Pages

Ads 468x60px

Terima kasih di atas sokongan (*^_^*)

Klik-klik Nuffnang Ads

Wednesday, August 15, 2012

Tempahan Raya Bahagian 2

....sambungan....

Cerita tempahan raya tak abis lagi. Cerita kali ni lagi menyerikkan, membengangkan, merunsingkan dan segala jenis men- lagi lah.

Kisah nyer tu pasal kueh jem tat nenas. Di area rumah saya ni ada seorang tokeh kuih jem tat nih. Memang sedap sangat lah kueh tat yang dia jual. Sayang nyer, susah sangat nak beli kueh tat ni sebab hampir sepanjang tahun fully booked. Ye lah, dah sedap sangat kan, tempahan pun datang dari segala ceruk negeri. Tempahan raya pulak terpaksa dihadkan kepada 50 balang jer seorang. Saya tak pasti bila tempahan raya ditutup, yang jelas nyer bila saya tanya bulan 5 lepas, dah tak boleh buat tempahan lagi dah. Frust kan?

Walau bagaimana pon, langit masih cerahhh.... sebab tokeh kueh ni, dia tak lokek ilmu. Ramai jugak orang kat sini yang telah diajarkan ilmu buat kueh tat ni. Dan tokeh ni jugak tak kisah kalau pekerja dia nak buat their own business kueh tat ni. Yang best nyer bila tokeh tu 'tak menang tangan', dia akan sub kan tempahan kepada salah seorang ex-pekerja dia. Jadiiiii.... kalau dah saya tak boleh menempah kueh tat dengan tokeh tadi tu, saya pun menempah lah dengan ex-pekerja dia ni. Rasa kueh tat yang dibuat oleh ex-pekerja ni (Kak Z) hampir sama dengan rasa kueh tat buatan tokeh tersohor tu, at least 95% lar. Yang lain2 ex-pekerja pulak tak berapa nak sedap sangat.

Maka nya dengan itu, saya pun tempah lah 30 balang dari Kak Z ni. Kawan2, 30 balang tu bukan untuk saya seorang tau, sebenarnya tu dah kira amik order dari kawan2 saya di opis dan kwn2 hubby di opis hubby. Kak Z tu pesan, 2-3 hari sebelum nak gi collect tempahan, sms lah dia dulu, just to remind her, so dia boleh prepare and put aside my order. Jadiii.... hari khamis minggu lepas saya pun sms lah dia.

Assalamualaikum kak. Saya Ani, kawan K.Jah.
Hari tu saya tempah kueh tat 30 balang.
Nak amik sabtu 10 balang, lagi 20 balang nak amik hari isnin.


(K.Jah aka Kak Jah is my babysitter. Babysitter lah sangat ek sebab yang dia babysit tu my daughter sarah yang dah umur 12 tahun... hahahah.... actually dia babysit sarah sejak sarah umur 10 bulan lagi. sekrang ni sarah transit kat umah dia, dah tak kena babysit lagi actually)


Ok. Ni jawapan dari Kak Z:

Maaf x janji sbb kadang2 akak x sehat x boleh buat semua


Ya Allah Ya Allah Ya allah. Sentap + panic mode lah sekejap saya ni kan. Ok lah, nak buat camne kan, kalau akak tu dah x sihat. Maybe kalau dapat separuh pun ok lah tu. Mana2 kwn yg order 2-3 balang tu, at least dapat lah satu balang kan. Dan yang paling penting kwn2 hubby, mesti dapat seperti mana yang ditempah. Kalau tidak nanti malu lah my hubby, especially sebab ada yang dah bayar pun kat dia. Kawan2 saya ni boleh lah saya pujuk2 sikit, lagi pun geng2 perempuan ni takkan lah tak paham kot, dah akak tu tak sihat, nak buat camne.

Rupa2 nyer bila saya sembang dgn my babysitter, dia pun tak dpt. Kwn babysitter, cikgu  L yg tempah 40 balang pun tak dapat. Dia org siap pegi rumah dia tengok memang tak de sebiji kueh tat pun! Saya pun masa tu dah panic mode tahap gaban dah. Dia org call Kak Z tu pun dah tak berangkat. Masing2 ada customer yg menunggu order, susah jugak kan, camne nak cakap dgn customer ni. Cikgu L kata hari tu bila dia cakap dgn Kak Z pasal tempahan tu, boleh Kak Z tu cakap ala lambat lagi tu. Sebenarnya sepjg saya berurusan dengan Kak Z pun saya perasan dia suka ambil mudah. Risau jugak saya sebenarnya. Bila orang order, semua nya boleh je. Nak order berapa pun dia terima. Lepas tu dia macam relax jer. Kalau order banyak, buat lah awal2. Jangan tunggu last2 minutes baru nak buat. Bila dah penat sangat buat kueh tu, of course lah jadi tak sihat, dan kalau tak sihat pun, bagitau lah kita orang ni awal2.

Dipendekkan cerita, Kak Z ni bagi jugak lah kat saya 2 balang (out of my 30x order!). My babysitter dan Cikgu L habuk pun tarak....

Tahun depan, maybe bulan 1 atau bulan 2, kami (me and my babysitter) akan pegi buat order direct dengan tokeh tu. Dah serik order dengan Kak Z. Lagi tebal muka my hubby kena pulangkan duit kueh kat customer dia.

Sekian lah dua cerita tempahan raya yang tak menyeronokkan ni. Saya nak cerita pun malas sebenarnya. Jadi tak de mood lah pulak. Kalau lah laku sangat jual kueh tat ni, maybe saya pun patut gi belajar buat kueh tat. Kalau air tangan saya ni menjadi, maybe saya patut berhenti keje dan concentrate buat bisnes kueh tat. Ada kawan kat opis tu, mak dia buat bisnes kueh raya. Bila time nak raya je, mak dia akan kumpulkan beberapa makcik2 jiran kat kampung dan buat kueh secara besar-besaran. Hasil jual kueh tu boleh buat macam2. Boleh renovate rumah lah. Beli perabut baru lah. Modal nak beli bekas untuk isi kueh raya pun RM17k tau, you all kira sendiri lah berapa mak dia dapat kalau modal pun dah 17k, untung berapa, 34k? 51k? Jgn terbeliak biji mata tu....  


14 comments:

  1. assalam kakNi..acik pun risau gak ni..tahun ni tak mau buat kuih..nak beli je..sebelum puasa dan order..sebab yang jual tu siap bagi sample untuk rasa..dulu katanya seminggu sebelum raya..pas tu..hari rabu..lepas tu khamis..kesian anak2 acik ngan tetamu yang datang nanti..hari ni acik tunggu sampai petang..kalau tak de esok marathon buat atau pi cari kuih raya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Acik Erna, maknanya kes acik ni macam kes custoer yang order dengan saya lar. bukan niat nak menipu tapi dah supplier tak dapat bagi kueh.... serik rasanya kan? beli kat kodai lagi senang.

      Delete
  2. akak....ala...sedih pulak dayah baca cerita ini...
    mesti rasa sgt hampa kan..
    yang paling tak sanggup segan sbb ambik order utk org...
    hurmmm...
    (mujur dayah buat sumer sendiri, sdp tak sdp tak amik kira dah..hehe..)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dayah, saya ni kan kalau ada benda yang elok, mesti nak promote kat kwn2, baik kueh raya, baik brg tupperware. kat opis mcm2 sy jual, semua main belasah je... hahahah... so konon2 nak jadik tokeh kueh raya tapi lain pulak jadi nyer... adoi

      Delete
  3. Ya Allah boleh bayangkan mood panik bila baca entry ni. Apa punya orang lah, teruk betul. Tak bertanggungjawab kan kak :(

    ReplyDelete
  4. Astaghfirullahal'aziiimm... ini bukan malu lagi CikNi serba-salah dgn kawan yg booking kan..

    Tapi berdosa juga sebab kalau dia dah mungkir janji. Lain kali belajar je dgn dia sebab dia pun tak lokek ilmukan. Buat sendiri senang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Zakie, yg tak lokek ilmu tu tokeh besar. Yg x tunai janji tu, ex-pekerja dia yg dah buat bisnes sendiri... tahun depan serik lah kak kalau cam ni...

      Delete
  5. Assalamualaikum Cik Ni..

    Tiap tahun bila nak raya, masaalah yang sama Akan timbul.. Akak pun kuih raya semua pakai tunjuk Dan order. Naseb baik tokey kuih muih tu sedare2 sendiri..dptlah juga on time. Kuih tat nenas ni mmg x penah beli. Akak buat sendiri.

    Selamat menyambut aidilfiri ye Cik Ni...
    Maaf zahir batin. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tahap dahsyat nyer malas tau... saja jer x nak buat... adoi... padan muka...

      Delete
    2. Selamat Hari Raya juga untuk DO. Maaf zahir dan batin ye...

      Delete
  6. ala kesiannya kt sis...itu la js suka tunjuk2 pasti dpt cuma sedap tu takde la kan sis...

    **selamat hari raya sis...maaf zahir dan batin^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya serik dah dengan dia ni... beli dgn org lain ok jer... Selamat Hari Raya juga dan maaf zahir batin JS.

      Delete
  7. Terpaksa lah bersabar + tebal muka...

    ReplyDelete