Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Thursday, September 27, 2012

Masa untuk tablet pc


Assalamualaikum.

Suntuk sungguh masa yang kita ada kan?

Kalau dah balik kerja, nak settlekan apa2 yang patut, biasanya lepas solat isyak baru lah saya ada masa untuk buat hal saya sendiri. Masa tu lah nak ber-blog, ber-FB, nak tengok tengok TV, nak jahit-menjahit ke… tapi kalau dah buat satu perkara, tak boleh buat perkara lain lagi. Kalau dah berblog tak boleh lah berFB. Kalau dah jahit-menjahit, tak boleh lah nak berinternet. Lebih-lebih lagi kalau dah rasa ‘flat’, apa pun tak yah buat, tidor jer lar…..

Minggu ni Sarah periksa PSRA (penilaian sekolah rendah agama) pulak... ustaz baru kat sekolah kafa sarah sangatlah committed. Minggu lepas sarah kena hadir kelas tambahan malam isnin, selasa dan rabu. Malam khamis pulak ada bacaan yasin + solat hajat. Hari sabtu dan ahad pun ada kelas tambahan. Minggu ni minggu exam, pun ada kelas tambahan selama 2 jam setiap pagi (exam sebelah petang)! Penat sangat (+ pressure) kot, Sarah sampai demam!!! Kesudahannya pagi selasa, rabu dah khamis, Sarah tak attend kelas tambahan. Cuma attend exam jer. So sebelah pagi Sarah duduk rumah babysitter, kena makan ubat dan rehat..... Kesian dia... baru lepas exam UPSR tak sempat nak berehat pun....

So, last week, bila Sarah kena attend kelas tambahan sebelah malam, saya punya timing semua dah lari. Sebab nyer selama-lama ini saya tak pernah hantar anak2 saya pergi tuition (private), jadi sebelah malam biasanya masa rehat kami sekeluarga + masa untuk buat kerja sekolah dan revision. Ni dah kena hantar Sarah ke sekolah, saya jadi kelam kabut pulak. Ngada2 kan saya ni. Saya tak boleh imagine lah parent/student yang attend private tuition tu, baik yang sebelah malam atau yang during weekend. Mesti penat kan? Syabas kepada parent yang committed dengan pendidikan anak2!

Dalam kelam-kabut sebab timing lari, sempat jugak saya berinternet dan ralit dok search pasal tablet pc. Lepas tu ralit lah jugak dok 'study' gadget baru saya ni...



Berebut-rebut lah mak dengan anak dok guna benda ni. Macam jakun pun ada. Ni tablet PC 7" 'china mari' yang saya beli dengan adik ipar saya. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh tengok di blog Tab4Kids.blogspot.com adik ipar saya punya. Kalau ada yang berkenan boleh roger adik ipar saya atau saya tau... heheheh... Harga dalam blog adik ipar saya RM300 jer...



Dah download wallpaper captain america, comel tak?




... dan segala macam games.....





Ni pulak produk terbaru yang adik ipar saya nak jual:
Tabloid PC Untuk Anak Anda



20 comments:

  1. sis tablet ni ok tak..
    blm try lagi...risau kot2 beli 2 bln dh out...^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. JS, baru guna dalam 2 minggu, so tak boleh nak komen ler tahan berapa lama. so far kita org pakai ok je... lgpun, sesuai lah dgn harga nyer tu

      Delete
  2. Replies
    1. Hai, terima kasih sudi datang ke blog saya.
      mana ada mahal, rm300 jer harga kat blog adik ipar saya tu, kalau beli yang ori maybe double lah...

      Delete
  3. iPad kakcik dah penuh dengan games yang kakcik pun tak reti nak main. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. x mampu beli ipad kakcik, tu yang amik china punya, ok lah untuk anak2 main

      Delete
  4. Anak kakak memang kena tuisyen CikNi itupun atas kehendak dia sendiri. Tahu sebab kalau tak tuisyen dia tak boleh pick-up semuanya.

    Kakak tak guna lagilah tablet ini semua CikNi.

    p/s: just nak inform kakak belum terima lagi tau bimbang tak sampai pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak zakie, tablet tu guna untuk main games jer pun... hahahah

      Delete
  5. assalam CN..bermacam2 tablet terkini yg canggih ada dipasaran kan..mama masih belajar utk menggunakannya.. hu2x.. sedihhh !!!..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam mama aini. budak2 lagi cepat belajar, tiba2 jer dah tahu guna... anugerah Allah...

      Delete
  6. saya ni alhamdulillah tak bernafsu sangat dengan gajet2 canggih ni...hehe

    tp kalo dapat free tak tolak kot..hehe

    **pakai X-peria pun tahu mms, sms, call, snap pic, FB, twit, men game...len2 application tak tahu guna pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Canggih ke tak canggih, budak2 ni buat main game jer pun... hahahah

      Delete
  7. wah,bestnye kak cik..murah tu..sng ckit pasni kalo nak berblog ke,brcfb ke kan..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yatzakie, sebenarnya lagi senang berblog atau ber-FB dgn laptop sebab ada keyboard.... heheheh...

      Delete
  8. murah tu.. sesuai untuk anak2 neeza yang suka main games dan kacau laptop abah dia ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul betul betul itu lah tujuan belinya pun!

      Delete
  9. Replies
    1. tu lar pasala... sib baik dah lepas upsr tapi yang pmr belum lagi... adoi...

      Delete
  10. Akak ni kalau bab gadget2 ni payah nak hadam..Hset pun cap ayam jer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak granny hani, mana ada handphone cap ayam? heheheh... ala saya pun x tahu guna tablet tu, anak2 je main games... seronok rupanya main game dengan cara touch screen ni

      Delete