Di hari yang indah ini, 11/12/13,di kala rakyat Selangor menyambut Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor, maka bermula lah
jalan-jalan kerja saya. Rancangan asal ialah ke Terengganu dan Pahang tetapi
disebabkan banjir, maka ditukarkan kepada Selangor dan Perak.
Perjalanan kami bermula agak lewat. Jam 11 lebih barulah
bertolak dari rumah (sepatutnya jam 9 pg). Destinasi pertama kami ialah pekan
Kuala Selangor. Perut berkeroncong sebab tak sempat breakfast pun. Cuma sempat
minum secawan kopi gano. Setibanya di sekinchan, betul2 di traffic light berhadapan
dengan balai polis, kenderaan dari arah kami langsung tidak bergerak. Rupa2 nya
ada kemalangan maut yang melibatkan sebuah 4WD dan sebuah motosikal. Yang
mautnya tu tidak lain tidak bukan adalah penunggang motosikal. Naghuzubillah semoga kita
dijauhkan Allah dari kemalangan sebegini dan apa jua kemalangan.
Di kuala Selangor, kami singgah di sebuah restoran nasi
ayam. Nama kedai Nasi Ayam G-e-m-a-s. Selain dari nasi ayam, western food pun
ada, sizzling pun ada, pelbagai nasi goreng pun ada. Saya dan Hariz order nasi
ayam. Saya dapat nasi ayam dengan
semangkuk sup, sos cili bwg putih, ayam dan 2 potong timun. Tak ada daun salad dan tak ada tomato.
Ayam pun hangit tapi lapar punya pasal habis jugak semuanya. Suami saya dan sarah pula order sizzling mee.
So so jer lah mee tu. Dah lapar sangat, habis semua!
Ayam hangit pun siapa peduli, perut laparrrr!!!
Selesai makan, terus mulakan tugas. Sebenarnya tugas
saya ni lebih kurang macam pembeli misteri yang selalu dibuat oleh restoran
makanan segera. Tak tahu? Macam ni, HQ restoran makanan segera contohnya
seperti K-F-C akan menghantar seorang pembeli misteri untuk membeli makanan di
restoran mereka sendiri. Pembeli misteri itu akan membuat penilaian ke atas
service yang diberikan oleh restoran tersebut dari segi masa yang diambil untuk
dilayan, suhu, tekstur dan rasa ayam goreng yang dibelinya, dan macam-macam
lagi kriteria yang dinilai. Biasanya staff dekat restoran tu memang tak tahu
siapa pembeli misteri dan bila dia akan datang.
Macam saya ni pulak, saya telah ditugaskan untuk membeli
beberapa barang di pekan2 yang saya pergi ni. Tak kisah lah saya nak beli kat
pasaraya ke, hardware ke atau kat mana2 kedai sekali pun, yang penting, jenis
dan jenama barang yang perlu saya beli dengan peruntukan yang telah diberikan. Tahun
ni saya hanya perlu keluar 1 trip saja, itupun sekadar untuk membantu rakan
sepejabat saya yang lain. Mereka keluar hampir 2 kali dalam sebulan untuk ‘membeli-belah’.
Ni dah hujung tahun, nak kena capai target membeli, saya pun kena lah membantu.
Semua barang yang kami beli akan disemak dari segi teknikal samada ianya
mematuhi undang2 atau pun tidak.
Selepas kuala Selangor, kami singgah ke sg. Besar, sabak
bernam dan teluk intan. Penat juga membeli belah ni tau… heheheh… Di sg besar, kami sempat singgah untuk membeli
kerepek. Macam-macam kerepek ada dijual di tepi jalan di sg besar ni. Yang saya
beli ni 4 pek RM10. Pek besar pun ada tapi saya beli yang kecil sebab lebih
senang nak habiskan. Sekali makan habis 1 pek. Tak payah nak susah hati kerepek
tu nanti masuk angin.
Nak masuk ke teluk intan, kami sangkut dalam jem hampir 1
jam di jalan dato maharajalela. Rupa2 nya ada kerja-kerja membaiki jalan. Teluk intan ialah destinasi membeli belah yang terakhir untuk hari ini. Kami akan bermalam di lumut. Sepatutnya nak pegi ke lumut kena lalu jalan yang sama. Alamak, stressnya nak lalu jem
tu sekali lagi. Badan pun dah penat sangat ni. Akhirnya kami pegi ke lumut ikut
kpg gajah dan highway express ipoh-lumut. Laluan ni lebih jauh dari jalan dato
maharajalela tapi lebih mudah kerana tiada jem. Perjalanan ke lumut terasa seperti tak sampai sampai. Rasa
pening, nak termuntah semuanya ada.
Akhirnya bila dah sampai di lumut, kami
terus mencari restoran dan singgah di D-W-a-r-i-s-a-n. Menu standard kami
sekeluarga ialah ikan siakap sweet sour, tomyam capur, sayur kalian ikan masin
dan sotong goreng tepung. Makanan di sini so so sajer lah. Memang rezeki kami
hari ni dapat kedai makan yang so so. Sayur kalian nya sikit sahaja, yang
banyak ialah ikan masin dan bawang besar dan ini pertama kali saya jumpa ayam
dalam lauk sayur kalian ikan masin! Kami semua lapar, semua lauk habis! Harga untuk 4 orang makan ialah RM60.
Selesai makan, kami walk-in ke sebuah hotel shop lot beberapa minit dari
restoran tu. Ada 7-E yang di bawah hotel ni. Kami tidur bilik twin king pada
harga RM128. Ha…. Murah sahaja, tak perlu gi hotel mahal. Hotel boutique ke hotel budget tak tahu. Hotel ada wifi okay. Bilik nya pun besar. TV pun flat screen. Cari-cari channel yang tunjuk majlis berinai Rozita Che Wan tak jumpa pun.....Saya ingat nak rehat
jer ni… Nama hotel ni Valley View Hotel yang beralamat di No. 17 (Tkt Atas), 18 & 19, Jalan Batik Puteri 1, Taman Batik Puteri, Lumut, Perak. Terdapat lagi cawangan hotel yang sama di Lumut, yang mana lokasinya lebih dekat ke arah jeti Lumut iaitu di 35 & 36, Persiaran Pantai Impian, Pantai Impian, Lumut.
Hotel Valley View. Unit kedai di bawah hotel adalah 7-eleven. |
(-_-)zzz
Entry yg kurang gmbr mmg x menarik kan.....
Ingat tulis novel ke? :-p
wah!selamat bercuti kakni!
ReplyDeleteTak de cuti nya, keje tu
Deletemenarik nyer kerja kakni...
ReplyDeleteSekali sekala seronok, selalu selalu x larat
Deleteas-salam
ReplyDeletewah bestnya kja mcm akak.
jauh perjalanan tu. hihi
tak kisah kak yg pntng selesa. tidur pon lena kan.hihi
selamat bercuti
Dah penat mmg tido lena
DeleteSeronok pulak kakak baca CikNi. Kalau kakak suka kerja macam ini dapat jenjalan selalu. Ada taraget lagi. Best and seronok.
ReplyDeleteMakan kalau dah lapar licin janji tak memudharatkan. Sama juga tempat tidur mahal ke murah bukan apa sekadar nak tidur aje pun. Kakak pun sama macam CikNi.. janji selesa cukup.
Ye lah kak Zakie, kita x boleh nak berkira sgt. Dpt mkn, dpt beradu syukur Alhamdulillah.
Deleteseronoknya kerja cam KakNi!!dapat jalan2..:)
ReplyDeleteSekali sekala mmg seronok
Deletesy tak kisah tanpa gambar pun.baca je hingga titisan terakhir.hehe..menarik juga ye kerja macam ni..dpt makan dpt soping sape tak mau.hehe
ReplyDelete(^_^) b
DeleteSib baik sabar membaca. Ya betul, sape x mau.... heheheh
Selamat bercuti2 KakNi..seronok je dpt berjalan2 ni...
ReplyDeleteerm btl tu Kak,klu lapar menu yg tak lengkap tu pn jadi sedap...hehe
X sedap pun atie tp habis jugak sbb lapar sgt
Deleteseronoknya cerita jalan jalan kak ni...makan pon sedap
ReplyDelete(^_^) b
DeleteBestnya
ReplyDelete