Terima kasih kepada rakan blogger yang sudi menjengok saya walaupun saya dah tak sempat nak bloghop dan jawab komen dalam entry yang sebelum ini. Harap2 nya lepas ni saya boleh ber-blogging seperti biasa. Alhamdulillah, batuk & kahak saya telahpun berkurang tapi masih ada lagi, belum sembuh sepenuhnya. Antibiotik masih ada, esok last.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Semalam ex-kawan sekolah + ex-kawan dekat U + ex-kawan sama tempat kerja + owner pusat tuitions called aku. Dia nak pergi ke B@hra1n. Nak jadi jiran Lollies la tu. Suami dia dapat kerja kat sana. Alhamdulillah, aku tumpang bersyukur. “Dah ada peluang tu, pergi lah”, macam bagus aje aku nasihat kat dia. Bukan apa, kontrak 2 tahun tu bukan lama sangat. Dia pun tak ada anak. Pergi pun berdua aje, tak kacau sapa2. Pusat2 tuition dia tu diamanahkan pada adik ipar dan pekerja untuk diuruskan.
“Kalau hubby hang nak minta pun boleh, banyak depa nak pakai orang”, bersungguh-sunggu dia dok ajak aku.
Sayangnya tak boleh. Hubby dah tersilap langkah. Dulu aku bukan main seronok lagi dok cerita kat blog pasal hubby yang dah dapat tukar kerja dari kilang kepada office. Ada satu saja yang tak kena dalam keseronokan aku tu. Satu hari, bila hubby tunjukkan appointment letter dia, aku bukan main terkejut lagi. Kalau nak berhenti kena notis 6 bulan! Alahai… baru2 ni pun hubby ada peluang untuk berhijrah ke syarikat lain dengan gaji yang jauh lebih tinggi tapi bakal majikan dia cakap, “Selepas 6 bulan, saya pun dah tak ingat lagi pada you”, maknanya dia orang tak sanggup la nak tunggu 6 bulan untuk hire dia.
Next time make sure dapat appointment letter dulu baru decide nak accept atau tidak.
Next time kena berfikir panjang dan jangan berani nak ambik risiko macam tu.
Dalam dunia sekarang macam-macam boleh jadi.
PAKAI TONGKAT DAH
4 weeks ago
giler hape notis 6 bulan... boleh ke camtu??
ReplyDeleteDiyana
ReplyDeleteAda, dan my hubby pun sanggup pulak tu! Kalau saya memang saya tak nak le... bukannya desperate nak kerja pun sebab masa tu dia tengah kerja kat kilang omputih. Dia blah pun sebab dapat better offer.
mana boleh sampai 6 bulan ahni... bawak-bawak ke pjabat buruh le bende-bend pelik-pelik macam ni...
ReplyDeletenotis 6 bulan kalau dah stated dalam appointment letter, kemudian kita dah setuju, kena ikut jugak..tapi mmg tak patut la...paling banyak pun biasanya 2 bulan saja..
ReplyDeletekakluna, kami punya notis kalau executive..3 bulan tapi 6 bulan????????????????? itu tak berhati perut namanya tuuu..
ReplyDeletekalau tak ikut kena bayar berapa?
ReplyDeletetu dia aiiiihhhh...6 bulan notis...
ReplyDeleteishhhh...gila betoiii!!!
6 bln notis, k.ahni!! lama tu... kiter tak pernah dgr notis nak benti keje lama gitu. selalu nye, paling lama pun 2,3 bln jek. sabo je le...huhuhu..
ReplyDeleteIf the offer from the new place is much much better, your husband may consider requesting the new employer to pay first on behalf of your husband and then they could do salary deduction over an agreed period of time. May be give 2 months notice and pay off the balance 4 months salary.
ReplyDeleteIt's worth trying.
Izhal
ReplyDeleteKawan saya kat HR kata benda ni memang boleh buat report dan sepatutnya perjanjian macam tu memang tak boleh tapi hubby malas la sebab bos dia tu kawan dia dalam kelab
Kak Luna
Tu lah kan, sebab dia dah sign. Agaknya dia ingat ok dan best keje kat tempat baru tu, tak sangka hampeh, gaji aje up tapi bonus pun setengah bulan aje.....
Onde
Saya memang tak sanggup sungguh walaupun 3 bulan notis unless betul2 dapat good offer.
Lollies
ReplyDeleteKena la bayar gajix6 bulan sebagai pampasan... banyak tu.... bukan nya duit boleh jatuh dari langit (almost 20k)
13May
Memang tak berhati perut depa tu.
Umeboshi
Sekarang tengah sabar menanti tahun 2009 sebab syarat 6 bulan tu sampai 2009 aje, lepas tu tak tahulah berapa bulan pulak. Memang buat masa ni kena sabat banyak.
Ordinary Superhero
Sebelum ni pun hubby ada negotiate dengan employer baru dia macam tu tapi setakat ni rasa tak sanggup lagi la kami nak cari/keluarkan duit sebanyak 4 bulan gaji tu..... huhuhu
worth looking into the matter more seriously... jangan ambik leweh benda camni.
ReplyDeleteeh kat tempat Helena ni, yg paling top pun 3 bulan.... tak pernah dgr 6 bulan.... suruh hubby do something about it la.... bab macam ni, kawan tu lain cerita. And i dont think he's that good a friend either....
ReplyDelete