Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Wednesday, December 18, 2013

Makan Kenduri Sakan

Cerita 14/12/13 & 15/12/13.

Memang betul kami makan kenduri sakan sebab pengantin perempuan ialah anak kepada my ex-office mate, iaitu Kak Zah yang telah bersara pada awal tahun 2012 yang lalu. Pengantin lelaki pula anak kepada Kak Yati, yang sama juga tempat kerja dengan saya tetapi di jabatan yang berlainan.

Majlis akad nikah dijalankan di Dewan Nikah Restoran Zam Zam di Seksyen 9, Shah Alam. Ohhh... baru ku tahu di situ ada dewan nikah dan ada dewan makan yang besar. Kalau baca kat intenet, dia org tak tulis dewan makan tapi grand ball room.

ini dambar cilok dari google

Makanan memang best, sudah semestinya menu nasi arab mandy untuk hidangan kenduri ini. Majlis akad nikah berakhir lebih kurang jam 9.30 mlm. Hidangan secara buffet, so kena beratur beb.... Sementara menunggu queue buffet, makan apam dgn marshmallow celup coklat dulu ya...


Gambar nasi arab takde lah pulak. dah beratur panjang-panjang, lauk pun tinggal ayam jer kan... malas nak snap gambar sebab mcm x lengkap jer set nasi arab tu, tapi nasi saja pun sodap....

Esok nya pula giliran kenduri di sebelah pengantin lelaki yang diadakan di Galeri Shah Alam, Laman Budaya Shah Alam. Kalau sebelah pengantin perempuan makan dinner nasi arab, sebelah pengantin lelaki pula makan lunch nasi minyak.



Me and mak pengantin, di sebelah kanan Kak Zah, my officemate for 11 years and di sebelah kiri Kak Yati, mak pengantin lelaki. Kebetulan pulak baju ai sama tema... heheheh.....




Selesai bersantap di Galeri Shah Alam, saya pergi ke dewan makan di tempat kerja saya pula. Ada lagi satu wedding di sana. Saya pegi saing dengan bos. Makan pun buat syarat sahaja sebab kita kan nak meraikan pasangan yang baru mendirikan masjid. Lagi sekali gambar makanan x de ye... (ala standard jer lar korang pun, nasi minyak, ayam masak merah, daging masak apa ye namanya... heheheh dan jelatah + papadom).


Dalam gambar ni ai pendek lah u..... suka sangat dengan buah tangan yang diberikan, ada Al Mathurat yg cantik, kulit tebal dan kertas jenis licin, ada juga kek dan keropok (dan pamphlet double stem cell). Kepada pasangan pengantin semua, semoga perkahwinan kalian bahagia, murah rezeki, baik dari rezeki anak, rezeki kerjaya dan rezeki sihat. 

Saya pula rasa bersyukur sangat, Syukur Alhamdulillah dijemput ke majlis kawin ni semua. 


13 comments:

  1. Wah! sedap menu pengantin nya ye Kak..nasi Arab tu.. susah nak jumpa tu..
    Apa pun selamat pengantin baru pada mempelai...:)

    ReplyDelete
  2. Saya suka decoration lampu dalam dewan Zam-Zam tu. Pernah juga pergi majlis kahwin di situ masa anak buah kahwin. Tapi piewww... mahal ya amat!

    ReplyDelete
  3. selamat pengantin baru buat pasangan penagntin..

    ReplyDelete
  4. bestnyer bestnyer mkn kenduri....cantik pengantin n makanannya pon nampak sedap

    ReplyDelete
  5. rezeki ni mkn kenduri..hihi..sedapnya marshmallow celup coklat tu!

    ReplyDelete
  6. Byk kan kenduri musim cuti skulah nie...

    ReplyDelete
  7. salam kak Ni..
    masuk sini di jamu dengan apam polkadot n cheese tart prgh..
    bulan december bulan wedding kann..sana sini jempu makan hehe..

    ReplyDelete
  8. Wah puas makan nasi pengantin ye KakNi... :)

    ReplyDelete
  9. Musim orang kahwin jenuh nak mengatur majlisnya... Tahniah buat semua pengantin moga berbahagia sokmo.

    ReplyDelete