Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Sunday, December 15, 2013

Jalan jalan kerja (Day 2: Manjung, Ayer Tawar, Bandar Seri Iskandar, Batu Gajah)

Jalan-jalan Kerja Catatan  perjalanan pada hari Khamis 12/12/13.

Hari ini kami bangun dengan segar selepas dapat merehatkan diri semalam. Memang tido lena sebab dah kepenatan. Selepas check-out, kami singgah di gerai tepi jalan untuk sarapan. Kedai yang kami singgah ni memang best, sebab pukul 9 lebih pun lauk-pauk nya dah penuh, dah boleh nak lunch pun. Harga memang murah dan rasanya memang memuaskan.





Selepas bersarapan, kami pergi ke sebuah kedai menjual barangan laut yang terletak berhadapan dgn hotel blue bay. Nama kedai ialah Perniagaan Borong dan Runcit Hasil Laut Tarmizi dan Zalina. Kedudukan kedai ini dekat sahaja dengan pekan Lumut, nak parking pun mudah sebab tempat parking banyak. Layanan pun mesra. Barang2 adalah yang baru, bukan barang yang dah nak expired tau. Lebih molek shopping di sini berbanding dengan kedai2 di pekan kerana di pekan susah nak parking dan barang pun so so aje. Mungkin boleh google untuk dapatkan alamat tempat, saya lupalah alamatnya.




Selepas sarapan dan shopping kami meneruskan perjalanan ke pekan Manjung, Ayer Tawar, Bandar Seri Iskandar dan Batu Gajah. Tugas membeli-belah hari ini menjadi lebih mencabar sebab saya sakit kepala yang amat sangat. Dah telan 2 biji actifast pun macam tak berkesan juga.

Kami singgah untuk makan tengahari di gerai makan Batu Gajah. Makanan so so je tapi no complaint lah sebab ni pun gerai so so. Gambar dah tak teringat nak snap pdhal semalam dah berazam nak ambil gambar byk2 hari ni. Bila kepala sakit, dah tak berapa nak boleh focus dah buat keje apa pun…. sabar sabar…..

Cepat-cepat saya habiskan tugasan dan kami sampai di ipoh lebih kurang jam 3 petang.  Terus mencari hotel, cari punya cari, pusing punya pusing, akhirnya dapat check-in di Hotel Impiana. Kalau semalam kami terpaksa tidur di budget hotel, malam ini Syukur Alhamdulillah kami dapat tidur di hotel 4 bintang. Di ipoh tiada masalah nak cari hotel berbanding di Lumut kerana hotel banyak, asalkan harga bilik tidak melebihi kelayakan yang saya dapat, tiada masalah hotel berapa bintang pun nak duduk. Lagi satu kan, lebih murah kalau book hotel di talian, contohnya melalui agoda. Kalau impiana ni kan, book online dpt rm180 tapi kalau walk-in dpt rm245, beza kan? Hotel ni ada swimming pool tapi tak sempat pun nak berendam dalam air. Free wifi jugak tapi signal agak lemah, mungkin sebab kami duduk di tingkat 8 kot. Hotel nya cantik. Staff peramah. Bilik besar dan selesa. Pada hari jumaat, staff lelaki tidak mengira bangsa dan agama memakai baju melayu hitam, bersongket emas. Sayangnya staff wanita tidak pula berbaju kurung atau kebaya.




Selepas check-in kami berehat-rehat di bilik sahaja sehinggalah selepas maghrib. Sakit kepala pun dah hilang. Selepas maghrib kami pergi ke rumah kawan suami di Ulu Kinta. Seronoknya dapat makan masakan rumah, memang terasa sedap sangat. Selama 2 hari perjalanan kami ni, inilah makanan yang paling sedap. Syukur Alhamdulillah. Even, buffet breakfast di hotel keesokkan hari nya x dpt nak lawan kesedapan makan di rumah kawan kami ni. Menu biasa tapi taste superb! 



Lepas makan, kami bersembang sehinggalah jam 11 malam. Kami sepakat nak balik rehat di hotel jer, x jadi lah nak ke mana-mana lagi. Petang tadi memang teringin nak ronda2 kat ipoh, tapi takpelah, mungkin lain kali jer lah… Esok nak sambung lagi ke 3 destinasi; Kampar, Tapah dan Tanjung Malim. 





Terima kasih
*(^o^)*



Gambar di dalam entry ini menggunakan aplikasi PhotoGrid.

16 comments:

  1. Wahh..ni betul2 menjelajah ye kakni...mesti seronok wpn penat... Apa2 pn have a safe journey kakni.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh nak seronok sgt sbb nama pun keje... heheheh.... sian driver yg kepenatan

      Delete
  2. Walaupun selalu dok pi Batu Gajah tu tapi tak pernah dok singgah makan2 di situ pun selalu shopping kat supermarket kat situ sebelum balik rumah mak mertua di Bota.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh.... sebelum ni sy ornh mkn kat gerai2 mkn yg otw nak ke kellies castle. Kali ni mkn kat medan selera di seberang jln menghadap tf value mart.

      Delete
  3. Bila dah letih shopping nampak pulak tilam, rasanya kalau dah pukul 11 malam meamng dah letih benarlah CikNi. Kalau kakak pun baik rehat di hotel ajelah... esoknya boleh sambung lagi kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teringin nak gi uptown kak zakie tp dah ngantuk

      Delete
  4. bestnye...klu mcm ini...xde larr stress out station...bleh jln jln sekali...hehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul, keje shopping pulak tu.... heheheh

      Delete
  5. masakan kat rumah jugak sedap..walau lauk biasa2..untung keja boleh jalan2 sekali..:)

    ReplyDelete
  6. jauh berjalan banyak pengalaman... seronok kalau anak2pun suka kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak2 seronok bila dah siap keje, boleh lepak2 kat hotel

      Delete
  7. bestnya jalan jalan sambil bekerja kan

    ReplyDelete