Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Tuesday, September 4, 2012

makan-makan jamuan raya di bulan syawal



Apasal tajuk entry ni panjang sangat?


Sila lah jangan perasan akan baju raya yang sama di dalam setiap gambar raya saya ni. Ini lah masalah nyer kalau baju raya hanya ada sepasang sahaja. Gambar di atas ni gambar semasa jamuan raya di tempat kerja saya. Bulan puasa hari tu ada buat majlis berbuka puasa, bulan syawal pulak buat majlis hari raya. Konsep jamuan raya ni senang sahaja, setiap bahagian (division) di dalam syarikat ini kena sponsor satu meja hidangan. Terserah lah kepada division tu nak buat menu apa. Ada yang buat satu menu sahaja. Ada yang buat 2-3 menu. Ada menu yang sedap, ada menu yang tak sedap... biasalah tu kan...

Disebabkan saya ada masalah kesihatan, banyak lah jugak menu yang saya tak dapat cuba. Saya cuma makan lontong dan soto yang basic sangat - iaitu hanya nasi himpit dengan kuah lodeh untuk lontong dan nasi himpit dengan kuah soto sahaja. Cendol, kueh-mueh dan mana2 kueh yang tidak pedas dan tidak berempah sahaja yang saya makan. Buat masa sekarang ini saya berpantang segala jenis makanan yang berempah, yang pedas, yang ada kacang dan yang boleh mengakibatkan gatal, kesian kan? Tapi, of course lah lagi kesian kepada mereka yang tak ada makanan kat benua afrika tu kan... dia orang tu tak dapat makan sebab tiada makanan, bukan macam saya ni yang sekarang tak dapat makan sebab dah terlebih makan...

Menu yang untuk jamuan hari ini ialah mee rebus, lemang dan rendang, nasi himpit kuah kacang dan kuah lodeh, roti jala, rojak buah dan rojak pasembur, soto, nasi tomato dan lauk-pauk nya, laksa, kueh sagu, cendol, kueh-mueh traditional seperti kueh talam, kueh seri muka dan apa lagi ek... dah lupa lah...

Minggu depan ada jamuan di peringkat seksyen pulak. Masalah besar tu.... masalah apa anda cuba lah teka....................................................

Masalah takde lagi baju raya........  Kuang kuang kuang....

Takkan nak pakai baju raya yang sama kot....

Nak pakai baju raya tahun lepas, dah pulak saya pakai untuk jamuan raya tahun lepas, siap bergambar lagi beramai-ramai bersama colleagues saya.

Apa pendapat korang?


12 comments:

  1. Kalau kakak ni CikNi tak kisah. Baju pergi kerja pun kakak pakai juga. Kakak beli baju bukan kerana raya kadang tak raya pun beli jadi agak-agak yg masih muat can cantik pakai je, mana mereka tahu itu baju raya ke bukan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakzakie, tahun ni sya cuma beli sepasang, tahun lepas pun sepasang... hahahah... saya memang tak banyak baju kurung

      Delete
  2. hehe..bulan syawal adalah bulan y meriah utk makan-makan...
    xpe..recycle je baju.. pakai y sedia ada pon ok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. org x byk baju kurung mcm sy ni mmg susah sikit bila nak pegi jemputan.. hu hu hu...

      Delete
  3. sis kalau nk nmpk baru sis tambah je manik3 utk baju pasti comel...hihi..

    **sis nti emel alamat sis ye..ke jemarisuri@yahoo.com utk htr hadiah tu...muah3

    ReplyDelete
  4. sempat lagi nak cari sepasang baju raya kot....

    ReplyDelete
    Replies
    1. bung, yang saiz macam saya ni x de jual, kena tempah... hahahah... padan muka saya...

      Delete
  5. huhuhu baju raya saya mmg dah siap2 5 pasang... tak kira beli sebelum atau selepas raya atas tujuan tako pakai baju sama utk jamuan raya lain2 tu ler..

    ps: contoh x baik nih.. jgn tiru

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh oh oh... ai sungguh jeles u... next year mmg nak buat lebih!!!

      Delete