Enam jam ratap mayat ayahOleh Abdul Rahman AdamMiri: Tidak mengerti apa sebenarnya yang berlaku menyebabkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun menangis lebih enam jam sambil mendakap jenazah bapanya yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya.Keadaan jalan yang sunyi ditambah dengan hujan lebat membuatkan tiada sesiapa yang menyedari kemalangan itu sehinggalah beberapa pengguna jalan raya curiga melihat sebuah motosikal tersadai di bahu jalan berhampiran Universiti Curtain di sini, semalam.Motosikal dinaiki Mohd Amin Abdullah, 28, dan anaknya, Mohd Ariel dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas menyebabkan kedua-dua mangsa terpelanting ke bahu jalan dalam kemalangan ketika hujan lebat sekitar jam 12.30 malam.
Difahamkam berlaku ketika Mohd Amin dalam perjalanan menghantar anaknya ke rumah bapanya di Kampung Merikan, Lutong terletak tidak sampai 10 kilometer dari asrama pekerja didiaminya di Senadin, di sini.MOHD Ariel yang tidak berhenti menangis ditenangkan saudaranya.
Saksi yang juga rakan mangsa, Micheal Nyami, 24, berkata, dia dimaklumkan sebelum kejadian Mohd Amin menunggang motosikal untuk menghantar anaknya pulang ke rumah bapanya selepas seharian menghabiskan masa bersama sempena cuti umum, kelmarin.Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.Artikel ini disiarkan di akhbar Harian Metro pada : 2013/09/02
Assalamualaikum. Pagi ini saya telah membaca berita di atas ini di dalam akhbar Harian Metro. Mengalir air mata saya mengenangkan betapa sayu nya kisah anak kecil yang menangis sepanjang malam. Pasti dia hairan kenapa ayah nya tidak bergerak sepanjang malam walaupun dia menangis. Sudah lah malam yang gelap gelita, di dalam keadaan hujan pulak tu. Saya doakan adik Mohd Ariel akan besar menjadi seorang yang beriman dan menjadi seorang yang berjaya di dunia dan di akhirat. Adik, tabah lah.
kesiannya
ReplyDeletekesian sangat hu hu hu (;_;)
Deletelieya takut sgt bace kisah2 mcm nie...yatim piatu diusia yg muda....
ReplyDeletesemoga adik tu dijaga dengan baik oleh ibunya dan kalau dapat bapa tiri tu, semoga dapat yang terbaik, bapa mithali gitu
DeleteYA ALLAH. kesiannya.. sedih betul. trauma pasti dia kan.
ReplyDelete(;_;)
Deletemenangis sangat tau. Hanya Allah yang tahu perasaan dia.
Ya Allah kesian nye dia... tak dapat acu bayang kan keadaan dia masa tu :(
ReplyDeleteMemang kesian sgt, sama2 lah kita mendoakan untuk adik Mohd Ariel.
Delete