Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Tuesday, February 27, 2007

2-3 minggu yang lepas, semasa shopping complex semua dok sibuk buat sales untuk CNY, aku pun tumpanglah sekaki. Belilah seluar, satu tu suzie pants, satu lagi tu ladylike. Yang tak seronoknya adalah seluar2 yang aku beli tu dah naik satu saiz. Aku terpaksalah jugak beli sebab 4 helai seluar bluemax yang ada kat rumah tu dah sendat.

Yang lagi menyedihkan tu ialah semalam.

Semalam aku ambik half-day pergi buat urusan bank, bayar bil etc. Jalan2 punya jalan dah sakit lah, peha dah melecet. Bila masuk office lepas lunch tu terpaksalah jalan dengan penuh berhemah sebab memang pedih sangat tempat melecet tu.

Aku rasa stress lah sebab saiz dah naik sampai nak jalanpun peha melecet. Kalau setakat badan naik tapi masih boleh pakai baju/seluar saiz yang sama tu takpelah jugak, ini baju/seluar kena beli baru. Nasib baik pergi kerja pakai baju kurung, kalau badan naikpun tak ketara sangat sebab baju kurung aku semuanya baju kurung pesak dan memang dijahit agak longgar, kalau tidak mahupun semua jenis baju kena beli baru.

Bila time dinner semalam bukannya aku nak insaf ke, serik ke apa, lagi aku stress lagi aku balun makan, double the usual intake. Worst!

Gagal. Aku setakat ini masih gagal nak berdiet, walaupun ianya salah satu azam tahun baru aku. Dalam tahun 2005 dulu aku dapat jugak diet walaupun sekejap. Itu setelah bertahun-tahun aku dok berazam nak diet, tiba2 aje pada satu hari tu dengan tak semena-mena aku dapat kekuatan untuk berdiet. Masa tu dapatlah aku turun dalam 3 kg lebih kurang. Sayangnya tengah seronok diet, datang pulak bulan Ramadhan dan diikuti dengan Syawal. Rehat lah sekejap dari berdiet, kononnyalah. Rupa-rupanya sampai hari ni pun aku tak dapat nak ‘resume’ aktiviti diet aku tu. Tiap2 hari pun ingat nak diet tapi tak ada kekuatan nak buat. Sekurang-kurang nya aku dapat kurang kan makan pun cukuplah tapi memang tak bolehlah. Bila nak balik dari office tu dah terbayang nasi lemak makcik kat Seksyen 17. Breakfast pun kalau tak makan heavy, kejap lagi mesti lapar, mesti nak mengunyap biskut la, kuih la, roti la.

Baju dan seluar dah ketat. Yang dalam-dalam tu pun dah sempit. Bila lagi Ahni?

11 comments:

  1. masalah kita sama ahni. I was at my ideal weight last november. Everyone commented that I looked much slimmer, some even appalled at the taught that I wanted to loose another 3-4kg.

    However, by year end 2006, i put on 3 kg. And as of today (2 months later), i put on another 4 kg...

    HELPPPPP.... Nafsu makan Helena meluap2.........

    P/S Frens say that tak nampak badan Helena naik. But I know... sebab my pants and jeans dah ketat.... and i guess I do wear a lot of baju kurung lately..... sigh.....

    ReplyDelete
  2. Kak Ni tensen lagi kuat makan ka?

    Kita ada masalah yg sama (berat) tapi situasi berbeza.

    ReplyDelete
  3. salam kenal.hai...ni tinggal jejak kaki kat sini ek. moga tabah dan sabar serta kuat semangat utk DIET. you can do!!

    ReplyDelete
  4. camne yek nak control makan? tak reti la..

    ReplyDelete
  5. hmmm bab diet ni payah la nak bagi nasihat sebab saya pun tak pernah diet ke ke ke....balun je semua benda, kena exercise kot?

    ReplyDelete
  6. ehem ehem ni entry sindir saya ke ni? saya baru lahap ayam goreng pukul 11 malam

    ReplyDelete
  7. Helena,
    Kalau badan baru naik selalunya org belum perasan, kalau berat baru turun pun org tak perasan sgt. Helena, ada 'berisi' kot.

    Ajzie,
    Alahai.... mesti ada azam untuk buat betul tak.

    Wan,
    Makan untuk menghilangkan stress dan mengelakkan dari dok fikir yg bukan2

    Umeboshi,
    Salam kenal! Terima kasih kerana mengunjungi blog saya. Hari2 asyik fikir nak diet tapi 'tindakan' tak ada.

    Mulan,
    Saya memang tak tahu macam mana, kalau tahu tak adalah saya dok susah hati macam sekrg ni.

    Alinlai,
    Exercise tu boleh kurangkan selera mkn ke? Lps exercise kalau singgah kedai mamak memang best!

    Lollies,
    Eh kau makan ayam apa, ayam kentucky ke ayam goring ke ayam percik ke? Sedap tu kan kalau makan malam2, makan sorang2 pulak tu tanpa kena berebut dengan anak2.

    ReplyDelete
  8. kau baca kewierdan aku..and my previous posts..you know that I could not help but thinking of my weight...

    ReplyDelete
  9. Oooops, ini isu sentitif ni. Bab ni tak leh nak komen, because I have weight problem too, only in the reverse!

    ReplyDelete
  10. OS;
    Eh betul ke ni OS, tak boleh imagine lah macam mana... agaknya kalau orang tersgt bz memang macam tu, tak sempat makan. I should be busier lah untuk turunkan berat...

    ReplyDelete