tak penting pun boleh buat aku stress. Stress tak pasal-pasal. Ini namanya suka susahkan diri sendiri.
  3. Ya, betul aku ni tak boleh nak control makan. Tak boleh sangat-sangat. Makan, makan, makan. Tiap2 hari berat aku naik dan tak pernah turun-turun. Tak sedap pun aku boleh makan. Dah kenyang pun boleh makan lagi. Makan lagi dan makan lagi. Mmmm.... sedapnya makan.... yum yum.... Jom makan! (Tolonglah aku...... aku ni dah le obess, kandungan lemak & kolestrol dlm darah aku tinggi, aku susah nak cari saiz baju dan saiz baju aku bertukar dari setahun ke setahun. Dah cuba diet tapi memang tak boleh lah - nanti aku tulis satu entry pasal ini ya)
  4. "Ayang ni pelik lah" aku recalled hubby cakap beberapa tahun yang lalu. Movie yang orang kata best, aku kata tak best. Banyak jugak box office movies yang aku kata "uwekkkk" *nak muntah* Kenapa ya... may be sebab bila orang dah kata best, expectation aku sangatlah tinggi terhadap movie tu tapi bila aku tengok.. kuang kuang kuang.. macam hampas kelapa. Contohnya seperti..... eh, manalah aku ingat sebab aku tak suka movies tu. Dah tak suka buat apa nak ingat.
  5. Aku boleh tengok drama british yang paling boring dalam dunia ( drama yang boring2 tu kebanyakkannya dari UK kan?) Aku jugak boleh tengok dekat channel 50 Astro tu New Detectives, Crime Night, Psikik Investigation dan segala jenis dokumentari penyiasatan/misteri yang tersangat lah boring tu (very contrary to CSI). Kenapa ya aku begitu? Lagi yang aku suka ialah Midsomer Murder dan Wire In the Blood
  6. Aku suka segala jenis drama/movie yang bohong dan tipu belaka seperti berikut: x-men (cartoon dan movie), star wars, pirate of the caribbean, LOTR, Harry Potter, Avatar The Legend of Aang (cartoon, ini yang aku paling suka!!!), Andromeda (I like I like I like), Supernatural, Kidnapped, Las Vegas (wow! awat pukul 11 mlm, aku ngantuk la) I really really hate reality shows (except for Gelanggang Raja Lawak)


Kalau you all perasan no, 4, 5 & 6 tu tak ada yang berbahasa melayu, indon, filipina, sepanyol, mexico, hindi, tamil maupun cina, another weird factor eh?



Blogger berikut aku nak tag:

  1. Ordinary Superhero
  2. Jubeiz
  3. Joe Penang
  4. Alex Lacey
  5. Atiza
  6. Helena

Ramai lagi aku nak tag tapi ada yang dah kena tag, ada yang belum tapi list aku ni dah 6, so, tak pe lah, next round ok.

Friday, February 23, 2007

Hah?!!! Kena tag?

Wan, nanti saya buat Horror 6 tu ye. Sekarang ni nak kena pikir-pikir dulu, apa ya yang horror about me..... ? *fikir sambil pegang dagu*

Saya telah menambahkan lagi dua link kat sebelah kanan blog ini, iaitu Aggmuqry dan Hajizi & Sally. Check it out!

Wednesday, February 21, 2007

Back to work already?

Welcome back.

Sabtu 17/2/2007
Kakak ipar sekeluarga turun dari Perak nak pergi ke Nilai3 (itupun setelah 2-3 kali tukar plan, sekejap tu anak2 aje nak lepak Shah Alam, kejap tu nak datang 2 family (Kak Long + Kak Teh), kejap tu nak naik bas, kejap tu tak jadi, sabag aje lah no). So, for the first time (amboi, peghak nya) akupun ikut le hubby pergi ke Nilai3. Dah nama pun first time kan, terlajak kat highway sampai ke Seremban. Kena patah balik eh. Nak ke Nilai3 ni aku tak ada hajat besar nak shopping, cuma nak tengok ape ke rupe nyer Nilai3 tu.

Malam tu pulak kami pergi menziarah rumah sepupu hubby kat Seksyen 23. Lepas tu kami beramai-ramai (termasuk sepupu hubby tu) pergi ke Uptown Seksyen 24. Ini kes peghak lagi sekali le, sebab ini first time aku ke sana.

Ahad 18/2/2007 CNY Day 1
Hari ini pulak, pagi2 lagi kami semua dah keluar ke parking dekat stadium shah alam tu - apa lagi kan, carboot sales dan pasar tani. Balik dari situ kami pergi ke Ikea. First time again for me! So, patut bersyukur banyak2 sebab kalau bukan kakak hubby datang ke sini, jangan haraplah hubby nak bawa aku pergi ke tempat2 ini (Ikea, Nilai3 and Uptown) Ish ish ish peghak sungguh aku ni kan.....
Lepas ronda Ikea, kakak ipar & the gang pergi KLCC pulak tp hubby tak mau ikut, so kami balik la ke rumah. Dari KLCC dia org terus balik Perak.

Malam ada konflik *nangis sorang-sorang*

Isnin 19/2/2007 CNY Day 2
Hari ni adik aku pulak dari PD datang. Kami nak pergi beraya rumah bapa sedara aku.
Kami dihidang dengan air tin, kacang cap tangan, coklat cadbury dan beberapa jenis kuih dalam balang (yang aku tak berani nak makan sebab tak ada label - tak tahu halal ke tidak). Bapa sedara bagi kat hubby Anglia (air tin);
"Ini Alkohol ada sikit saja"
Hubby gelak "Tak boleh la. Sikit pun serupa, tak boleh minum jugak"
Takpe, ambik air tin yang lain lah.

Lepas tu bapa sedara aku bawa kami pergi makan kat McD.
Masa makan tu aku tanyalah;
"Itu aunty no. 4, dia punya husband ada building depan loyat plaza ka?"

"Ya, ya ada"

"Apa nama itu building?"

"Talak tahu wo."
"Itu dia banyak kaya"
"Tapi judi banyak kuat"
"Itu hari 2 kidai sama satu rumah sudah juai"

"Ya, ya, saya ingat dulu dia ada saloon kan?"

"Itu rumah sudah 600 ratus ribu, sama itu kidai sudah mau satu million lebih"
"Itu Genting sana la"

*Jaw dropped* Banyak kaya boros lah aunty aku ni.

Keluarga cina ni kalau aunty panggilan nya E. Kalau uncle Ku.
Kalau paklong: Tuo-Ku (Uncle Besar)
Kalau maklang: Sa-E (Aunty No. 3) (Sa - nombor 3 dalam bahasa hokien)
Kalau bapa sedara ke-4 (pak anjang): Si-Ku (Si - nombor 4, Ku - uncle = Uncle No. 4)
Mak aku dia org panggil Ji-E, tak tahulah apa pulak makna nya. So, my uncles and aunties: Tuo-Ku, Ji-Ku, Sa-Ku, Si-Ku, Go-Ku, Sehan-E, Sa-E, er... setakat itu ajelah yang aku ingat.
Isteri pada uncle pulak panggilan nya Kim. So, isteri Si-Ku dipanggil Si-Kim, isteri Ji-Ku dipanggil Ji-Kim... yang lain2 tu aku tak ingat dah nak panggil apa. Maklumlah yang aku selalu jumpa tu cuma Si-Ku dan isterinya, Si-Kim sahaja. Yang kami pergi beraya tu kat rumah dia orang lah,kat Apartment Damansara Damai.

Selasa 20/2/2007
Birthday Bonda tercinta.
Selamat Hari Lahir Ibu! Yang ke 56.
Love and kisses to you!


Seharian kami di rumah saja. Hubby kata nak rehat.

Monday, February 19, 2007

Anak Sedara Baru

Hari ini adalah hari tahun baru cina. Kami (my family and Helmi's family) berhari raya bersama abg mak yg ke-4, tapi gambar bapa & mak sedara tak ada. Yang ada gambar anak Helmi, Baby Irdina. Comel tak? Macam mak long dia jugak kan.... hu hu hu.....


Wednesday, February 14, 2007



Kong Xi Fa Chai
Wan Shi Ru Yi
Chu Ni Sien Kang


Kalau tak paham tak pe.



Saya baru lepas baca blog saudara Joe Penang yang dok cerita pasal Negeri Perlis.

Sesiapa yang pernah pergi ke sana tu tentu paham apa yang Joe cerita kan tu. Tak tahulah perkara tu 'unik' atau tidak tetapi macam tu lah keadaannya.

Tuesday, February 13, 2007

Aku telah menambah beberapa nama dekat list FRIENDS aku kat sebelah kanan blog ini iaitu Siti Rahayu dan Helena.

Salam perkenalan to both of you.

Saya ni bukan apa, kalau tak letak kat situ nanti saya susah nak trace balik link.
Sejak aku menjadi orang yang langsung tak important sekarang, kadang2 aku rasa blur aje pergi kerja. Dulu aku selalu busy yang amat. Boss pun cakap ‘I tahu you overload’.

Itu dulu.

Then, bila seorang demi seorang staff baru masuk dan kerja2 yang aku terpaksa buat ‘on behalf’ dulu dah diambil alih oleh orang2 baru, maka aku pun dah rasa blur sahaja sebab aku cuma focus pada satu kerja aje. Macam orang kena downgraded pulak.

Aku no longer secretary to x1 meeting (weekly basis).
Aku no longer secretariat for x2 award and x3 award (yearly basis - best boleh berjalan sana sini, visit kilang).
Aku no longer handling customer complaint.
Aku need not prepare reports for x4 meeting (monthly), x5 meeting (quarterly) and x6 meeting (quarterly).
Aku need not prepare for external audit (at least 12 audits per year).

Manusia.

Bila sibuk pun bising.

Bila tak sibuk pun bising.

Sekarang pun aku blur.

Macam mana ek?

Tuesday, February 6, 2007

Last weekend balik kampung hubby, ada gotong royong/5S kat rumah mak mertua. Not the whole house tapi satu bilik yang telah dihuni oleh anai-anai.

Habih ar habuk2 berterbangan.... ada yang masuk mata, nak gosok lebih2 tak boleh nanti terkeluar pulak contact lense. Lepas tu asyik-asyik bersin.

Dah datang office pun badan macam tak sihat, tekak sakit, kepala berat... apa-apa saja lah.

Apa nak cerita ek? Tak ada idea lah pulak. Kena blog hop dululah untuk dapatkan sedikit inspirasi. BTW, aku terasa macam sunyi aje dunia blog, blog hop pun tak begitu teruja, may be blog aku aje kot yang sunyi.

Bila baca reply OS kepada komen aku kat blog dia - pasal mesin potong rumput yang dihadiahkan oleh isteri. Aku pun teringat pasal birthday hubby, coming soon (this saturday), dalam 10 tahun kawin ni dah 2 kali aku lupa pasal birthday dia, teruk kan? This year InsyaAllah aku ingat, cuma bab nak beli hadiah tu yang lemah sket. Nak beli macam yang Ailin belikan untuk hubby dia tu tak le termampu aku nih. Last2 aku beli kan kemeja lengan panjang sebab aku tengok dia sejak kerja pejabat (since last year), dia selalu shopping kemeja lengan panjang. Yelah kan sebelum ni pakai t-shirt dan seluar jeans, langsung tak pakai kemeja lengan panjang. Macam aku dulu jugaklah, masa baru2 kerja pejabat, jenuh jugak dok beli kain dan pergi tempah baju kurung. Lebih2 lagi kat tempat semi-gomen ni, pakaian kenalah tertib ye tak? Kalau kat kilang dulu pakai seluar panjang aje memanjang. Kalau pakai baju kurung mahu le aku tergolek kat production line, tak pun asyik angkat kain aje bila nak lalu celah mesin tu, al maklumlah kilang paip....