Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Tuesday, August 27, 2013

Tukar lagi

Assalamualaikum.

Kalau dah malas nak update blog tu macam-macam alasan pulak nak bagi... oh tidak... saya tidak malas update blog tetapi saya terpaksa menjadi... *ada ka macam tu*

Sebenarnya kalau ada gadget yang lembab tahap sloth memang menyekat perasaan berkobar-kobar untuk update blog. Kalau nak on kan laptop pun kena tunggu almost one hour baru boleh nak menaip bagai... itu belum ambil kira nak bloghop, lagi lah menyebabkan amarah dan tahap kesabaran yang tiada bandingan.

Ok, cukup lah merapu tu. Tajuk blog ni akan bertukar lagi. Setiap saya aktif semula selepas 'berehat' dari blogging, biasanya saya akan tukar layout, nickname dan juga tajuk blog. Tak tahu lah kenapa. Mungkin juga wajah baru, nama dan tajuk baru memberikan saya semangat baru untuk menulis blog.

Sempena dengan kesedaran saya bahawasanya menulis blog itu sangat penting untuk mengabadikan kenangan, pengalaman dan peristiwa penting di dalam hidup saya, maka 'Di Sini Ku Menulis' menjadi pilihan saya kali ini.

Blog 'Sejenak Di Hari Ini' telah lama ditulis, iaitu sejak 2005 lagi, sampai sekarang ni dah Versi 2... ho ho ho... kalau tajuk tu sejenak di hari ini, maknanya kena tulis hari-hari kan? tak sesuai kan untuk blog yang update sekali-sekala bulan mengambang.

oklah, cukup kali ini merepek tak sudah. InsyaAllah esok akan update riang ria raya 2013...yay!

2 comments:

  1. Bagus juga sesekali tukar layout ni Kak..
    boleh menaikkan semangat utk menulis..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Atie, macam buka buku baru.... heheheh

      Delete