Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Tuesday, July 17, 2007

My unhealthy environment

2-3 kali attempt nak pergi klinik tak berjaya. Tutup lah, doktor tak ada lah. Pergi klinik yang berlainan pulak tu! Akhirnya malam ni pergi jugak ke klinik. Ceritalah kat doktor - sebelum ni bukannya batuk sangat tapi macam ada kahak aje tak abih2. Mula2 tak pergi klinik tapi dok makan ubat selsema, batuk dan panadol yang sedia ada kat rumah ni. Lepas tu dah masuk minggu ke-3 baru pergi ke klinik (tapi bukan klinik yang ini, klinik lain). Doktor kat klinik sana tu bagi antibiotik, ubat kahak dan ubat selsema. Bila makan ubat2 tu batuk makin kuat dan selsema pun macam lagi berair, sok sek sok sek lagi teruk.

Doktor yang ini tanya ada sakit lelah ke. Tak ada.
Doktor check BP 120/80. Tak tahulah maknanya ok ke tidak tu.
Doktor check pernafasan. Tarik nafas, hembus. Tarik nafas, hembus.

Doktor tanya duduk kat apartment sebelah ni ke? Ya.
Macam manalah boleh buat rumah kat kawasan kilang ni, rungut doktor.
Selalu ada bau? Tanya doktor lagi. Ada.
Rumah sendiri ke sewa? Rumah sendiri.

Aku dengan hubby saling berpandangan. Faham apa maksud doktor.

OK, esok ambil sampel kahak tu, masa pagi2 bangun tidur, lepas tu hantar ke klinik dalam pukul 8 (klinik buka pukul 8). Arahan doktor.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sejak sebulan yang lalu aku ni sibuk aje bertanya dengan ramai orang pasal jual beli rumah. Siap mintak tolong kawan yang accountant tu kira, agak2 layak tak nak beli rumah lain kalau rumah aku yang sekarang ni tak dijual. Lepas tu bz body jugak dok survey rumah kat area shah alam.

Ya, betul aku nak jual rumah. Sebab nya 'unhealthy environment' kat sini. Dulu masa baru duduk ramai jugak kanak2 main kat bawah tapi semakin hari semakin kurang dah. Hampir setiap bulan ada saja orang yang pindah. Kalau rumah sewa mungkin dia orang tak pikir panjanglah nak pindah ke tempat lain tapi bagi yang rumah sendiri macam kami ni susahlah sikit. 'Unhealthy environment' yang aku maksudkan tu ialah terlalu ramai warga asing kat sini. Terlalu ramai. Kami ni dah jadi minor. Persatuan penduduk ada buat bancian. 42% rumah didiami oleh warga asing. Maknanya 58% tu masih didiami oleh orang tempatan. Tapi harus diingat! Dalam satu rumah warga asing boleh jadi ada 15 orang serumah. Sedangkan kalau rumah family orang tempatan macam aku ni cuma 4 orang aje :-)

So, kalau dicongak memang deme lah yang lebih ramai. Kalau pagi2 tu tunggu kat depan bangunan, nampak menderu-deru aje deme keluar, tak nampak pun kelibat orang kita. Bukan setakat tu aje, rumah2 kedai berhadapan dengan apartment ni pun dah dimodified menjadi hostel warga asing! Lagi meriah lah orang luar kat area ni.

Itu sebab aku dah tak tahan lagi dan buat keputusan nak cari rumah lain. Aku tak kisah, asalkan pindah aje. Nak jual, nak beli baru tu boleh buat slow-slow. Tapi hubby tak nak. Kalau nak pindah dia tak mau pindah ke rumah sewa, dia nak pindah ke rumah sendiri. Takpelah. Buatlah apa yang patut asalkan dapat pindah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Lebih2 lagi selepas jumpa doktor tadi, semakin berkobar-kobarlah kami nak pindah. Sebelum ni aku cuma pikir environment dari segi penduduk kat apartment ni, tak terpikir pulak pasal alam sekitar dekat apartment ni yang dikelilingi oleh kilang. Segala jenis kilang ada kat sini. Memang high risk betul lah.

Aku ada kontek kawan kepada kawan aku, seorang real estate agent. Dah lama dah aku kontek tapi dia tu slow and steady aje. Aku ni niat nak tolong sesama muslim tapi kalau macam ni susahlah. Kalau aku kontek real estate agent yang bangsa lain, mesti laju aje dia orang datang. So, hopefully kalau sesiapa ada kontek baik punya real estate agent, rekomenlah kat aku. My email: goncarian@yahoo.com

7 comments:

  1. salam,

    sbagai langkah berjaga2 utk kesihatan, keadaan sekeliling sebenarnya banyak memberi sumbangan kepada kesihatan tubuh badan kita..

    insyaAllah semuanya akan kembali baik..

    (",)

    ReplyDelete
  2. saya pun suka Shah Alam... dulu memang suka sangat dengan Shah Alam, ada la niat nak duduk area situ... sebab bestttttttttt!!! (mcm iklan Merdeka tu...) tapi setakat tu saja la... sebab amatlah mustahil nak duduk situ sebab keja sini ke ke ke. Tak pe Ahni, pelan-pelan cari umah lain... insyaAllah dpt tu

    ReplyDelete
  3. ada sorang.. tapi dia suka amik komisen tinggi... huhu tak berani saya nak bagi kat kak ni

    ReplyDelete
  4. teruk sgt ker bau kat situ???
    err...bau apa???

    ReplyDelete
  5. moga k.ahni dpt jumpa umah dan kawasan sekitar nye bagus. ish, muak rasa nye kalo ramai sgt org asing kat2 umah kita kan.. take care ek k.ahni.

    *kiter takde contact la utk agent hartanah nih..

    ReplyDelete
  6. kalau beli rumah di kawasan Shah Alam, kena cari yang jauh dari kawasan kilang jugak la. Kengkadang orang bila pilih rumah, tak perasan faktor macam ni. Semoga nanti dapat kawasan sihat pulak, InsyaAllah

    ReplyDelete
  7. lepas ni kena tengok betul2 kawasan rumah yg nak beli tu. jgn lak dalam hutan belangkau.. ada lak visitor2 yg tak diundang. my fren beli rumah tengok brochures & paper saja. last2 rupanya rumah tepi utan, byk monyet.. haru biru..

    ReplyDelete