Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Wednesday, February 21, 2007

Back to work already?

Welcome back.

Sabtu 17/2/2007
Kakak ipar sekeluarga turun dari Perak nak pergi ke Nilai3 (itupun setelah 2-3 kali tukar plan, sekejap tu anak2 aje nak lepak Shah Alam, kejap tu nak datang 2 family (Kak Long + Kak Teh), kejap tu nak naik bas, kejap tu tak jadi, sabag aje lah no). So, for the first time (amboi, peghak nya) akupun ikut le hubby pergi ke Nilai3. Dah nama pun first time kan, terlajak kat highway sampai ke Seremban. Kena patah balik eh. Nak ke Nilai3 ni aku tak ada hajat besar nak shopping, cuma nak tengok ape ke rupe nyer Nilai3 tu.

Malam tu pulak kami pergi menziarah rumah sepupu hubby kat Seksyen 23. Lepas tu kami beramai-ramai (termasuk sepupu hubby tu) pergi ke Uptown Seksyen 24. Ini kes peghak lagi sekali le, sebab ini first time aku ke sana.

Ahad 18/2/2007 CNY Day 1
Hari ini pulak, pagi2 lagi kami semua dah keluar ke parking dekat stadium shah alam tu - apa lagi kan, carboot sales dan pasar tani. Balik dari situ kami pergi ke Ikea. First time again for me! So, patut bersyukur banyak2 sebab kalau bukan kakak hubby datang ke sini, jangan haraplah hubby nak bawa aku pergi ke tempat2 ini (Ikea, Nilai3 and Uptown) Ish ish ish peghak sungguh aku ni kan.....
Lepas ronda Ikea, kakak ipar & the gang pergi KLCC pulak tp hubby tak mau ikut, so kami balik la ke rumah. Dari KLCC dia org terus balik Perak.

Malam ada konflik *nangis sorang-sorang*

Isnin 19/2/2007 CNY Day 2
Hari ni adik aku pulak dari PD datang. Kami nak pergi beraya rumah bapa sedara aku.
Kami dihidang dengan air tin, kacang cap tangan, coklat cadbury dan beberapa jenis kuih dalam balang (yang aku tak berani nak makan sebab tak ada label - tak tahu halal ke tidak). Bapa sedara bagi kat hubby Anglia (air tin);
"Ini Alkohol ada sikit saja"
Hubby gelak "Tak boleh la. Sikit pun serupa, tak boleh minum jugak"
Takpe, ambik air tin yang lain lah.

Lepas tu bapa sedara aku bawa kami pergi makan kat McD.
Masa makan tu aku tanyalah;
"Itu aunty no. 4, dia punya husband ada building depan loyat plaza ka?"

"Ya, ya ada"

"Apa nama itu building?"

"Talak tahu wo."
"Itu dia banyak kaya"
"Tapi judi banyak kuat"
"Itu hari 2 kidai sama satu rumah sudah juai"

"Ya, ya, saya ingat dulu dia ada saloon kan?"

"Itu rumah sudah 600 ratus ribu, sama itu kidai sudah mau satu million lebih"
"Itu Genting sana la"

*Jaw dropped* Banyak kaya boros lah aunty aku ni.

Keluarga cina ni kalau aunty panggilan nya E. Kalau uncle Ku.
Kalau paklong: Tuo-Ku (Uncle Besar)
Kalau maklang: Sa-E (Aunty No. 3) (Sa - nombor 3 dalam bahasa hokien)
Kalau bapa sedara ke-4 (pak anjang): Si-Ku (Si - nombor 4, Ku - uncle = Uncle No. 4)
Mak aku dia org panggil Ji-E, tak tahulah apa pulak makna nya. So, my uncles and aunties: Tuo-Ku, Ji-Ku, Sa-Ku, Si-Ku, Go-Ku, Sehan-E, Sa-E, er... setakat itu ajelah yang aku ingat.
Isteri pada uncle pulak panggilan nya Kim. So, isteri Si-Ku dipanggil Si-Kim, isteri Ji-Ku dipanggil Ji-Kim... yang lain2 tu aku tak ingat dah nak panggil apa. Maklumlah yang aku selalu jumpa tu cuma Si-Ku dan isterinya, Si-Kim sahaja. Yang kami pergi beraya tu kat rumah dia orang lah,kat Apartment Damansara Damai.

Selasa 20/2/2007
Birthday Bonda tercinta.
Selamat Hari Lahir Ibu! Yang ke 56.
Love and kisses to you!


Seharian kami di rumah saja. Hubby kata nak rehat.

5 comments:

  1. kira, saya boleh minta kak ni angpow la kan? kan?

    hehe

    ReplyDelete
  2. ahni, you ni mixed chinese ke?

    la.... napa nangis sorang2....cian Helena dengar... meh sini Helena pujuk ye......

    Take care ....

    P/S Helena pun ada conflict ari Sabtu... tapi Helena buat donno jer....

    ReplyDelete
  3. Ya la kan? Usually orang kL ni pergi ikea, uptown dan tempat2 yang sewaktu dengannya ialah apabila sedara-mara datang dari luar kL untuk pergi berjalan-jalan kat sana... after moving here, the same thing now applicable to me HEHEHE

    ReplyDelete
  4. Wan,
    Aiya, jangan mintak angpow sama saya loh. Itu laya pun saya tarak kasi angpow. RM1 mau?

    Helena,
    Yes, mixed chinese (mum side). Konflik memang sungguh menyedihkan saya.

    MatRedo1,
    Welcome to my blog. Saya yang memang dok sinipun menumpang 'bertuah' sedara mara jugak le.

    ReplyDelete
  5. Kak Ni, U've been tagged.

    Masuk ke blog saya dan baca apa dia. :)

    ReplyDelete