Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Monday, July 30, 2007

Berhijrah

Terima kasih kepada rakan blogger yang sudi menjengok saya walaupun saya dah tak sempat nak bloghop dan jawab komen dalam entry yang sebelum ini. Harap2 nya lepas ni saya boleh ber-blogging seperti biasa. Alhamdulillah, batuk & kahak saya telahpun berkurang tapi masih ada lagi, belum sembuh sepenuhnya. Antibiotik masih ada, esok last.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Semalam ex-kawan sekolah + ex-kawan dekat U + ex-kawan sama tempat kerja + owner pusat tuitions called aku. Dia nak pergi ke B@hra1n. Nak jadi jiran Lollies la tu. Suami dia dapat kerja kat sana. Alhamdulillah, aku tumpang bersyukur. “Dah ada peluang tu, pergi lah”, macam bagus aje aku nasihat kat dia. Bukan apa, kontrak 2 tahun tu bukan lama sangat. Dia pun tak ada anak. Pergi pun berdua aje, tak kacau sapa2. Pusat2 tuition dia tu diamanahkan pada adik ipar dan pekerja untuk diuruskan.

“Kalau hubby hang nak minta pun boleh, banyak depa nak pakai orang”, bersungguh-sunggu dia dok ajak aku.

Sayangnya tak boleh. Hubby dah tersilap langkah. Dulu aku bukan main seronok lagi dok cerita kat blog pasal hubby yang dah dapat tukar kerja dari kilang kepada office. Ada satu saja yang tak kena dalam keseronokan aku tu. Satu hari, bila hubby tunjukkan appointment letter dia, aku bukan main terkejut lagi. Kalau nak berhenti kena notis 6 bulan! Alahai… baru2 ni pun hubby ada peluang untuk berhijrah ke syarikat lain dengan gaji yang jauh lebih tinggi tapi bakal majikan dia cakap, “Selepas 6 bulan, saya pun dah tak ingat lagi pada you”, maknanya dia orang tak sanggup la nak tunggu 6 bulan untuk hire dia.

Next time make sure dapat appointment letter dulu baru decide nak accept atau tidak.

Next time kena berfikir panjang dan jangan berani nak ambik risiko macam tu.

Dalam dunia sekarang macam-macam boleh jadi.

Sunday, July 29, 2007

Tilawah Al Quran Saudara Baru




Hari ini kami sekeluarga telah pergi ke Masjid Wilayah Persekutuan. Di sini ada Tilawah Al-Quran Saudara Kita. Agak menyedihkan sebenarnya bila tengok dewan serbaguna tu hampir lengang. Orang yang hadir tu kebanyakkannya peserta tilawah dan orang yang mengiringi mereka, samada ustaz/ustazah atau ahli keluarga.

Memang jelas tiada publisiti meluaspun mengenai tilawah ini. Pemandu teksi yang bawa aku dari Masjid tu ke KL Sentral pun cakap tak tahu menahu pasal event tu. Biasanya pemandu2 teksi peka pada event sekitar KL ni, maklumlah boleh lah target area yang ada event tu.

Aku lupa nak bawa kamera. Kesudahannya aku hanya mampu merakam bacaan ibu dalam handphone. Bila mendengar alunan suara ibu menyampaikan bacaan al-quran, aku rasa sungguh terharu, rasa tak percaya pun ada sebab suara yang aku dengar tu berlainan sama sekali.

Keputusan tilawah bukan pada hari yang sama tetapi keesokkan harinya 30/7/07 di Plenary Hall, KL Convention Center. Aku tak pergi masa tu. Susah sikit sebab hari Isnin aku kerja dan tak nak travel ke KL masa trafik sesak tu. Lagipun mak datang dengan rombongan jabatan agama islam negeri. Tak pe rasa nya dia dengan 'geng' dia.

Keputusan nya – ibu dapat nombor-3 kategori qariah terbuka (memeluk islam sebelum 2002). Alhamdulillah dan tahniah untuk ibu.

Nota: Aku dah surf internet nak cari pasal upacara penyampaian hadiah tu, at least nak le copy gambar ke, baca keputusan penuh ke tapi hampeh. Sedih betul.

Friday, July 27, 2007

Punah Harapan - from forwarded email

Istriku,
jika engkau bumi,
akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku.
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.

Lalu.....
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan diplanet
lain...


***Balasan Puisi sang istri***

Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet yang
telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu
dan....

akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu...


AKAN TETAPIIIIIIII..
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti...
Cuba lihat siapa dirimu...
MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan

cuma mancis saja!!!!!

please lah...!!!

Thursday, July 26, 2007

Pergi klinik lagi

Hari Ahad yang lalu pagi2 aku dgn anak2 dah bersiap nak pergi ke klinik, ubat dah habis tapi batuk & selsema belum kebah. Sayangnya tutup pulak klinik tu. Aku tak nak pergi klinik lain sebab kami nak buat rawatan susulan, so rasanya perlu pergi ke klinik yang sama supaya doctor boleh semak rekod ubat yang terdahulu dan buat decision based on that.

Isnin malam lagi sekali kami mengunjungi klinik. Aku rasa ralat sebab keputusan ujian sample kahak belum siap. Dah lama jugaklah tu. Doktor pun tak happy sebab kalau ada result lagi senang dia nak prescribe ubat. Nak tak nak terpaksa juga doctor bagi ubat yang paling sesuai mengikut firasat dia.

Esok nya tu, hari selasa, dalam tengahari aku dapat call dari klinik tu. Result ujian dah sampai dan doctor suruh aku pergi klinik. So, lagi sekali, aku pun pergi lah ke klinik tu untuk kesekian kali nya.

Penyudah nya, doctor kata result untuk TB –ve, Alhamdulillah dan based on result tu aku kena tukar antibiotic jenis lain yang lebih sesuai dengan kultur yang membiak dalam tekak aku ni.

Mudah-mudahan sembuh lah cepat (yang tak bestnya antibiotic tu kena makan selama 1 minggu).

Monday, July 23, 2007

Legaaa.....

Leganya rasa.

Game tennis dah lepas pada hari sabtu yang lalu. Walaupun tak sihat, walaupun tak larat, aku cuba jugak yang terbaik. Alhamdulillah, 3 games mix-double aku menang. Keseluruhannya pun rumah sukan aku menang. Tapi harus diingat, menang tu bukan maknanya pandai main pun, ini kan sukan dalam syarikat aje. Kiranya game tu antara yang tak tahu main dengan yang tahu main sikit… heheheh…

Leganya rasa.

Lepas ni boleh concentrate merawat sakit tekak aku ni. Dah lama sangat dah. Pergi klinik pun macam tak pergi klinik aje. Takpe, malam ni aku nak pergi lagi sekali. Nak pergi dengan anak2 sekali sebab last week pun dia orang batuk, dah pergi klinik pada hari sabtu (7hb) tapi belum kebah, ubat pun dah habis. Kalau lepas ni tak sembuh jugak, InsyaAllah aku dengan anak2 akan pergi ke medical center yang kat seksyen 9 tu. Sebelum ni memang kami selalu pergi ke medical center tu sebab klinik luar kat situ panel klinik. Sekarang ni medical center tu bukan panel klinik lagi. Syarikat tempat aku kerja ni dah ambik insuran untuk medical benefit. Sekarang ni kami terpaksa cari klinik yang covered by syarikat insuran tu. Ramai staff yang tak puas hati tapi apa nak buat sebab HR kata guna insuran better dari diuruskan oleh HR (ke deme yang malas buat kerja?).

Harap2 cepatlah sembuh sebab nanti aku nak ganti puasa pulak. Ramadhan dah dekat, puasa belum habis ganti nih. Ya Allah, semoga cepat sembuh, Amin.

Tuesday, July 17, 2007

My unhealthy environment

2-3 kali attempt nak pergi klinik tak berjaya. Tutup lah, doktor tak ada lah. Pergi klinik yang berlainan pulak tu! Akhirnya malam ni pergi jugak ke klinik. Ceritalah kat doktor - sebelum ni bukannya batuk sangat tapi macam ada kahak aje tak abih2. Mula2 tak pergi klinik tapi dok makan ubat selsema, batuk dan panadol yang sedia ada kat rumah ni. Lepas tu dah masuk minggu ke-3 baru pergi ke klinik (tapi bukan klinik yang ini, klinik lain). Doktor kat klinik sana tu bagi antibiotik, ubat kahak dan ubat selsema. Bila makan ubat2 tu batuk makin kuat dan selsema pun macam lagi berair, sok sek sok sek lagi teruk.

Doktor yang ini tanya ada sakit lelah ke. Tak ada.
Doktor check BP 120/80. Tak tahulah maknanya ok ke tidak tu.
Doktor check pernafasan. Tarik nafas, hembus. Tarik nafas, hembus.

Doktor tanya duduk kat apartment sebelah ni ke? Ya.
Macam manalah boleh buat rumah kat kawasan kilang ni, rungut doktor.
Selalu ada bau? Tanya doktor lagi. Ada.
Rumah sendiri ke sewa? Rumah sendiri.

Aku dengan hubby saling berpandangan. Faham apa maksud doktor.

OK, esok ambil sampel kahak tu, masa pagi2 bangun tidur, lepas tu hantar ke klinik dalam pukul 8 (klinik buka pukul 8). Arahan doktor.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sejak sebulan yang lalu aku ni sibuk aje bertanya dengan ramai orang pasal jual beli rumah. Siap mintak tolong kawan yang accountant tu kira, agak2 layak tak nak beli rumah lain kalau rumah aku yang sekarang ni tak dijual. Lepas tu bz body jugak dok survey rumah kat area shah alam.

Ya, betul aku nak jual rumah. Sebab nya 'unhealthy environment' kat sini. Dulu masa baru duduk ramai jugak kanak2 main kat bawah tapi semakin hari semakin kurang dah. Hampir setiap bulan ada saja orang yang pindah. Kalau rumah sewa mungkin dia orang tak pikir panjanglah nak pindah ke tempat lain tapi bagi yang rumah sendiri macam kami ni susahlah sikit. 'Unhealthy environment' yang aku maksudkan tu ialah terlalu ramai warga asing kat sini. Terlalu ramai. Kami ni dah jadi minor. Persatuan penduduk ada buat bancian. 42% rumah didiami oleh warga asing. Maknanya 58% tu masih didiami oleh orang tempatan. Tapi harus diingat! Dalam satu rumah warga asing boleh jadi ada 15 orang serumah. Sedangkan kalau rumah family orang tempatan macam aku ni cuma 4 orang aje :-)

So, kalau dicongak memang deme lah yang lebih ramai. Kalau pagi2 tu tunggu kat depan bangunan, nampak menderu-deru aje deme keluar, tak nampak pun kelibat orang kita. Bukan setakat tu aje, rumah2 kedai berhadapan dengan apartment ni pun dah dimodified menjadi hostel warga asing! Lagi meriah lah orang luar kat area ni.

Itu sebab aku dah tak tahan lagi dan buat keputusan nak cari rumah lain. Aku tak kisah, asalkan pindah aje. Nak jual, nak beli baru tu boleh buat slow-slow. Tapi hubby tak nak. Kalau nak pindah dia tak mau pindah ke rumah sewa, dia nak pindah ke rumah sendiri. Takpelah. Buatlah apa yang patut asalkan dapat pindah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Lebih2 lagi selepas jumpa doktor tadi, semakin berkobar-kobarlah kami nak pindah. Sebelum ni aku cuma pikir environment dari segi penduduk kat apartment ni, tak terpikir pulak pasal alam sekitar dekat apartment ni yang dikelilingi oleh kilang. Segala jenis kilang ada kat sini. Memang high risk betul lah.

Aku ada kontek kawan kepada kawan aku, seorang real estate agent. Dah lama dah aku kontek tapi dia tu slow and steady aje. Aku ni niat nak tolong sesama muslim tapi kalau macam ni susahlah. Kalau aku kontek real estate agent yang bangsa lain, mesti laju aje dia orang datang. So, hopefully kalau sesiapa ada kontek baik punya real estate agent, rekomenlah kat aku. My email: goncarian@yahoo.com

Friday, July 13, 2007

No right click page

Diyana, 13May dan lain-lain: Saya tidak pregnant. Cuma saya tidak sihat tu rupanya macam orang pregnant pulak. OK. Doa-doakanlah semoga pintu hati suami saya tu terbuka untuk menerima cahayamata lagi.

Sejak saya ambik antibiotik semalam, batuk dan selsema saya lagi teruk pulak. Tapi saya ni tetap tegar, durian, manggis, rambutan, air sejuk, air tin dan macam-macam lagi saya tetap belasah telan semua.

Walau macam manapun terpaksa jugak makan antibiotik tu sebab masuk minggu ni dah 3 minggu dah tak sihat.

Training pun tetap training tapi masa tu badan rasa xtremely lemah. InsyaAllah tak lama lagi sihat la.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sorry, especially to Lollies,Yes, this web page is now 'No Right Click' webpage.

Kalau right click jugak akan keluar pop-up berikut:

Error Right Click!

atau

Isn't this the most annoying script since BLINK?!

So, jangan right click kat page ini ya.

Aku akan disable feature ini soon, but not now.

Wednesday, July 11, 2007

Lemah Badan

Sebenarnya aku bukan sakit apa-apa yang serius tapi macam KakLuna cakap tu lah kan, macam symptom orang ngandung aje.

Bila balik dari kerja, badan rasa letih sangat. Tidur awal. Kalau cuba nak stay-up lebih dari 9.30 tu dah teruk sangat dah. Kadang2 tu dalam dok tunggu waktu Isyak, aku tertidur sampai terjaga pukul 4 pagi esoknya tu...

Dah masuk minggu ketiga aku sakit tekak dan selesema. Aku belum pergi klinik lagi (teruknya!!!) sebab aku tak berkesempatan. Habih tu? Kalau balik rumah aje badan lembik dan tak larat, macam mana nak pergi klinik. Lagipun ubat selesema dan ubat batuk ada kat rumah ni berlambak-lambak. Makan ubat tu dulu, nanti habis baru ikhtiar pergi klinik.

Kat opis pulak kerja berlambak-lambak. Opismate ada yang nasihat kan aku pergi klinik tapi memang aku tak dapat nak skip langsung. Sebenarnya last week, selama 5 hari company aku kena audit dengan omputih. Jadi, seminggu sebelum tu mesti lah sibuk tahap gaban untuk pastikan semua nya 'in order' supaya tak disaman dengan NCR. Itu yang nak pergi klinik pun tak boleh.

Last weekend pulak HQ ada buat Hari Sukan (Sabtu)dan Hari Keluarga (Ahad). Hari sukan aku tak dapat pergi sebab hubby nak balik kpg. Dia kata aku tak ikutpun tak apa. Geram jugak aku tapi mengenangkan nanti orang kata aku ni lebih pentingkan hari sukan dari family, maka aku pun buat keputusan untuk ikut hubby balik. Hari Ahad tu pagi2 lagi kami dah bertolak balik dari Ipoh ke Shah Alam, dapat jugak datang ke Family Day. Tapi.... tak berbaloi betul rasanya sebab family day tu tak enjoy langsung, boring tahap cipan. Dapat makanan free tu keras kiang (tak bersyukur sungguh aku ni).

Weekend sebelum last weekend tu pulak family day company tempat kerja aku ni. Yang baru lepas ni HQ punya. Yang tempat kerja aku ni tahap 'OK' lah aku rasa walaupun ramai yang komplen makanan tak sedap & mentah (serius nasi lemak tu memang mentah). Tapi makanan memang mewah, breakfast nasi lemak mentah dengan air mineral, muffin dan buah pear. Lunch pulak nasi goreng kering dengan ayam goreng keras, burger dan air mineral. Pukul 10 pagi ada ais krim.

Alhamdulillah minggu ni aku rasa badan aku dah fit sikit selepas dah beberapa hari turun untuk latihan tenis.. muahahahah... ini untuk hari sukan kat tempat kerja aku pulak. Yang sukan HQ tu aku tak participate langsung.

Sekian kisah yang tak seberapa ini.

Tuesday, July 10, 2007

Mungkin Kembali

Untuk seketika aku telah lupa.

Lupa akan satu lagi aktiviti dalam hidup aku ni, iaitu blogging. Malahan, aku tak mind-blogging pun. Selalunya kalau busy, tak sempat nak update, sekurang-kurang dalam kepala aku ni dok pikir nak update macam-macam.

Busy ke? Sakit ke?

Jawapannya: busy dan sakit.

Kalau macam ni berterusan, alamat tutup buku (blog) lah macam ni.

Tapi takpe, jangan mengalah dulu. Aku cuba slow and steady ok.