Kalau ikutkan terjemahan dari wikepedia, summit tu puncak gunung.
Masa bila lah pulak saya pegi puncak gunung ni kan.... Kalau ikut wiktionary, summit ni bermaksud puncak gunung ataupun perhimpunan / perjumpaan ketua-ketua.
Amboi, saya bukan ketua pun... exec jer....
Menghadiri summit atau perhimpunan ketua-ketua selama 2 hari memang menjahanamkan diet saya... arghh... tapi mmg sungguh lah sedap betul makanan di Sime Darby Convention Center. Saya ni sampai personally pegi mengucapkan terima kasih kepada chef-chef yang memang best ni. Gambar makanan? Ya ampun, lupa nak snap you... lagipun malu lah, tak pro nanti orang tengok... kat kedai mamak ok lah snap snap gambar....
Bergambar dengan peserta.
Gambar blur...
Gambar panel penceramah di sesi petang hari pertama summit.
National Quality Summit 2013 adalah anjuran SIRIM Berhad. Temanya adalah Quality for Global Consumer. Secara amnya dalam summit ni para penceramah akan berkongsi pengalaman mereka tentang bagaimana melaksanakan sistem pengurusan kualiti boleh membantu syarikat mengembangkan sayap sehingga ke peringkat antarabangsa. Cerita lanjut boleh baca di sini.
Selain dari makanan yang sedap sangat kat sana tu, saya juga telah terjerembab (translate= terjumpa) dengan rakan sekelas semasa di utm skudai dulu. Dah 19 tahun tak jumpa tau!!! Memang tak sangka betul.
Sempat bergambar dengan kawan.....
tapi gambar yang sangat blur ini memang betul2 mengecewakan!
arghhhhh!!!
(>_<)
(^_^)V Terima kasih sudi menjengok blog saya
Dengar akak bercerita ni mesti sedap2 makanannya..:)
ReplyDeleteserius tak tipu punya sedap
Deletekalau pergi seminar mesti teruja tang makan je hihi. masuk je seminar balik, menguap -_-
ReplyDeleteSyukur alhamdulillah tak mengantuk masa seminar sebab big bosses pun ada, mau terbeliak jer biji mata ku ini... hahahah
DeleteBestnye....rietta pown mlu nk snap picta time org ramai...hehehe....
ReplyDeleteA'ah... nak2 pulak dgn golongan professional ni....
DeleteKite same2 exec yer. Hehehe....
ReplyDeleteAssalam Rozie, insya Allah jika diizinkan Allah satu hari nnt dpt gak kita naik ke level lg atas
Delete