Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Thursday, October 4, 2012

Kucing-kucing disayangi dan menyayangi

Puas jugak saya cari gambar ni dalam hp saya tapi tak jumpa. 
Saya memang ingat sangat yang saya ada ambil gambar Jun tidur x senonoh,
tapi tak tahu kenapa tak ada pulak dalam hp ni.
Rupa2 nya my hubby pun ada snap gambar ni.
Dapat jugak saya tatap aksi tidur x boleh blah si comel Jun....






Ini adalah entry yang ke-3 pasal Jun dan yang terakhir lah ye. Saya harap sesiapa yang baca entry Selamat Tinggal Jun 30/9/2012, turut membaca entry  Kucing yang datang tak diundang, sebab entry tu sebenarnya bersambung. Saya juga nak berterima kasih kepada kawan2 yang memberikan kata2 semangat kepada saya di dalam entry-entry tersebut. Bila baca jer komen, terasa nak nangis, baca lagi, sebak, baca lagi nangis sudah... hahahah... lorat sangat kan...

Sebenarnya 'keloratan' saya ni adalah disebabkan saya tak biasa membela kucing. Dari kecik lagi saya takut pada kucing. Pada saya kucing adalah haiwan ganas yang suka gigit dan cakar orang. Bila nampak kucing saya akan cuba mengelak. Kalau kucing datang secara tiba2 di gerai makan untuk minta makanan, mesti saya terkedu, terkejut dan seram sejuk.... 

Walau bagaimanapun, suami saya ni pulak sangat suka kucing... hmmmm... susah jugak tu kan..... jadi, pada bulan november 2008, kami telah adopt seekor kucing keturunan campuran yang dinamakan Momo (ceritanya di sini). Tapi tak lama bertahan tu, tak sampai sebulan pun, Momo telah di-export ke rumah kawan hubby. Bukan nya apa, saya tak biasa bela kucing, tapi disuruh jaga kucing oleh hubby (dia kan weekend husband, masa tu dia duduk di N9). Saya memang tak boleh handle kucing ni. So, terpaksa give-up.


 Momo, my first cat.



Tak sampai sebulan pun bela Momo



Selepas ketiadaan Momo, my daughter, Sarah, selalu sangat cakap dia rindukan momo. Bila nampak kucing jer, mesti cakap rindu kat momo, tak abis-abis rindu kat Momo. Lama-lama saya pun dah lembut hati, saya pun bersetuju untuk adopt lagi seekor anak kucing yang diberi nama Jojo (ceritanya di sini) pada bulan Julai 2009. Memang susah nak jaga Jojo ni tapi disebabkan saya menjaga Jojo sedari kecil, memang terasa sayang. Saya pun dah tahu macam mana nak jaga kucing. Dah banyak jugak peristiwa suka duka menjaga Jojo ni. Duit pun dah banyak spend untuk dia - untuk bagi cucuk vaksin dari dia kecil sampai lah sekarang ni yearly kena pegi cucuk. Kami juga pernah hantar dia ke klinik haiwan untuk operation untuk buang nanah dalam badan, nanah ni sebab luka bergaduh dengan kucing lain. Macam-macam lah kisah Jojo ni.



Masa mula-mula Jojo sampai di rumah, umur 2 bulan.



Kami telah membela Jojo dengan penuh kasih sayang selama 3 tahun sehingga lah ketibaan Jun pada Mei 2012 ini (cerita di sini). So, sebenarnya, saya ni dari orang yang takut dan tidak biasa dengan kucing, sekarang ni dah jadi 'mak angkat' kucing pulak... hu hu hu.... Saya tidak ada masalah langsung menjaga Jun sebab Jun sangat pandai membawa diri. Jun tahu kat mana nak 'membuang', where to sleep and where to eat. Mudah sangat jaga dia. Sebenarnya saya tak payah buat apa2 pun untuk menjaga dia, cuma kena letak makanan dan air jer dalam mangkuk dia setiap pagi dan petang.



Jojo sedang bersantai dengan Jun......



Eh eh eh.... kejap-kejap..... sebelum Jun ada lagi 2 ekor kucing juga yang pernah singgah ke rumah kami. Mula-mula tu Kitty, kucing sesat yang sempat menumpang sekejap sahaja di rumah saya sebelum saya telah melanggar nya dengan kereta... maaf kan saya Kitty... 



Saya yang bersalah, telah melanggar Kitty



Seekor lagi ialah Bobo, yang hubby ambil dari rumah kakak dia. Memang hubby berkenan sangat lah dengan Bobo ni, comel tak? 


 Tak sanggup nak jaga Bobo....
Macam lah I'm so free at home tu x de keje apa dah nak buat, 
asyik jaga kucing je ek...



Bobo pun sekejap juga duduk dengan kami sebab saya tak larat nak menjaga dia.... Sorry my darling hubby, please pulangkan kucing ini ke tempat asal nya....

So, sekarang ni kita gomol dengan Jojo aje lah ek... 


Jojo, masa ni umur 2 tahun kot....



Jojo the nerd?




Aksi tidur melampau....
Sofa ni nampaknya memang tempat favourite kucing,
mine too!





Sekian lah kisah kucing-kucing saya.








13 comments:

  1. Macam mana boleh terjumpa jojo tu?
    memang kucing beli ke?
    bulu dia nmpk cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jojo tu anak sedara kepada Momo. Pemberian dari kawan, bukan beli. Bulu dia cantik jugak sebab 3 atau 4 generations sebelum dia adalah kucing parsi, pastu dah kawin dengan kucing kampung.

      Delete
  2. comel-comelnya kucing yang Kak Ni bela... akak duduk mana? neeza section 19 ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Neeza, sekarang ni cuma tinggal Jojo comot tu sekor jer... saya dok seksyen 17 lar, next time boleh hello hello ek...

      Delete
  3. Comel jojo.. Eh semua la comel..

    ReplyDelete
  4. kucing ni memang belaka belaka comel kan?

    ReplyDelete
  5. Kakak kalau tengok gambar sukalah nampak comel tapi kalau kucing datang dekat kakak memang kakak lari dulu CikNi. Tak tahulah kenapa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh... kakzakie phobia dgn kucing ek... dulu2 saya pun mcm tu jugak, skrg dah ok

      Delete
  6. comel2 semua kucing akak.. banyak kucing akak pelihara yea.. mesti meriah kat rumah time makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya saya cuma bela seekor jer sekrg ni, yg bulu hitam tu, Jojo

      Delete
  7. suami dayah pun suka kucing..

    semua kucing yg datang sumer dia kasik makan..

    dayah tak kisah sgt..sebab dayah pun suka kucing..

    cuma tu la.. bila kita dah dok main ngan depa.. cemana pun jatuh sayang jugak ngan kucing nih..

    bila hilang atau tak nampak..

    tercarik carik jugak..

    hehe..

    ReplyDelete