Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Tuesday, February 6, 2007

Last weekend balik kampung hubby, ada gotong royong/5S kat rumah mak mertua. Not the whole house tapi satu bilik yang telah dihuni oleh anai-anai.

Habih ar habuk2 berterbangan.... ada yang masuk mata, nak gosok lebih2 tak boleh nanti terkeluar pulak contact lense. Lepas tu asyik-asyik bersin.

Dah datang office pun badan macam tak sihat, tekak sakit, kepala berat... apa-apa saja lah.

Apa nak cerita ek? Tak ada idea lah pulak. Kena blog hop dululah untuk dapatkan sedikit inspirasi. BTW, aku terasa macam sunyi aje dunia blog, blog hop pun tak begitu teruja, may be blog aku aje kot yang sunyi.

Bila baca reply OS kepada komen aku kat blog dia - pasal mesin potong rumput yang dihadiahkan oleh isteri. Aku pun teringat pasal birthday hubby, coming soon (this saturday), dalam 10 tahun kawin ni dah 2 kali aku lupa pasal birthday dia, teruk kan? This year InsyaAllah aku ingat, cuma bab nak beli hadiah tu yang lemah sket. Nak beli macam yang Ailin belikan untuk hubby dia tu tak le termampu aku nih. Last2 aku beli kan kemeja lengan panjang sebab aku tengok dia sejak kerja pejabat (since last year), dia selalu shopping kemeja lengan panjang. Yelah kan sebelum ni pakai t-shirt dan seluar jeans, langsung tak pakai kemeja lengan panjang. Macam aku dulu jugaklah, masa baru2 kerja pejabat, jenuh jugak dok beli kain dan pergi tempah baju kurung. Lebih2 lagi kat tempat semi-gomen ni, pakaian kenalah tertib ye tak? Kalau kat kilang dulu pakai seluar panjang aje memanjang. Kalau pakai baju kurung mahu le aku tergolek kat production line, tak pun asyik angkat kain aje bila nak lalu celah mesin tu, al maklumlah kilang paip....

5 comments:

  1. betul tu...macam sunyi aje dunia blog ni...tapi...tapi ...maklang pun macam malas aje nak blog hop. sibuk sikit laa...ni kena tak boleh tidor pulak. jeles tengok Cik Abang tidur...

    ReplyDelete
  2. dah beli kemeja kena kembarkan dengan tie sekali, ye tak? hehehe

    ReplyDelete
  3. tali pinggang jugak la or together with saputangan (kalau pakai).. he he.. macam set hantaran kawin pulak.. ok la tu..

    ReplyDelete
  4. Corak long sleeve skang tak lawa ar. Garis2 dan corak2 melampau. Baik jenama biasa sampailah ke Bonia Padini, E Zegna (betul ke eja ni?) semua bercorak. Takde yg plain.

    Macam keperempuanan lak kengkadang

    ReplyDelete
  5. MakLang,
    Rasa tak berapa excited pulak kan

    Alex,
    Tak cukup le pulak duit nak beli tie... tawon depan la kot

    Mulan,
    Set kawin ke ke ke...

    Wan,
    Saya beli kemeja belang2, opismate cakap macam penjara..heheheh

    ReplyDelete