Memang jelas tiada publisiti meluaspun mengenai tilawah ini. Pemandu teksi yang bawa aku dari Masjid tu ke KL Sentral pun cakap tak tahu menahu pasal event tu. Biasanya pemandu2 teksi peka pada event sekitar KL ni, maklumlah boleh lah target area yang ada event tu.
Aku lupa nak bawa kamera. Kesudahannya aku hanya mampu merakam bacaan ibu dalam handphone. Bila mendengar alunan suara ibu menyampaikan bacaan al-quran, aku rasa sungguh terharu, rasa tak percaya pun ada sebab suara yang aku dengar tu berlainan sama sekali.
Keputusan tilawah bukan pada hari yang sama tetapi keesokkan harinya 30/7/07 di Plenary Hall, KL Convention Center. Aku tak pergi masa tu. Susah sikit sebab hari Isnin aku kerja dan tak nak travel ke KL masa trafik sesak tu. Lagipun mak datang dengan rombongan jabatan agama islam negeri. Tak pe rasa nya dia dengan 'geng' dia.
Keputusan nya – ibu dapat nombor-3 kategori qariah terbuka (memeluk islam sebelum 2002). Alhamdulillah dan tahniah untuk ibu.
Nota: Aku dah surf internet nak cari pasal upacara penyampaian hadiah tu, at least nak le copy gambar ke, baca keputusan penuh ke tapi hampeh. Sedih betul.
No comments:
Post a Comment